Berita

PN Telah Kemukakan SD Kepada Agong, Lebih 112 – Hamzah Zainudin
Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan rasmi hari ini. “Parti Perikatan Nasional telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada […]

YDPA Perkenan Tempoh Kemuka Gabungan & Calon PM Dilanjut 2 Petang Esok
Tempoh bagi ketua parti politik dan gabungan parti untuk mengemukakan gabungan parti serta calon Perdana Menteri di Istana Negara dilanjutkan sehingga 2 petang esok. Perutusan rasmi Istana Negara memaklumkan, lanjutan tempoh tersebut adalah di bawah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda […]

Negara Bakal Berdepan Politik Tidak Stabil, Dakwa Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa mendakwa negara bakal berdepan politik tidak menentu dan tidak stabil ekoran gabungan parti yang bakal dibentuk untuk mendapatkan sokongan majoriti dalam membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan. Beliau mendakwa demikian dalam satu hantaran Facebook, berhubung pembentukan kerajaan yang bakal berlaku hari ini (Isnin) dan menyaksikan seorang individu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri (PM) […]

Serahan Surat Akuan Bersumpah: BN Mohon Lanjutkan Masa
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada YDPA dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. “BN mohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan,” katanya demikian dalam satu sidang media di Hotel Sri […]

Kenyataan Gabungan Mana-mana Parti Bersama BN Adalah Tidak Benar – Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan partinya bersama bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak benar. Dalam masa yang sama, beliau turut memohon tempoh penyerahan surat akuan bersumpah kepada Agong dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan. “Kenyataan mana-mana gabungan yang memasukkan BN bersama mereka bagi […]

‘No Anwar, No DAP, Nak Pecat Saya Silakan’ – Tegas Hishamuddin
Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama bersama Pakatan Harapan. “Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. “No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh […]

Anwar Muat Naik Gambar Potong Rambut Cetus Tanda Tanya
Baru-baru ini tular di media sosial, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim merapikan penampilan dirinya dengan menggunting rambut setelah selesai berkempen hingga mencetus pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet. Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar Ibrahim memuat naik gambarnya dan butiran kedai tersebut. Kelihatan beliau merapikan dirinya di sebuah kedai gunting rambut tempatan […]

‘Power Ranger Hijau’ Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun
Pembawa watak adiwira terkenal Power Ranger berwarna hijau, Tommy Oliver iaitu Jason David Frank dalam rancangan ‘Mighty Morpin Power Ranger’ telah meninggal dunia di Texas semalam pada usia 49 tahun, lapor TMZ. Menurut pengurusnya, Justine Hunt seperti yang dilaporkan media, punca kematian Frank bagaimanapun tidak dinyatakan secara umum atas faktor privasi keluarga. “Tolong hormat privasi […]

Muhyiddin Akan Kemuka SD Ahli Parlimen Sokong Beliau Sebagai PM Hari Ini
SHAH ALAM, 20 Nov (Bernama) — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen esok, bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Muhyiddin berkata dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti […]

Parti Komponen BN Turut Desak Ahmad Zahid Letak Jawatan
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Pemimpin-pemimpin parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) turut mendesak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai pengerusi gabungan itu susulan prestasi hambar BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam satu kenyataan hari ini mendesak Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN […]

Saya Yakin Peroleh Bilangan Sokongan Mencukupi Sebagai PM Ke-10 – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeyakinan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli Dewan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan baharu. Dalam pada itu, Muhyiddin menerusi kenyataan rasmi berkata gabungan tersebut turut membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 10. “Sebagai pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang […]

GPS Setuju Gabung PN, BN & GRS Bagi Bentuk Kerajaan
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya bersetuju untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk sebuah kerajaan baharu. Difahamkan perkara sedemikian dibuat setelah keputusan tiada parti peroleh majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan […]

PN Dakwa Sudah Ada Gabungan Majoriti Termasuk Bersama BN, PH Terkecuali
Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa PN kini sudah mempunyai gabungan majoriti bagi membentuk kerajaan termasuk bersama ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian. Bagaimanapun katanya, Pakatan Harapan (PH) adalah terkecuali daripada gabungan majoriti tersebut. Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas meninggalkan kediaman Pengerusi PN Tan Sri […]

Ahmad Zahid Didesak Letak Segera Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Desakan supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan segera susulan prestasi hambar gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semakin jelas kedengaran. Beberapa pemimpin dalam UMNO mahu Ahmad Zahid bertanggungjawab atas kegagalan gabungan itu dalam PRU15 dan meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan […]

Mesyuarat MKT UMNO Tangguh – Ab Rauf
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menangguhkan mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. “Tangguh sebab ada ramai yang tak boleh sampai, nanti kita bagi tahu,” katanya kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan Menara Dato Onn, ibu pejabat parti itu. Terdahulu, media melaporkan MKT akan bermesyuarat […]

Isham Jalil Dilantik Ketua Penerangan UMNO Berkuat Kuasa Hari Ini
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Hizatul Isham Abdul Jalil dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu berkuat kuasa hari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad menerusi catatan di akaun Twitternya memaklumkan pelantikan Isham dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Fasal […]

Agong Titah Kemuka Seorang Calon PM Sebelum Jam 2 Petang Esok
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, esok. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara […]

Anwar Sebagai PM, Lim Kit Siang Cadang PH, PN & Blok Borneo Bergabung
Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mencadangkan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Blok Borneo bergabung berada di bawah kepimpinan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kit Siang dalam satu kenyataan di halaman blog rasminya hari ini berkata, gabungan tersebut perlu dibuat bagi membentuk sebuah kerajaan persekutuan rasmi yang […]

Ketua Penerangan UMNO Letak Jawatan, Desak Presiden Berundur
Calon Barisan Nasional (BN) Shahril Sufian Hamdan hari ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO serta mendesak Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi untuk turut melakukan perkara yang sama. Beliau membuat keputusan demikian selepas menyaksikan kekalahan yang dialami oleh partinya di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam dan berpandangan pemimpin UMNO dan BN perlu bertanggungjawab. “Atas […]

PRU15: Sultan Nazrin Berkenan Menerima Menghadap Pengarah SPR Negeri
IPOH, 20 Nov (Bernama) — Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima menghadap Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Mohd Nazri Ismail di Istana Kinta bagi menyembah maklum keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Mohd Nazri tiba kira-kira 10.23 pagi dan turut kelihatan ke sesi menghadap itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi […]