Berita

Kes Saman Selesai, DAP Mohon Maaf Kepada Rahim Thamby Chik
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik terhadap Khoo Poay Tiong dan DAP selesai, apabila Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan parti itu hari ini memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri Melaka berhubung penerbitan beberapa artikel mengaitkannya dengan pelbagai skandal. Khoo yang turut mewakili DAP membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan […]

Fokus Keseluruhan Bawa Malaysia Ke Negara Berpendapatan Tinggi – Rafizi
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Ekonomi yang baru dilantik, Mohd Raflzi Ramli menjelaskan fokus keseluruhan beliau adalah untuk membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Beliau berkata ini memandangkan terdapat tumpuan berterusan yang baik terhadap industri dan kegiatan ekonomi yang boleh melonjakkan status Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi. Terdapat banyak fokus untuk negeri-negeri yang […]

Letusan Gunung Semeru Di Jawa Timur: Jepun Sedia Amaran Ancaman Tsunami
Badan Meteorologi Jepun terus memantau ancaman gelombang tsunami yang semakin meningkat di kawasan pesisir negara itu selepas Gunung Semeru di Jawa Timur kembali meletus pada Ahad, semalam, lapor CNN Indonesia. Jurucakap Japan Broadcasting Corporation (NHK) melaporkan bahawa gelombang tsunami itu boleh sampai ke pantai wilayah Okinawa sejurus 5:30 GMT atau sekitar 12:30 Waktu Indonesia Barat […]

Tambang Feri Penduduk Tioman RM20 Sehala Mulai Januari – Wan Rosdy
ROMPIN, (Bernama) — Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurangan 60 peratus itu bakal ditanggung kerajaan negeri membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000 dan akan memberi manfaat kepada […]

Belanjawan Emolumen Dibentang Pada Sidang Dewan Rakyat Akan Datang
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) belanjawan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan khususnya gaji penjawat awam pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli. Lapor Bernama, Rafizi turut memaklumkan kerajaan dijangka membentangkan belanjawan yang menyeluruh dalam tempoh sebulan atau dua bulan dari sekarang. Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri […]

Raheem Sterling Tinggalkan Piala Dunia Selepas Rumahnya Diceroboh
Bintang England, Raheem Sterling dilaporkan akan pulang ke England selepas rumahnya di Surrey menjadi sasaran rompakan bersenjata, lapor ESPN. Football Association (FA) mengesahkan, kepulangannya sekali gus telah menyebabkan dia terlepas perlawanan England menentang Senegal pada pusingan 16 FIFA Piala Dunia Qatar malam tadi. Pemain berusia 27 tahun itu telah mengadakan perbincangan dengan pengurus pasukan, Gareth […]

Dr Zaliha Sedia Terima Pandangan, Cadangan Bekas Menteri KKM
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau terbuka untuk menerima segala nasihat, cadangan serta pertolongan daripada bekas menteri-menteri kesihatan untuk dijadikan rujukan dalam menerajui Kementerian Kesihatan (KKM). Menjadi wanita pertama dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha mengakui cabaran terbesarnya ialah meneruskan kecemerlangan KKM, di samping berusaha untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan negara secara […]

Jawatan Menteri Kewangan Sesuai Dipegang PM Pada Masa Ini, Ia Keputusan Sukar – Rafizi
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berpendapat Perdana Menteri (PM) dilihat sesuai menjawat jawatan menteri kewangan dengan kerajaan gabungan yang dibentuk pada ketika ini. Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata keputusan sukar tersebut dibuat sejurus melihat situasi kerajaan buat masa ini. “Kalau ikut pandangan saya secara idealnya kita pisahkan jawatan menteri kewangan […]

Seorang Maut, Lori Muatan Diesel Jatuh Gaung Di Lebuhraya Plus
IPOH, 5 Dis (Bernama) — Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru […]

Rafizi Tak ‘Clock In’ Macam Menteri Lain, Dakwa Dah Mula Bertugas Semalam – Laporan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan tidak membuat sesi ‘clock-in’ ketika lapor diri di pejabatnya pada pagi ini sebagaimana barisan menteri lain. Memetik sumber laporan ringkas pemberita SCMP Asia Hadi Azmi di Twitter, Rafizi sebaliknya sudah pun memulakan tugasnya sejak semalam lagi. “Kini berada di Unit Perancangan Ekonomi di Putrajaya untuk sidang media Rafizi Ramli kali […]

TPM Zahid & Barisan Menteri Mula Bertugas Hari Ini
Kabinet Kerajaan Perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas pengumuman jemaah menteri dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu. Bernama melaporkan, beberapa jemaah menteri mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri […]

Sivaraj Akan Dipertimbang Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan – Saifuddin Nasution
KULIM, (Bernama) — Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Padang Serai Datuk C. Sivaraj akan dipertimbang untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk […]

ESA Umum Atlet Paralimpik UK Sebagai Calon Angkasawan OKU Pertama Di Dunia
Seorang pelari pecut paralimpik British telah dipilih oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) untuk menjalani latihan angkasawan baharu yang pertama dalam tempoh 13 tahun. Memetik laporan BBC, John McFall yang berumur 41 tahun itu kehilangan kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dia berumur 19 tahun. Setelah itu, dia mula menceburi bidang sukan dan menjadi atlet […]

Jangkitan Bakteria Salah Satu Punca Utama Penyebab Kematian Di Seluruh Dunia – Kajian
PARIS – Satu kajian mendapati bahawa jangkitan bakteria merupakan punca utama yang kedua tertinggi kepada penyebab kematian di seluruh dunia, malah ia turut menyumbang satu daripada lapan kematian secara keseluruhan pada tahun 2019. Memetik laporan CNA, kajian baharu yang dikeluarkan dalam jurnal Lancet itu menunjukkan bahawa terdapat kematian yang berpunca daripada 33 jangkitan bakteria biasa […]

Safawi Dipinjamkan Ke Kelab Thai, Ratchaburi
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) – Pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid bakal beraksi di Liga 1 Thailand bersama Ratchaburi FC, selepas saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022. Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Hector Bidoglio mengesahkan bahawa penyerang dan pemain sayap lincah berusia 25 tahun itu telah dipinjamkan kepada […]

Gigi Sensitif Sebab Minum Kopi? Ini 5 Kaedah Untuk Atasinya
Gigi Sensitif Sebab Minum Kopi? Ini 5 Kaedah Untuk Atasinya Rata-rata penduduk di Malaysia pasti sudah terbiasa dengan pengambilan kopi dalam kehidupan seharian mereka. Malah, ada segelintir yang turut berpendapat bahawa hari mereka tidak akan lengkap selagi tidak mengambil minuman yang mengandungi kafein itu. Pengambilan kopi ini tidak terhad kepada warga yang sudah berumur sahaja, […]

Pengalaman Anwar Sebagai Menteri Kewangan Diperlukan Untuk Stabilkan Ekonomi – Nik Nazmi
SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan. Nik Nazmi berkata pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah berdepan krisis ekonomi pada […]

Kabinet Kerajaan Perpaduan Mula Bertugas, Hadir Mesyuarat Khas Esok
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) – Kabinet Kerajaan Perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi dengan menghadiri mesyuarat khas jemaah menteri yang pertama dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok. Selain menghadiri mesyuarat khas yang menetapkan peraturan baharu, dua timbalan perdana menteri dan beberapa jemaah menteri dijadual mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan […]

Gunung Semeru Dilapor Meletus Lagi, Penduduk Terpaksa Dipindahkan
Gunung Semeru Dilapor Meletus Lagi, Penduduk Terpaksa Dipindahkan INDONESIA – Gunung Berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur dilaporkan telah meletus semula dan telah menghamburkan debu panas ke udara, hari ini. Memetik laporan AFP, pihak berkuasa telah mengeluarkan status amaran tahap tertinggi yang menyebabkan penduduk tempatan terpaksa berpindah ke tempat yang lebih selamat. Menurut Pusat Vulkanologi […]

Masa Terbaik Adakan PRN Kedah, Kelantan Dan Terengganu – Shahidan
KULIM, 4 Dis (Bernama) — Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, selesai. Beliau berkata ia ialah masa terbaik untuk ketiga-tiga negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) itu, mengadakan PRN […]