Berita

Masa Terbaik Adakan PRN Kedah, Kelantan Dan Terengganu – Shahidan
KULIM, 4 Dis (Bernama) — Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, selesai. Beliau berkata ia ialah masa terbaik untuk ketiga-tiga negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) itu, mengadakan PRN […]

“Sakitnya Allah Saja Yang Tahu,” Seluruh Badan “Cramp”, Datuk Nash Mohon Doa Dari Orang Ramai
“Sakitnya Allah Saja Yang Tahu,” Seluruh Badan “Cramp”, Datuk Nash Mohon Doa Dari Orang Ramai Bekas vokalis Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, 63, memohon doa dari orang ramai selepas mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak. Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, dia tiba-tiba mengalami keadaan tersebut ketika ingin berwuduk. Menurut penyanyi […]

Pemancing Bergelut 35 Minit Tangkap Ikan Tuna 90 Kg
Sekumpulan pemancing terpaksa bergelut selama 35 minit demi untuk menangkap seekor ikan tuna sirip biru seberat 90 kilogram (kg) dalam kejadian di luar pantai San Francisco, US baru-baru ini, lapor Daily Star. Salah seorangnya yang dikenali sebagai Adam Irino, 30 tahun dilapor terpaksa meminta bantuan daripada tiga orang pemancing lain untuk membantunya bergelut dengan tuna […]

“Merry Christmas”, SMS Pertama Di Dunia Dihantar 30 Tahun Dahulu Pada Tarikh Hari Ini
Merry Christmas merupakan mesej pertama di dunia yang dihantar kepada telefon bimbit 30 tahun dahulu, iaitu pada tarikh 3 Disember hari ini. Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS) telah mencapai usia ‘keramatnya’ di dunia pada 3 Disember hari ini kerana tarikh yang sama 30 tahun lalu, mesej teks pertama dihantar dihantar ke telefon bimbit, lapor NDTV. Difahamkan, mesej […]
Indonesia Bakal Lulus Undang-undang Baharu, Pesalah Zina Dipenjara Setahun
Indonesia Bakal Lulus Undang-undang Baharu, Pesalah Zina Dipenjara Setahun Parlimen Indonesia dijangka meluluskan undang-undang jenayah baharu pada bulan ini yang akan menghukum individu yang melakukan seks luar nikah dengan hukuman penjara sehingga setahun, lapor BBC. Menurut anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Bambang Wuryanto yang terlibat dalam draf undang-undang itu berkata, kod jenayah tersebut dijangka akan […]

Anwar Mohon Maaf Jarang Balas Tweet, Akui Tanggungjawab Bertambah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat kian aktif menggunakan media sosial sebagai platform utama berkongsi berkenaan urusan rasmi negara. Baru-baru ini, Anwar memuat naik satu ciapan mengatakan tanggungjawab beliau telah bertambah hingga membuatkannya jarang untuk membalas ciapan yang ditujukan kepadanya. Beliau membuat kenyataan sedemikian kerana ramai yang telah mengadu bahawa dirinya sudah jarang berbalas […]

“Kami Akan Merindui Kamu..” Anjing Kesayangan Lim Guan Eng Mati
Haiwan peliharaan merupakan sebahagian daripada hidup manusia ekoran perasaan sayang telah disemai dan diberi sejak ia kecil lagi, selain memberi tempat perlindungan dan makanan kepadanya. Setiap saat yang dilalui, setiap detik yang berjalan pastinya dipenuhi dengan kenangan yang dibina bersama haiwan itu kerana telah tinggal dalam rumah yang sama, menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada ahli […]

Didakwa Hasut Keganasan, Akaun Twitter Kanye West Digantung
Dituduh Hasut Keganasan, Akaun Twitter Kanye West Digantung Gara-gara didakwa menghasut keganasan, pemilik Twitter Elon Musk menggantung akaun Kanye West selepas dipercayai membuat ciapan yang boleh mencetuskan kontroversi, lapor BBC. Beliau yang turut dikenali sebagai Ye didakwa membuat beberapa ciapan yang tidak menentu termasuk menunjukkan simbol menggabungkan swastika dan bintang Yahudi sehingga menarik perhatian pemilik […]

Pelantikan Ahmad Zahid Dibuat Berdasarkan Hierarki Parti – Ahmad Maslan
ROMPIN, 4 Dis (Bernama) — Pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan berunsurkan kepentingan politik, tetapi dibuat dengan mengambil kira kedudukannya dalam hierarki parti. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelantikan Ahmad Zahid ke jawatan kedua tertinggi negara itu juga, bertujuan memberikan kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan […]

12 Tahun Kumpul Duit Bantu Abang Jumpa Jodoh
Seorang wanita di China mendakwa dia telah mendedikasikan 12 tahun hidupnya bekerja keras mengumpul duit untuk bantu abangnya bertemu jodoh, lapor Oddity Central. Difahamkan wanita dari wilayah Anhui tersebut mengusahakan sebuah restoran kecil dengan menjual penkek Cina sebagai sajian utama hingga jualannya berjaya mencecah angka sebanyak RM62,000. Apabila jualannya berjaya dan dapat ‘untung besar’, dia […]

Terkantoi Dengan Adik Ipar, Identiti Lelaki Kahwin Enam Terbongkar
Identiti seorang lelaki yang dipercayai berkahwin dengan enam isteri akhirnya terbongkar apabila salah seorang adik iparnya melihat dia bersama wanita lain di stesen kereta api dalam kejadian di India baru-baru ini, lapor India Times. Helah lelaki tersebut yang berasal dari Kampung Javatari ‘terkantoi’ apabila adik salah seorang isterinya (Mandu), iaitu Vikas yang tiba di stesen […]

25 Tahun Dalam Politik, Pernah Jadi Speaker Bawah Pokok, Sivakumar Kini Jadi Menteri
KUALA LUMPUR, (Bernama) — V Sivakumar yang dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia pernah mencatat sejarah dalam politik di Perak atau mungkin di Malaysia kerana semasa beliau menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), sidang DUN pernah berlangsung di bawah pokok hujan-hujan pada 3 Mac 2009. Sivakumar pernah memanggil sidang tergempar untuk membentangkan usul ke atas peralihan […]

Landasan Kena Bom, Sebelas Gerabak Kereta Api Kargo Hat Yai-Padang Besar Terbabas
Landasan Kena Bom, Sebelas Gerabak Kereta Api Kargo Hat Yai-Padang Besar Terbabas Landasan kereta api antara stesen Hat Yai dan Padang Besar di Songkhla dilaporkan telah dibom sehingga mengakibatkan sebelas gerabak kereta api kargo tergelincir, lapor Astro Awani. Kejadian tersebut dilapor berlaku ketika kereta api kargo No.707 yang beroperasi antara Hat Yai dan Padang Besar […]

Berang Uruguay Tersingkir Dari Piala Dunia, Cavani Lepas Geram ‘Tibai’ Skrin VAR
Berang Uruguay Tersingkir Dari Piala Dunia, Cavani Lepas Geram ‘Tibai’ Skrin VAR Pemain Uruguay, Edinson Cavani nekad menolak skrin VAR sehingga jatuh selepas kecewa pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia 2022 pada Jumaat lepas. Meskipun Uruguay berjaya menewaskan Ghana 2-0, tetapi ia tidak mencukupi untuk mereka mara ke pusingan 16 terakhir disebabkan hasil kemenangan mengejut Korea […]

“Ini Bukan Kemenangan…,” Zahid Hamidi Sifatkan Jawatan TPM Adalah Amanah Untuk Galas Pelbagai Cabaran
“Ini Bukan Kemenangan…,” Zahid Hamidi Sifatkan Jawatan TPM Adalah Amanah Untuk Galas Pelbagai Cabaran Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan merupakan sebuah cabaran bukannya kemenangan, lapor Sinar Harian. Beliau juga menegaskan bahawa ianya merupakan permulaan pelbagai cabaran sebaik sahaja pelantikan itu […]

Tahap Oksigen Kembali Merosot, Nad Zainal Dilapor Kena “Intubate” Semula
Tahap Oksigen Kembali Merosot, Nad Zainal Dilapor Kena “Intubate” Semula Rakan pelakon, Ungku Ismail pada hari ini memaklumkan bahawa Nad Zainal sedang bergantung semula kepada alat bantuan pernafasan setelah paru-paru pelakon itu dilaporkan merosot dan masih belum kuat. Ungku Ismail yang sempat menziarahi Nad pada petang Jumaat lalu telah menjelaskan bahawa tahap oksigen aktres itu […]

Ketepikan Perbezaan Politik, Realisasikan Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid
Ketepikan Perbezaan Politik, Realisasikan Kerajaan Perpaduan Demi Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masalah dan perbezaan politik harus diketepikan bagi merealisasi kerajaan perpaduan yang sebenar demi kepentingan rakyat. “Kita memberikan keutamaan kepada rakyat, untuk mewujudkan kestabilan pada negara bagi menggamit semula pelabur […]

Bayi Perempuan Ditemukan Dalam Kotak Di Kebun Jemaluang
Bayi perempuan ditemukan dalam kotak di kebun Jemaluang MERSING, 3 Dis (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di hadapan simpang masuk kebun Jemaluang di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam […]

“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia
“…Kami Memilih Agama Ini,” Enam Sekeluarga Dari Brazil & Lelaki Mexico Peluk Islam Di Piala Dunia Sebuah keluarga Brazil seramai enam orang dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar berlangsung, lapor Free Press Journal. Keluarga dari Brazil itu termasuk bapa, ibu dan empat orang anaknya dilihat […]

Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie Pertama Dilantik Menteri Agama
Mohd Na’im Ketua Hakim Syarie pertama dilantik Menteri Agama KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Buat julung kalinya Ketua Hakim Syarie diberi kepercayaan menjadi menteri Kabinet, apabila Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, 55, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Agama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan […]