Berita

Kes Bella: Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri
KUALA LUMPUR (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon penggantungan […]

PAU 2022 Ditangguhkan Ke 11 Hingga 14 Jan – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR (Bernama) — Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Jan depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah. “Oleh kerana 21 hingga 24 […]

Anwar Saman Pesuruhjaya PAS Perak Berhubung Ucapan Berbaur Fitnah
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berhubung ucapan yang didakwa mengaitkan beliau membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta menyokong ideologi komunis. Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & […]

Itali: Gempa Bumi, Tsunami Dan Letusan Gunung Berapi Landa Stromboli Island
ROM, 5 Dis (Bernama) — Gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi melanda pulau ikonik Stromboli Itali pada Ahad. Gegaran berukuran 4.6 pada skala Richter itu mencetuskan gelombang tsunami di pulau Aeolian pada ketinggian kira-kira satu setengah meter, namun tidak sampai ke pantai, menurut Agensi Berita Itali (ANSA). Gelombang ombak besar itu dilaporkan berpunca daripada […]

Diam-Diam Jadi Penumpang, Anthony Loke Turun Padang Tinjau Keadaan LRT Laluan Kelana Jaya
Diam-Diam Jadi Penumpang, Anthony Loke Turun Padang Tinjau Keadaan LRT Laluan Kelana Jaya Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke hari ini telah meninjau LRT di laluan Kelana Jaya bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku di kawasan berkenaan. Tinjauan selama dua jam itu dilakukan sekitar jam 5 hingga 7 petang, di mana ia merupakan waktu yang agak […]

STAR hasrat keluar PN, Pengumuman Rasmi Dibuat Kemudian – Jeffrey Kitingan
KOTA KINABALU, 5 Dis (Bernama) — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) hari ini menyatakan hasrat untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN) namun pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat kemudian, kata Presidennya Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan. Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata tindakan itu dibuat kerana melihat STAR, yang menyokong Kerajaan Perpaduan masa ini, sudah tidak […]

Kes Bella: Mahkamah Tolak Permohonan Siti Bainun Gantung Bicara Bela Diri
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, untuk menggantung prosiding perbicaraan bela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian, selepas peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili […]

Perjanjian Gabungan Parti Dalam Kerajaan Ditandatangani Dalam Masa Terdekat – Zambry
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) – Satu perjanjian gabungan membabitkan parti-parti dalam kerajaan akan ditandatangani dalam masa terdekat, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Tanpa mendedahkan kandungan perjanjian itu, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Luar dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa siri perbincangan mengenai […]

Fahmi Akan Bertemu Penyedia Perkhidmatan Media Sosial Bincang Isu Penyebaran Maklumat Palsu
PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) — Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan media sosial bagi membincangkan isu berkaitan penyebaran maklumat palsu serta kandungan bersifat agresif. Beliau yang baru memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Komunikasi Digital di sini hari ini berkata pertemuan itu akan turut memberi ruang kepadanya untuk memahami kerangka kawal […]

KPDNKSH Ambil Sampel Telur Yang Didakwa Premium Untuk Diuji
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) bertindak mengambil beberapa sampel telur premium di beberapa premis terpilih susulan laporan yang mendakwa berlakunya penipuan label telur kategori berkenaan. Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKSH Azman Adam dalam kenyataan hari ini berkata sample telur itu akan dihantar untuk dilakukan ujian bagi […]

Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib Meninggal Dunia
Pengasas Produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan meninggal dunia pada usia 78 tahun. Memetik laporan Astro Gempak, Allahyarhamah dipercayai meninggal dunia dalam tidur kira-kira jam 8.00 malam, semalam. Anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, SM Gadaffi Syed Ali mengesahkan mengenai berita tersebut. “Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu […]

Amaran Hujan Berterusan Di Kelantan, Terengganu Bermula 7 Disember
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di dua negeri bermula 7 hingga 9 Dis. MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan berterusan diramalkan berlaku di Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh […]

Kritikan Terhadap PM Atau Kerajaan Diizinkan, Saya Akan Menjawab – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengizinkan rakyat untuk melontarkan segala kritikan terhadap dirinya atau kerajaan di bawah pimpinannya. Anwar berkata demikian semasa mengulas tentang keabsahan keputusan pelantikannya menjadi Perdana Menteri yang dikatakan menjadi pertikaian sebelum ini. “Jadi saya rasa sudah sampai ketikanya untuk menerima kenyataan ini dan jangan mempertikaikan kuasa dan kebijaksanaan KDYMM Yang […]

Kembali Sebagai MOT, Anthony Gembira Jumpa Semula Pemandu Lama
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu semula dengan pemandu lamanya semasa beliau menjawat jawatan tersebut semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Beliau berkongsi coretan ringkas mengenainya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya pagi tadi. “Selamat pagi Malaysia! Saya gembira dapat bekerja semula dengan ‘pilot’ saya, saudara Hazril! Saya […]

Harga Baharu Telur Akan Diumumkan Esok, Mungkin Lebih Murah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sukacita memaklumkan harga baharu telur akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu pada esok. “Dengan pengumuman itu, ia akan mengurangkan kebergantungan kepada kartel, jadi kita harap jumlah pengeluaran telur cukup di pasaran dan harganya itu akan dikurangkan,” demikian kata beliau dalam sidang media pada Isnin. Difahamkan, […]

Cabutan Khas Perjudian Diturunkan Daripada 22 Kali Ke 8 Kali Setahun – PM
Mulai 1 Jan 2023, cabutan khas perjudian diturunkan kepada lapan kali setahun, demikian kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media yang berlangsung pada hari ini. Beliau berkata cabutan khas perjudian telah dikurangkan berbanding 22 kali semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN). Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun memaklumkan dirinya […]

Hadi Awang Hadir Di IPD Sentul Beri Keterangan
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir di Ibu Pejabat Daerah Sentul bagi memberi keterangan berhubung dakwaan ucapan berbaur hasutan sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Bernama. Sebelum ini media melaporkan, wujud dakwaan DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa serta menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”. Berita […]

Jemaah Menteri Setuju Potong Gaji 20 Peratus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan barisan jemaah menteri bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 20 peratus pada setiap bulan. Dalam pada itu, timbalannya Ahmad Zahid diminta untuk mempengerusikan jawatankuasa pengurusan bencana, siap siaga hadapi banjir. Selain itu, cabutan khas perjudian pula bakal diturunkan kepada lapan kali setahun mulai Januari depan. Beliau berkata demikian dalam […]

Rafizi Dedah ‘A To Z’ Macam Mana Kerjasama PH-BN Terbentuk Jadi Kerajaan, PRU15 Ada Hikmah
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli mendedahkan mengenai kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) setelah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November lalu. Dalam satu perkongsian di platform TikTok, Rafizi menerangkan mengenai rentetan peristiwa dari A sampai Z sehingga tertubuhnya Kerajaan Perpaduan. Rafizi yang juga merupakan […]

Iran Kaji Semula Undang-undang Wajib Pemakaian Hijab
Iran Kaji Semula Undang-Undang Wajib Pemakaian Hijab Undang-undang mewajibkan wanita memakai hijab di Iran sejak berpuluh tahun lalu dilapor akan dikaji semula ketika negara itu bergelut dengan tunjuk perasaan yang dikaitkan dengan kod berpakaian, kata pihak berkuasa Iran. Peguam Negara Iran Mohammad Jafar Montazeri memaklumkan perkara itu sedang dilihat kembali, sama ada memerlukan sebarang perubahan […]