Berita

KDN Akan Keluarkan Tahanan Kanak-kanak Di Depot Imigresen – Saifuddin
KDN Akan Keluarkan Tahanan Kanak-kanak Di Depot Imigresen – Saifuddin PUTRAJAYA, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan kanak-kanak yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen dalam masa terdekat, dan menyerahkan mereka kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang khusus menjaga kebajikan kumpulan berkenaan. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, […]

Virus Marburg: WHO Adakan Mesyuarat Tergempar
Virus Marburg: WHO Adakan Mesyuarat Tergempar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan mengadakan menyuarat “tergempar” pada hari Selasa sebagai tindak balas kepada wabak virus Marburg yang merbahaya di Afrika, lapor New York Post. Sekurang-kurangnya sembilan orang disahkan meninggal dunia akibat wabak pertama virus itu di Equatorial Guinea. Penyebaran wabak itu telah mendorong pegawai WHO untuk bertemu […]

Helikopter Black Hawk Milik AS Terhempas Tengah “Highway”, Dua Terkorban
Helikopter Black Hawk Milik AS Terhempas Tengah “Highway”, Dua Terkorban Sebuah helikopter tentera Tennessee National Guard UH-60 Black Hawk terhempas sebelum ‘meletup’ dalam kejadian di Lebuhraya Alabama semalam, lapor Daily Mail. Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira jam 3 petang di Lebuhraya 53, berhampiran Jalan Burwell, di bandar Harvest kira-kira setengah jam dari barat laut Hunstville. […]

Lelaki Turkiye Ucap ‘Terima Kasih Malaysia’ Atas Bantuan Gempa
Lelaki Turkiye Ucap ‘Terima Kasih Malaysia’ Atas Bantuan Gempa Seorang lelaki Turkiye, dipercayai mangsa gempa bumi yang melanda negara itu baru-baru ini telah mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Ucapan itu dibuat sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang diberikan kepada negaranya. Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh laman Facebook milik Global Peace Malaysia […]

Polis Sahkan Kenderaan Hanyut Dalam Pembentung Akibat Banjir
Polis Sahkan Kenderaan Hanyut Dalam Pembentung Akibat Banjir PENAMPANG — Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan beberapa imej sebuah pacuan empat roda terperosok di dalam pembentung parit berdekatan bulatan Sigah, Pekan Donggongon merupakan kenderaan yang dihanyutkan arus deras banjir semalam. Difahamkan, gambar yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak awal pagi tadi. […]

Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan
Gempa Kuat Gegar New Zealand Selepas Darurat Taufan New Zealand telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud pada hari ini, ketika negara tersebut baru sahaja ditimpa bencana ribut taufan. Pusat gempa yang berlaku kira-kira 7.30 waktu tempatan itu dilapor terletak di sekitar bandar Wellington, di utara negara pulau tersebut. Gempa berkenaan berlaku […]

401 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Luar Negara Diselamatkan
401 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Penipuan Pekerjaan Di Luar Negara Diselamatkan KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13 Feb). KLN berkata daripada jumlah laporan yang didapati melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di […]

Kemunculan Lubang Benam Di Poland Gusarkan Penduduk
Kemunculan Lubang Benam Di Poland Gusarkan Penduduk TRZEBINIA — Lima lubang benam dilaporkan muncul di Trzebinia, sebuah bandar di selatan Poland pada tahun ini, lapor AFP. Difahamkan, lubang berkenaan muncul di kawasan padang bola sepak bandar itu. Ia mempunyai lebar sekitar 10 meter (33 kaki) dan sedalam lima meter. Menurut pakar IT sewaktu menjelaskan kepada […]

Remaja Diselamatkan Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia
Remaja Diselamatkan Dari Gua Tham Luang Meninggal Dunia Salah seorang remaja daripada 12 kanak-kanak lelaki yang berjaya diselamatkan dalam tragedi gua Tham Luang di Thailand lima tahun lalu, Duangpetch Promthep, dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom semalam, lapor BBC. Difahamkan, mangsa pada awalnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di asramanya pada Ahad lalu sebelum […]

KPDN Berhasrat Perkenal ‘Baju Raya Rahmah’
KPDN Berhasrat Perkenal ‘Baju Raya Rahmah’ JITRA, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk memperkenalkan program ‘Baju Raya Rahmah’ dalam usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri. Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata untuk itu beliau telah mengadakan satu sesi libat urus dengan pemain industri […]

Pencarian Komando Hilang Ditamatkan – BASARNAS
Pencarian Komando Hilang Ditamatkan – BASARNAS JAKARTA, 15 Feb (Bernama) — Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia memaklumkan operasi mencari dan menyelamat anggota tentera darat Lans Koperal Edrin Baitim, yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di Selat Melaka minggu lepas ditamatkan pada Selasa. BASARNAS memutuskan perkara itu selepas tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan […]

Isu Mogok Mengejut, Ini Respon Menteri KKM
Isu Mogok Mengejut, Ini Respon Menteri KKM Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memberikan maklum balas mengenai rancangan mogok mengejut (unannounced strike) yang didakwa akan berlaku dalam kalangan kakitangan kesihatan baru-baru ini. Menerusi akaun TikTok rasminya (@drzalihamustafa), beliau mengambil maklum mengenai rencana tersebut walaupun tidak mengetahuinya secara terperinci. Beliau seterusnya meminta agar semua yang mungkin terlibat […]

Kumpulan K-Pop Terkenal, MOMOLAND Umum Bubar
Kumpulan K-Pop Terkenal, MOMOLAND Umum Bubar Selepas enam tahun bersama, kumpulan K-Pop wanita terkenal, MOMOLAND mengumumkan bahawa keenam-enam ahli mereka akan membawa haluan masing-masing. Berita mengejutkan itu diketahui umum melalui satu nota tulisan tangan yang dimuat naik secara serentak oleh semua anggota kumpulan itu di Instagram semalam. Hantaran berkenaan turut disertai dengan kapsyen dalam bahasa […]

Konsert Jelajah Dunia NCT Dream Di Malaysia Mei Ini
Konsert Jelajah Dunia NCT Dream Di Malaysia Mei Ini Kumpulan K-Pop terkenal, NCT Dream mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan konsert jelajah “The Dream Show 2: In A Dream” di Kuala Lumpur, 20 Mei ini. Berita gembira buat peminat tempatan itu diumumkan menerusi satu hantaran di laman Twitter mereka hari ini. Menerusi hantaran tersebut, NCT Dream […]

Thailand Kutip Fi Daripada Pelancong Asing Mulai 1 Jun
Thailand Kutip Fi Daripada Pelancong Asing Mulai 1 Jun BANGKOK, 15 Feb (Bernama) — Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta perlindungan insurans pelancong. Timbalan Jurucakap Kerajaan Traisulee Traisaranakul berkata 300 baht […]

Twitter Mungkin Diketuai CEO Baharu Akhir Tahun Ini – Elon Musk
Twitter Mungkin Diketuai CEO Baharu Akhir Tahun Ini – Elon Musk Pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk memaklumkan bahawa Twitter berkemungkinan diambil alih oleh pemilik baharu atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) lain menjelang akhir tahun 2023, lapor AFP. Musk berkata demikian sewaktu Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai melalui video. “Saya rasa mungkin menjelang […]

Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM
Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Tahun Ini – BNM Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Datuk Nor Shamsiah Moh Yunus menegaskan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada taun ini. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh BNM menerusi satu video yang dimuat naik di laman twitter rasminya sebentar tadi. ”Ekonomi global masih berkembang. Kita tidak menjangkakan […]

Pembaharuan Lesen LYNAS – Tiada Lagi Sisa Radioaktif Boleh Dihasilkan Oleh LYNAS Di Malaysia
Kuala Lumpur, 15 Feb 2022 – Tiada lagi sisa radioaktif tambahan daripada Lynas selepas bulan Julai 2023, ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang dalam satu kenyataannya semalam. Hal ini susulan penolakan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) atas permohonan Lynas untuk menggugurkan syarat lesen LPTA/A/1333 berkaitan pengurusan residu Water Leach Purification (WLP) […]

Cadangan Wajib Pembayaran Elaun Latihan Industri Sektor Swasta Dibawa Ke Kabinet – Hannah
Cadangan Wajib Pembayaran Elaun Latihan Industri Sektor Swasta Dibawa Ke Kabinet – Hannah KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Cadangan mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilaksanakan sektor awam akan dibawa ke Kabinet untuk perbincangan, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi dan […]

Projek Rintis Pembekalan Minyak Petrol RON95 & Diesel Tanpa Subsidi Dalam Usaha Menangani Ketirisan Subsidi
PADANG BESAR, 15 FEBRUARI 2023 – Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah merasmikan Projek Rintis berkaitan Pembekalan Minyak Petrol RON 95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Padang Besar, Perlis. YB Menteri dalam ucapan perasmiannya telah memaklumkan bahawa isu ketirisan subsidi menjadi topik hangat […]