Berita

Indonesia & Malaysia Perkukuh Kerjasama Dua Hala Dalam Bidang Pertanian
KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2023 – YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Hermono, Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia pada 14 Februari 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Pertemuan ini bagi membincangkan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam […]

Perayaan Chap Goh Mei IJM Land Mendapat Sambutan Menggalakkan Dengan Anggaran 20,000 Pengunjung
Perayaan Chap Goh Mei IJM Land menyambut kepelbagaian di Seremban 2 dengan persembahan oleh artis dan selebriti Astro Seremban, 15 Februari 2023 – Perayaan Chap Goh Mei IJM Land yang telah diadakan di S2 City Park baru-baru ini sah merupakan suatu malam yang tidak dapat dilupakan walaupun dilanda hujan lebat di Seremban. Ukiran senyuman pada […]

Pertimbang Pengeluaran KWSP, Moratorium Bantu Rakyat Terjejas – Muhyiddin
Pertimbang Pengeluaran KWSP, Moratorium Bantu Rakyat Terjejas – Muhyiddin KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat. Beliau berkata ia termasuk mempertimbangkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman bank. “Itulah tugas hakiki kerajaan. […]

Satelit Temui Hutan Berbentuk Hati Di Thailand
Satelit Temui Hutan Berbentuk Hati Di Thailand Sebuah agensi angkasa lepas Thailand dan organisasi penyelidikan angkasa lepas baru-baru ini telah mengeluarkan imej satelit hutan yang berbentuk hati bersempena dengan Hari Valentine, lapor Mothership. Imej udara hutan itu telah diambil oleh Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (Gistda) menggunakan satelit SPOT 6. Menurut Agensi Angkasa Eropah, […]

Nak Pergi Thailand Ke Tu? Dah Boleh Guna Maxim
Maxim secara rasminya telah melancarkan operasi di Thailand, ianya beroperasi di Chiang Mai dan diikuti dengan lebih banyak bandar utama iaitu Hat Yai, Khon Kaen, Pattaya, Phuket, Udon Thani dan terus berkembang sehingga hari ini di lebih banyak bandar. Maxim bermula pada tahun 2022 dengan beberapa perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna bagi memenuhi keperluan harian, […]

Pencuri Nekad Pecah Masuk Rumah, Goreng Nugget Sebelum Melarikan Motosikal Penduduk
Pencuri Nekad Pecah Masuk Rumah, Goreng Nugget Sebelum Melarikan Motosikal Penduduk Seorang suspek kes curi di Dusun Guyang Gajah, Trengalek, Indonesia dilaporkan sempat menggoreng nugget di rumah yang dipecah masuk sebelum melarikan motosikal mangsa. Pemilik rumah berkenaan yang bernama Haichal memberitahu bahawa kejadian kecurian itu pertama kali diketahui oleh ibu dan adiknya. Ketika itu, mereka […]

Basikal Antik Harley Davidson Dilelong RM4 Juta
Sebuah basikal antik Harley Davidson pada tahun 1908 yang sangat jarang ditemui telah dilelong dengan harga RM4 juta, lapor NDTV. Menurut Fox Business, dengan harga itu sekali gus menjadikan ia sebagai basikal yang paling mahal dijual dalam acara lelongan. Model basikal itu dikenali sebagai Strap Trank kerana jalur keluli bersalut nikel yang menyimpan bahan api […]

KKM Kaji Semula SOP Bawa Pesakit Psikiatri Ke Fasiliti Kesihatan
KKM Kaji Semula SOP Bawa Pesakit Psikiatri Ke Fasiliti Kesihatan KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pesakit psikiatri untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu penting kerana melibatkan keselamatan pesakit lain yang berada […]

Ajaib, Lelaki Ditemukan Masih Hidup Selepas Terjatuh Tebing Setinggi 70 Meter
Ajaib, Lelaki Ditemukan Masih Hidup Selepas Terjatuh Tebing Setinggi 70 Meter Seorang lelaki di Thailand ditemukan masih hidup selepas terjatuh dari tebing setinggi 70 meter di Phu Thap Burk, di wilayah tengah Phetchabun, lapor The Thaiger. Khaosod melaporkan pada pagi ini bahawa lelaki yang dipercayai pelancong dari wilayah Pathum Thani itu terjatuh dari viewpoint di […]

KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT
KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini. Tidak hanya itu, dalam masa sama Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut dilantik menjadi Penasihat Belia Johor. Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan […]

Mangsa Tikam Hospital Selayang Diberi Rawatan Terbaik – Dr Zaliha
Mangsa Tikam Hospital Selayang Diberi Rawatan Terbaik – Dr Zaliha KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam diberikan rawatan terbaik. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang […]

JPJ Tambah Baik Ciri Keselamatan Aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ
JPJ Tambah Baik Ciri Keselamatan Aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah baik ciri keselamatan dan mesra pengguna bagi aplikasi MyJPJ dan portal awam JPJ yang boleh diakses secara berperingkat mulai hari ini, mengikut sistem operasi telefon masing-masing (Android, IOS dan Huawei). Ketua Pengarahnya Datuk Zailani […]

Lengkap Dengan Surau Dan Warung, Perkampungan Haram PATI Di Cyberjaya Digempur
Lengkap Dengan Surau Dan Warung, Perkampungan Haram PATI Di Cyberjaya Digempur Sebuah perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berselindung di sebalik kawasan bukit dan hutan di Cyberjaya berjaya digempur pada Rabu. Menurut Sinar Harian, perkampungan haram itu turut dilengkapi dengan warung dan kedai runcit. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, […]

Penjaga Gol Belgium Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan Penalti Sebelum Pergi Selamanya
Penjaga Gol Belgium Meninggal Dunia, Sempat Selamatkan Penalti Sebelum Pergi Selamanya Seorang penjaga gol Belgium yang sedang beraksi dalam satu perlawanan dilapor meninggal dunia sejurus selepas menyelamatkan sepakan penalti untuk pasukannya. Arne Espeel, 25, beraksi untuk Winkel Sport B dalam divisyen dua wilayah Brabant Barat di Belgium. Ketika kejadian, Winkel Sport sedang beraksi menentang Westrozebeke di […]

WHO Sahkan Virus Marburg Dikesan Di Equatorial Guinea
WHO Sahkan Virus Marburg Dikesan Di Equatorial Guinea Negara Afrika Barat, Equatorial Guinea pada Isnin mengesahkan kes pertama jangkitan virus membawa maut, virus Marburg dikesan di negaranya. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Afrika, ujian sampel awal yang dibuat susulan kematian sembilan individu di wilayah Kie Ntem didapati positif dengan virus tersebut. Sampel berkenaan kemudian dihantar […]

Tular Insiden Gaduh Di Batu Pahat, 11 Lelaki Ditahan
Tular Insiden Gaduh Di Batu Pahat, 11 Lelaki Ditahan BATU PAHAT — Susulan tular insiden pergaduhan di sebuah inap desa, pihak polis telah menahan 11 lelaki tempatan berhubung kejadian itu. Memetik Sinar Harian, kejadian itu membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu lain. Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, 11 individu […]

‘Denti’ Dan ‘Frankie’ Tangkas Beraksi Dalam Operasi SAR Gempa Bumi Turkiye
‘Denti’ Dan ‘Frankie’ Tangkas Beraksi Dalam Operasi SAR Gempa Bumi Turkiye GAZIANTEP (Turkiye), 14 Feb (Bernama) — Dua “hero Batang Kali” yang menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara ke Turkiye sentiasa bersedia mencurahkan tenaga mereka dan tidak gugup beraksi walaupun berada di negara ‘orang’. Aksi lincah anjing pengesan milik unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat […]

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia
Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia NAGOYA — Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan meninggal dunia pada usia 97 tahun hari ini akibat komplikasi jantung, maklum syarikat berkenaan. Memetik Kyodo News, beliau merupakan generasi ketiga (cucu) kepada keluarga pengasas syarikat itu. Shoichiro mula melibatkan diri dalam syarikat keluarganya sejak berumur 27 tahun […]

Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun
Arab Saudi Dedah ‘Wajah’ Wanita Nabataean Berusia 2000 Tahun Arab Saudi baru-baru ini telah mendedahkan wajah wanita purba Nabataean setelah melalui proses rekonstruksi yang memakan masa bertahun-tahun oleh ahli sejarah dan arkeologinya. Wajah berkenaan dibina berdasarkan model mayat Hinat, iaitu seorang wanita Nabataean yang ditemui pada 2015. Jasad Dibiayai oleh Jawatankuasa Diraja Al-Ula, proses rekonstruksi […]

Bomba Terima Panggilan Kecemasan Tangkap Labah-Labah
Bomba Terima Panggilan Kecemasan Tangkap Labah-Labah Bergelar seorang anggota bomba bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Mereka perlu sentiasa bersiap sedia setiap masa sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan. Hal ini kerana ia sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menabur bakti kepada masyarakat walau apa jua keadaan. Bukan sahaja bertindak sebagai pasukan pemadam api, malah kerja-kerja lain juga […]