Berita›Tragedi

(Video) Bas Pekerja Rempuh 12 Kenderaan Di Sungai Petani, Enam Cedera
Alor Setar : Pemandu dan penumbang 12 kenderaan berhadapan detik mencemaskan apabila dirempuh sebuah bas pekerja yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat di Amanjaya, Sungai Petani pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzly Abu Shah berkata kemalangan yang berlaku pada 8.15 pagi itu menyebabkan enam penumpang bas itu cedera termasuk seorang parah kerana patah kaki […]

Tragedi Bot Terbakar Di California, 20 Mayat Ditemui, 14 Masih Hilang
LOS ANGELES, 4 Sept (Bernama) — Sebanyak 20 mayat ditemui pada Selasa pagi dan 14 lagi masih hilang dalam tragedi bot terbakar di Pulau Santa Cruz di California Selatan, lapor agensi berita Xinhua. Syerif Santa Barbara County Bill Brown berkata mayat terdiri 11 wanita dan sembilan lelaki itu telah dikenalpasti. Penyelam turut mengesan empat hingga […]

AR Badul Redha Pemergian Anaknya
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) – Pelakon serta pelawak veteran A.R Badul reda dengan pemergian anaknya Mej Mohd Zahir Armaya, 36, yang meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah pagi tadi. A.R Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie […]

(Video)Gurauan Bertukar Tragedi, Dua Pelajar Didakwa Maut Jatuh Dari Tingkat 5 Sekolah
Malang tidak berbau. Dua orang pelajar didakwa maut setelah terjatuh dari tingkat 5 bangunan sekolah mereka ketika sedang bergurau antara satu sama lain. Dalam satu video yang tular, dua pelajar itu bergurau di tepi koridor sekolah di mana salah seorang mereka memeluk rakannya dari belakang. Tiba-tiba, mereka terlentang ke belakang menghempap pagar koridor, membuatkan pagar […]

(Video) Serpihan Berterabur Di Mana-Mana, Keadaan Bandar Di USA Selepas Dibadai Taufan Dorian
Pulau Abaco, Bahamas- Sehingga malam tadi waktu tempatan, Taufan Dorian telah mengorbankan tujuh nyawa di sini, kata Perdana Menteri negara itu, Hubert Minnis, semalam. Gambar dari pandangan atas menunjukkan serpihan bangunan yang runtuh akibat dibadai taufan kategori lima dengan kelajuan mencecah 251 km/j. Kemusnahan akibat Dorian membuatkan sukar untuk membezakan samada kawasan tersebut merupakan lokasi […]

“Bunuh Saja, Dia Akan Ke Syurga” Dakwa Terdengar Bisikan Ghaib, Ibu Tikam Bayi Sendiri Guna Pisau Dapur
Bandung, Indonesia – Seorang ibu bertindak menikam bayi sulungnya yang berusia 3 bulan setelah mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian. Menurut jurucakap polis Bandung, Kompol Suparma, wanita itu berkata dia terdengar bisikan ghaib yang berkata, “Kamu belum sedia menguruskan anak, jadi bunuh saja dia, dia akan ke syurga.” Dia kemudiannya bertindak mengambil pisau dapur […]

Tiga Maut Termasuk Wanita Sarat Mengandung Dalam Kemalangan Di Teluk Intan
Ipoh, 3 Sept – Tiga wanita yang menaiki sebuah Suzuki Swift maut termasuk seorang yang sarat mengandung selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat,Teluk Intan hari ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang […]

(Video) “Lidah Api Menjulang Atas Kepala”, Aksi ‘Fire Fighter’ Raih Penghargaan Netizen
Seperti yang kita semua tahu, tugas anggota bomba sangat mencabar dan terdedah kepada risiko yang bahaya. Tugas yang diamanahkan kepada setiap anggota bomba dijalankan dengan penuh komited tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri. Disebabkan itu, sebagai masyarakat Malaysia khususnya perlulah menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh setiap anggota bomba. Pengorbanan anggota bomba dalam masyarakat kita […]

(Video) Padah Guna Lorong Kecemasan, Ambulans Jadi Mangsa
Umum sudah mengetahui bahawa laluan kecemasan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan orang awam kerana ianya dikhaskan untuk tujuan kecemasan seperti ambulans yang membawa pesakit. Semalam, tular di media sosial mengenai rakaman kes kemalangan yang melibatkan sebuah ambulans dengan sebuah kereta yang berlaku di Lebuhraya Karak arah Bentong ke Tol Gombak. Menerusi rakaman ‘dashcam’ daripada […]

(Video) “Kami Tak Akan Mula, Tapi Ketika Kami Diserang, Solusinya Hanya Jihad,” Masjid Pertahan Rusuhan Papua
Sejak beberapa minggu yang lalu, ribuan etnik Papua mengadakan demonstrasi dan rusuhan di Kota Manokwari dan Jayapura di Papua. Tindakan tersebut dikatakan sebagai tanda protes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya, Jawa Timur. Berikutan insiden berkenaan, pelbagai tempat telah musnah dan dikhuatiri banyak lagi tempat akan mengalami kerosakan. Akibat ancaman itu, masyarakat […]

Pemandu Pacuan Empat Roda Dicari Terlibat Kes Langgar Lari Di Beaufort
BEAUFORT, 3 Sept (Bernama) — Polis sedang menjejaki pemandu sebuah kereta pacuan empat roda yang terlibat dalam kes langgar lari yang menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 8 Jalan Beaufort – Papar, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abd Razak berkata dalam kejadian pada 6.30 petang itu, mangsa seorang lelaki, Sukarno Pulalon, 35, mati […]

Ribut Tropikal Podul Badai 16 Wilayah Thailand, Seorang Terbunuh
BANGKOK, 31 Ogos (Bernama) — Seorang dilaporkan terbunuh manakala 1,655 buah keluarga terkandas apabila ribut tropika Podul yang membawa hujan lebat dan angin kencang membadai 16 wilayah di Thailand sejak malam tadi. Menurut jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat, dalam kenyataan hari ini, kejadian tersebut mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh terutama di bahagian timur laut negara […]

(Video) Lagi Kejadian Tembakan Rambang Di USA, 5 Terbunuh Dan Puluhan Tercedera
Odessa, Texas – Seramai lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 21 cedera setelah seorang pengganas melepaskan tembakan rambang di sebuah lokasi berhampiran pasaraya di sini semalam. Suspek yang berusia 30-an melepaskan tembakan dari kenderaan dinaikinya sebelum ditembak mati oleh pihak polis dalam insiden berbalas serangan. Menurut Ketua Polis Odessa, Michael Gerke, seramai tiga orang pegawai tercedera […]

Kakitangan USAS Meninggal Dunia Semasa Mendaki Di Gua Musang
Ipoh : Seorang pembantu tadbir Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar yang meninggal dunia semasa mendaki Gunung Yong Belar berhampiran Lojing, Gua Musang petang semalam adalah seorang pendaki yang aktif sebelum ini. Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan dan Keselamatan USAS, Amiruden Mohamed Sharif berkata mangsa, Rosli Kamaruddin berusia 52 tahun telah berkhidmat di universiti berkenaan […]

Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Di Muara Sungai Sepang
Sepang : Dua orang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus ketika mandi-manda di muara Sungai Sepang, di sini hari ini. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang Azrul Faizal Maarif, dalam kejadian pada kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, dan Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14, bersama-sama empat lagi rakan mereka […]

(Video)31 Premis Di Sungai Lembing Musnah Terbakar
KUANTAN, 31 Ogos (Bernama) — Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing di sini, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 buah rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan. “Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi […]

Polis Tidak Kesan Aktiviti Pembuangan Sisa Toksik Di Pasir Gudang
JOHOR BAHRU, 30 Ogos — Pihak polis tidak mengesan sebarang aktiviti pembuangan sisa toksik, setakat ini, yang boleh dikaitkan dengan insiden seramai 33 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang mengalami muntah, sesak nafas dan pening selepas dipercayai terhidu bau busuk Rabu lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din yang […]

Lelaki Melecur, Tujuh Keluarga Tinggai Sehelai Sepinggang Dalam Kebakaran Rumah Di Labuan
Labuan, 30 Ogos – Seorang lelaki melecur di tangan ketika cuba memadamkan kebakaran di rumahnya awal pagi ini yang mengakibatkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang. Kebakaran, yang bermula pada kira-kira 2 pagi, memusnahkan rumah kayu dua tingkat yang disewa oleh kesemua keluarga itu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata bilik operasi menerima […]

Gempa Bumi Kuat 6.3 Skala Ritcher Gegar Perairan Oregon
Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Ritcher telah menggegar kawasan perairan pantai Oregon, Amerika Syarikat awal pagi tadi waktu Malaysia. Menurut laporan Pusat Kajian Geologi AS, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 5.3km sekitar jam 8.07 pagi waktu tempatan, kira-kira 283km di barat bandar Bandon. A M6.3 earthquake has occured 284km WNW of Bandon, Oregon. No […]

Tergamaknya Duhai Anak, Bunuh Ibu Dan Goreng Otak Untuk Dimakan Hanya Kerana Alasan Tak Masuk Akal
Tergamaknya seorang anak apabila sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri dengan kejam hanya kerana mangsa tidak menuruti permintaannya dalam kejadian yang berlaku selasa lalu. Malah, lebih mengerikan apabila dia turut memecahkan tengkorak kepala ibunya dan mengeluarkan otak mangsa sebelum mencuba menggorengnya di dalam kuali untuk dimakan. Suspek, Sitaram Iraon, dari perkampungan Botalda, India, didakwa bertindak demikian […]