Berita›Tragedi

Jepun Arah 240,000 Penduduk Berpindah Akibat Hujan Lebat
Kawasan barat daya Jepun dilanda serangan hujan lebat pada pagi Rabu. Jabatan Metereologi Jepun mengeluarkan amaran tahap maksimum terhadap banjir dan juga tanah runtuh. Amaran tersebut meliputi Fukuoka, Saga dan Nagasaki di utara Kyushu. Jabatan itu memberitahu bahawa, mereka meramalkan hujan kuat dari barat ke bahagian utara negara Jepun kerana sistem tekanan atmosfera yang rendah […]

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi-Manda
Alor Setar : Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama seorang rakannya di sungai belakang Istana Anak Bukit di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan mangsa, Muhammad […]

Kisah Banduan Akhir Jadi Tidak Siuman Lepas 14 Tahun Tunggu Hukuman Gantung
Bila dengar mengenai kisah banduan akhir pasti bermacam-macam yang berlegar-legar dalam pemikiran kita. Bayangkan kalau kita tahu detik dan cara kematian seperti mana yang akan berlaku oleh banduan. Kisah banduan akhir ini akan dikongsikan oleh Kamarul iaitu bekas peguam dan sekarang merupakan seorang pensyarah dalam jurusan undang-undang di sebuah universiti. Untuk pengetahuan anda, banduan akhir […]

Luka Di Kepala Dan Leher, Seekor Penyu Seberat 50KG Ditemui Mati Akibat Tersangkut Pada Jaring Ikan
Seekor penyu laut hijau seberat 50kg telah ditemui mati berhampiran kawasan Pantai Thung Thalay kira-kira pukul 10 pagi, 27 Ogos lalu oleh pegawai marin. Pantai Thung Thalay terletak di dalam kawasan perlindungan hidupan liar Thung Thalay, di mana terdapat beberapa spesis laut terancam yang menjadikan kawasan ini sebagai habitat mereka. Ketika ditemui, bangkai penyu itu […]

TERKINI: Kemalangan Maut Di Lebuhraya PLUS, Terowong Ke Kuala Kangsar, Trafik Sesak Sehingga 8KM
Sebuah kemalangan melibatkan lori treler dan sebuah kereta telah berlaku di Lebuhraya PLUS Km 256.1 arah utara dari Terowong ke Kuala Kangsar tengahari tadi. Kemalangan itu telah menyebabkan lori treler berkenaan menutup kesemua lorong dijalan berkenaan dan menyebabkan kesesakan yang serius. Pada peringkat awal sejurus berlakunya kemalangan, trafik menuju ke arah utara telah terhenti sepenuhnya. […]

Kejadian Diserang Hendap Komunis Buat Ahamad Sebak Setiap Kali Terkenang
Air matanya menitis, setiap kali mengimbas kembali kejadian diserang hendap komunis, yang mengorbankan lima rakannya, di Kuching, Sarawak, 48 tahun yang lalu. Bekas pesara askar, Staff Sarjan Ahmad Ibrahim, 72, ketika itu beliau bertugas dalam Kor Perubatan di Kem Biawak, Sematan, Kuching. “Saya ingat masa tu hari Jumaat, dan kami tujuh orang dalam perjalanan pulang dari hospital. […]

Gempa Bumi Kuat Landa Jepun Awal Pagi Tadi, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan
Perairan berhampiran Hachihone, Jepun baru sahaja digegar gempa bumi pada kekuatan 6.1 skala Ritcher beberapa jam yang lepas. Gegaran itu berpusat ditengah lautan, 141 kilometer dari kawasan Hachihone pada kedalaman 10 kilometer namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. The U.S. Geological Survey reports a magnitude 6.1 #earthquake shook 141 km ENE of Hachinohe, Japan: https://t.co/3fUDBxXvdJ pic.twitter.com/GGjDtqFVTf […]

Angkara Dendam Lelaki Ini Tembak ‘Pembuli’ Semasa Majlis Reunion
Selepas 50 tahun bertemu semula, seorang lelaki warga emas bertindak untuk membalas dendam dengan menembak sehingga mati terhadap rakannya yang sering membulinya pada zaman sekolah dahulu. Ketika mereka berusia 16 tahun, didakwa mangsa sering membuli suspek di sekolah. Pada hari kejadian, mereka menghadiri sebuah majlis ‘reunion’ yang diadakan untuk pertemuan yang sudah lama terpisah akhirnya […]

33 Murid SK Taman Pasir Putih Alami Loya, Muntah Selepas Terhidu Bau Busuk
Johor Bharu, 28 Ogos – Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, di Pasir Gudang mengalami loya dan muntah-muntah selepas mengadu terhidu bau busuk di sekolah berkenaan, pagi ini. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin berkata pada awalnya seramai 25 murid dilaporkan mengalami simptom berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi sebelum […]

Lebam Dan Tangan Patah, Lelaki Terima Padah Cedera Teruk Akibat Lawan Gusti Lengan
Beradu kekuatan dengan berlawan gusti lengan bukanlah asing terutamanya bagi golongan lelaki. Malah, ia menjadi antara ‘permainan’ popular ketika di sekolah. Walaupun pada hakikatnya ia bukanlah permainan sukan yang berisiko tinggi, namun itu tidak bermakna ia tidak boleh mendatangkan kecederaan langsung. Ia dibuktikan dengan satu kejadian yang berlaku di China baru-baru ini selepas seorang lelaki […]

(Video)Asap Hitam Berkepul-Kepul, Pesawat Terbakar Ketika Menunggu Kemasukan Penumpang
Warga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing menghadapi detik cemas apabila sebuah pesawat tiba-tiba terbakar ketika menunggu kemasukan penumpang. Kejadian itu berlaku pada Selasa sewaktu kru pesawat sedang mempersiapkan penumpang untuk masuk ke pesawat Air China yang dijadualkan berlepas ke Tokyo, petang itu. Melihat kepada gambar yang dimuatnaik di laman Weibo sebelum dikongsikan oleh media, […]

Gempa Bumi Kuat Landa Rantau Kepulauan Sandwich Selatan
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Sandwich Selatan pada 7.55 pagi ini (waktu Malaysia). Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa itu terletak 3,740 km tenggara dari Puerto Montt, Chile, pada kedalaman 36 km. Ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA

(Video)Rakaman “Dashcam” Tular Dedah Detik-Detik Kemalangan Maut Libatkan Lori Muatan Tong Gas
Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas di KM269.9 Lebuhraya PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai. Kemalangan yang terjadi berhampiran dengan RnR Seremban Utara pada jam 10 malam, 26 Ogos tersebut dilaporkan telah meragut tiga nyawa. […]

Seorang Maut, Dua Cedera Nahas Empat Kenderaan
Kuala Lumpur : Seorang lelaki maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer 41 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Guru Nanak, Hulu Selangor, malam tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman berkata Mara’ai Md Aris, 57, yang bekerja sebagai Pembantu Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak meninggal dunia di tempat kejadian akibat […]

Hasrat Bantu Mangsa Kemalangan Bertukar Tragedi, Ragut 3 Nyawa
SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) — Hasrat pemandu lori yang mambawa muatan tong gas untuk membantu penunggang motosikal yang terbabas di laluan kecemasan, bertukar tragedi apabila lorinya dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi lori yang membawa muatan simen, malam tadi. Rempuhan itu menyebabkan lori dengan muatan tong gas itu bergerak ke depan lalu melanggar penunggang dan […]

Kanak-Kanak Hilang Ketika Mandi Sungai Ditemukan Lemas
SIBU, 27 Ogos (Bernama) — Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa mandi bersama bapa dan sepupu lelakinya di Sungai Rejang, di kawasan Sungai Bidut pada pagi Ahad lepas, ditemukan lemas 10.30 malam tadi. Mayat Julia Purnama, 7, dijumpai bapanya yang dibantu rakan-rakan dan penduduk setempat selepas pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menangguhkan operasi […]

Hutang Punya Pasal, Isteri Tergamak Upah ”Hitman” Bunuh, Bakar Suami Dan Anak Tiri Dalam Kereta
Dilaporkan, dua mayat ditemukan dalam sebuah kereta terbakar di Sukabumi, Jawa Barat Indonesia pada Ahad lalu (25 Ogos). Penduduk tempatan yang terkejut melihat kejadian tersebut telah melaporkan kepada pihak polis. Dipercayai penduduk juga melihat terdapat mayat di dalam kereta yang terbakar. Hasil dari analisis polis, kedua mayat didakwa merupakan mangsa pembunuhan yang dilakukan beberapa hari […]

(Gambar) Kemalangan Empat Buah Kenderaan, Tiga Maut, Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan
Seremban – Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM269.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai telah meragut tiga nyawa semalam. Kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban kira-kira jam 10 malam semalam telah melibatkan dua buah lori termasuk sebuah lori dengan muatan tong gas dan dua buah motosikal. “Setakat […]

(Video)Anggaran 60 Rumah Musnah, Kebakaran Di Kampung Otentik Tawau
TAWAU, 27 Ogos (Bernama) — Dianggarkan 60 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat, di sini, malam tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya mengalami kesukaran memadamkan api berikutan faktor pergerakan angin kuat selain kedudukan rumah yang rapat. “Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.51 malam sebelum empat jentera Fire […]

Sangat Membimbangkan, Ini Yang Bakal Terjadi Sekiranya Hutan Hujan Amazon Musnah Sepenuhnya
Seperti sedia maklum, Hutan Hujan Amazon yang terletak di benua Amerika Selatan sedang ‘nazak’ berikutan kebakaran yang berlaku dipercayai sejak 15 Ogos yang lalu. Pelbagai usaha sedang giat diperjalankan dalam misi menyelamatkan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia itu. Walau bagaimanapun, kebakaran Hutan Hujan Amazon ini sangat membimbangkan komuniti dunia berikutan terdapat pelbagai kepentingannya […]