Berita›Tragedi
Kebocoran Radioaktif Di Pos Aviation Di Sepang, Operasi Dihenti Sementara
SEPANG, 7 Nov (Bernama) — Kebocoran radioaktif yang berlaku di terminal Pos Aviation di kawasan KLIA Cargo Village di sini hari ini mengakibatkan kakitangannya mengosongkan bangunan dan menghentikan sementara operasinya. Insiden kebocoran radioaktif itu yang mana Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerahkan ke lokasi, disahkan Pos Aviation, pengendali perkhidmatan logistik darat, dalam satu kenyataan hari ini. Menurut JBPM Selangor, Balai Bomba […]

37 Maut Dalam Serangan Ke Atas Konvoi Pekerja Lombong Di Burkina Faso
Trenton : Satu serangan ke atas konvoi yang dalam perjalanan ke sebuah lombong emas milik syarikat Kanada di Burkina Faso pada Rabu telah menyebabkan 37 orang maut manakala lebih 50 lagi cedera, lapor agensi berita Turki Anadolu. Semafo, syarikat perlombongan emas dari Montreal yang memiliki Lombong Boungou, berkata serangan berlaku kira-kira 40 kilometer (25 batu) dari lombong itu. Ketika kejadian, anggota tentera mengiringi lima […]

Dua Rentung Kenderaan Dinaiki Terbabas Dan Terbakar Lalu Terjunam Ke Parit
Seremban, 6 Nov – Dua lelaki rentung selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbakar di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Seremban, petang tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, van dinaiki dua mangsa dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu […]
Ibu Dakwa Hospital Gagal Kenal Pasti Jantina Bayi Jadi Punca Anaknya Hampir Maut
Seorang wanita yang juga seorang ibu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah hospital selepas gagal mengenal pasti jantina bayi byang baru dilahirkan. Pihak hospital mendakwa bayi tersebut sebagai bayi lelaki. Bayi itu dinamakan Maxim dan dikatakan mengalami sindrom adrenogenital iaitu masalah pembesaran organ seksual. Kegagalan pihak hospital mengesan masalah yang dialami oleh bayi itu lebih […]
(Video) Tiba-Tiba Melambung, Viral Lelaki Dikhuatiri Maut Tangki Septik Meletup Dipercayai Kena Api
Jakarta, 6 Nov – Seorang pekerja pembersihan loji kumbahan dikhuatiri maut apabila tangki septik yang dibersihkannya di salah sebuah rumah meletup secara tiba-tiba di daerah Cakung, Jakarta Timur pada Isnin lalu. Mangsa yang pada ketika itu baru sahaja selesai menyedut tangki najis berkenaan telah menyalakan api pada kertas di lubang tangki bagi memastikan sudah tidak […]
Ajal Semasa Bertugas, Dua Anggota Polis Maut Dirempuh Semasa Jalankan ‘Road-Block’
Malang menimpa beberapa orang anggota polis apabila dirempuh oleh sebuah lori semasa bertugas bagi satu sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh. Akibat rempuhan itu, dua orang anggota dilaporkan meninggal dunia. Kejadian dikatakan berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada lori yang terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga merempuh enam orang anggota […]

(Video) Terkini: Tular Rakaman Tanah Runtuh Di Genting Highlands, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati
Satu video tular mengenai tanah runtuh yang dipercayai berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highland petang tadi kira-kira jam 5.40 petang. Menurut Pengarah Bomba Pahang, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Genting-Amber Court di Genting Highlands petang ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut menyebabkan laluan ke bangunan pangsapuri di tutup sepenuhnya untuk kerja […]
“Hanya Tembak Suka-Suka,” Lelaki Warga Palestin Cedera Didakwa Ditembak Polis Israel
Satu kejadian yang mengejutkan telah dirakam apabila anggota polis Israel didakwa bertindak menembak seorang lelaki Palestin dari arah belakang sekadar untuk suka-suka. Video yang dimuatnaik di laman sosial media telah tular menunjukkan lelaki tersebut jatuh ke bawah setelah ditembak menggunakan peluru keluli bersalit getah ketika berjalan di sebuah terowong yang dipercayai sempadan Palestin. Leaked footage […]

Cas Telefon Guna Kabel Balut ‘Tape’, Gadis Maut Direnjat Elektrik
Seorang gadis berusia 17 tahun di Thailand meninggal dunia disebabkan oleh renjatan elektrik selepas mengecas telefon pintar miliknya menggunakan wayar plug yang rosak dimana ia hanya dibalut dengan tape. Wayar tersebut dipercayai terkena besi katilnya dan menyebabkan berlakunya renjatan sehingga gadis tersebut meninggal dunia. Kejadian yang berlaku pada malam jumaat lalu itu disedari oleh ibunya, […]

Tertuduh Pertama Mengaku Tekap Tapak Kaki, Lutut Zulfarhan Dengan Seterika Wap
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Tertuduh pertama dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap. Muhammad Akmal Zuhairi, 23, turut mengakui bahawa Zulfarhan menjerit kesakitan, setiap kali beliau ditekap dengan seterika wap […]

Hajat Beli Rumah Dengan Kekasih Tak Kesampaian, Wanita Maut Terjatuh Puncak 60 Kaki
Tidak sempat untuk membeli rumah bersama kekasih, seorang pendaki wanita dipercayai mati terjatuh dari ketinggian 60 kaki di puncak air terjun di Peak District, England. Mangsa, Hannah Lowe mendaki gunung itu bersama dengan keluarga dan teman lelakinya, Adam Stanaway dan mereka sebelum itu merancang untuk membeli rumah sempena hari lahir teman lelakinya itu. Mengambil masa […]
Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Kemalangan Kecil Ketika Berbasikal, Semua Kuliyah Terpaksa Ditangguh
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dipercayai terlibat dalam satu kemalangan kecil ketika melakukan kayuhan basikal pada petang tadi. Bagaimanapun, menurut laman rasmi Facebook Ustaz Azhar Idrus, beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu. Segala kuliah yang bakal dilangsungkan terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian. Semoga UAI diberi kesembuhan yang sebaiknya. Rata-rata netizen […]
Sayu, Anak Lelaki Peluk Erat Tubuh Mangsa, Ibu & Anak Perempuan Maut Kemalangan Bertembung Lori
ALOR SETAR, 4 Nov (Bernama) – Seorang ibu dan anak perempuannya meninggal dunia, selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori, di hadapan kedai makan di Padang Lalang, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 pagi itu, mangsa Shuida Shaari, 55, dan anaknya […]
Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tanghilan
KOTA KINABALU, 3 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat sini hari ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata Joshua Patrick, 4, ditemui rentung di dalam di rumah berkenaan, dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku. Kenyataan itu menyebut JBPM Sabah menerima panggilan […]

Insiden Berbalas Tembakan, Letupan Gegar Pattani
Pattani : Insiden berbalas tembakan dan letupan bom mengegarkan wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand hari ini. Dua lelaki, dipercayai anggota kumpulan bersenjata, maut dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Kg Balak, Sai Buri, kira-kira 12.40 awal pagi (waktu tempatan) hari ini. Ketua Polis Wilayah Pattani Mej. Jen. Jirawat Payoontham berkata dalam insiden itu, kedua-dua lelaki […]
Helikopter Penyelamat Bawa Nelayan Cedera Terhempas Dalam Laut, Tujuh Dikhuatiri Hilang
POHANG/DAEGU (Korea Selatan), 1 Nov – Seramai tujuh rakyat Korea Selatan masih hilang sehingga pagi ini setelah beberapa jam helikopter penyelamat yang mereka naiki terhempas di perairan kepulauan kecil Dokdo, lapor agensi berita tempatan, Yonhap News. Helikopter yang membawa seorang nelayan penangkap ketam yang tercedera bersama rakannya serta lima anggota penyelamat dilaporkan berlepas dari Dokdo […]
50 Buah Pesawat 737 NG Didakwa Ada Kesan Retak, Qantas Sifatkan Boeing Tidak Bertanggungjawab
Syarikat pengeluar terbesar, Boeing mengalami kebimbangan akibat tahap keselamatan yang menyebabkan firma tersebut mengakui tentang kesan retakan yang ditemukan pada 50 buah pesawat ketika pemerikasaan yang dilakukan di seluruh dunia. Petik pada laporan berita, pesawat Boeing 737 NG MAX yang pernah menjadi punca tragedi yang menyebabkan dua nahas di Indonesia dan Ethiopia. Ketua Pegawai Eksekutif […]

3 Maut Dalam Insiden Tembakan Parti Halloween Di Long Beach, California
Los Angeles : Tiga orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu insiden tembakan pada Selasa malam di sebuah parti Halloween di Long Beach, California, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa. Anggota bomba dan polis Long Beach memberikan respons dalam insiden itu yang berlaku di sebuah kediaman pada kira-kira pukul 10.44 malam waktu […]
Tragedi Gas Dapur Keretapi Meletup, Angka Kematian Meningkat Kepada 70 Orang
Hari ini, dunia digemparkan dengan laporan mengenai sebuah keretapi di Pakistan yang terbakar dipercayai berpunca daripada gas dapur di dalam kereta api itu yang tiba-tiba meletup sehingga mengakibatkan kebakaran. Menurut Ketua Perkhidmatan Daerah Punjab, Rahim Yar Khan, kebakaran tersebut memusnahkan tiga gerabak dan sebahagian yang terbunuh dalam insiden itu adalah mereka yang cuba melompat keluar […]
(Video) Ngeri, Bangunan Hotel Dirakam Hampir Runtuh, Pulau Mindanao Digegar Gempa Bumi Kuat 6.5 Magnitud
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud telah dilaporkan melanda pulau kedua terbesar di Filipina iaitu Mindanao, menurut data yang dikeluarkan Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat. Menurut ahli seismologi, gempa bumi tersebut telah menggegar kira-kira 25 batu di sebelah barat daya bandar Davao pada pukul 9.11 pagi tadi waktu tempatan. Pusat gempa itu dilaporkan terletak […]