Berita›Tragedi
(Video) Istana Paling Popular Di Okinawa Musnah Dijilat Api
Sebuah bangunan utama yang menjadi tarikan pelancong yang datang ke negara Jepun, Istana Shuri musnah dijilat api pada pagi tadi hari ini. Menurut pihak berkuasa, punca kebakaran masih belum dikenalpasti. Tiada laporan yang mengenai kecederaan dan penduduk yang tinggal berhampiran diminta untuk berpindah. Sehingga pukul 9 pagi tadi (waktu Jepun), 10 jabatan di hantar untuk […]

Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Susulan Konkrit Jatuh Dari Treler
Ipoh : Dua lelaki maut manakala dua lagi wanita tersepit selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terlibat kemalangan susulan tiang konkrit terjatuh dari treler di Km 257 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora dekat sini malam ini. Difahamkan beberapa tiang konkrit yang dibawa treler itu terjatuh ke atas jalan dan terpelanting memasuki laluan bertentangan […]

”Farah Atas Bot Di Sungai Sentuh Air, Tiba-Tiba..” Isteri Arwah Pitt Hanif Kongsi Saat Cemas ‘Pertemuan Terakhir’
Genap lima hari pemergian Allahyarham Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, isteri beliau, Farah Ahmad menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang usaha pencarian suaminya itu. Kenyataan yang dibuat di laman Instagram itu, turut mengundang rasa hiba ramai apabila pasukan menyelamat menemui arwah suaminya itu ketika dia bersama-sama […]
(Video) Hutan Dipanah Petir, Ratusan Koala Dikhuatiri Mati Terbakar
Beratus-ratus beruang koala dikhuatiri mati terbakar dalam kejadian kebakaran hutan belantara di pantai timur Australia. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada panahan petir pada Sabtu yang lalu, kira-kira 400 km di utara Sydney dan telah menjejaskan seluas lebih 2000 hektar. Pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengawalnya agar tidak menjadi lebih parah. Penyelamat hidupan liar di utara […]

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Gali Perigi
Kota Bharu : Seorang lelaki mati tertimbus di dalam perigi yang digalinya berhampiran Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi, Pasir Puteh di sini. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada 10.46 pagi apabila mangsa, Terrance Dunstan Anak Peter, 36, masuk ke dalam lubang sedalam 3 meter itu untuk […]
Lembu Terpelanting Tinggi, Netizen Seru Cari Pemilik
Satu kejadian yang mengejutkan telah tular di Facebook sejak beberapa hari yang lalu yang menunjukkan seekor lembu telah dilanggar oleh sebuah kereta. Video yang berdurasi selama 56 minit itu dimuat naik oleh page Info Roadblock JPJ/POLIS dan mendapat sebanyak 2.4 ribu likes serta 540 shares Lembu tersebut dilihat melintasi jalan dan dilanggar oleh sebuah kereta […]
Pilu, Viral Foto Anak Penyapu Jalanan Menangis, Ibu Maut Didakwa Jadi Mangsa Langgar Lari
Pilu hati seorang anak kecil apabila ibunya yang menjadi tempat bergantung maut didakwa akibat langgar lari di Makassar, Indonesia. Ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu di Tanjung Bunga Metro sering ditemani anak kecil tersebut ketika menjalankan tugas. “Mangsa bernama Lina, mangsa langgar lari. Beliau merupakan jiran kami sekaligus satu profesi sebagai petugas kebersihan. Lina sering […]

Wanita Dakwa Gelang Emas Lesap Akibat Dipukau
Kuantan, 30 Okt (Bernama) – Seorang wanita mendakwa gelang tangan emas miliknya bernilai RM6,000 dilarikan dua lelaki tidak dikenali selepas memberikannya sebutir batu berwarna kekuningan yang kononnya boleh melariskan perniagaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa dirinya seperti dipukau dalam kejadian yang berlaku […]
Lepas Ayah, Adik Pula Meninggal Dunia, Ibu Mengalir Air Mata Terima Ijazah Anak
Sambutan majlis konvokesyen masih lagi terasa untuk sesetengah universiti awam di Malaysia. Ramai di antara alumni berkongsi foto tentang kejayaan mereka di media sosial. Tidak kurang juga yang berkongsi detik yang memilukan apabila terpaksa naik ke pentas konvokesyen tanpa anak di sisi. Sebak di dada seorang ibu yang kehilangan anak sebelum sempat berkongsi kegembiraan bersama. […]
(Video) Jasad Danial Danish Yang Dikhuatiri Lemas, Akhirnya Ditemui
Kuala Terengganu, 30 Okt – Mayat seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Tuan Chik, Bukit Tunggal, di sini, ditemui 50 meter dari lokasi kejadian pada 11.02 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mayat Danial Danish Mohd Jasmin, 14, telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur […]
“Anak Ini Kuat, Allah Jaga Anak Ini,” Wajah Sayu, Adik Afan Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata
Khabar sayu kehilangan seorang anggota polis dan isterinya yang maut dalam nahas kemalangan jalam raya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra semalam. Lebih sayu lagi apabila mangsa meninggalkan seorang anak kecil yang berusia hampir dua tahun itu. Dengan sekelip mata, anak mangsa menjadi anak yatim piatu. Sungguh perit untuk anak kecil ini menerima […]
Bersendirian Di Sisi Keranda, Foto Pelukan Terakhir Anak Arwah Suami Isteri Kemalangan Buat Netizen Hiba
Setiap anak dilahirkan kedunia mempunyai ibu dan ayah. Hanya takdir yang membezakan berapa lama Allah pinjamkan kepada kita untuk bersama mereka. Tiada siapa yang ingin kehilangan ibu bapa tercinta terutama diusia yang begitu muda. Jauh dilubuk hati setiap anak ingin dibelai oleh ibu bapa sendiri. Namun berbeza dengan situasi yang berlaku kepada Muhammad Arfan Ziqri […]
Polis Minta Saksi Kemalangan Maut Suami & Isteri Hamil Tampil Bantu Siasatan
Kuala Lumpur – Individu yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan anggota polis bersama isterinya pada 8 pagi semalam di Jalan Syed Putra menghala ke Pusat Bandar diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Dalam kejadian tersebut, motosikal yang ditunggang Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran dan isterinya, Allahyarham Nurul Ashikin telah merempuh belakang […]
13 Rumah Di Kampung Baru Cina Benta Musnah Dalam Kebakaran
KUANTAN, 30 Okt (Bernama) — Sebanyak 13 buah rumah di Kampung Baru Cina di Benta, Kuala Lipis dekat sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. “Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.05 pagi dan bomba berjaya […]
(Video) Jenazah Suami, Isteri Hamil Anak Kembar Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad
BACHOK, 30 Okt (Bernama) – Jenazah L/Kpl Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30, dan isteri, Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir pada pukul 2.20 pagi ini. Suasana sayu dan pilu menyelubungi rumah keluarga Allahyarham Muhammad Syakiran ketika kedua-dua jenazah tiba di Kampung Repek Hilir di sini, […]
(Video) Penyokong Merusuh Lepas Perlawanan, Netizen Persoal Kredibiliti Indonesia ‘Host’ Piala Dunia
Perlawanan Liga 1 2019 antara Persebaya Surabaya menentang pasukan PSS Sleman bertukar tragedi apabila penyokong merusuh dan memusnahkan fasiliti Stadium. Menurut laporan media, kejadian berlaku di Stadium Gelora Bung Karno setelah pasukan Persebaya kalah dengan skor 2-3 sebentar tadi. Tiga gol daripada PSS disepak kemas Jepri Kurniawan, Haris Tuharea dan Yevhen Bokhasvili. Walau bagaimanapun, kemenangan […]

Berita Tambah Pilu, Isteri Anggota Polis Maut Disahkan Hamil Kembar
Hari ini, media sosial dikejutkan dengan khabar sayu anggota polis dan isterinya maut akibat nahas kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra pagi tadi. Menurut laporan Bernama, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 pagi tadi, Muhammad Shakiran yang cedera di perut meninggal di Pusat […]

Pelajar Tingkatan Dua Dikhuatiri Lemas
Kuala Nerus : Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dikhuatiri lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai Kampung Tuan Chik, Bukit Tunggal, di sini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata mangsa, Danial Danish Mohd Jasmin, 14, dilaporkan dibawa arus, kira-kira 2.45 petang tadi. “Mangsa mungkin lemas pada jarak lima meter dari […]

Anggota Polis Dan Isteri Maut Nahas Motosikal
Kuala Lumpur : Seorang anggota polis yang bertugas di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam dan isterinya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra, di sini, menghala ke pusat bandar, pagi tadi. Mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan dikenali sebagai Lans Koperal Muhammad Shakiran Shamsuddin, […]
Dipercayai Kerana Mabuk, Lelaki Didakwa Belasah & Penggal Kepala Bayi 8 Bulan
Belarus – Seorang lelaki berusia 48 tahun menghadapi hukuman bunuh setelah memukul dan memenggal kepala seorang bayi perempuan berusia 8 bulan yang merupakan anak kepada rakannya di sini. Viktar Sharhel dijatuhkan hukuman mati oleh skuad penembak Belarus sementara ibu bayi malang berkenaan, Natalya Kolb, 26 bakal dipenjarakan 25 tahun setelah disabitkan dengan tuduhan bunuh – […]