Berita›Tragedi

Mangsa Lemas Seorang Pendiam, Jarang Mandi Pantai
Kuala Terengganu : Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan, yang dikhuatiri lemas di Pantai Pandak, di sini dikatakan jarang mandi di kawasan pantai. Perkara itu dimaklumkan ibunya Siti Fatimah Ismail, 48, berdasarkan pengalaman mereka sekeluarga apabila bercuti dan berkelah di kawasan pantai, namun tidak menyangka beliau mandi manda bersama rakan-rakannya semalam. tolong doakkan kawan kami […]

AS Akan Usir Pelatih Ketenteraan Arab Saudi – Laporan
Puluhan askar Saudi yang berlatih di pangkalan tentera AS akan diusir dari Amerika Syarikat setelah berlakunya kejadian serangan tembakan di pangkalan tentera laut Amerika di Florida, CNN melaporkan pada Sabtu. Kejadian tersebut telah menyebabkan tiga terkorban termasuk penyerang dan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera. Pentagon mengumumkan pada 10 Disember akan menghentikan latihan operasi semua anggota tentera […]
Iran Sudah Mengaku, Segelintir Netizen Mula Persoal ‘Dalang’ Nahas MH17
Menerusi laporan beberapa akhbar, Iran sebentar tadi telah mengaku bahawa mereka terlibat dalam nahas pesawat penumpang yang mengorbankan seramai 176 nyawa. Pesawat itu dikatakan secara tidak sengaja ditembak dalam serangan peluru berpandu selepas beberapa minit berlepas daripada lapangan terbang Khomeini. Sebelum ini, pihak Iran telah mendakwa nahas pesawat itu berpunca daripada masalah teknikal. Namun, sebentar […]

(Video) Pakistan ‘Berdarah’, Masjid Dibom Ketika Waktu Solat
Satu letupan kuat telah dilaporkan berlaku di sebuah masjid di barat daya Pakistan ketika solat sedang dikerjakan. Letupan itu telah mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan sekurang-kurangnya 13 orang awam yang lain. Menurut laporan, bom telah ditanam didalam masjid dan meletup ketika waktu solat pada petang semalam (Jumaat). Pengemboman itu telah mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang […]
Ibu, Ayah Dan Bayi 4 Bulan Maut Tersepit Dalam Kereta, Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri
KUANTAN, 10 Jan – Pasangan suami isteri dan bayi mereka berusia empat bulan maut dalam pelanggaran melibatkan tiga kenderaan di Km145, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian pada 5 petang itu, Mohammad Adnan Anuar, isterinya Siti Tul Assiqin Abdul Wahab, kedua-duanya berusia 23 tahun, […]
Kotak Hitam Pesawat Ukraine Musnah Dan Beberapa Memori Hilang
Insiden yang melibatkan pesawat milik Ukraine terhempas di Tehran sememangnya telah menggemparkan dunia. Siasatan mengenai insiden tersebut menjadi agak sukar apabila Iran tidak mahu menyerahkan ‘kotak hitam’ kepada pihak Boeing dan Amerika Syarikat. Memetik kata ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abezadeh, mereka tidak akan sama sekali menyerahkan kotak hitam tersebut. Kami tidak akan memberikan […]

Israel Dipercayai Lancar Serangan Bom Keatas Militia Pro-Iran, Sekurang-Kurangnya 8 Maut
Dunia sekali lagi dikejutkan dengan satu serangan bom yang dilapor dilancarkan oleh Israel terhadap militia pro-Iran. Serangan tersebut telah disasarkan ke arah sempadan Syria-Iraq pada malam Khamis mengikut waktu tempatan. BREAKING: Israel has bombed pro-Iranian militias on Syria-Iraq border — The Spectator Index (@spectatorindex) January 10, 2020 Serangan tersebut didakwa telah menyebabkan lapan orang terbunuh […]
‘MH17’ Trending Di Twitter, Buat Warga Dunia Terkenang Kembali Selepas Nahas Pesawat Ukraine
Peperangan seringkali membuatkan orang tidak berdosa menjadi mangsa. Tragedi pesawat Ukraine yang terhempas di Tehran beberapa hari lalu telah membunuh kesemua 176 nyawa penumpang dan anak kapalnya. Pakar penganalisis membuat kesimpulan awal mendakwa pesawat PS752 itu berkemungkinan terkena tembakan misil buatan Rusia milik Iran yang disasarkan ke pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Rakaman detik […]
(Video) Tular Rakaman Dakwa Pesawat Penumpang Ukraine Meletup Akibat Terkena Peluru Berpandu
Satu video menakutkan didakwa misil milik Iran membelah langit Tehran pada malam kejadian pesawat Ukraine meletup dan terhempas tular di media sosial. Pesawat PS752 Boeing 737-800 milik Ukraine International Airlines (UIA) itu terhempas beberapa jam selepas Iran menyasarkan pangkalan tentera di Iraq, menyebabkan pakar menimbulkan andaian ia mungkin tertembak jatuh secara tidak sengaja. Tragedi itu […]
Empat ‘Kemusnahan’ Di Awal Tahun Baru, Dunia Berduka Dengan Tragedi Dan Bencana Alam
Kedatangan tahun baru 2020 sememangnya diharapkan dapat memberikan sinar baharu kepada kehidupan semua orang. Pun begitu, disebalik keasyikan komuniti dunia lain menikmati kedatangan tahun baru, beberapa bencana dan masalah global telah berlaku. Permulaan tahun baru seperti ini sememangnya tidak pernah diharapkan oleh semua orang terutamanya mangsa dan juga ahli keluarga. Seperti yang kita lihat, dunia […]
(Video) Fenomena ‘Firenado’ Ganas Di Australia, Setiap Laluannya Musnah Dijilat Api
Fenomena alam boleh menjadi amat berbahaya dan menakutkan terutamanya apabila ia berlaku dalam keadaan di luar jangkaan. Dalam kebakaran belukar di Australia, seorang bomba dilaporkan maut apabila trak yang dinaikinya terbalik akibat dibadai puting beliung api ketika menjalankan tugas. Samuel McPaul, 28 terkorban setelah traknya terbalik dalam kebakaran Green Valley di Jingellic, 70 kilometer timur […]
Koma 4 Tahun Selepas Makan Sandwic Diracun Kawan Sendiri, Pemuda Akhirnya Meninggal Dunia
Seorang lelaki 26 tahun meninggal dunia selepas makan sandwic yang telah diracuni mercuri oleh rakan sekerjanya sendiri. Kematiannya telah disahkan oleh mahkamah di Bielefeld setelah mangsa mengalami koma selama 4 tahun akibat makan sandwic berkenaan. Klous O berusia 57 tahun berdepan dengan hukuman mati selepas disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh. Dia telah ditangkap oleh pihak […]
Polis Australia Tahan 24 Individu Disyaki Sengaja Cetuskan Kebakaran Hutan
Kebakaran hutan di Australia merupakan ‘malapetaka’ yang sedang berlaku yang turut memberi kesan kepada komuniti seluruh dunia. Kebakaran tersebut juga telah meningkatkan haba yang melampau ekoran cuaca kemarau yang sedang melanda. Pun begitu, pihak polis Australia mendakwa sekurang-kurangnya 24 orang telah dikenal pasti sengaja memulakan kebakaran hutan di New South Wales. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan […]
“Abang Tak Sempat Selamatkan,” Bomba Temui Mayat Adik Rentung Sambil Terbaring
GEORGE TOWN, 9 Jan – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas selepas rumah teres dua tingkat yang didiami mangsa bersama keluarganya di Taman Lip Sin, Bayan Lepas. dekat sini, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata, mayat kanak-kanak itu, Koey Siew Kim, ditemui […]
(Video) Tak Jumpa Buat Kali Terakhir, Rindu Cucu Terubat Jumpa Arwah Atuk Dalam Google Maps
Kesakitan apabila kehilangan orang tersayang amatlah pedih. Siapa yang tak rindu apabila berjauhan buat selamanya dengan orang yang rapat dengan kita khusunya ibu dan ayah. Ada yang diuji dengan rakaman Google Maps di mana individu ini menjumpai gambar datuknya di dalam rakaman tersebut. Perkongsian daripada Yajaira ini menunjukkan video Google Maps tempat duduk di ladang […]
Keluarga Steve Irwin Teruskan Legasi, Selamatkan Haiwan Di Australia
Steve Irwin, seorang peminat hidupan liar yang terkenal dengan gelaran “Crocodile Hunter” telah meninggal dunia pada 4 September 2006 akibat terkena sengat ikan pari. Walaupun kini hanya tinggal nama, keluarga Irwin nampaknya masih meneruskan warisan tersebut untuk merawat dan menyelamatkan hidupan liar dalam bahaya. Bindi Irwin, anak perempuan Steve dan seluruh keluarga Irwin telah menyelamatkan […]

Pesawat Ukraine Terbakar Tak Buat Panggilan, Cuba Patah Balik – Penyiasat
Laporan penyiasatan terkini yang dijalankan oleh penyiasat Iran mengenai kapal terbang Ukraine yang terhempas di Tehran semalam mendedahkan bahawa juruterbang tidak membuat panggilan radio untuk meminta tolong dan cuba untuk berpatah balik ke lapangan terbang tidak lama selepas berlepas. Iran enggan menyerahkan rakaman kotak hitam Boeing 737-800 itu yang dipercayai meletup semasa di udara sebelum […]
(Gambar) Dakwa Ada ‘Lubang Misteri’ Di Badan Pesawat, Pakar Kaitkan Nahas Pesawat Ukraine Dengan Tragedi MH17
15 kanak-kanak termasuk seorang bayi terkorban dalam tragedi nahas udara di Iran yang membunuh warga Iran (82), Kanada (63), Ukraine (11), Sweden (10), Afghanistan (4), Jerman (3) dan British (3). Pesawat PS752 dilaporkan terhempas hanya beberapa minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran pada awal pagi semalam. Tragedi yang berlaku ketika krisis […]

Kebakaran Di Australia Dijangka Terus Menyala Beberapa Bulan Lagi – Perdana Menteri
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison telah memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang dahsyat di negara itu mungkin akan terus menyala untuk beberapa bulan yang mendatang. Sekurang-kurangnya 24 orang telah meninggal dunia sejak kebakaran yang bermula pada September lalu. Kualiti udara di ibu kota Canberra pada minggu ini juga dinilai paling teruk di dunia. Morrison mengumumkan […]
Agensi Perisikan Barat Percaya Tiada Bukti Pesawat Ukraine Terhempas Kerana Ditembak Peluru Berpandu
Penilaian awal yang dibuat oleh Agensi Perisikan Barat berkenaan dengan tragedi pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Iran semalam mendapati bahawa pesawat itu terhempas bukan kerana ditembak oleh perluru berpandu, lapor sumber dari agensi keselamatan Kanada. Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, dia menyatakan bahawa pihak agensi percaya bahawa pesawat Boeing 737 hanya mengalami masalah […]