Berita›Tragedi

Mengamuk Cari Air, Puluhan Unta Di Australia Terpaksa Dibunuh
Sehingga 10,000 ekor unta ditembak mati dari helikopter kerana haba yang melampau dan kemarau di Australia Selatan. Penduduk setempat telah melaporkan kumpulan besar unta mengamuk melalui bandar-bandar, merosakkan bangunan dan menimbulkan ancaman kepada penduduk. Pemusnahan lima hari bermula pada hari Rabu di kawasan Anangu Pitjantjatjara Yankunytjatjara (APY), kawasan minor penduduk Australia Selatan. “Memandangkan keadaan kering […]
(Gambar) Jodoh Tiga Hari, Pengantin Baru Antara Mangsa Tragedi Pesawat Terhempas Di Iran
Arash Pourzarabi, 26 dan Pouneh Gourji, 25 tidak menyangka tanggal 8 Januari 2020 bakal menjadi hari penerbangan terakhir mereka. Apa yang mereka fikir, mereka hanya ingin memulakan hidup baru di negara tanah tumpah darah mereka setelah melangsungkan pernikahan di Iran tiga hari sebelumnya. Kedua-dua pengantin yang merupakan graduan di Tehran Sharif University ini antara 63 […]
Kanada Dan Keluarga 176 Mangsa Nahas Pesawat Ukraine Berkabung
Keluarga dan rakan terdekat 176 penumpang kapal terbang Ukraine yang terhempas di Tehran semalam berkabung hari ini susulan insiden tragis yang melibatkan kebanyakkan mereka daripada Iran dan Kanada. Kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan Kanada meminta siaatan penuh dijalankan bagi mencari punca kemalangan itu berlaku sejurus Tehran melancarkan peluru berpandu ke atas tentera Amerika di Iraq […]
Pejabat Peguam Negara Klasifikasikan Kematian Nora Anne Sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’
SEREMBAN, 8 Jan – Pejabat Peguam Negara sebelum ini memutuskan bahawa kes remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang dari vila penginapan keluarganya di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai, dekat sini, Ogos tahun lepas, sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu media bahawa ia berdasarkan laporan yang […]

Iran Tak Mahu Serahkan Kotak Hitam Pesawat Terhempas Kepada Amerika Syarikat
Hari ini, dunia digemparkan dengan tragedi nahas pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines yang terhempas dan mengorbankan 176 penumpang dan anak kapal. Sejurus insiden tersebut, pihak berkuasa penerbangan Iran berkata tidak akan menyerahkan kotak hitam pesawat tersebut kepada Amerika Syarikat. “Kami tidak akan memberikan kotak hitam kepada pengeluar (Boeing) dan Amerika,” kata ketua Organisasi […]

Komuniti Dunia Suarakan Kebimbangan ‘World War 3’ Mungkin Tercetus
Ekoran situasi tegang antara Amerika Syarikat dan Iran selepas pembunuhan komander tertinggi Iran, satu serangan peluru berpandu ke atas pangkapalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq telah dilancarkan. Berita mengenai serangan tersebut telah menggemparkan dunia sejak pagi tadi waktu tempatan. Dilaporkan, sekitar 30 orang warga AS telah meninggal dunia pada serangan yang telah dilancarkan […]
Pelajar Singapura Terlelap Dalam Bas Nyaris Sampai Ke Malaysia, Mujur Tersedar Di Sempadan
Seorang pelajar yang menaiki bas untuk ke sekolah telah terlelap hingga ke Woodlands Checkpoint. Gurunya berterima kasih kepada pihak polis Singapura yang telah menghantar pelajar tersebut ke sekolah setelah tertidur di dalam bas. Mereka yang sering menggunakan perkhidmatan ke Johor Bahru (JB) akan mengetahui bahawa perkhidmatan SBS 170 akan menuju ke Terminal Larkin di JB. […]
Anak Derhaka, Gara-Gara Dilarang Tukar Nama, Remaja Ini Didakwa Sanggup Bunuh Ibunya Sendiri
Gara-gara permintaannya untuk menukar nama ditolak, seorang anak didakwa sanggup menjadi anak derhaka dengan mencekik, memukul dan menendang ibu kandungnya sehingga meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Kampung Pendem, Daerah Sumberlawang, Sragen. Wanita malang ini dijumpai mati berlumuran darah di dalam biliknya dipercayqai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, Hendriyanto 36 tahun. Hendriyanto didakwa telah mencekik, […]
Semua Penumpang, Anak Kapal Pesawat Terhempas Di Tehran Disahkan Maut
ANKARA, 8 Jan (Bernama) — Semua 170 penumpang dan 10 anak kapal sebuah pesawat penumbang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu telah disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai. Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas […]
Wanita Terkenang Tragedi 2019, Hilang Ibu & Anak Dalam Kandungan, Dakwa Dirempuh Pemandu Lori Mengantuk
Ujian yang paling terkesan dalam kehidupan harian seseorang adalah kehilangan orang tersayang. Apatah lagi jika orang yang ‘pergi’ itu adalah ibu. Walaupun ianya pahit untuk ditelan, tetapi perlu redha. Namun, hanya jiwa yang tabah sahaja dapat menerima ujian Allah yng berat ini. Seorang wanita terlibat dalam sebuah kemalangan yang meragut nyawa ibu tercinta dan anak […]
(Video) Misteri Mungkin Terbongkar, Dokumentari MH370 Dedah Dakwa ‘Wanita’ Hubungi Penumpang Sebelum Terhempas
Kembali menjadi bualan komuniti dunia mengenai misteri kehilangan MH370 setelah satu dokumentari mendedahkan seorang wanita misteri yang dapat memberikan petunjuk. Menerusi pratonton MH370: The Untold Story, seorang pakar mendakwa bahawa mereka telah mengesan seorang ‘wanita misteri’ yang telah menghubungi seseorang dalam pesawat itu. Wanita itu didakwa telah menghantar mesej kepada seorang lelaki dua hari sebelum […]
Tragedi Dahsyat, Punca Kebakaran Australia Dibongkar, Masih ‘Menyala’ Dan Tak Pernah Padam Sejak September 2019
Kebakaran belukar yang berlaku di Australia terus memberikan kebimbangan kepada penduduk setempat dan juga komuniti dunia. Berita mengenai kebakaran besar ini telah mendapat perhatian dunia yang turut ‘bersimpati’ dengan landskap yang sedang dijamah api kini. Kebakaran yang bermula sejak September 2019 ini telah menimbulkan pelbagai teori. Tambahan lagi, kebakaran yang telah berlaku berbulan-bulan ini masih […]
“Cantik Tapi Menakutkan”, Sekitar Bukit Australia Persis Lautan Lava Gunung Berapi
Seperti sedia maklum, Australia sedang mengalami krisis kebakaran besar yang telah mengorbankan banyak ‘nyawa’ terutamanya hidupan haiwan seperti beruang koala. Keadaan belukar yang terbakar dilaporkan sangat teruk. Antaranya ialah salah satu kawasan bukit di Australia yang seakan-akan dibanjiri lava gunung berapi. Pemandangan ngeri itu telah dikongsikan oleh Melissa Ericksen melalui laman Facebook miliknya. Menurutnya, Bukit […]

Selatan Sumbawa, Indonesia Dilanda Gempa Bumi Sederhana
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi pada 6.31 pagi waktu tempatan itu berlaku 356km selatan dari Bima, Indonesia. Menurutnya gempa yang berlaku pada kedalaman 23 kilometer itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
(Video) Seram, Lelaki Dakwa Jumpa ‘Budak’ Misteri Pegang Bola Tepi Lif Sambil Lambai Tangan
Pasti ramai di antara kita yang pernah terdengar atau mengalami sendiri kisah seram dalam hidupnya. Sebagai manusia, kita sering didedahkan dengan pelbagai kisah seram yang berlaku di sekeliling kita. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, bercerita mengenai pengalamannya sendiri yang mendakwa bertembung dengan seorang ‘kanak-kanak’ di kediamannya. Apa yang menyeramkan, cara lambai ‘budak’ […]

Sangat Menyentuh Hati, Detik Cemas Haiwan-Haiwan Selamatkan Diri Dari ‘Rumah’ Yang Terbakar
Bukan setakat manusia sahaja yang menderita bahkan yang paling merasai keperitan kepanasan kebakaran hutan adalah kehidupan liar di hutan Australia. Kebanyakan haiwan selamatkan diri daripada krisis ini. Habitat yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan untuk meneruskan kehidupan mereka kini bertukar ‘ngeri’ dengan banyak kematian di situ. Selain gambaran seekor kangaroo yang mati rentung, ada lagi beberapa […]

Tular Video Dakwaan Pemandu Heret Motosikal Sampai Lebih Satu Kilometer
Tular sebuah video menunjukkan seorang pemandu kereta berwana putih merempuh dan menyeret motosikal yang berada di parkir di bahu jalan. Difahamkan melalui video yang tular itu, pemandu berkenaan dikatakan merempuh motosikal dan menyeret sejauh kira-kira 1 kilometer sehingga persimpangan lampu isyarat. Dalam video tersebut, menunjukkan orang ramai mengejar kenderaan tersebut untuk memberhentikan kenderaan tersebut. […]

(Video) Kebakaran Di Australia Tarik Perhatian Dunia, Keindahan Belukar ‘Dirampas’ Sekelip Mata
Kebakaran hutan di Australia telah menggemparkan bukan sahaja bagi penduduk tempatan, malah meliputi komuniti di dunia. Apa tidaknya, terdapat banyak dicatatkan kematian terutamanya kepada haiwan-haiwan yang terperangkap. Kebakaran besar itu telah mengorbankan hampir separuh bilion haiwan yang meliputi sekitar 8000 ribu beruang koala. Apa tidaknya, beruang koala banyak terkorban kerana pergerakan mereka yang perlahan dan […]

(Video) Detik Cemas Hampir 3,000 Bomba Berdepan Suhu Lebih 112 ° Demi Australia
Krisis kebakaran hutan yang terjadi di Australia sangat membimbangkan masyarakat tempatan malah turut memberi kesan kepada komuniti dunia. Ekoran kebakaran tersebut, direkodkan sekitar 500 juta haiwan yang telah terbunuh setelah terperangkap dalam tragedi itu. Bukan setakat itu, sekurang-kurangnya 24 orang telah terkorban dan melebihi 1,200 rumah telah musnah “dimamah” api yang marak tersebut. Ekoran itu, […]
Selepas Kebakaran Hutan, Australia Barat Kini ‘Diterjah’ Siklon Tropika Dengan Kelajuan Angin 125/KM Jam
Siklon tropika pertama di Australia Barat telah ‘menerjah’ pantai utara negara itu dengan kehadiran hujan lebat dan angin kencang. Siklon tropika Blake itu dianggarkan bergerak 215km ke arah utara Broome pada petang Isnin dan dijangka mula bergerak ke selatan, dekat dengan Semenanjung Dampier. Angin ribut dengan pergerakan 125km/jam dijangka berkembang pada awal Selasa antara Beagle […]