BeritaTragedi

Berita
Disangka Pistol Mainan, Adik Tak Sengaja Tertembak Abang Hingga Maut
Siapa yang menyangka, satu pistol mainan yang dijumpai berakhir dengan tragedi apabila abangnya mati ditembak oleh adiknya sendiri. Adrian Weaver yang berumur 12 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk di bahagian dadanya selepas tidak sengaja ditembak adiknya. Insiden tersebut berlaku di Griffin, Georgia pada 9 Mei yang lepas. Polis memberitahu, sebelum insiden tersebut berlaku, […]
Tragedi
Gadis Kongsi Pengalaman Ayahnya Terjun Udara, Ada Rakan Terkorban Sebab Payung Terjun Tak Terbuka
Sebelum ini pasti kita sering mendengar kisah-kisah individu yang maut ketika membuat aksi lasak, bukan? Ada yang terkorban semasa melakukan lompatan tinggi, ada yang meninggal dunia kerana lemas ketika menyelam, malah tidak kurang juga, ada yang terkorban ketika membuat terjunan tinggi menggunakan payung terjun. Rata-ratanya berakhir dengan kematian kerana impak nahas tersebut berada pada kadar […]
Luar Negara
Dua Bayi Baru Lahir Dilaporkan Antara Mangsa Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Kabul
Satu kejadian tembakan rambang dilaporkan telah berlaku di sebuah hospital bersalin di Kabul, Afghanistan yang dipercayai telah membunuh 16 orang termasuk dua orang bayi yang baru dilahirkan, ibu mereka dan jururawat yang tidak dapat dipastikan bilangannya. Gambar-gambar dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan dua anak kecil terbaring di dalam hospital. Manakala, gambar dikongsikan itu juga menyaksikan […]
(Video) Pemandu Disyaki Mabuk & Rempuh Polis Hingga Maut Dihadapkan Ke Mahkamah, Hadapi 4 Pertuduhan
Lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh seorang anggota polis hingga maut dalam Sekatan Jalan Raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada 3 Mei lalu, tiba di Mahkamah Kajang hari ini untuk menghadapi empat pertuduhan. Laporan lanjut akan menyusul. https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/2720035954950131/?v=2720035954950131 Lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk & […]
Berita
Seorang Maut, Lima Cedera Kemalangan Bas Bertembung Dua Kereta
ALOR GAJAH, 12 Mei – Seorang maut manakala lima lagi cedera termasuk dua penumpang bas, dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan dua kereta di Jalan Kemuning Pulau Sebang di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata, mangsa yang maut dalam kejadian 1.30 petamg tadi ialah pemandu Proton Persona Rozila Mamat, 49, […]
Gaya hidup
Penjual Roti Mengaku ‘Simpan’ Mayat Wanita Dalam Rumah Untuk Temankan Isteri
Seorang tukang penjual roti mengaku menyimpan kubur seorang wanita di dalam rumahnya setelah ‘dikantoikan’ oleh isterinya. Menurut sumber, kejadian ini berlaku di , Kabupaten Bogor. Dalam masa yang sama, si isteri pelaku melarikan diri dan meminta bantuan kepada orang kerana dia mendakwa suaminya menanam seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun di belakang rumah mereka. Menurut […]
Berita
5 Hari ‘Bertarung Nyawa’, Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Terbabas Ketika Menunggang Motosikal
PUTRAJAYA, 12 Mei – Seorang anggota polis yang terlibat dalam pemantauan khas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meninggal dunia awal hari ini, selepas beberapa hari bertarung nyawa di Hospital Putrajaya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Konstabel Muhammad Naim Ahmat Daud, 26, yang bertugas di Balai Polis Presint 7, terbabas dan hilang kawalan ketika menunggang motosikal di […]
Berita
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid Ketika Cari ‘Line’ Internet
Seorang pelajar berusia 25 tahun dari Universiti Hasanuddin di Makassar, Indonesia disahkan meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat dua masjid di kampungnya ketika mencari isyarat internet. Polis tempatan memberitahu bahawa mangsa cuba mencari isyarat internet untuk menyiapkan tugasan tesis. Mangsa jatuh pada Rabu (6 Mei) malam dan disahkan meninggal dunia pada Khamis (7 Mei) keesokkan […]
Berita
100 Rumah Di Teluk Kumbar Dilanda Banjir Kilat
BALIK PULAU, 11 Mei — Hujan lebat lebih dua jam di beberapa kawasan di Pulau Pinang malam tadi menyebabkan 100 buah rumah di sekitar kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Ara, dekat sini dilanda banjir kilat, lewat semalam. Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan, dalam kejadian banjir kilat yang bermula kira-kira pukul 10.30 malam […]
Tragedi
Dua Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Kemalangan Di PLUS
JOHOR BAHRU, 10 Mei — Dua beradik menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut dalam kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 20.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi. Lebih menyayat hati, kemalangan itu hanya disedari oleh pihak penyelenggaraan Propel PLUS kira-kira 12 jam selepas itu […]
Berita
Pacuan Empat Roda Terbakar, Dua Rentung Di Bintulu
BINTULU,9 Mei (Bernama) — Dua lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Kilometer 30 Jalan Tatau, Merit berdekatan Jambatan Sungai Adai, dekat sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata kenderaan yang terbabit dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku sekitar pukul 6.00 petang […]
Luar Negara
Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang
Tular satu video yang berdurasi selama 3:05 minit yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seekor ibu itik yang seakan berusaha memanggil orang untuk membantunya menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap di dalam longkang. Kemudian, datang seorang lelaki bersama kawannya untuk membantu ibu itik tersebut. Dia memotong besi pada longkang berkenaan untuk memudahkannya menyelamatkan anak-anak itik itu. Apa […]
Berita
(Video) Ribut Pasir Dahsyat ‘Serang’ Ibu Kota Niger, Langit Bertukar Oren
Dikala seluruh dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang semakin menular, tidak dinafikan ada juga dugaan lain yang hadir. Baru-baru ini, ibu kota Niger iaitu Niamey dilanda ribut pasir yang tebal sehingga membuatkan penduduknya berada dalam ketakutan. Kejadian menakutkan tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas. Melalui video yang dikongsikan Reuters di Twitter, keadaan tersebut dikatakan […]
Tragedi
16 Buruh Maut Digilis, Dipercayai Tertidur Keletihan Ketika Berehat Seketika Atas Rel Kereta Api
16 pekerja migran maut setelah digilis kereta api dalam satu kejadian nahas di wilayah Aurangabad, Maharashtra, India awal pagi tadi. 14 daripadanya terkorban serta-merta di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan parah. Memetik laporan Indian Express, pekerja-pekerja tersebut yang berjalan kaki dari Jalna ke Bhusawal untuk menaiki kereta […]
Berita
Mayat Remaja OKU Lemas Ditemui Di Kawasan Loji Air
CHUKAI, 8 Mei – Mayat remaja lelaki kurang upaya (OKU) pembelajaran yang lemas di Sungai Cerul, Rabu lepas, ditemui di kawasan Loji Rawatan Air Cerul, di Cheneh di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mayat mangsa Muhammad Al Hadi Samsuri, 13, ditemui pada pukul 11 pagi dalam keadaan mengalami pereputan awal […]
Luar Negara
(Video) Lelaki Terkejut Beruang Di Sebalik Tingkap Rumahnya, Cuba Buka Untuk Masuk
Siapa yang tidak takut kalau terpaksa berdepan dengan beruang di sebalik tingkap secara tiba-tiba? Itulah yang dialami oleh seorang individu yang menyedari bahawa terdapat seekor beruang berada di sebalik tingkap rumahnya. Luca Tezzele, 27, telah mendengar sesuatu sedang berjalan di balkoni rumahnya ketika dia sedang menonton TV. Ketika Luca sedang berjalan menuju ke dapur untuk […]
Berita
Dua Warga Asing Maut, Motosikal Bertembung Dengan Lori Ikan
KUALA TERENGGANU, 8 Mei – Dua lelaki warga asing maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di Kampung Pengkalan Setar, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mat Din berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, motosikal yang ditunggangi mangsa yang berusia 19 dan […]
Berita
Kediaman Milik Bekas Timbalan Menteri KPDNHEP Terbakar
KUCHING, 7 Mei — Kediaman milik bekas timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna (KPDNHEP) dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, di Jalan Nyiur di sini, terbakar kira-kira pukul 4.54 petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan berkenaan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat […]
Berita
Video Tular Tiga Individu Pijak Kucing Buat Netizen Berang
Menurut portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar, di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) “haiwan” bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak. Didalam akta itu, adalah salah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika secara zalim memukul, menendang, menganiaya, […]
Berita
Adun Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun Meninggal Dunia
KUANTAN, 7 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Datuk Seri Abu Bakar Harun berusia 60 tahun telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat serangan jantung, awal pagi tadi. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan pemergian Allahyarham dalam catatan di Facebook dan Instagram rasmi beliau. Khabar sedih itu turut dikongsi rakan-rakan […]