Berita›Tragedi

(Video) Sejurus Selepas Berbuka Puasa, Bangunan Abbco Tower Di UAE ‘Dijilat’ Api
Sebuah menara pencakar langit antara tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah terbakar. Kejadian berlaku sejurus selepas berbuka puasa. Menurut laporan, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran menara seluas 623 kaki dan antara bangunan yang tertinggi di Sharjah, salah satu daripada tujuh wilayah membentuk UAE. Bagaimanapun, terdapat tujuh orang cedera ringan akibat kebakaran di menara tersebut […]
Prosiding Komital: Bapa Adib Hantar Representasi Kepada Peguam Negara
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar […]
Pesawat Bawa Bekalan Perubatan COVID-19 Terhempas, Sekurang-Kurangnya 6 Maut
Sebuah pesawat yang membawa bekalan perubatan bagi melawan pandemik COVID-19 dilaporkan terhempas di Mogadishu, lapor Al-Jazeera. Menurut Menteri Pengangkutan Somalia, kesemua enam orang di dalam penerbangan terbunuh dalam tragedi tersebut. Mangsa terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, pelatih juruterbang dan dua staf syarikat penerbangan. Beliau walaubagaimanapun enggan memberi ulasan terhadap punca kemalangan, namun bekas […]
“Malam Ni Last La Kita…,” Rakan Setugas Kongsi Detik-Detik Terakhir Bersama Allahyarham Kpl Safwan
Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pada pagi tadi. Pemergian anggota polis itu sudah semestinya sangat dirasai oleh ahli keluarga serta rakan-rakan yang telah bertugas bersamanya. Muhammad Lutfe iaitu salah seorang rakan setugas Allahyarham berkongsi detik-detik terakhirnya bersama Allahyarham sebelum berlakunya kejadian […]
(Video) Bayi Trauma Ditarik, Diseret ‘Topeng Monyet’
Topeng monyet adalah kesenian tradisional yang dikenal di pelbagai daerah di Indonesia. Pertunjukan topeng monyet juga dapat dijumpai di India, Pakistan, Thailand, Vietnam, Tiongkok, Kamboja, Jepang, dan Korea. Jenis kesenian ini melibatkan seorang pawang yang melatih monyetnya untuk melakukan berbagai aktiviti yang meniru tingkah laku manusia, misalnya mengenakan pakaian, berdandan dan berbelanja. Tular satu video […]
”Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Anggota Keselamatan Patut Dipertimbangkan Hukuman Mati Atau Penjara Seumur Hidup Serta Sebat”- Dr. MAZA
Satu hukuman yang teramat berat perlu dijatuhkan ke atas individu yang menyebabkan kecederaan atau kematian anggota keselamatan ketika bertugas menjaga kepentingan awam di jalan raya. Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan kes kematian seorang anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban akibat dirempuh oleh pemandu […]
(Video) Jenazah Allahyarham Koperal Safwan Selamat Dikebumikan Mengikut Istiadat Polis Pagi Tadi
Jenazah anggota polis, Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang terkorban dalam nahas rempuhan ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol LEKAS baru-baru ini telah selamat dikebumikan. Mengikut perkongsian di facebook, jenazah dikebumikan secara istiadat polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak pagi tadi. Halaman Facebook Friends […]

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Bertugas – Ketua Polis Daerah Kajang
Seorang anggota polis ‘gugur’ di medan peperangan ketika bertugas di sekatan jalan raya Lebuhraya LEKAS, awal pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa maut dilanggar pemandu mabuk ketika bertugas di sekatan jalan raya 5 Ops Covid-19. Mangsa, Allahyarham Kpl Safwan bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun berasal daripada Ipoh, Perak. Menerusi kiriman daripada […]
Mayat Pembekal Sayur Ditemui Reput Dalam Bilik Air
KUCHING, 1 Mei — Mayat seorang pembekal sayur di pasar raya ditemui dalam keadaan reput di dalam bilik air rumahnya di Jalan Song di sini, kira-kira pukul 9.05 pagi, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata maklumat diperolehi menerusi seorang pemanggil menghubungi polis memaklumkan seekor anjing mati di perkarangan sebuah rumah milik […]
Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Gara-Gara Tergelincir Ketika Ambil Gambar Rai ‘Lockdown’ Tamat
Seorang wanita dilaporkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 115 kaki ketika sedang bergambar di hujung tebing di Duden Park, Turki. Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil gambar sebagai meraikan tamatnya perintah berkurung (lockdown) COVID-19 di negara itu. Sebelum kematiannya, mangsa dikenali sebagai Olesya bersama rakannya dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut yang terkenal dengan pemandangan […]
Dipercayai Ada Masalah Kewangan, Lelaki Tikam Isteri & Bapa Mentua Sebelum Bunuh Diri
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Akibat berselisih faham, seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung selepas menikam isteri dan bapa mentuanya dalam kejadian di sebuah rumah di Bangi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis sebelum itu, menerima laporan berkaitan kes perselisihan faham pasangan suami isteri berumur lingkungan […]
Sahabat Maut Dalam Kemalangan, Puluhan “Runner” Foodpanda Iringi Jenazah Hingga Ke Liang Lahad
Sering kali kita mendengar tentang kes kematian akibat nahas kemalangan jalan raya melibatkan penghantar makanan (rider). Sama ada ia berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya yang lain mahupun rider itu sendiri, pastinya kemalangan tersebut akan meninggalkan kesan buruk yang berpanjangan. Baru-baru ini, berlaku satu kejadian tragis melibatkan seorang rider Foodpanda yang meninggal dunia dalam kemalangan […]
Rumah Terbakar 10 Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang
Sebuah keluarga di Dungun, Terengganu ditimpa malang apabila rumah yang mereka duduki hangus terbakar. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Padang Jambu, Dungun petang tadi. Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu memaklumkan bahawa Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Terengganu menerima maklumat tentang kebakaran tersebut jam 4.04 petang tadi. Sebanyak 17 anggota bomba […]
(Video) Detik Cemas Apartment Runtuh, Pejalan Kaki Nyaris Ditimpa Runtuhan
Dua pejalan kaki nyaris maut apabila sebuah bangunan apartment lama berusia 130 tahun runtuh secara tiba-tiba di Odessa, Ukraine. Kejadian yang berlaku pada 10 pagi, 9 April lalu hampir membunuh seorang lelaki dan seorang wanita yang berjalan berhampiran bangunan itu. Nasib menyebelahi mereka apabila sempat menyedari sesuatu yang tidak kena dan berjaya menyelamatkan diri sebelum […]
Dipercayai Hadapi Tekanan Melampau Jadi “Frontliner” Kekang COVID-19, Doktor Ditemui Bunuh Diri
Seorang pengarah perubatan di sebuah jabatan kecemasan hospital di Manhattan, Amerika Syarikat (US) dilaporkan membunuh diri, dipercayai kerana tekanan akibat pandemik COVID-19. Doktor tersebut yang juga petugas barisan hadapan COVID-19 ditemui mati di Charlottesville, kata jurucakap untuk jabatan polis tempatan, Tyler Hawn kepada Daily News. “Pihak polis menerima panggilan kecemasan perubatan pada Ahad, dalam masa […]

Gara-Gara Panggil Tak Dilayan, Wajah Gadis Ditoreh Lelaki Didakwa Ada Masalah Mental
Insan mana yang tidak marah apabila ada orang yang tidak dikenali mendatangkan kecederaan kepada salah seorang ahli keluarga kita. Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook seorang lelaki mendakwa muka adiknya ditoreh. Menurut perkongsiannya, kejadian itu berlaku di Jalan Rumbia, Taman Daya, Johor Bahru lebih kurang 3.00 petang semalam. Kejadian berlaku apabila adiknya dikatakan sedang […]

Penduduk Kongsi Kejadian Tanah Runtuh Di Taman Seri Ampang Selepas Beberapa Hari Hujan Lebat
Menerusi laman Twitter rasmi Bernama menunjukkan beberapa buah rumah di Taman Seri Ampang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. Hujan lebat sejak beberapa hari lepas menyebabkan tanah runtuh. Gambar yang dikongsikan oleh penduduk sekitar menunjukkan keadaan tanah runtuh tersebut. Namun setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan Hujan lebat […]
Dipercayai Hilang Semasa Kebakaran Besar Hutan, Biri-Biri Ini Ditemui Semula Selepas 7 Tahun
Seekor biri-biri yang dipercayai hilang dalam kebakaran besar di Pulau Tasmania, Australia pada 2013 lalu telah dijumpai semula, baru-baru ini. Seorang peladang, Alice Gray berkata, haiwan tersebut ditemui di kawasan rumahnya ketika mereka sekeluarga sedang membuat aktiviti barbeku. “Apabila kami melihatnya, kami berfikir ‘apakah ia?’ “Pada 2013 lalu, semua kawasan berpagar di ladang berkenaan telah […]
Wanita Ecuador ‘Bangun’ Selepas Disahkan ‘Meninggal Dunia’, Keluarga Terlanjur Bakar Mayat Pesakit Lain
Seorang wanita di Guayaquil, Ecuador tiba-tiba ‘bangun’ setelah sebelumnya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19. Khabar itu jelas melegakan ahli keluarganya yang telah salah membawa pulang jenazah untuk disempurnakan pengebumiannya. Alba Maruri dilaporkan telah tiga minggu koma dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac lalu. Seminggu kemudian, keluarganya telah ditunjukkan ‘mayat’ Maruri namun dalam […]
Naluri Hati Ibu Jadi Kenyataan, Bumbung Rumah Diterbangkan Ribut
IPOH, 26 April — Naluri hati seorang ibu tunggal yang berasakan seolah-olah perkara buruk akan berlaku benar-benar menjadi kenyataan dan bagaikan mimpi buruk apabila sebahagian bumbung rumahnya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam di sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petir petang semalam. Nor Hasneza Mohd Razali, 39, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.00 […]