BeritaTragedi

Berita
Niat Nak Cuci Tangan Bertukar Tragedi, Lelaki Mati Lemas Terjatuh Dalam Terusan Sawah Padi
Niat seorang lelaki yang mahu mencuci tangan bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh ke dalam terusan sawah padi dalam kejadian yang berlaku di Felcra Kampung Gajah, Jejawi, Pasir Salak, kira-kira jam 11.20 pagi hari ini. Mangsa, dikenali sebagai Ali Shaukat, 28, merupakan seorang pekerja kontrak warga Pakistan dipercayai terjatuh ketika mahu mencuci tangan di lokasi tersebut, […]
Berita
‘Siklon Amphan’ Ragut 12 Nyawa Di Benggala, 5 Di Bangladesh
NEW DELHI, 21 Mei – Siklon Amphan yang membadai Benggala Barat pada Rabu meragut 12 nyawa serta menyebabkan banyak kemusnahan di kawasan pantai India dan Bangladesh. Taufan itu membadai pantai Benggala Barat dan Bangladesh dengan kekuatan angin sehingga 185 kilometer sejam, menurut Jabatan Meteorologi India. “Banyak kawasan alami kerosakan. Hari ini saya melalui keadaan seperti […]
Berita
Seminggu Didakwa Hilang, Gadis Dijumpai Bergayut Pada Akar Pokok Tebing Sungai
Seorang gadis berusia 20 tahun dipercayai hilang sejak seminggu yang lalu kini selamat ditemukan kira-kira 55 kilometer dari kediamannya dalam keadaan bergayut pada akar sebatang pokok berhampiran tebing sungai di Jertin Terangganu semalam. Memetik daripada berita tempatan, gadis ini ditemui dalam keadaan yang lemah dan kesejukkan kerana berada di dalam sungai selepas hampir seminggu hilang. […]
Berita
Warga Emas Maut Dalam Kebakaran, Dipercayai Terhidu Asap Tebal Ketika Terperangkap Dalam Bilik Air
KUANTAN, 21 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut, manakala tujuh anggota keluarga termasuk isterinya terselamat dalam kebakaran di sebuah rumah banglo dua tingkat di Kampung Selamat di sini, malam tadi. Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Zahar Abdullah berkata mangsa, Yusuf Hassan, 74, dipercayai maut akibat terhidu asap tebal selepas terperangkap di dalam […]
Berita
(Video) 10,000 Penduduk Terjejas, Rakaman Udara ‘Mencemaskan’, Empangan Di Michigan Pecah
Kejadian dua empangan yang pecah di Michigan telah mengakibatkan 10,000 orang telah dipindahkan dan memperlihatkan sebahagian negeri di Amerika Syarikat ‘lumpuh’. Sebuah video dipercayai memaparkan keadaan ‘mengerikan’ di Empangan Edenville yang memperlihatkan bergelen air ‘meletus’ akibat ‘letusan’ di empangan dan membanjiri kawasan sekitarnya dan menuju ke rumah penduduk. Gabenor Michigan, Gretchen Whitmer mengisytiharkan darurat bagi […]
Luar Negara
7 Jemaah Baru Selesai Berbuka, Solat Maghrib Maut Selepas Masjid Diserang Di Afghanistan
Sekurang-kurangnya tujuh jemaah terbunuh dalam satu serangan di sebuah masjid di Afghanistan semalam, selain 12 lagi dilaporkan tercedera. Ketua Polis Parwan, Haroon Mubarez berkata, serangan tersebut berlaku ketika para jemaah baru selesai berbuka puasa dan solat Maghrib sebelum sekumpulan lelaki bersenjata tiba di situ dan melepaskan tembakan ke arah mereka. “Tujuh dilaporkan terbunuh, 12 lagi […]
Berita
Terkini: Gempa Magnitud 5.3 Gegarkan Filipina
Gempa bumi kuat bermagnitud 5.3 pada skala Richter dilapor melanda Mindanao, Filipina pada pukul 8.45 malam (waktu Malaysia). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 134km utara dari Kepulauan Talaud, Indonesia dengan kedalaman 98km. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana b’laku di Mindanao, Filipina […]
Luar Negara
Siklon Tropika Amphan Diramal Badai Thailand
BANGKOK, 20 Mei — Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut yang diramal melanda kebanyakan wilayah Thailand sehingga Khamis, dicetuskan oleh siklon tropika Amphan di Teluk Bengal, lapor agensi berita Thailand (TNA). Siklon tropika Amphan dengan kelajuan angin maksimum kira-kira 180 kilometer sejam, bergerak ke utara dan diramal melanda Bangladesh antara 20-21 Mei. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati kemungkinan […]
Berita
Helikopter Tentera Rusia Dilapor Terhempas, Korbankan Semua Kru
Sebuah helikopter milik tentera Rusia telah terhempas di utara Moscow pada lewat Selasa, membunuh kesemua kru didalamnya, lapor agensi berita RIA Novosti. Helikopter model Mi-8 milik Tentera Udara Rusia itu telah dilaporkan terhempas semasa latihan berdekatan bandar Klin, 50 batu daripada Moscow. “Pada 19 Mei, sekitar 20:00, ketika melakukan latihan penerbangan 20 kilometer daripada perkampungan […]
Berita
(Video) Murid Berebut Sorok Bawah Meja Ketika Gempa Bumi Di Yunnan, Empat Terbunuh Dan 23 Cedera
Empat orang terbunuh dan 23 lagi cedera ketika gempa menggegarkan wilayah Yunnan China barat daya, kata pihak berkuasa tempatan pada hari Selasa (19 Mei). Klip video di platform Twitter seperti Weibo menunjukkan pembeli yang sedang berbelanja di sebuah kedai terkejut apabila barangan tiba-tiba jatuh dari rak, sementara pelajar di sebuah kelas berebut bersembunyi di bawah […]
Berita
“Seekor Badan Patah Dan Seekor Lagi Dibakar,” 2 Ekor Anjing Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh Dengan Kejam
Walaupun banyak kempen kesedaran tentang pembunuhan haiwan ini banyak disebarkan tetapi masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mendera dan mebunuh haiwan yang tidak bersalah. Terbaru, beberapa keping gambar dua ekor anjing jalanan didakwa dibunuh dengan kejam. Kejadian ini dilaporlan berlaku di Kuantan, Pahang. Persatuan Haiwan Malaysia telah berkongsi kisah duka dua ekor anjing jalanan […]
Berita
Jururawat Maut Kereta Dipandu Bertembung Dengan Pacuan Empat Roda
Beaufort: Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam. Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah Jeris@Idris, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu. Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam […]
Berita
Anak Isteri Terpelanting, Kereta Melambung & Berpusing 5 Kali, Kereta Dirempuh Dari Belakang
Empat beranak hampir menemui ajal apabila kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh oleh kenderaan lain dalam kejadian yang berlaku pada malam Khamis lalu. Lebih malang, kejadian tersebut didakwa merupakan insiden langgar lari kerana kenderaan yang merempuh mereka telah didakwa telah hilang sejurus kejadian berkenaan. Menerusi perkongsian oleh Abdul Azim, beliau tampil menceritakan detik cemas yang menimpa […]
Berita
Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Dalam Perjalanan Ke Klinik
Langkawi: Seorang lelaki yang sedang menuju ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan, maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh tembok pagar sebuah rumah di Jalan Kampung Teluk Ewa, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian itu menyebabkan Mohammad Rosidi Rohim, 29, maut di tempat kejadian manakala ibunya Che […]
Tragedi
Tiada Sambutan Aidilfitri, Rumah Rosak Akibat Banjir Kilat
IPOH, 17 Mei — Sudahlah Hari Raya kali ini tidak lengkap tanpa semua anak di sisi susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lebih menyedihkan apabila rumah pula rosak akibat banjir kilat ekoran hujan lebat, petang semalam. Demikian nasib yang menimpa ibu kepada enam cahaya mata, Saniah Ahmad Wadi, 70, yang terpaksa melupakan hasrat menyiapkan tempahan […]
Berita
Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Lemas Di Kolam Ikan
DUNGUN, 16 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ikan di Jalan Santong, Paka, petang semalam. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Nur Ara Rasha Abdul Aziz ditemui dalam keadaan kepala menjunam ke dalam air di kolam ikan itu, yang terletak kira-kira 15 meter […]
Berita
Pemain Bola Sepak Turki Bunuh Anak, Mengaku Sebab Dah Tak Sayang
Seorang pemain bola sepak Turki didakwa membunuh anaknya sendiri kerana dikatakan kerana tidak ada perasaan sayang lagi kepada anak itu. Cevher Toktas yang berumur 32 tahun membunuh anaknya yang berusia 5 tahun dengan menekup bantal pada muka sehingga mati. Pada 23 April yang lepas, Cevher membawa mangsa ke sebuah hospital kerana mangsa mengalami simptom demam […]
Berita
Seorang Pemuda Maut, Kereta Lawan Arus Rempuh 2 Penunggang Motosikal
BUTTERWORTH, 15 Mei – Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini. Dalam nahas pada 10.35 pagi itu, Mohamad Hafiz Bakri, 31, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di […]
Berita
Duka Waktu Berbuka, Kanak-kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada kira-kira pukul 6.45 petang daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan. Beliau berkata kejadian berlaku […]
Berita
Juruterbang Wanita Maut, Pesawat Bawa Ujian Pengesanan Covid-19 Ke Indonesia Terhempas
Seorang juruterbang Amerika maut apabila pesawat yang dibawanya tidak berfungsi semasa dalam perjalanan untuk menghantar alat ujian pengesanan Covid-19 atau ‘rapid test kit’ di sebuah kampung terpencil di Indonesia, menurut satu kenyataan. Mangsa, Joyce Lin, berusia 40 tahun yang juga pakar teknologi maklumat yang berkhidmat di Mission Aviation Fellowship (MAF), dilaporkan baru sahaja berlepas pada […]