Berita›Tragedi
Trump Dakwa Letupan Di Lubnan Berkemungkinan Angkara ‘Serangan Bom’
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa letupan besar yang berlaku di pusat bandar Beirut berkemungkinan adalah angkara serangan bom, lapor Fox News. “Saya telah berjumpa dengan seorang jeneral tertinggi dan mereka berasakan letupan ini bukan berpunca daripada gudang tersebut. “Mereka rasa ia adalah satu serangan. Ia (gudang) mungkin dibom,” katanya, memetik laporan Fox News. […]

Letupan Di Lubnan: Sekurang-kurangnya 73 Individu Dilaporkan Terbunuh Setakat Ini
Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam, memetik laporan BERNAMA TV.. Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut. Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium […]

(Video) Keadaan Tempat Kejadian Selepas Letupan Kuat Di Lubnan
Hari ini berita menyedihkan apabila bandar Beirut di Lubnan dikejutkan dengan satu letupan yang sangat kuat sehingga memusnahkan bangunan-bangunan berdekatan tempat kejadian. Ini pula berdasarkan satu video yang dimuatnaik di laman Twitter menunjukkan keadaan bandar Beirut selepas letupan tersebut. Keadaan menjadi bagai ‘padang jarak’ dan banyak harta benda yang musnah. Setakat ini masih belum ada […]

(Video) Beberapa Hospital Musnah Akibat Letupan Di Lubnan, Ketika Mereka Sedang ‘Berperang’ Dengan Covid-19
Susulan daripada letupan besar di Beirut, Lubnan turut terkesan adalah beberapa buah hospital di negara tersebut yang dilaporkan sedang bertarung dengan wabak pandemik Covid-19 Menurut laporan, beberapa buah hospital turut musnah ketika jumlah kes positif baru Covid-19 meningkat kepada 5 000 pesakit hari ini. Sehubungan dengan itu, kesesakan di hospital sangat luar biasa apabila menampung […]

(Video) Letupan ‘Misteri’ Gegar Bandar Di Lubnan, Orang Awam Bertempiaran Lari Selamatkan Diri
Satu letupan telah mengegarkan pusat bandar Beirut, Lubnan hari ini telah memusnahkan beberapa bangunan yang berada di sekitar bandar negara tersebut. Walaubagaimanapun, punca letupan yang berlaku di ibu negara Lubnan masih tidak jelas. Menurut saksi kejadian, hampir ratusan orang mengalami kecederaan dan menyebabkan keadaan hospital setakat ini sesak dengan mangsa letupan. Anggota penyelamat dan orang […]

Polis Nafi Video Tular Kompaun Penunggang Motosikal Tak Pakai Pelitup Muka
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Polis Diraja Malaysia menafikan penularan sebuah video tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun ke atas penunggang motosikal bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata ia sebaliknya merupakan video memaparkan operasi dilaksanakan ke atas penunggang motosikal yang tidak memandu di […]
Tujuh Cedera, Bot Terbakar Di Semporna
SEMPORNA, 2 Ogos (Bernama) — Tujuh penumpang cedera apabila sebuah bot dipercayai bot pelancong terbakar selepas berlaku satu letupan, kira-kira 1 tengah hari, di sini hari ini. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja memindahkan minyak petrol dilakukan dari tangki minyak bot ke dalam gelen. Namun, minyak dalam tangki bot yang bercampur air disyaki penyebab […]
Bangkai Penyu Ditemui Di Port Dickson Dengan Cengkerang Pecah, Dipercayai Mati Terkena Pukat Atau Kipas Bot
PORT DICKSON, 2 Ogos – Satu bangkai seekor Penyu Agar (Chelonia Mydas) jantan beranggaran 150 kilogram dijumpai hanyut di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pejabat Perikanan Negeri Sembilan (DOF Negeri Sembilan) menerusi satu kenyataan berkata, penemuan hasil aduan orang awam tersebut mendapati bangkai itu sudah mulai mereput dan berbau. “Penyu yang berusia anggaran 40 […]
10 Orang Di India Dilaporkan Maut Selepas Minum “Hand Sanitzer” Untuk Lepas Gian
Gara-gara kedai arak ditutup ketika perintah berkurung, sekurang-kurangnya 10 individu nekad meminum cecair hand sanitizer dipercayai untuk lepas ‘gian’. Bagaimanapun, tindakan mereka tersebut menemui pengakhiran yang malang apabila kesemuanya dilaporkan meninggal dunia selepas itu. Peristiwa tragis tersebut dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan di Kurichedua, Andhra Pradesh, India baru-baru ini. Ketua Polis Daerah, Siddarth Kaushal berkata, […]
Ibu Kongsi Detik Cemas, Dahi Anak ‘Berlubang’ Diserang Beruk Liar & Nyaris Dibawa Lari Masuk Hutan
Seorang kanak-kanak berhadapan detik cemas apabila hampir ‘diculik’ seekor beruk liar di sebuah kebun pada 27 Julai lalu. Dalam kejadian tersebut, Qistina Adelia yang berusia 3 tahun telah mengikut ibu dan ayahnya ke kebun milik rakan mereka sebelum diserang haiwan berkenaan. Nasib menyebelahinya apabila haiwan itu melepaskan Qistina setelah dihalau dan dipukul oleh pemilik kebun […]
Berang Ibu Sering Didera & Adik Dirogol, Remaja Dilapor Tikam & Bunuh Ayah Tiri
Gara-gara tidak tahan melihat ibu didera dan adik dirogol, remaja 18 tahun dari Indonesia ini tekad membunuh ayah tirinya sendiri. Tragedi yang berlaku pada Khamis lalu itu bermula apabila remaja tersebut, sedang dalam perjalanan ke Balai Polis Muara Lakitan, Musirawas, Sumatera Selatan bersama ibunya. Difahamkan, ibunya mahu membuat laporan polis mengenai tingkah laku suaminya yang […]
Pelajar Guna Kemahiran Latihan Asas Kebakaran Selamatkan Diri, Penghuni Maahad Tahfiz
PARIT, 30 Julai — Tindakan pantas seorang pelajar yang menggunakan kemahiran dalam latihan kebakaran apabila terlihat asap dari sebuah stor Maahad Tahfiz Al Quran Masjid Lama di sini tengah malam tadi, berjaya menyelamatkan nyawa rakan-rakan dan gurunya. Mohd Haziq Abdul Kudus, 18, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam, semasa beliau sedang membuat persiapan […]
80 Peratus Rumah Musnah Dijilat Api, Sinar Baru Untuk Keluarga Ini Selepas Dikunjungi Lembaga Zakat Selangor
Esok umat Islam akan menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha, sudah tentu segala persiapan sedang dijalankan. Mana yang buat korban, lembu-lembu mesti sudah ‘sedia’ ditambat, mana yang masak rendang, mesti sekarang tengah berhempas-pulas sangai kerisik di kuali. Bagi anak perantauan pula, mesti kini dalam perjalanan menempuh kesesakan di lebuhraya demi pulang ke pangkuan ibu bapa tercinta […]

1 Maut, 17 Cedera Letupan Gas Di Restoran Makanan “Shabu Shabu” Di Wilayah Fukushima
TOKYO, 30 Julai (Bernama) — Seorang maut dan sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah restoran di bandar Koriyama di wilayah Fukushima, timur laut Jepun pada Khamis pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai bomba. Menurut penyiasat letupan berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan di sebuah restoran makanan “shabu shabu”. Pegawai polis […]

(Video) Detik Pejalan Kaki ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di China
Chongqing, 30 Julai – Dua individu berhadapan detik cemas apabila terperosok ke dalam runtuhan pejalan kaki dipercayai berpunca akibat mendapan tanah. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua mangsa sedang berjalan di atas laluan tersebut ketika secara tiba-tiba, binaan itu runtuh. Walaubagaimanapun, jantina kedua-dua mangsa tidak diketahui. Lapor Metro UK, mangsa dilaporkan selamat setelah dibantu […]

(Video) Asrama Maahad Tahfiz Di Ipoh Terbakar, Mujur Semua Pelajar & Guru Sempat Selamatkan Diri
IPOH, 30 Julai (Bernama) — Seramai 115 pelajar lelaki terselamat dalam kebakaran bangunan asrama lama di sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Lambor Kanan, Seri Iskandar dekat sini tengah malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, BBP Parit, Teluk Intan dan pasukan bomba sukarela […]
(Video) Kereta Api Pengangkut Barang Dilaporkan Tergelincir, Sebahagian Jambatan Runtuh Dan Cetus Kebakaran Besar Di Arizona
Sebuah kereta api pengangkut barang dilaporkan telah tergelincir di Tempe, Arizona sehingga mencetuskan kebakaran besar, lapor Daily Mail. Gambar-gambar yang dirakam dari tempat kejadian juga menunjukkan sebahagian jambatan Tempe Beach Park telah runtuh. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh polis Tempe, pasukan polis dan bomba berada di tempat kejadian tersebut yang menyaksikan berlakunya kebakaran besar. Beberapa […]
Seorang Lelaki Dipercayai Dilanggar & Diseret Sebelum Dibunuh Rakan
BUTTERWORTH, 29 Julai – Seorang penunggang motosikal ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai dilanggar dan diseret dengan sebuah kereta sebelum dipukul oleh rakan mangsa dalam kejadian di Taman Dahlia, Mak Mandin, di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa, Lau Weng Heng, 43, mati […]

Dipercayai Ada Paket Minyak Di Tengah Jalan Hingga Jadi Punca ‘Fork’ Motosikal Ini Terpatah
Sebuah motosikal kemalangan di sebuah lebuh raya dan penunggang dipercayai cedera parah.. Kemalangan yang mengakibatkan ‘fork’ hadapan sebuah motosikal terpatah selepas dipercayai tergelincir kerana jalan licin akibat paket minyak masak yang ada di tengah jalan.. Menerusi kiriman daripada Mohd Redzuan melalui laman Twitternya, seorang penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas kenderaannya terbabas. Apa yang menjadi […]
Dipercayai Terjatuh Ketika Bermain Basikal, Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Dalam Tali Air
KEPALA BATAS, 28 Julai — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas dalam tali air di belakang rumahnya dipercayai terjatuh ketika bermain basikal di Permatang Buloh, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mayat murid Tadika Kemas Permatang Buloh, Firash Muhamad Darwisy Azlan ditemukan dalam tali air sedalam […]