BeritaTragedi

Tragedi
Viral Video Wanita Diserang & Digigit Anjing, Tangan Habis Luka Berdarah
Kes anjing belaan yang bertindak agresif menyerang orang awam ini bukan perkara baharu. Saban hari, pasti ada kes yang terjadi, biasanya melibatkan kawasan taman perumahan jenis teres. Mungkin ada tragedi serangan oleh anjing jalanan yang liar, namun tidak dinafikan, anjing yang dibela dalam kawasan rumah juga berpotensi untuk menyerang manusia. Sering kali yang menjadi mangsa […]
Berita
Pengawal Keselamatan Maut Diserang Gajah Liar Di Kota Tinggi
KOTA TINGGI, 27 Julai (Semalam) — Seorang pengawal keselamatan di sebuah lombong pasir ditemukan mati diserang gajah liar di kawasan lombong pasir berkenaan, di Batu 6, Simpang Perani-Mawai, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan mayat lelaki tempatan berumur 56 tahun itu pada kira-kira 10.30 […]
Tragedi
Dipercayai Akibat Kemurungan, Lelaki Ditemui Mati Dipercayai Tembak Diri Sendiri
BUTTERWORTH, 27 Julai (BERNAMA) — Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala kiri di dalam bilik air rumah keluarganya di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mayat mangsa, 30 ditemukan bapanya ketika hendak mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh pada 5.30 pagi tadi. […]
Berita
(Video) Lelaki Ditemui Mati Dalam Keadaan Sujud Di Tengah Padang Pasir, Dipercayai Hilang Ketika Keluar Cari Kayu Api
Seorang lelaki warganegara Arab Saudi ditemui meninggal dunia dalam keadaan bersujud di satu kawasan gurun padang pasir, baru-baru ini. Lelaki berkenaan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen, 40, meninggalkan rumahnya pada Khamis lalu di Wadi Al-Dawasir, wilayah Riyadh dipercayai keluar untuk mencari bekalan kayu api. Bagaimanapun, beliau dilaporkan hilang tanpa sebarang maklumat sebelum mayatnya ditemui pihak polis dalam […]
Berita
(Video) ‘Rumah 99 Pintu’ Di Pulau Pinang Terbakar
PUTRAJAYA, 27 Julai – Sebuah rumah banglo kosong atau dikenali sebagai ‘Rumah 99 Pintu’ di Ladang Byram, Nibong Tebal, Pulau Pinang terbakar dalam satu kejadian petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kira-kira 70 peratus bahagian bangunan tersebut musnah dijilat api. Difahamkan, operasi pemadaman masih dijalankan setakat semalam, digerakkan oleh […]
Berita
Wanita Sarat Mengandung Maut Digilis Treler
Kepala Batas: Seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan maut digilis sebuah treler dalam kemalangan tiga kenderaan di persimpangan Jalan Permatang Buloh, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dikenal pasti sebagai Nur Amirah Izzati Rohaizat, 19, meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan parah di […]
Berita
24 Migran Dipercayai Etnik Rohingya Dikhuatiri Lemas Di Langkawi Sejak Malam Tadi
LANGKAWI, 26 Julai — Dua puluh empat migran dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat pulau ini kira-kira 8 malam tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata pihaknya menerima laporan berdasarkan maklumat polis selepas seorang pengadu yang juga seorang migran memaklumkan dia telah terjun dari sebuah […]
Berita
Remaja 14 Tahun Mangsa Terbaharu Serangan Buaya Di Sarawak
KUCHING, 26 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang keluar mencari siput di sungai bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari. Dalam kejadian pagi ini, mangsa dikenali sebagai Ricky Ganya telah disambar buaya ketika sedang mencari siput di sebatang sungai di Rumah Dadat, Tanjung Manis di Mukah. Pusat Gerakan […]
Gaya hidup
“Sebelum Keluar Rumah Baca Ayat Kursi..” Kisah Gadis Ini Dakwa Dipukau Suami Orang Ketika Bekerja Lepas SPM
Tak sangka zaman moden ini pun masih ada lagi kes santau dan sihir. Individu yang sering berkelakuan seperti ini memang dikategorikan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun. Masih mengamalkan perbuatan khurafat yang menjadi dosa besar di sisi agama. Mereka menjadikan perkara ini sebagai jalan pintas hanya atas dasar kepentingan diri sahaja. Seperti kes yang kongsikan oleh […]
Berita
Maut Dipanah Petir Ketika Sedang Kait Buah Kelapa Sawit
Kuala Berang: Seorang buruh warga Indonesia maut dipercayai dipanah petir ketika sedang mengait buah kelapa sawit di Ladang Tersat, Hulu Terengganu di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata mangsa, Maniadi, 40, dikatakan telah pergi mengait buah sawit bersama rakannya sebelum ditemukan dalam keadaan terbaring pada pukul 2.50 […]
Berita
Pemancing Di Tiang 32 Bawah Jambatan Pulau Pinang Diserang Sawan, Terjatuh Ke Dalam Laut
BUTTERWORTH, 24 Julai (Bernama) — Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas lelaki itu terjatuh ke dalam laut ketika memancing di tiang 32 bawah Jambatan Pulau Pinang Kilometer 4.0 arah pulau menghala ke Perai, di sini hari ini. Y. Gananaphan, 27, berasal dari Butterworth disyaki terjatuh ke laut selepas mengalami penyakit sawan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai […]
Berita
Lelaki Jadi Korban Terbaru Serangan Buaya Di Sarawak
KUCHING, 24 Julai — Seorang lelaki dipercayai menjadi korban terbaru serangan buaya di Sarawak apabila dia dibaham reptilia itu di Sungai Seduku yang merupakan anak sungai Batang Lupar di Sri Aman, kira-kira 233km dari sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman diketuai Pegawai Bomba […]
Berita
Empat Askar Maut Helikopter Terhempas Di Filipina
Manila: Tentera Filipina (AFP) pada Jumaat mengesahkan empat daripada lima askar maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter di utara Filipina, lapor agensi berita Xinhua. Helikopter itu terhempas sejurus berlepas dari Stesen Udara Cauayand di bandar Cauayan, di wilayah Isabela, kira-kira 7 malam Khamis (waktu tempatan). Jurucakap AFP Mejar Jeneral Edgard Arevalo berkata ketika nahas helikopter […]
Berita
Dipercayai Tergelincir, Warga Emas Ditemukan Lemas Di Dalam Kolam Takungan Air
Seremban: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas dipercayai tergelincir ke dalam kolam takungan air ketika dalam perjalanan ke dusun miliknya, dalam kejadian di Felcra Lakai, Jelebu pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Wahab berkata dalam kejadian pukul 11.55 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Hew Ah […]
Luar Negara
Hati Lelaki Ini Jadi ‘Sarang’ Telur Cacing Selepas Makan Ikan Mentah
Seorang penduduk yang malang di China terpaksa mengeluarkan separuh hatinya setelah dipenuhi telur cacing akibat makan ikan mentah. Menurut laporan akhbar dari Hangzhou First People’s Hospital di timur China penduduk Hangzhou yang berusia 55 tahun itu, telah mengalami kehilangan selera makan, keletihan dan sakit perut setelah mengunjungi keluarganya di Sichuan pada bulan Februari lalu. Bagaimanapun, […]
Luar Negara
(Video) Dipercayai Cuba Tiru Teknik Lontaran Kobe Bryant, Pelajar Terjatuh Dari Tingkat Dua Akibat Hilang Keseimbangan
Seorang peminat bola keranjang muda di China terjatuh dari tingkat dua di sebuah sekolah secara tidak sengaja selepas dipercayai cuba melakukan aksi bintang NBA kegemarannya, Kobe Bryant. Rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan pelajar berkumpul ketika salah seorang daripada mereka cuba melakukan ‘pukulan bola keranjang’ dengan melompat ke atas dan mengangkat tangan untuk membuat lontaran, pelajar itu […]
Luar Negara
Dalam Masa 11 Hari, Ibu Ini Kehilangan Dua Anak Dipercayai Akibat Positif Covid-19
FLORIDA – Seorang ibu telah mendedahkan bahawa anak lelaki dan anak perempuannya meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 dalam masa 11 hari. Monete Hicks, dari Lauderdale Lakes, memberitahu NBC Miami bahawa anak lelakinya yang berusia 20 tahun, Byron, adalah orang pertama yang mula mengalami masalah untuk bernafas pada 27 Jun. “Saya datang untuk memeriksanya. Dia berada […]
Berita
Warga India Hilang Di Sungai Rajang Ditemukan Lemas
SIBU, 23 Julai — Seorang warga India yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Rajang berdekatan Tanjung Banyok di sini Isnin lepas ditemukan lemas lewat malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Supt Collin Babat berkata mayat Pandey Saurav, 21, ditemukan terapung berhampiran Kampung Serban Batang Lassa, Daro pukul 10.39 malam oleh dua orang penduduk rumah panjang kampung berkenaan, yang terletak […]
Tragedi
Lori Penghantar Barang Terbakar, Dipercayai Bawa Muatan Bungkusan Pelanggan
Tular beberapa keping foto yang menunjukkan sebuah lori barangan yang terbakar didakwa mempunyai bungkusan di dalam lori tersebut. Kejadian ini dikongsikan oleh beberapa penduduk sekitar dan pengguna Facebook. Sebuah lori Skynet terbakar di hadapan Pejabat Skynet Kajang Taman Industri Selesa Jaya, Balakong, Selangor pagi tadi. Hampir semua dipercayai bungkusan pelanggan musnah. Walau bagaimanapun, menerusi video […]
Berita
Abang Rentung, Adik Sempat Selamatkan Diri Dalam Kebakaran Rumah Dua Tingkat
Shah Alam: Seorang lelaki rentung manakala adiknya berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Saga, Seksyen 26 di sini, awal pagi ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang rentung, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, ditemukan […]