Berita›Tragedi
Pemasang Mozek Didakwa Hentak Kepala Anak Teman Wanita Ke Dinding, Mengaku Tidak Bersalah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Seorang pemasang mozek didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menghentak kepala anak teman wanitanya di dinding rumah sehingga bengkak di dahi mangsa, Isnin lalu. Tertuduh, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahyon Talib. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan […]
Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida, Nor Aqilah Masih Kritikal -Polis
GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) — Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur dalam kereta dinaiki semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dua hari lepas, masih dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, ketika ini menerima rawatan […]
(Video) “Frontliner” Cekal Jalankan Tugas, Pakat Tahan Khemah Saat Alor Setar Dilanda Hujan Lebat Pagi Tadi Buat Netizen Tersentuh
Bukan mudah untuk ‘kekal’ menjalankan tugas masing-masing sekiranya cuaca semasa tidak menentu, lebih-lebih apabila dilanda hujan lebat. Lebih menguji lagi, angin ribut yang kuat juga turut datang ‘menyerikan’ lagi suasana getir itu. Inilah yang sedang dirasai oleh petugas barisan hadapan (frontliner) polis dan tentera di Alor Setar pada ketika ini. Menurut video berdurasi 24 saat […]
“Jangan Buang Catalytic Converter…”, 5 Langkah Elak Keracunan Karbon Monoksida Akibat Kebocoran Daripada Sistem Ekzos Kenderaan
Apabila bergerak menuju ke sesuatu lokasi melibatkan perjalanan yang jauh, badan mudah terasa penat dan biasanya baik pemandu mahupun penumpang cenderung mengambil masa untuk berhenti dimana-mana bagi merehatkan badan. Adakalanya kita boleh terlelap dengan hajat untuk merehatkan badan. Bagaimanapun, sekiranya kita terlelap di dalam kenderaan terutamanya dengan enjin kenderaan masih hidup, kita terdedah kepada risiko […]
“Ujian Tanpa Diduga…” Fedtri Yahya Mohon Semua Doakan Kesembuhannya
Pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya kini sudah selamat menjalani rawatan dan pembedahan di wajahnya. Kondisi kesihatannya terkini dikemas kini oleh beliau melalui hantaran di Facebooknya pagi ini. Salam Jumaat. Hari berkah. Ujian tanpa diduga. Kun faya kun.. Semoga menjadi kafarah dosa. Pasti ada hikmah.. Syukur atas ujian ini. Betapa baiknya Allah dengan menghadiahkan orang sekeliling […]

Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Banda, Indonesia Petang Tadi
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 6.32 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 388 kilometer (km) selatan dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 186km. Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana telah berlaku di […]

Suasana Pilu, Suami Meraung Peluk Jasad Isteri Terbujur Kaku Atas Jalan Raya Dipercayai Selepas Kemalangan
Hancur luluh perasaan sang suami apabila melihat sekujur tubuh isteri yang disayangi dan dicintainya terbaring kaku di tengah jalan. Memetik daripada sebuah laman berita tempatan, seorang wanita berusia 23 yang baru melahirkan seorang bayi berusia 7 bulan maut apabila digilis lori dalam satu kemalangan ngeri di jalan arah Serdang ke Sungai Ular, Kulim. Difahamkan dalam […]
Tiga Wanita Maut, Seorang Kritikal Akibat Keracunan Karbon Monoksida Selepas Tertidur Dalam Kereta
BUTTERWORTH, 17 Sept (Bernama) — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami keracunan karbon monoksida, selepas mereka tertidur dalam kereta sewaktu berehat di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata polis menerima laporan berhubung […]

Atok Rindu Cucu Panggil ‘Tok Abah’ Lepas Sehari Anak & Cucunya Maut Dalam Kemalangan
BATU PAHAT, 17 Sept – Panggilan ‘Tok Abah’ pasti akan terngiang-ngiang di telinga seorang datuk setelah kematian cucunya yang kembali ke rahmatullah dalam satu kemalangan di Kampung Sengkuang, di sini, semalam. Kasmuni Kasbi, 66, berkata cucunya itu, Mawar Normadiha Mohd Aisamuddin bersama anak bongsunya yang juga bapa Mawar, Mohd Aisamuddin, 32, meninggal dunia dalam kemalangan kira-kira pukul 2.30 petang itu. […]
“Selesai Jalani Pembedahan Malam Tadi…”, Pengacara Popular, Fedtri Yahya Dilapor Terlibat Kemalangan
Pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya dilaporkan terlibat dalam kemalangan, dipercayai pada malam tadi. Menurut kenyataan isterinya melalui hantaran di Facebook awal pagi tadi, beliau telah selesai menjalani pembedahan. Difahamkan, banyak kecederaan dialami di bahagian muka dan semuanya sudah dirawat dan dijahit. Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani […]
Pemandu Maut, 6 Cedera Perodua Viva Dilapor Terbabas Masuk Parit Di Batu Pahat, Johor
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor sebentar tadi memaklumkan satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas ke dalam parit di Batu Pahat, kira-kira 2.31 petang tadi. Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman facebook, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu. […]
Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Di Beluran, Sabah
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas. Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran. “Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu. […]
Seorang Peserta Konvoi Maut, Dua Parah Kemalangan
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal sempena Hari Malaysia berakhir dengan tragedi apabila seorang maut manakala dua parah setelah terlibat dalam kemalangan di Hulu Selangor hari ini. Shahiran Abdull Halim, 26, mati di tempat kejadian manakala Muhammad Syahrul Nizzam Safar, 22, dan Muhammad Syarizi Abd Aziz, 30, cedera parah dan dirawat di Hospital Selayang. […]
Pejabat Kesihatan Tawau Kesan Kontak Rapat Mangsa Kemalangan Maut Positif COVID-19
TAWAU, 16 Sept (Bernama) — Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau sedang mengenal pasti semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa kemalangan maut di Jalan Chong Thien Vun, di sini pada Sabtu, selepas wanita itu disahkan positif COVID-19. Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran berkata wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya […]

Anak Buat Balingan ‘Tepat’, Ibu Ayah Ini Tabah Skrin TV 60″ Habis Berderai
Kata orang, kalau anak suka membuat sepat tandanya dia sedang belajar dan sensorinya sedang merangsang. Telatah si kecil sangat comel tatkala menghiburkan ibu dan ayahnya. Ya, anakkan satu rahmat dan rezeki Tuhan untuk kita. Sebagai ibu bapa, kita perlu mengguna konsep ‘redha’ jika dalam kecomelan mereka membuat sesuatu seperti kisah Zulfadli Zainol Alam di mana […]

Remaja Perempuan Lemas Di Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
BESUT, 15 Sept (Bernama) — Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa, Nor Balqis Natasya Mohd Nazri, 13, lemas ketika mandi bersama ibu saudaranya yang berusia 19 tahun dan seorang lagi rakan lelaki mereka berusia 20 tahun. Beliau berkata mangsa […]

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Tayar Treler Tercabut
KUANTAN, 14 Sept — Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 1.50 tengah hari dan mangsa yang maut ialah Mohamad Zazmi […]

Pekerja Ladang Sawit Maut Terkena Sabit Di Dada
JASIN, 14 Sept (Bernama) — Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dipercayai selepas terkena sabit pemotong di bahagian dada ketika melakukan kerja mengait di sebuah ladang sawit di Asahan di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Mispani Hamdan berkata lelaki yang dikenali sebagai Misnal, 32, itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran […]
36 Ekor Kerbau Mati Dan 10 Ekor Lagi Sedang Nazak, Ayah “Mowgli Malaysia” Rugi Lebih RM200,000
KUALA TERENGGANU, 14 Sept – “Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.” Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah. Beliau berkata semalam sahaja sebanyak 11 […]

Inkues Nora Anne: Anjing Bomba Kesan Bau Nora Anne
SEREMBAN, 14 Sept – Mahkamah Koroner hari ini, dimaklumkan dua ekor anjing milik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengesan bau remaja perempuan warga Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, yang hilang pada 4 Ogos 2019, di beberapa lokasi berhampiran The Dusun Resort. Saksi ke-16 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian gadis itu, penyelia operasi Unit Anjing Pengesan […]