BeritaTragedi

Berita
Gempa Bumi Berkekuatan 5.0 Skala Richter ‘Goncang’ Utara Sumatera, Indonesia Awal Pagi Tadi
KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km. Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
Tragedi
Pekerja Bangladesh Maut Jatuh Ke Dalam Kolam Kumbahan Minyak Panas
JASIN, 13 Sept (Bernama) — Seorang pekerja kontrak warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan minyak panas ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip bomba di sebuah kilang ladang sawit di Rim di sini, 11.30 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan berkata hasil siasatan mendapati mangsa, Md Abdul Manan Molla, 39, […]
Luar Negara
Budak 2 Tahun Dilapor Alami Sesak Nafas, Dipercayai Tersangkut Kacang Di Paru-Paru
DUBAI: Sekumpulan pakar bedah ENT (ears, nose, throat) berjaya mengeluarkan kacang dari salah satu paru-paru seorang kanak-kanak yang secara tidak sengaja menelannya. Bayi Zaeed Quachtooni telah di bawa ke hospital oleh ibunya setelah mengalami sesak nafas selama dua hari selepas makan kacang tanah. Salah seorang pakar di Hospital Medcare, Al Safa, Dr Muhammad Jabbr menceritakan […]
Tragedi
Bapa 79 Tahun Maut Dipercayai Dibunuh Anak Sendiri Selepas Bergaduh
IPOH, 13 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan mati dipercayai angkara perbuatan anak sendiri selepas bergaduh di kediaman mereka di Pasar Basah Gunung Rapat di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamed Nordin Abdullah berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang ramai yang memaklumkan berlaku pergaduhan di […]
Luar Negara
Pelancong Asing Dilapor Maut, Jatuh Dari Air Terjun Setinggi 50 Kaki Di Thailand
THAILAND: Seorang pelancong Uzbekistan maut terjatuh dari ketinggian 50 kaki (15meter) di sebuah pergunungan air terjun. Difahamkan punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin mengambil swafoto (selfie), kata polis. Mangsa juga dilaporkan mengabaikan tanda-tanda amaran yang telah dikeluarkan oleh penyiasat. Mangsa dikenali sebagai Soipov Abdullokh berusia 22 tahun, terpaksa tinggal di Thailand ekoran daripada penutupan penerbangan […]
Berang Ditegur, Penagih Dadah Tergamak Pukul Ibu, Ayah & Adik Perempuan
KEPALA BATAS, 12 Sept (Bernama) — Seorang penagih dadah tergamak memukul ibu, ayah dan adik perempuannya menggunakan kayu hanya kerana ditegur membuat bising dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini hari ini (semalam). Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 2.30 […]
Luar Negara
(Video) Langit California Di Amerika ‘Berdarah’, Tornado Api Muncul & Hutan Terbakar Sejak Bulan Lepas
CALIFORNIA – Kemunculan satu puting beliung berbentuk lingkaran api dipercayai kelihatan di bandar California, di sini baru-baru ini. Rakaman video berdurasi 17 saat itu dimuat naik netizen, Stance Grounded di laman Twitternya hari ini. Fire Tornadoes in California May God have mercy on the people of California 🥺🙏🏽 CLIMATE CHANGE IS REAL❗❗❗ pic.twitter.com/mVwrC7bKaT — StanceGrounded […]
Gaya hidup
Ayah Rancang Nak Buat Kenduri Doa Selamat, Tapi Anak-Anak Buat Doa Tahlil Lepas Ayah Pergi Menghadap Illahi
Kehilangan orang yang disayangi memang sakit dan perit untuk ditelan. Jika dengar berita orang meninggal pun sudah menahan sebak, inikan pula insan yang bernama ayah. Jelas terpancar kesedihan pada wajah Iylia Nur Batrisyia yang baru kehilangan ayah tercinta kerana kemalangan. Pada laman Twitter, Iylia menjelaskan bahawa ayahnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat […]
Luar Negara
Wanita Dilapor Jadi Mangsa Cabul Ketika Tunggu Bantuan, Kereta Rosak Tepi Jalan
LAHORE, PAKISTAN: Polis Pakistan dilapor telah menahan 12 lelaki untuk disoal siasat setelah dua lelaki bersenjata didakwa merogol seorang wanita ketika kereta yang dinaikinya rosak di tepi jalan. Kejadian pencabulan di jalan raya Lahore-Sialkot pada Rabu malam telah menimbulkan kemarahan di negara itu. Masyarakat menuntut penangkapan suspek. Ketua Polis Negara Punjab Inam Ghani mengatakan pada […]
Luar Negara
(Video) Gudang Tentera Di Jordan Dilapor Meletup, Bunyi Kedengaran Sejauh 30km
ZARQA, 11 Sept – Sebuah gudang tentera di Bandar Zarqa, Jordan di sini dilapor meletup, disyaki akibat berlaku litar pintas pada pagi Jumaat. Menteri Media, Amjad Adaileh berkata, gudang di timur bandar itu menyimpan bom-bom mortar terbiar milik tentera. Dalam masa sama, pihak tentera turut menyatakan, letupan tersebut berlaku di salah sebuah depot simpanan peluru […]
Luar Negara
(Video) Detik-detik Kereta Kebal Hilang Kawalan Rempuh 4 Buah Motorsikal
BANDUNG, INDONESIA: Rakaman video yang memperlihatkan sebuah kereta kebal (tank) Batalyon Kavaleri (Yonkaf) merempuh beberapa motorsikal kerana dikatakan hilang kawalan. Peristiwa itu berlaku pada 10 September, jam 11 pagi. Lokasi kejadian di Jalan Raya Rajamandala atau Kampung Pakemita, Desa Rajamandala Kulon, Kecamatan Cipapat, Kabupaten Bandung Barat. Kejadian itu bagaimanapun pantas ditangani oleh pihak berkuasa. Kejadian […]
Hiburan
Peserta Big Stage 3, Sandra Dianne Meninggal Dunia
PUTRAJAYA, 11 Sept – Penyanyi dan juga peserta rancangan program realiti Big Stage Musim 3, Sandra Dianne musim ketiga dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Putrajaya. Maklumat tersebut diumumkan rakan artis, Sufie Rashid menerusi akaun Instagramnya malam tadi. “Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk @sandradianneofficial yang telah meninggalkan kita. “Selamat pulang ke Rahmatullah […]
Berita
(Video) Hujan Lebat Sejak 1 Tengah Hari, Sekitar Keadaan Banjir Di Beberapa Kawasan Di KL
Seperti yang diketahui, hampir setiap hari hujan akan turun membasahi kawasan lembah Klang. Terbaru, ekoran dari hujan lebat yang berterusan sejak pukul 1 tengah hari tadi, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan mengalami banjir. Menurut laporan Bernama, banjir tersebut menyebabkan kesesakan teruk di jalan-jalan utama di bandar raya. Hujan lebat sejak pukul 1 tengah hari […]
Tragedi
Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Isyak Di Masjid
Meninggal dunia dalam husnul khatimah (pengakhiran yang baik) adalah dituntut oleh semua umat Islam. Masakan tidak, itulah saat terakhir kita berada di dunia ini sebelum ‘berhijrah’ ke alam seterusnya. Kalau baik pengakhirannya, maka Insyaallah baiklah perjalanan seterusnya dan jika buruk pengakhirannya..Nauzubillahi min zalik. Salah satu kematian husnul khatimah yang paling dimuliakan adalah meninggal dunia dalam […]
Berita
(Video) Luahan Lelaki Bawa Anak “Wish Anniversary” Di Pusara Isteri Undang Rasa Sebak
Masihkah anda ingat lagi, seorang lelaki bernama Izrul Mat Taib yang kehilangan isteri tercinta ketika masih berpantang pada awal tahun ini? Arwah isterinya, Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami kompilasi darah beku di jantung. Lebih memilukan, arwah isterinya ‘pergi’ ketika 40 hari dalam berpantang, sementara anak kecil mereka, Annur Ayesha baru […]
Tragedi
Warga Emas Tak Sengaja ‘Letupkan’ Rumah Ketika Kejar Lalat
PERANCIS: Seorang lelaki berusia 80-an tanpa tidak sengaja telah meletupkan ruangan dapur rumahnya disebabkan lalat. Menurut laporan, kejadian berlaku pada waktu malam, warga emas itu ingin menikmati makan malam di rumahnya, Kampung Parcoul- Chenaud. Ketika ingin menikmati makan malam itu, warga emas itu diganggu dengan dengungan lalat, lantas itu tanpa berfikir panjang, dia telah mengambil […]
Tragedi
Wanita Rentung Dalam Kebakaran Dua Buah Rumah
GEORGE TOWN, 10 Sept (Bernama) — Seorang wanita ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres dua tingkat di Taman Lintang, Air Itam di sini dalam kejadian awal pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong Muzamer Mohd Salleh berkata mayat Choo Hooi Hong, 50-an dijumpai pihak bomba di tingkat bawah rumah pertama yang […]
Luar Negara
Remaja Dakwa Dipatuk Ular Yang Sama 8 Kali Dalam Sebulan
NEW DELHI: Seorang remaja lelaki mendakwa bahawa dia telah dipatuk ular yang sama sebanyak 8 kali dalam sebulan yang lalu. Kejadian pelik yang berlaku kepada Yashraj Mishra yang berusia 17 tahun dari Desa Rampur di daerah Basti. Mishra mengatakan bahawa ular yang sama menggigitnya sebanyak tujuh kali dalam sebulan terakhir, dan kali terakhir diserang oleh […]
Berita
Kontraktor, Pemandu Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya
Kuantan: Seorang kontraktor dan pemandunya maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 67 Jalan Kuantan- Segamat di Pekan dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata kejadian pada 11.30 malam itu menyebabkan pemandu kenderaan Toyota Fortuner Muhammad Syauqi Azmi, 32, dan […]
Berita
Anggota Polis Pengiring Rina Harun Meninggal Dunia, Motosikal Terbabas Selepas Selesai Bertugas
KUALA LUMPUR, 9 Sept – Seorang anggota polis yang dalam perjalanan pulang selepas selesai bertugas, maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Kuala Lumpur (KL), ACP Dzulkefly Yahya berkata dalam kejadian 2 pagi itu, Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, yang merupakan pengiring peribadi di sebuah kementerian, cedera parah di leher […]