Berita›Tragedi
Pemuda Hilang Di Bukit Apek, Cheras Dijumpai Mati
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seorang pemuda yang hilang sejak pagi tadi ketika beriadah di kawasan Bukit Apek, Cheras ditemukan mati pada 7.15 malam ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa yang dikenali sebagai Anup Philip Philipose, 21, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat permulaan kawasan riadah itu dalam keadaan tertiarap […]
Cuba Selamatkan Bapa Jatuh Laut, Mayat Pemuda Lemas Ketika Cari Kepah Ditemukan
JOHOR BAHRU, 21 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang bersama bapanya ketika mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas dekat Muar dua hari lepas (19 Sept), ditemukan pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Jefri Jamal berkata mayat Muhamad Azman Zainal, 25, yang […]
(Video) Suspek Langgar Lari Tak Sangka Mangsa Dilanggar Rupanya Ayah Mertua Sendiri, Dipenjara 18 Bulan
LEICESTER: Seorang perempuan yang berusia 29 tahun terlibat dengan kejadian kemalangan langgar lari hingga menyebabkan mangsa kemalangan yang berusia 61 tahun itu mengalami kecederaan yang teruk tidak menyangka bahawa mangsa kejadian adalah ayah mertua suspek. Kejadian berlaku setelah mangsa ingin melintas jalan di lintasan zebra. Kemalangan itu berlaku adalah disebabkan oleh ‘menggunakan telefon bimbit ketika […]
Pemandu Maut, Lori Rempuh Perhentian Bas & Gerai Makanan
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah perhentian bas dan gerai makanan pada 12 tengah hari dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat hari ini. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shariat berkata insiden itu berlaku semasa pemandu dipercayai dalam perjalanan dari […]

Operasi SAR Pesawat Terhempas Dihentikan Hingga Dapat Maklumat Baharu – Polis
GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) — Polis menghentikan dahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat ringan yang dikatakan terhempas di kawasan perairan berhampiran Tanjung Bungah sehingga mendapat maklumat baharu. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata SAR yang dijalankan hingga 6.30 petang semalam tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung insiden yang dikatakan berlaku kira-kira 2 petang semalam itu. “Hingga 11 […]

Kenang Kembali Jasa 8 Pegawai Polis & Tentera Terkorban Dalam Peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu Pada 2013
Majlis Keselamatan Negara dalam ciapan terbaharu di laman twitter rasmi mereka mengenang kembali jasa pegawai polis dan tentera yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan pengganas Sulu pada 11 Februari 2013. 8 pegawai yang terkorban adalah: Allahyarham Zulkifli B. Mamat Allahyarham Sabaruddin B. Daud Allahyarham Ibrahim Bin Lebar Mendiang Michael A/K Padel Allahyarham Baharin Bin Hamit Allahyarham […]

Sekurang-kurangnya 8 Maut Bangunan Runtuh Di India
NEW DELHI, 21 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra pada Isnin, menurut Agensi Anadolu memetik pegawai Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF). “Lima pasukan NDRF sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak 5 pagi IST (11:30 PM GMT) pada Isnin. Dipercayai antara 20 hingga 25 lagi dikhuatiri […]

Penyelam Ini Temui Bangkai Ikan Yu ‘Masih Segar’ Di Dasar Laut Pulau Tioman
Tidak dinafikan kebanyakan orang sekarang lebih gemar untuk mencipta satu pengalaman baru yang lain dari yang lain yang lebih menyeronokkan. Ye lah, waktu ‘darah muda’ ni lah masa yang sesuai untuk kita kumpul pengalaman kan? Salah satu benda yang ada dalam ‘bucket list’ korang adalah selam skuba (scuba diving). Ya, dalam selam skuba inilah masa korang […]
Rakan Temui Jasad Wanita Tergantung Pada Kipas Siling Di Rumahnya Di Port Dickson
Seorang wanita ditemui mati tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Port Dickson dalam kejadian petang semalam. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, rakan mangsa yang datang ke rumah pada jam 4.15 petang menemui mayat wanita berusia 24 itu. “Rakan mangsa mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila […]

“Saya Masih Budok Kuba,” 56 Ekor Kerbau Mati, “Mowgli” Malaysia Akan Bangkit Dari Kesedihan
KUALA TERENGGANU, 21 Sept- “Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti.” Demikian kata Muhammad Syukur Khamis, 15, atau Mowgli Malaysia setelah kehilangan 56 daripada 110 ekor kerbau milik keluarganya, akibat wabak hawar berdarah. Melihat wajah sugul […]
SAR Digerakkan Selepas Saksi Dakwa Nampak Pesawat Terhempas Di Tanjung Bungah
GEORGE TOWN, 21 Sept – Polis bersama beberapa agensi lain menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan laut petang semalam selepas menerima laporan daripada saksi memaklumkan dia bersama rakannya ternampak sebuah pesawat ringan dipercayai telah terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran Tanjung Bungah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP […]

Lelaki Dipercayai Warga Asing Dibunuh
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, hari ini. Mayat lelaki dipercayai warga asing itu, dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu, kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut polis, lelaki itu dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan, bagaimanapun bilangan mereka yang terlibat masih disiasat. Mayat […]
Mayat Nelayan Hilang Di Muara Tanjung Dawai Ditemukan Pagi Ini
ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot gentian kaca yang dinaiki bersama abangnya dirempuh sebuah bot lain di muara Tanjung Dawai, dekat Sungai Petani, malam Jumaat lepas, ditemukan pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Ahmad Faizal Ahmad berkata, mayat Zulkifli Mohamad, 52, dijumpai pada 8.10 […]

Wanita Nyaris Maut, Kepingan Konkrit Hempap Kereta
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Seorang wanita nyaris maut, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), petang tadi. Walaupun kereta Proton Saga BLM itu remuk dihempap kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi, namun wanita itu terselamat dan hanya cedera di tangan […]
(Video) Tembakan Besar-besaran ’Gemparkan’ Rochester, New York, Dipercayai 13 Orang Ditembak Dan 2 Maut
Satu kejadian tembakan besar-besaran dilaporkan telah berlaku di Rochester, New York, hari ini dengan 13 orang mangsa dipercayai telah ditembak. Menurut laporan BNO News, kejadian yang dilaporkan bermula tepat sebelum jam 12.30 pagi waktu tempatan itu berlaku berdekatan dengan Goodman Street dan Pennsylvania Avenue. Namun, maklumat terperinci mengenai kejadian tembakan itu masih lagi tidak diketahui […]
Kebakaran Rumah, Warga Emas Ditemui Rentung
BUTTERWORTH, 19 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas ditemukan rentung di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah dua tingkat di Lorong Laksamana, Taman Telok Molek, di sini selepas kediaman itu musnah dalam kebakaran awal hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Noorzainy Mohd Noor berkata mayat Azali Saad, 64, ditemukan dalam bilik yang […]

Lima Individu Berdepan Detik Cemas, Tiga Cedera Lif Rosak Di Jinjang
KUALA LUMPUR, 18 Sept – Lima individu berdepan detik cemas apabila terperangkap selepas lif yang dinaiki di sebuah flat di Taman Batu Permai, Jinjang, di sini, mengalami kerosakan pada petang tadi. Dalam kejadian pada 2 petang itu, terdapat tiga lelaki dewasa dan dua kanak-kanak menaiki lif berkenaan dari tingkat lima apabila tiba-tiba ia menggelungsur secara perlahan. Ketua Polis Daerah […]
Belum Tunjuk Perkembangan Positif, Nor Aqilah Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Masih Dirawat Di Wad ICU
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Wanita mangsa terakhir keracunan karbon monoksida selepas tertidur di dalam kereta bersama tiga yang lain di Butterworth, Pulau Pinang diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini. Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata mangsa berkenaan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih dipantau […]

Dua Penumpang Treler Maut Selepas Pemandu Hilang Kawalan Di Jalan Keramat Pulai
IPOH, 18 Sept – Dua penumpang treler maut selepas kenderaan berat itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di Km 20 Jalan Keramat Pulai menuju ke Cameron Highlands di sini petang ini. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pemandu treler yang membawa muatan tiang besi itu dikenali sebagai Mohd Zuki Abu […]

(Video) Pegawai Polis Cedera Dilanggar Kereta Wira, Disyaki Dinaiki Dua Lelaki Warga Indonesia
SHAH ALAM, 18 Sept – Seorang pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta di Bulatan Puncak Perdana pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu sedang memantau operasi trafik di sekitar kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah […]