BeritaTragedi

Berita
Empat Lelaki Ditahan Cuba Seludup 119 Etnik Rohingya
ALOR SETAR, 26 Mei — Cubaan empat lelaki tempatan menyeludup masuk 119 etnik Rohingya di perairan Sungai Kedah gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah, Selasa lepas. Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata sepasukan anggota APMM yang membuat rondaan Operasi Aman telah mengesan dan menahan sebuah bot […]
Berita
11 Bayi Maut Dalam Kebakaran Sebuah Hospital Di Senegal
11 bayi maut dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku di sebuah hospital di bandar Tivaouane, Senegal barat dalam satu kejadian semalam, lapor AFP. Menurut AFP, Presiden Senegal, Macky Sall memaklumkan perkara tersebut melalui kenyataan di laman Twitter miliknya pada malam tadi. “Saya baru sahaja menerima maklumat berkaitan 11 bayi yang baru dilahirkan maut akibat daripada kebakaran […]
Berita
Pekan Tak Bai ‘Bergegar’, Letupan Bom & Berbalas Tembakan ‘Meletus’ Malam Tadi
Pekan Tak Bai di Narathiwat, selatan Thailand dilapor ‘dikejutkan’ dengan insiden berbalas tembakan dan letupan bom dalam satu kejadian pada malam tadi, lapor Kosmo!. Menurut Kosmo!, penduduk tempatan yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Pengkalan Kubor, Tumpat juga turut panik ekoran beberapa klip video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial. Difahamkan, keadaan api […]
Berita
Mendapan Tanah, Kawasan Rendah Antara Punca Beberapa Kawasan Di Ibu Negara Dinaiki Air
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Mendapan tanah di dalam longkang dan kawasan lebih rendah daripada paras sungai adalah antara punca yang menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air ekoran hujan lebat lebih dua jam hari ini. Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Anwar Mohd Zain berkata antara lokasi […]
Berita
Kematian 20 Kucing Bukan Diracun, Sebaliknya Kena Jangkitan ‘Parvovirus’ – JPV Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Mei (Bernama) — Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan ‘Parvovirus’. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Dr Anun Man berkata hasil ujian makmal yang dijalankan oleh JPV dan Jabatan Kimia mendapati tiada sebarang […]
Berita
KL Banjir, Perkarangan Masjid Jamek Hampir Tenggelam Dalam 10 Minit
Sejak pagi tadi, bandar raya Kuala Lumpur dikejutkan dengan ‘kehadiran’ fenomena hujan sehingga paras air sungai naik dengan begitu cepat di beberapa tempat. Seperti yang sedia maklum, antara cabaran yang dihadapi di pusat bandar seperti Kuala Lumpur ketika musim hujan adalah kenaikan air banjir yang mendadak. Umumnya, banjir di bandar dipercayai mungkin berlaku disebabkan longkang […]
Berita
Tembakan Bersiri Di Sekolah, 18 Murid & Seorang Guru Terbunuh
Seramai 18 pelajar dan seorang guru dilapor maut dalam satu siri tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas semalam, lapor USA today. Menurut Gabenor, Gred Abbott, kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki bersenjata api telah melepaskan tembakan dalam satu kejadian di Sekolah Rendah Robb, Uvalde. Difahamkan, suspek berusia 18 tahun itu pada awalnya masuk ke […]
Tragedi
Banjir Kilat, Pokok Tumbang Di Seremban
SEREMBAN, 24 Mei (Bernama) — Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Penguasa Kanan Bomba II Zamhuri Zainnordin berkata antara kawasan terbabit ialah Taman England, Sikamat; Taman Nyior, […]
Berita
Dua Maut Dalam Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 24 Mei (Bernama) — Pemandu dan kelindan sebuah lori membawa sayur-sayuran maut selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau dekat sini hari ini. Kemalangan itu menyebabkan pemandu lori Mohd Fazrol Maarof, 39, dan kelindan, Muhammad Amirrudin Azizan, 19, meninggal dunia di tempat […]
Luar Negara
“Saya Dalam Perjalanan Pulang..”, Pelik, Tangmo Buat ‘Live’ Mahu Buktikan Kebenaran Sebenar?
Aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida dikatakan muncul kembali dan buat Live di Facebook, adakah ‘dia’ mahu sampaikan sesuatu? Sememangnya menjadi misteri di mana sejak dua hari lepas, Facebook selebriti terkenal Thailand, Nida ‘Tangmo’ Patcharaveerapong yang meninggal dunia beberapa bulan lalu kembali aktif semula baru-baru ini. Sejak dari itu, Facebooknya terus menerus memuat naik beberapa kenyataan yang […]
Tragedi
Pilu, Bayi Meninggal Dunia Dalam Perut, Dipercayai Dibelit Tali Pusat
Seorang bayi meninggal dunia dalam perut, dipercayai akibat dibelit oleh tali pusatnya sendiri yang ‘membaluti’ tubuhnya. Inilah detik pilu dihadapi sepasang suami isteri baru-baru ini. Kehilangan seseorang merupakan detik paling menyedihkan buat manusia yang dicipta dengan jiwa dan emosi. Lebih-lebih lagi jika kehilangan itu melibatkan kalangan ahli keluarga sendiri.Hanya mereka yang melaluinya saja tahu betapa […]
Berita
Belum Sampai 12 Jam, Seorang Lagi Wanita Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Awal Pagi Tadi
Belum sampai 12 jam kes wanita terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada petang semalam, berlaku pula satu lagi kes dipercayai serupa yang terjadi kira-kira awal pagi tadi. Memetik Kosmo!, seorang wanita berusia 22 tahun dilapor terjun ke dalam laut dari jambatan berkenaan di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai sehingga dikhuatiri lemas. Difahamkan, wanita […]
Tragedi
Mayat Pendaki Ditemui Selepas Sembilan Bulan ‘Terkubur’ Dalam Gua Paling Dalam Di Dunia
Mayat pendaki yang ditemui selepas sembilan bulan berada dalam gua paling dalam di dunia telah menarik perhatian dunia, lapor Daily Mail UK. Sergie Kozeev, 37, dikatakan hilang pada November 2020 sebelum ditemui sekumpulan pendaki yang melakukan ekspedisi pendakian di gua Veryovkina di Abkhazia pada 3 Ogos 2021. Memetik laporan Daily Mail UK, mereka menjumpai mayat […]
Berita
Bot Tunda Bersama Tiga Kru Disyaki Karam Di Pulau Mantanani
KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) — Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam. Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata pemilik bot tunda tersebut telah membuat laporan polis pada 9.30 pagi semalam berkaitan kehilangan botnya yang […]
Berita
Tembok Penahan Bergerak, Pemaju Diberi Notis Berhenti Kerja
Susulan tragedi tembok penahan projek pembinaan sebuah pangsapuri ‘bergerak’, pemaju diberi notis berhenti kerja oleh datuk bandar. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan Notis Berhenti Kerja kepada pemaju sebuah projek pembinaan di salah sebuah blok pangsapuri. Memetik Bernama, notis tersebut dikeluarkan susulan pergerakan […]
Tragedi
Jari Dibaham Singa Hingga Putus, Padah Tunjuk Lagak Ngeri Masuk Tangan Dalam Sangkar
Jari seorang pegawai zoo terputus sepenuhnya selepas tunjuk lagak ngeri masukkan tangan dalam kandang singa. Seorang lelaki tunjuk lagak berani masukkan tangan ke dalam kandang singa kononnya untuk membelai dan mengusik ‘kucing besar’ yang garang itu. Malangnya, dia menyesal apabila haiwan tersebut mengigit jarinya hingga putus. Menerusi video yang disiarkan di Twitter baru-baru ini, salah […]
Berita
Dua Beranak Ditemukan Mati Dalam Rumah
KUALA LUMPUR, (Bernama) — Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi (semalam). Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata laporan kejadian tersebut diterima pihaknya pada 10.17 pagi, berkenaan seorang wanita tempatan, 71, tidak sedarkan diri dan seorang lelaki tempatan, 35, […]
Berita
Pesara Guru Dakwa Rugi RM472,941 Akibat Love Scam
KUANTAN, 22 Mei (Bernama) — Malang berganda buat seorang pesara guru wanita selepas terpedaya dengan sindiket Love Scam yang akhirnya menyebabkan dirinya terjebak dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud sehingga mendakwa dirinya kerugian RM472,941. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang DSP Yap Huat Tian berkata mangsa yang berusia 65 tahun mendakwa dirinya telah berurusan dengan tiga […]
Berita
17 Kampung Terjejas, 32 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Sipitang
SIPITANG, 22 Mei (Bernama) — Sebanyak 17 kampung terjejas dan 35 orang daripada 11 keluarga dipindahkan setakat tengah hari ini dalam kejadian banjir di Sipitang. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memberitahu kampung terlibat termasuk Kampung Menengah Ulu Sipitang, Kampung Skim Sindumin, Kampung Pantai, Kampung Tanjung Nipis, Kampung Kawang, Kampung Banting, Kampung Bangsal. Kampung Jalan Masjid SIndumin, Kampung Kawang […]
Berita
Sebutan Semula Kes Remaja Bunuh Bayi Sendiri Ditetapkan 19 Jun
CHUKAI, 22 Mei (Bernama) — Mahkamah Majistret Kemaman hari ini menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes remaja perempuan yang menghadapi tuduhan membunuh bayi lelaki baru dilahirkannya. Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman, agar kes ditangguhkan ke tarikh lain sementara menunggu laporan kimia […]