Berita›Tragedi

Pelari Marathon Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Garisan Penamat Akibat Gelombang Haba
Seorang pelari marathon meninggal dunia sebelum tiba di garisan penamat baru-baru ini, lapor Daily Mail UK. Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan meninggal dunia berhampiran garisan penamat dalam RBC Brooklyn Half Marathon pada sabtu lalu. Semasa hari kejadian, wilayah timur New York dilaporkan mencatatkan suhu paling tinggi pernah direkodkan pada bulan Mei. Menurut laporan New […]

Lelaki Ditemui Mati, Sempat Minta Bantuan Di Facebook
Seorang lelaki warga Finland ditemui mati di rumahnya yang terletak di Jalan USJ 2/4f, Subang Jaya selepas membuat satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada Khamis lalu. Menurut portal Awani, dalam hantaran Facebook tersebut, dia telah meminta bantuan daripada orang ramai untuk menghantarnya ke hospital. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman […]

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.8, yang diukur lima kali lebih rendah dari skala shind0 (intensiti) telah dikesan pada kedalaman 30 kilometer di perairan Prefektur Ibaraki pada 12.24 tengah hari, Ahad, 22 Mei 2022. Namun menurut laporan NHK menerusi Japan Times, tiada sebarang ancaman tsunami dikesan melalui gempa bumi itu. Difahamkan, gempa bumi bermagnitud 5.8 tersebut juga […]

Dakwa Isteri Curang, Lelaki Tikam Isteri Berkali-kali Dalam Kereta Api Kerana Cemburu Buta
Seorang lelaki berjaya ditahan selepas dilaporkan menikam isteri di dalam sebuah kereta api pada Khamis selepas mengesyaki wanita itu curang dengan lelaki lain. Memetik laporan daripada Bangkok Post, wanita berkenaan mengalami tiga kesan tikaman yang dalam pada bahagian belakang dan lehernya. Menurut Timbalan Ketua Siasatan, Leftenan Nisachon Sawasdeechai, serangan itu berlaku sekitar jam 5 petang […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.6 Skala Richter Gegar Utara Maghribi Sebentar Tadi
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Magribi sebentar tadi. Institut Geofizik Maghribi telah mengesahkan kejadian ini dan memaklumkan bahawa pusat gempa bumi tersebut berada di pantai Driouch terletak di utara Maghribi sekitar jam 1.35 petang (waktu tempatan). Gempa bumi yang berada pada kedalaman 17 kilomenter turut dirasai di Wilayah Nador […]

Murid Perempuan Tahun Empat Maut Digilis Lori Treler
BUKIT MERTAJAM, 19 Mei- Seorang murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Baru, Alma, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di […]

Warga Emas Meninggal Dunia Di Puncak Gunung Yong Belar Berjaya Diturunkan
IPOH, 19 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia Selasa lepas semasa mendaki Puncak Gunung Yong Belar, Ulu Kinta dekat sini berjaya dibawa turun dengan helikopter pada pukul 1.30 tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata mangsa berusia 66 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri pada Selasa […]

Pemandu Maut, Kelindan Cedera Treler Bawa Muatan Tepung Terbalik
GERIK, 19 Mei (Bernama) – Seorang pemandu treler maut manakala kelindannya cedera selepas treler muatan tepung seberat 20 tan terbalik ke bahu jalan di KM 24 Bukit Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pagi ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata dalam kejadian pada 7.38 pagi itu, pemandu treler Adzri Mat, 43 maut di tempat kejadian […]

Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Daki Puncak Banjaran Titiwangsa
IPOH, 18 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat kepenatan semasa mendaki puncak Banjaran Titiwangsa berhampiran Kem Kuali, Tanjung Rambutan dekat sini semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 66 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur itu memiliki kebenaran memasuki hutan simpan kekal berkenaan bersama-sama 13 pendaki […]

Dua Beradik Lelaki Lemas Dalam Parit Di Pantai Remis
IPOH, 18 Mei (Bernama) — Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Batu 12, Jalan Segari dekat Pantai Remis, semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada orang awam pada 7 malam. “Setibanya pihak polis di lokasi […]

Guru Sekolah, Jiran Mangsa Dera Akan Dipanggil Bantu Siasatan
IPOH, 17 Mei (Bernama) — Polis akan memanggil jiran kepada suspek kes dera seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun yang meninggal dunia Ahad lepas, bagi merakam keterangan sebagai saksi, dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata guru sekolah kanak-kanak berkenaan juga akan dipanggil untuk dirakam keterangan. Beliau berkata fokus siasatan […]

Lelaki 275 Kilogram Patah Tulang Betis, Lif Dinaiki Terputus Tali
Seorang lelaki dengan berat badan 275 kilogram cedera selepas tali lif yang dinaikinya putus dalam satu kejadian di Kota Malang, Jawa Timur baru-baru ini, lapor TribuneSolo.com. Mangsa, Dwi Ariesta Wardhana, 38, dilapor mengalami patah tulang betis selepas lif barang yang dinaikinya terjatuh dari tingkat dua dengan ketinggian tiga meter. Ketika kejadian, Dwi yang tinggal di […]

TV Disambar Petir, Sebuah Rumah Dilapor Terbakar
Ruang televisyen (TV) sebuah rumah di Indonesia mengalami kerosakan teruk selepas terbakar, dipercayai berpunca akibat disambar petir dalam satu kejadian pada 16 Mei baru-baru ini. Memetik Kompas.com, Ketua Balai Bomba Kota Bekasi, Indonesia, Aceng Solahudin menjelaskan, kebakaran berlaku di Jalan Eka Cipta, Desa Jati Rahayu, Daerah Pondok Melati di Bekasi. “Kejadian yang terjadi pada jam […]

Lelaki Terjun Sungai Kelantan Dipercayai Murung
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra tengah hari tadi dipercayai mengalami kemurungan. Memetik Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 46 tahun itu didapati meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave sebelum bertindak sedemikian sehingga dikhuatiri lemas. Difahamkan, mangsa sering mengadu kepada isterinya bahawa dia sering tertekan […]

Myvi Langgar Tembok, Wanita Cedera Terkena Serpihan Batu – BOMBA
SEREMBAN, 16 Mei (Bernama) — Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut […]

Adik Kepada Kanak-Kanak Yang Meninggal Dunia Disyaki Turut Didera
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Adik kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia awal pagi semalam disyaki turut didera oleh ibu dan bapa saudaranya, disyaki turut menjadi mangsa penderaan. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana terdapat kesan kecederaan […]

Bomba Jasin Selamatkan 80 Pengunjung Air Terjun Terperangkap Akibat Kepala Air
MELAKA, 16 Mei (Bernama) — Petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin menyelamatkan kira-kira 80 pengunjung Air Terjun Lama Tiga Budaya, Asahan selepas terperangkap akibat fenomena kepala air hari ini berikutan hujan lebat. Komander Operasi Mohd Rizuan Suliman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengunjung pada pukul 1 tengah hari tadi sebelum tiba ke […]

Anggota Badan Dipercayai Milik Pendaki Wanita Hilang Di Gunung Suku Ditemukan
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Muhammad Shahrizal Aris berkata anggota badan itu ditemukan […]

Dua Pendaki Wanita Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh, Kepala Air Di Gunung Suku
IPOH, 15 Mei (Bernama) — Dua wanita dipercayai dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika sedang mendaki Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46 tahun. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima maklumat […]

Wanita Parah & Maut, Serpihan Patung Batu Di Kuil Jatuh Dari Atas
Seorang wanita berusia 53 tahun dilapor maut selepas cedera parah gara-gara terkena serpihan patung batu yang terjatuh dalam satu upacara keagamaan di sebuah kuil di Ipoh. Memetik Sinar Harian, nahas tersebut berlaku kira-kira 9:50 pagi semasa mangsa sedang mengikuti upacara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut yang terletak di Buntong. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk […]