Berita›Sukan
(Video) Tak Gentar Stadium Penuh, Giliran ‘Budak Sekolah’ Malaysia Pula Tumbangkan Indonesia Di Laman Lawan
Balikpapan, 22 Nov – Skuad bola sepak Malaysia sekali lagi menumpaskan Indonesia di gelanggang sendiri, kali ini dalam perlawanan separuh akhir Asian School Football Championship (ASFC U-18) di Stadium Batakan, di sini semalam. Hasrat pasukan junior Indonesia untuk menebus kekalahan pasukan senior di Bukit Jalil tempoh hari terkubur apabila skuad Malaysia telah berjaya mengalahkan Garuda […]
Polis Sahkan Kejadian Tidak Bertempat Di Stadium/Luar Stadium” -Syed Saddiq
Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai satu video pergaduhan yang didakwa melibatkan penyokong Indonesia yang dibelasah oleh penyokong Malaysia. Kejadian yang dikatakan berlaku di luar Stadium Nasional Bukit Jalil itu walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengenai kebenarannya. Menerusi perkongsian terbaru di Facebook Polis Diraja Malaysia, terdapat satu kenyataan media berhubung penularan video penyokong […]

(Video) Stadium Terlalu Penuh, Perlawanan Indonesia VS Malaysia Bawah 18 Ditangguhkan
Perlawanan melibatkan pasukan Indonesia dan Malaysia bagi separuh akhir 47th Asian School Football Championship (ASFC) Bawah 18 2019 terpaksa ditangguhkan sehingga pukul 8 malam. Menurut laporan media, perlawanan separuh akhir Pasukan Kebangsaan Indonesia menentang Malaysia terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan stadium yang dipenuhi oleh penyokong. Para penyokong Indonesia juga dikatakan memenuhi jalan utama ke Stadium Batakan. […]
FAM Keluarkan Senarai Akhir 20 Pemain B-22, Tiada Kelibat Wan Kuzain Timbul Tanda Tanya Netizen
Persediaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019 di Filipina dilihat hampir selesai setelah beliau telah menyenaraikan senarai 20 pemain. Pemain-pemain yang terpilih untuk menggalas cabaran di Filipina diharapkan dapat menghadiahkan Malaysia satu pingat emas. Sebentar tadi, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir 20 pemain Skuad B-22 […]
(Video) Meremang Bulu Roma, Kata-Kata Semangat Kapten Bakar Semangat Juang Harimau Malaya ‘Mengganas’ Atas Padang
Sebagai peminat bola sepak, kita pastinya ingin mengetahui tentang apakah yang bakal dikatakan oleh sesebuah kapten pasukan bola sepak sebelum mula memerah kudrat mereka di atas padang. Tambah-tambah lagi jika pasukan itu pasukan yang kita minati seperti Harimau Malaya ini. Setelah menempuhi dan memenangi ketiga-tiga perlawanan di tempat sendiri, kita pasti tertanya-tanya tentang apakah yang […]
”Kalau Kena Tikam, Mana Darah?”, MA Tampil Tepis Dakwaan Fans Indonesia Kena Tikam
Media sosial ketika ini masih lagi hangat dengan cerita-cerita luar padang mengenai perlawanan seteru utama di antara dua negara berjiran iaitu Malaysia dan Indonesia. Biarpun keputusan perlawanan telah pun diketahui, namun cerita-cerita di sebalik perlawanan tersebut masih lagi didebatkan di media sosial. Antaranya ialah kes balingan suar, insiden penyokong Indonesia dipukul dan sebagainya. Baru-baru ini […]
(Video) Sebak, Anak Yatim Piatu Belek Tangan ‘Hero Malaya’ Puas-Puas Lepas Impian Nak Jumpa Safawi Tercapai
Hasrat seorang kanak-kanak yatim piatu yang ingin bertemu penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Safawi Rasid pada hari terakhirnya dirawat di Hospital Dungun di sini akhirnya tercapai. Muhammad Danish Irfan, 11, bersama enam lagi adik beradiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Norhapisah Idris, 34, dan Kamal Hisham Mustaffa Mohammad, 35, maut dalam kemalangan […]
Ibu Tak Lupa Buat Solat Hajat Setiap Malam Doakan Kejayaan, Rahsia Safawi Rasid Selalu Di ‘Puncak’
Hampir setiap malam menunaikan solat sunat tahajud, taubat, hajat dan witir bagi memohon kejayaan dan keberkatan buat kesemua anaknya telah menjadi rutin dalam kehidupan ibu kepada pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid. Ibunya, Selemah Abu Bakar, 56, turut menggandakan amalan tambahan seperti zikir dan berdoa kepada Allah semoga segala urusan anaknya dipermudahkan sekiranya Safawi mempunyai […]
Insiden Kekecohan Di Bukit Jalil, Indonesia Desak Malaysia Buat Permohonan Maaf
Kementerian Pemuda Dan Olahraga (Kemenpora) Indonesia mahu Malaysia meminta maaf atas insiden kekecohan yang dicetuskan penyokong pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di antara Malaysia dan Indonesia, tempoh hari. Sebelum perlawanan bermula, suasana di Stadium Bukit Jalil sempat menjadi panas. Sempat berlaku insiden membaling benda yang dipercayai botol […]
Ini Rupanya Fungsi Tanda Merah Putih Dekat Litar Lumba, Sangat Penting Untuk Pelumba Pro
Semua peminat-peminat sukan permotoran pastinya sudah tahu tentang apakah fungsi serta nama bagi garisan berwarna merah dan putih yang terletak di setiap sudut selekoh sesuatu litar perlumbaan itu. Namun bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam sukan permotoran ini, anda harus tahu tentang apakah fungsi garisan merah putih ini bagi memperkuatkan ilmu tentang dunia permotoran yang […]

”Tolong Hormat, Berhenti Kaitkan Saya Dengan Wanita-Wanita Kisah Lepas” – Safawi Rasid
Dua gol yang disumbangkan Safawi Rasid hingga Malaysia berjaya menumpaskan Indonesia dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil selasa lalu, melonjakkan nama pemain itu sebagai bintang yang paling menyinar. Namun, pemain sensasi Johor Darul Takzim (JDT) ini tidak ketinggalan menjadi tumpuan dalam isu peribadinya apabila sering dikaitkan dengan […]

Lelaki Ini Jelaskan Cara Kiraan Mata Kumpulan Untuk Malaysia Layak Ke Piala Asia & Piala Dunia
Mood rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak ketika ini masih lagi meraikan kemenangan skuad kebangsaan tempoh hari yang berjaya menumbangkan rival serumpun, Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berada di kedudukan kedua ketika ini, di belakang Vietnam Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia dan Asia selepas lima perlawanan, mungkin ada yang tertanya-tanya peluang Malaysia […]

Ong Kim Swee Umum Gugur Safawi
Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia semalam menyaksikan keputusan yang memihak kepada Malaysia dengan dua gol yang disumbangkan oleh Muhammad Safawi Rasid dalam aksi kelima kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Aksi yang dipamerkan oleh Safawi sememangnya telah memenangi hati penonton yang hadir di stadium mahupun di rumah. Apa tidaknya, […]
Prestasi Belum Memuaskan – Safawi
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Biarpun menerima pujian melambung selepas menjaringkan dua gol cantik menerusi kaki kiri ketika Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 malam tadi, Muhammad Safawi Rasid masih kurang berpuas hati dengan prestasinya. Penyerang berusia 22 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu skuad Harimau Malaya membenam musuhnya tradisinya, Indonesia dalam aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 […]
Jelmaan Jersi ‘Khairul Fahmi’ Beraksi Di Padang Tular, Ramai Yang Kagum Dengan Semangat Farizal
Tidak dapat disangkalkan lagi kemenangan 2-0 yang dicapai oleh Harimau Malaya menewaskan Garuda dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 semalam di Stadium Bukit Jalil menjadi tonggak kebanggaan seluruh rakyat Malaysia atas pencapaian tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian peminat bola sepak Tanah Air selain semangat yang ditonjolkan oleh pemain ialah baju […]
(Video) “What A Country…”, Chant Harimau Malaya Pukau Mat Salih, Viral Hingga Ke Media Antarabangsa
Kemeriahan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi berakhir dengan keputusan yang baik bagi pasukan Malaysia selepas berjaya menewaskan pasukan Indonesia. Perlawanan yang telah dibanjiri dengan penonton sekitar 85,000 orang itu telah digamatkan lagi dengan teriakan sorakan pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya. Sorakan yang dilaungkan oleh […]
Desas-Desus Jose Mourinho Kembali Ke EPL, Dilapor Setuju Ganti Pochettino Jadi Pengurus Spurs?
Jose Mourinho dilaporkan telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bersama Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus kelab tersebut. Tottenham sebelum ini mengumumkan keputusan melepaskan pengurus dari Argentina itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi selasa. Pengerusi kelab Tottenham Hotspur, Daniel Levy, menegaskan bahawa kelab itu sebenarnya “sangat berat hati” untuk memecat Pochettino, namun […]
Viral Video Dakwa Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium Semalam?
Perlawananan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia malam tadi didakwa telah dicemari dengan beberapa insiden kekecohan yang tidak sepatutnya berlaku. Dalam satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penyokong Indonesia malam tadi telah memaparkan penangkapan seorang penyokong Indonesia di dalam stadium menjadi tular pada hari ini. Berikut adalah detik-detik penangkapan […]

41 Penyokong Harimau Malaya, Garuda Ditahan Polis
Kuala Lumpur – Malaysia memperoleh kemenangan dengan menewaskan pasukan Indonesia 2-0 untuk Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menjadi tegang apabila ada segelintir pihak tidak berpuas hati. Terkini, menurut petikan berita tempatan, seramai 41 orang penyokong yang menhadiri perlawanan tersebut ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam insiden kekecohan. Menurut Ketua Polis Cheras […]
(Video) FRU Masuk Stadium, Penyokong Dipercayai Bertindak Baling, Cabut Kerusi
Perlawanan bagi Kumpulan G untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi telah memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Malaysia selepas dua gol cantik dijaringkan oleh Safawi Rasid. Walau bagaimanapun, kemenangan ini sedikit tercemar ekoran berlaknya ketegangan dan insiden yang dipercayai berpunca daripada beberapa tindakan tidak bermoral. Terbaru, heboh […]