Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Luqman Hakim Sebaris Dengan Bintang Muda Eropah, Tersenarai Sebagai Calon ‘Golden Boy Award 2020’

Pemain muda negara yang kian meningkat naik, Luqman Hakim, dilaporkan telah tercalon dalam senarai 80 pemain muda terbaik bagi anugerah ‘Golden Boy Award 2020’, sebaris dengan bintang muda Eropah.

Anugerah yang dikendalikan oleh akhbar Itali iaitu Tuttosport itu diadakan secara tahunan. Bagi tahun ini, Luqman Hakim berjaya mencuri tumpuan selepas turut diumumkan tercalon untuk merebut anugerah tersebut.

Gambar: Bernama

Antara nama-nama besar yang tercalon dalam anugerah tersebut adalah Erling Braut HÅLAND (Borussia Dortmund), Gabriel Teodoro Silva MARTINELLI (Arsenal), Paulo Henrique Sampaio Filho PAULINHO (Bayer Leverkusen), Bukayo SAKA (Arsenal), adon Malik SANCHO (Borussia Dortmund), José Paixão de Oliveira VINÍCIUS JÚNIOR (Real Madrid) dan ramai lagi.

Bagi melayakkan diri untuk dicalonkan dalam anugerah tersebut, seseorang pemain itu mestilah berusia di bawah 21 tahun dan mewakili kelab divisyen utama di Eropah.

Pemegang semasa gelaran tersebut adalah penyerang dari Portugal yang mewakili kelab Atlético Madrid iaitu João Félix.

Undi nama Luqman Hakim di senarai nombor 32 melalui pautan ini.

Sokongan padu daripada peminat-peminat sukan bola sepak di Malaysia boleh melonjakkan nama pemain muda ini ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber: tuttosport/Onefootball