Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

PKR Ketengahkan Empat Calon Muda Dan Tiga Calon Wanita Pada PRN Melaka

PRN
Kredit: Facebook Dr Fuziah Salleh

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan empat calon muda dan tiga calon wanita dalam barisan sembilan calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, tujuh daripada sembilan calon yang diketengahkan merupakan muka baharu, bersamaan 77.8 peratus daripada keseluruhan calon parti itu.

Menurutnya, empat calon atau 44.4 peratus daripada jumlah berkenaan terdiri daripada golongan anak muda, manakala tiga calon wanita mewakili 33.3 peratus.

“Barisan calon berkenaan mencerminkan usaha parti melakukan pembaharuan kepimpinan dengan memberi ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam politik.

“Bagi saya, pembaharuan politik bukan sekadar mengetengahkan wajah baharu, tetapi membuka ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan serta membawa aspirasi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Fuziah berkata, beliau telah turun padang melawat lapan Bilik Gerakan Utama (BGU) Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meninjau persiapan, bertemu petugas serta membantu menyelaraskan gerak kerja jentera parti.

Katanya, siri lawatan berkenaan akan diteruskan sehingga esok bagi memastikan persiapan di peringkat kawasan berjalan lancar.

Untuk rekod, PKR akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini, manakala DAP akan bertanding di tujuh kerusi dan Parti Amanah Negara (Amanah) di lima kerusi.

Intipati
  • PKR mengetengahkan empat calon muda dan tiga calon wanita bagi PRN Melaka.
  • Tujuh daripada sembilan calon PKR merupakan muka baharu, menurut Fuziah Salleh.
  • Fuziah melawat lapan bilik gerakan DUN untuk meninjau persiapan jentera parti.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan