BeritaSukan

Sukan
Tunggakan Gaji Pemain: Kelantan FC Berdepan Tindakan Pemotongan Mata
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC) akan dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Premier musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa […]
Sukan
Khairul Izuan Sasar Kembali Temui Sentuhan Bersama UiTM FC
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Penyerang baharu UiTM FC Khairul Izuan Rosli bertekad membantu pasukan baharunya mencipta kejayaan dalam saingan Liga Malaysia 2021 yang bakal bermula 26 Feb ini. Pemain berusia 29 tahun itu berkata tawaran menyertai pasukan universiti berkenaan menjadi medan terbaik untuk mengembalikan prestasi dirinya setelah gagal menyinar bersama beberapa pasukan lain sebelum ini. Khairul Izuan pernah membantu […]
Sukan
Hodak Sasar Bantu KL United FC Kembali Ke Era Gemilang
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak menyasarkan untuk membentuk Kelab Bola Sepak KL United (KL United) menjadi sebuah pasukan yang disegani dalam persaingan Liga Super 2021 yang dijadualkan bermula pada 26 Feb depan. Warga Croatia berusia 49 tahun itu yang menandatangani kontrak dua tahun, percaya gabungan pemain berpengalaman dan muda dalam musim ini akan […]
Berita
Eksekutif Warga Malaysia Digantung Seumur Hidup Kerana Atur Perlawanan – BWF
KUALA LUMPUR, 8 Jan — Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan. BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa Unit Integriti BWF telah menyiasat wakil eksekutif peralatan sukan yang menaja pemain antarabangsa itu sejak kejohanan Terbuka Jepun 2014. “Kami mendapati individu tersebut mendekati beberapa pemain antarabangsa dan menawarkan wang untuk memanipulasi perlawanan termasuk perlawanan melibatkan pemain […]
Berita
Jabatan Perhutanan Perkenal SOP Baharu Aktiviti Pendakian Lebih 457.2 Meter
KUALA LUMPUR, 6 Jan — Bermula tahun ini, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung Malaysia perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta. Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Mohd Yussainy Md Yusop berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2022 itu bagi mempertingkatkan […]
Berita
Cristiano Ronaldo Jadi Individu Pertama Di Dunia Capai 250 Juta Pengikut Di Instagram
Siapa yang tidak kenal dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram. Terkini, pemain bola sepak terkenal dunia ini telah megumpul lebih 250 juta pengikut di media sosial tersebut. Jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar […]
Sukan
Sumareh Kembali Ke Malaysia Selepas Empat Bulan Bersama Kelab Thailand
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh kembali ke Malaysia, selepas empat bulan bersama kelab Liga Thailand, Police Tero FC. Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama-sama kelab berkenaan, sejak September 2020. “Ia sesuatu yang mencabar sebagaimana […]
Berita
Shalin, Nicol, Pandelela Kongsi Kejayaan Dan Kegagalan Dalam Karier
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Bergelar atlet juara, bukan sekadar keseronokan dilingkari kegemilangan dan kegembiraan meraih kemenangan tetapi juga harus bijak menangani kegagalan, kekecewaan dan pengorbanan. Pemain boling wanita tersohor Malaysia Shalin Zulkifli, bekas legenda skuasy Datuk Nicol David dan ratu terjun negara Pandelela Rinong hari ini berkongsi kisah kejayaan mereka dan juga bagaimana mereka berjaya mengatasi halangan untuk muncul antara bintang […]
Berita
Gelaran Pemain Tengah Terbaik Jadi Impian Brendan Gan
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Pemain tengah Selangor FC Brendan Gan mengharapkan tuah memihak kepadanya kali ini untuk dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual selepas tercalon untuk kali ketiga bagi anugerah itu. Pemain berusia 32 tahun itu yang melahirkan rasa gembira apabila tercalon sekali lagi, menyifatkan rakan sepasukannya banyak […]
Berita
Impian Buru Emas Sulung Sukan Olimpik ‘Ditunda’
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai sektor termasuk industri sukan, baik di peringkat domestik mahupun di pentas antarabangsa. Pelbagai kejohanan dan temasya sukan turut terkesan sepanjang 2020 susulan pandemik itu, sekali gus membantutkan bukan sahaja impian atlet bergelar sang juara, malah peminat sukan juga terpaksa ‘menangguhkan’ […]
Sukan
Mat Zan Sasar Bantu PDRM FC Kekal Dalam Liga Premier 2022
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris berharap dapat membantu kelab bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) yang tersingkir ke Liga Premier musim depan untuk sekurang-kurangnya kekal dalam saingan liga itu pada musim seterusnya. Beliau yang mengikat kontrak selama dua tahun dengan PDRM FC mengakui cabaran terbesarnya selepas ini ialah […]
Sukan
Cheng Hoe Tagih Kerjasama Kelab Lepaskan Pemain Negara
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Ketua jurulatih pasukan bola sepak negara Tan Cheng Hoe mengharapkan kerjasama semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) untuk melepaskan pemain masing-masing yang bakal dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dari 15 hingga 26 Jan depan. Pengendali berusia 52 tahun itu menyedari cabaran dalam mengumpulkan pemain dikehendaki apabila perlu mendapat […]
Sukan
ABK Pemangkin Semangat Pemain – Safawi
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengakui Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual sebagai pemangkin semangat buat pemain-pemain selepas mengharungi musim sukar akibat penularan pandemik COVID-19. Pemain berusia 22 tahun itu yang turut gembira dicalonkan dalam kategori Pemain Tengah Terbaik tahun ini, berharap dapat mempertahankan gelaran buat kali […]
Berita
“Bagaimana Nak Bantu Mak Masuk Syurga,” Ebit Lew Sebak Dengar Soalan Syafiq Ahmad Dan Isteri
Kemalangan yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad beberapa hari lalu telah mengejutkan ramai pihak. Anaknya yang baru berusia 22 hari antara yang maut termasuklah ibu mertuanya. Ekoran daripada itu, rakan sepasukan, jurulatih dan warganet telah memberi sokongan kepada Syafiq Ahmad bagi menghadapi ujian tersebut. Dalam perkongsian terbaru di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew […]
Gaya hidup
Demi Minat, Wanita Kudung Sebelah Kaki Cekal Daki Gunung, Jadi Inspirasi Ramai Orang
‘Hiking’ bukit atau gunung merupakan salah satu aktiviti yang lasak di mana ia menjadi kegilaan ramai pada masa kini terutamanya individu yang suka melihat keindahan alam semula jadi. Hal ini, ia boleh dilakukan pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan orang berumur. Begitu juga dengan seorang wanita, Arrohma Sukma Permada Marga Dineta yang meminati aktiviti lasak […]
Sukan
Hidap Barah Usus & Angin Ahmar, Legenda Bola Sepak Negara, Namat Abdullah Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Malaysia kehilangan seorang lagi legenda bola sepak, Datuk Namat Abdullah, 74, yang meninggal dunia di kediaman menantunya di Kamunting, Taiping, pada pukul 5.30 petang tadi. Menantunya Mohd Fadzlie Ramlee berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Peruda, Sungai Petani malam ini, untuk penghormatan terakhir. Beliau berkata Allahyarham yang menghidap angin […]
Sukan
AirAsia Kembali Taja Liga-M – Hamidin
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) — Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia akan kembali menjadi antara penaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan. Hamidin, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata perkara itu disuarakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes […]
Luar Negara
Guru Renang Catat Rekod, Berdayung Sejauh 4500km Selama 70 Hari Rentasi Lautan Atlantik
Seorang guru renang berusia 21 tahun dilaporkan tidak pernah berdayung seumur hidup sebelum Januari tahun ini. Beliau memulakan perjalanan menjadi wanita termuda mendayung secara solo sejauh 4500 kilometer merentasi Lautan Atlantik sementara yang lain melakukan secara berpasangan dan berpasukan. Jasmine Harrison dikatakan mengambil bahagian dalam Talisker Atlantic Challenge di mana perlumbaan yang mencabar di mana […]
Berita
56 Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Aktiviti Berbasikal Setakat Oktober
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 56 kematian daripada 137 kes kemalangan melibatkan penunggang basikal di negara ini bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata selain daripada 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan. Beliau berkata bagi tempoh sepanjang tahun lepas, JSPT […]
Berita
FAM Beri Petunjuk Positif Penonton Bakal Kembali Ke Stadium 2021
PETALING JAYA, 10 Dis – Kerinduan peminat bola sepak tanah air untuk kembali bersorak di stadium dan merasai kehangatan saingan Liga Malaysia (Liga-M) bakal terubat menjelang musim 2021. Ia selepas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam konteks norma baharu yang akan diperkenalkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) […]