Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sukan terjun yang dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah salah satu acara yang paling ditunggu-tunggu peminat sukan khususnya dari Malaysia.
Ini kerana, Malaysia mempunyai ramai jaguh yang bertaraf dunia dalam acara ini.
Sukan terjun ini bukanlah suatu acara yang senang untuk diceburi. Ianya kerana sukan ini memerlukan suatu tempoh latihan yang panjang untuk seseorang itu betul-betul dapat menguasai tekniknya.
Semua sukan mempunyai risiko untuk mengalami kecederaan. Begitu juga dengan sukan terjun ini.
Tahukah anda bahawa acara terjun platform 10 meter yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik ini sebenarnya memerlukan penerjun untuk memakai ‘wrist bands’ bagi mengelakkan diri daripada tercedera.
Kenapa kena pakai ‘wrist guards’ ni? Apa kaitannya dengan penerjun? Bukankah mereka semua terjun dalam air? Jadi macam mana pula boleh tercedera?
Persoalan itu pastinya akan bermain di fikiran anda bukan? Nak tahu kenapa? Ini penjelasannya.
Rata-rata atlet terjun yang menerjun daripada platform 10 meter akan meluru masuk ke dalam air dengan kelajuan hampir 40 mph.
Menurut American Academy of Pediatrics, kelajuan itu dapat berisiko mematahkan tulang dan menyebabkan kecederaan pada sendi.
Ini bermakna, terjunan yang mengagumkan yang anda tonton dalam sukan Olimpik ini memerlukan kekuatan yang sangat besar dan beberapa langkah berjaga-jaga.
Penerjun yang bersaing akan memasuki air dengan tangan yang lurus, bagi memastikan ‘entry’ yang cantik untuk diikuti oleh badan mereka.
Ianya adalah elemen yang penting untuk juri memberikan markah yang tinggi kepada penerjun. Terjunan yang cantik, adalah terjunan yang terdapat sedikit percikan air atau tiada percikan air langsung ketika penerjun memasuki air.
Sambil mengagumkan untuk ditonton, ‘entry’ dengan tangan yang lurus ini dapat menyebabkan kecederaan yang berulang jika langkah keselamatan tidak diambil.
Yang paling biasa dapat dilihat di Olimpik adalah ‘wrist guards’. Dalam satu video TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @usadiving ini, seorang atlet terjun daripada pasukan Amerika Syarikat bernama Brandon Leschiavo ada menjelaskan bahawa dia memakai ‘wrist guards’ itu untuk mengelakkan pergelangan tangannya menghadapi risiko mengalami kecederaan serius seperti patah tulang.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Penjelasan ini telah terbukti bahawa sukan ini adalah salah satu sukan yang memerlukan keberanian tinggi dan tidak semua orang boleh menceburinya.