Berita›Politik

Berita
(Video) Laungan “Hidup Tun…Hidup Tun” Iringi Mesyuarat Tergempar BERSATU Malam Ini
Kuala Lumpur, 24 Feb – Ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat parti berkenaan disambut dengan laungan “Hidup Tun”. PPBM sedang mengadakan mesyuarat tergempar malam ini tanpa kehadiran Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir. Mesyuarat tersebut turut dihadiri dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof […]
Berita
Kedudukan Terkini Kerusi Parlimen Selepas BERSATU, Beberapa MP PKR Keluar PH
Situasi politik Malaysia yang memanas sejak beberapa hari lalu menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dibuat pemimpin-pemimpin politik tanah air antaranya keputusan BERSATU dan beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR mengambil keputusan keluar dari Pakatan Harapan. Jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14 dengan menewaskan Barisan Nasional (BN), kali pertama sejak Merdeka, keputusan […]
Berita
“Semoga Pemenangnya Adalah Rakyat, Tanah Air Kita Malaysia Dan Demokrasi”- Tok Mat
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat sebentar tadi telah memuat naik satu perkongsian mengenai situasi semasa politik tanah air. ”Apa yang berlaku kelmarin dan beberapa hari mendatang akan mendatangkan dampak besar kepada Malaysia. ”Dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, semoga pemenangnya adalah […]
Berita
Agong Lantik Semula Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Sementara
Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara. Kenyataan tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki b Ali sebentar tadi. Terdahulu, Tun Mahathir telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri siang tadi dalam percaturan politik beliau dalam kerajaan […]
Berita
Kerajaan Terbubar, Terserah Kepada Agong Buat Keputusan- Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara automatiknya terbubar selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri hari ini, kata penganalisis politik. Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata mengikut amalan biasa sistem demokrasi, apabila perdana menteri meletak jawatan maka secara tidak langsung jawatan jemaah menteri juga terbubar dan berlaku […]
Berita
(Video) Tun Mahathir Tinggalkan Istana Selepas Sejam Menghadap Yang Dipertuan Agong
Setelah menghadap Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selama kira-kira satu jam, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan istana sebentar tadi. Beliau melalui Pintu 1 meninggalkan perkarangan bangunan itu menuju ke rumahnya di Seri Kembangan. Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial tiba di kediamannya di Seri Kembangan pukul 6.40 petang dari […]
Berita
(Video) “Kamu Panggil Ini Game of Thrones, Semua Drama Politik Ini Tak Perlu”- Lim Guan Eng
Kuala Lumpur, 24 Feb – Setiausaha Agung Parti DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan sebahagian besar ahli politik pada hari ini sebagai manipulasi yang tidak bertanggungjawab. “Ini melanggar perlembagaan dan amalan demokratik. Ini adalah cubaan untuk berkompromi dengan keinginan rakyat, ini bukan demokrasi,” katanya. Tambah beliau, helah tersebut ibarat drama yang tidak diperlukan, sebaliknya ahli […]
Berita
Ketidakpastian Politik, Indeks Saham Negara Turun Ke Paras Terendah Sejak 2011
Kuala Lumpur, 24 Feb – Susulan tekanan daripada ketidakpastian politik negara, indeks saham bursa tempatan dilaporkan turun ke paras terendah sejak 2011. Pada rehat tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dilaporkan turun 2.54 peratus (38.94 mata) berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat. Indeks itu dibuka pada 1,501.47, terapung antara paras 1,491.20 hingga […]
Berita
(Video) Berkampung Dari Pagi Depan Istana, Agong Belanja Petugas Media KFC
Sejak timbulnya desas-desus mengenai pengaturan semula politik negara semalam, petugas media telah komited mengorbankan masa dan tenaga untuk menyampaikan berita kepada rakyat. Mereka telah berkumpul di Istana Negara sejak pagi tadi untuk mendapatkan maklumat dari pihak perwakilan mengenai keadaan terkini kabinet negara. Bertimbang rasa dengan kesungguhan pihak media, wakil Istana Negara telah menjamu KFC kepada […]
Berita
(Video) DAP Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri- Lim Guan Eng
Kuala Lumpur, 24 Feb – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar terus mencalonkan Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu. Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas hari ini. “Oleh itu DAP berhasrat mengesyorkan kepada Majlis Presiden PH yang akan mengadakan […]
Berita
Saya Merayu Kepada Tun Mahathir Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri – Anwar
Petaling Jaya : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam perjumpaan dengannya awal hari ini. Anwar berkata beliau telah dimaklumkan mengenai keputusan Dr Mahathir untuk meletak jawatan dalam perjumpaan itu. “Saya ada bersama dengan dia, dan telah dimaklumkan mengenainya, tetapi saya […]
Berita
129 Ahli Parlimen Bakal Menghadap YDP Agong Jam 5 Petang Ini
Seramai 129 ahli parlimen sudah mencukupi untuk menyokong menghadap Yang Dipertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Perkara itu disahkan oleh Dato’ Takiyuddin Hassan ditemui media di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. 129 MP MENGADAP YDPA JAM 5 PETANG INIKUALA LUMPUR: Sejumlah 129 sokongan ahli Parlimen sudah mencukupi untuk… Posted by Harakahdaily on Monday, […]
Berita
”Setakat Ini Sahaja ‘Hayat’ Saya, Saya Pohon Kemaafan Semua,” – Salahuddin Ayub
Kepada semua petani, penternak dan nelayan yang sangat saya kasihi, saya ingin memohon maaf kerana saya telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib anda semua. Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah […]
Berita
Amanah Sokong Penuh Tun M Kekal Perdana Menteri – Mat Sabu
Susulan isu hangat yang melanda politik di negara ini, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan bahawa menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga turut mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Tun Mahathir untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini. KENYATAAN MEDIA SEGERA PRESIDEN PARTI […]
Berita
Yakinlah Allah Akan Bersama Dengan Orang-orang Yang Sabar – Wan Azizah
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini memuatnaik satu petikan ayat al-Quran ke laman Facebook miliknya. “Manusia merancang, Allah yang akan menentukan. Yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar. InsyaAllah,” tulisnya. Manusia merancang, Allah yang akan menentukan. Yakinlah bahawa Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar. InsyaAllah. Posted by Dr Wan […]
Politik
(Video) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim Dijangka ‘Berdepan’ Dengan Tun Mahathir Di Pejabat PM
Isu politik negara yang menjadi tanda tanya ketika ini menjadi semakin hangat apabila kereta Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki Pejabat perdana Menteri sebentar tadi Kedua-dua mereka dijangka bakal bertemu dengan Perdana Menteri, Tun mahathir Mohamad bagi membincangkan isu peralihan kuasa yang menjadi topik hangat sejak semalam. Kereta @anwaribrahim tiba di […]
Politik
Politik: Persoalan Masih Tidak Terjawab Selepas Beberapa Mesyuarat
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Beberapa persoalan masih tidak terjawab sehingga ke lewat malam ini susulan mesyuarat berasingan beberapa parti politik di tengah-tengah desas-desus berhubung pengaturan semula landskap politik negara. Pemimpin-pemimpin parti mengunci mulut mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup, di ibu negara dan Petaling Jaya yang menarik perhatian media. Timbalan Presiden PKR, Datuk […]
Berita
(Video) ”Satu ‘Pengkhianatan’ Kerana Sudah Janji..” – Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan berlakunya ‘pengkhianatan’ terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mungkin menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan dalam masa terdekat. Menerusi tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebook Parti Keadilan Rakyat, Anwar yang berada di kediamannya di Kampung Segambut Dalam, Kuala Lumpur berkata, menerusi maklumat yang diterima beliau, perubahan tersebut berkemungkinan berlaku esok. ”Jangan […]
Berita
Kronologi Desas-Desus Pengaturan Semula Politik Negara
KUALA LUMPUR, 23 Feb — Hari ini perhatian media tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berjalan di beberapa lokasi berbeza. Berikut adalah kronologinya: 9 pagi : Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya 9.10 […]
Berita
Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas-Desus Pengaturan Semula Politik
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini sejak awal pagi ditengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara. Semua mesyuarat itu telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti […]