Berita›Politik

Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas-Desus Pengaturan Semula Politik
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini sejak awal pagi ditengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara. Semua mesyuarat itu telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti […]
(Video) “Salute, Teranu Ori Boh”, Hariff Salleh ”Speaking English” Slang Terengganu Dipuji Netizen
Mohamed Harrif Saleh atau lebih dikenali sebagai Hariff Saleh adalah atlet berbasikal profesional Malaysia, yang kini sedang berlumba untuk Pasukan Berbasikal Terengganu. Beliau memenangi bagi peringkat saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang ketika ini sedang berlangsung. Terbaru, tular mengenai video berdurasi 1 minit 16 saat di laman sosial mengenai kemenangannya dalam acara tersebut. Para […]
Genap 5 Tahun Pemergiannya, MB Terengganu Kongsi Nasihat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz
Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan tokoh penting dalam sejarah politik tanah air. Genap 5 tahun kepulangnya ke Rahmatullah, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah memuat naik satu […]
Serangan Ke Atas Syed Saddiq Biadap, Tak Mencerminkan Akhlak Yang Baik- Jemaah Menteri
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Jemaah Menteri memandang serius insiden serangan pada Jumaat lepas itu dan tindakan kasar tersebut […]

Bersatu : Dr Mahathir, Majoriti Pemimpin Tertinggi Parti Sah Menang Tanpa Bertanding
Petaling Jaya : Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad antara sepuluh pemimpin utama parti itu yang sah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian masing-masing pada pemilihan pertama parti berkenaan yang ditubuhkan pada 2016. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengumumkan perkara itu berkata Dr Mahathir mengekalkan […]
Israel Akan Ambil Alih, Laksana Undang-undangnya Di Bahagian Tebing Barat Yang Diduduki
BAITULMAQDIS, 29 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa menyambut baik pelan damai Timur Tengah Presiden Donald Trump, dan berkata kerajaannya akan memulakan tindakan untuk mengilhakkan sebahagian Tebing Barat yang diduduki Israel, lapor agensi berita Xinhua. Pada sidang media bersama Trump di Rumah Putih, Netanyahu berkata pengumuman pelan itu merupakan satu “hari […]
Tidak Ada Negara Palestin Tanpa Baitulmaqdis- Presiden Mahmoud Abbas
RAMALLAH, 29 Jan (Bernama) — Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa berkata mustahil untuk menerima sebuah negara Palestin tanpa Baitulmaqdis, dan memberi amaran rakyatnya akan berjuang habis-habisan menentang pelan damai Amerika Syarikat. “Sebuah negara Palestin tidak dapat diterima tanpa Baitulmaqdis” tegas beliau pada mesyuarat dengan kepemimpinan Palestin di Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, lapor […]
PM Croatia Pecat Menteri Kesihatan, Didakwa Gagal Isytihar Jumlah Sebenar Harta
Zagreb, 29 Jan- Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic memecat menteri kesihatan negara itu selepas mendapati menteri berkenaan gagal mengistiharkan harta dengan tepat. Menteri Kesihatan, Milan Kujundzic didakwa membeli sebuah rumah baru di Zagreb pada 2019 namun tidak mempunyai maklumat sumber kewangan yang jelas. Media tempatan mendakwa menteri itu tidak mengisytiharkan jumlah sebenar hartanya. Dia juga […]
Tiada Majoriti Dua Pertiga Dalam Dewan, Sukar Kerajaan Penuhi Manifesto- Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghadapi kesukaran dalam memenuhi tuntutan manifestonya yang memerlukan pindaan undang-undang berkaitan Perlembagaan kerana ia tidak mempunyai dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat. “Ya, kita dah lakukan banyak yang kita janji dalam manifesto tapi berkenaan dengan meminda ataupun menggugurkan […]

Ekaterini Sakellaropoulou Dilantik Jadi Presiden Wanita Pertama Greece
Hakim Mahkamah Tinggi dan pembela hak asasi manusia Ekaterini Sakellaropoulou telah dipilih sebagai presiden perempuan pertama di Greece. Sakellaropoulou telah dicalonkan oleh Parti Demokrasi konservatif yang berkuasa namun juga berjaya mendapatkan sokongan parti pembangkang utama Syriza dan Gerakan Perubahan kiri. Memecahkan ‘gender barrier’ bukan perkara baru bagi pemilihan presiden. Beliau adalah wanita pertama yang berkhidmat […]

“Saya Bukanlah Bodoh Sangat.. Tolonglah..” – Najib
Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang beliau “bukanlah bodoh sangat” untuk terus mengekalkan bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil hanya kerana lelaki itu menguruskan pergerakan wang ke dalam akaun bank peribadinya. ”Saya bukanlah bodoh […]

Penurunan Tol : BN Gagal, Kini Ditunaikan Pakatan Harapan
Kuala Lumpur : Penstrukturan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai 1 Feb ini merupakan kali pertama berlaku pengurangan tol dalam sejarah lebuh raya itu tanpa beban pampasan oleh kerajaan, sekali gus mewujudkan penjimatan RM26 bilion yang boleh memberi pelbagai faedah kepada rakyat dan pembangunan ekonomi. Ia merupakan “triple win” apabila pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun […]
Ahmad Maslan Didakwa Gagal Isytihar RM2 Juta Yang Diterima Daripada Najib Kepada LHDN
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ahmad, 54, yang memakai sut hitam […]
Iran Tahan Perakam Detik Pesawat Ukraine Ditembak Misil, Dikaitkan Jadi Punca Dunia Tahu Cerita Sebenar Kejadian
Sebelum ini tular video detik-detik yang menunjukkan pesawat Ukraine terkena tembakan misil milik Iran setelah beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini. Iran pada mulanya menafikan pesawat itu telah ditembak sebaliknya menyalahkan kegagalan enjin yang menjadi punca pesawat berkenaan terhempas. Bagaimanapun rakaman video yang tular itu membuatkan warga dunia mengecam Iran sehingga negara […]
Armada Gantung Jawatan Adhif Syan Dan Ahmad Redzuan Serta Merta – Syed Saddiq
KUALA LUMPUR, 16 Jan – Anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah digantung jawatan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor. Turut digantung jawatan ialah Penolong Setiausaha Armada Nasional Ahmad Redzuan Mohamed Shafi. Ketua Armada Nasional Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Ketua Armada Nasional. “Penggantungan ini berkuat kuasa serta-merta […]

Kento Momota Dan Tiga Lain Telah Keluar Hospital
PUTRAJAYA, 14 Jan – Pemain badminton nombor satu dunia Kento Momota dan tiga lagi yang cedera dalam kemalangan awal pagi di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Serdang, dipercayai telah keluar daripada Hospital Putrajaya, malam ini. Media yang telah mengikuti pergerakan kumpulan itu selepas tersebar berita megenai Momota yang akan pulang ke Jepun pada awal Rabu, […]
“Tentera AS Kuat, Memang Boleh Hapuskan Semua Manusia, Tapi… ”- ‘A Reminder’ Dari Tun Mahathir
Krisis antara Ameria Syarikat (AS) dengan Iran membuatkan banyak pemimpin negara sekitar mengambil sikap berkecuali termasuklah Arab Saudi. Terkini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuatnaik kenyataan ‘menegur’ AS agar tidak mengapi-apikan peperangan dengan Iran sebagaimana telah dilakukan negara itu terhadap Iraq. “AS merupakan kuasa terbesar dalam sejarah manusia. Tidak dinafikan lagi ia adalah kuasa […]
“Kita Tidak Sembunyi Pada Orang Ramai, Sehingga Sampai Hari Perbicaraan” – Tun M
LANGKAWI, 11 Jan (Bernama) — Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences […]

Haitham Tariq Al-Said Angkat Sumpah Sultan Baru Oman
Haitham bin Tariq al-Said mengangkat sumpah sebagai Sultan Oman yang baharu susulan kemangkatan Qaboos bin Said, lapor agensi berita Anadolu pada Sabtu. Sultan Qaboos meninggal dunia pada Jumaat pada usia 79 tahun selepas sekian lama menderita sakit. Televisyen Oman melaporkan pihak berkuasa telah membuka surat Qaboos yang menamakan penggantinya, tanpa menguraikan dengan lanjut, sebelum mengumumkan […]

Sultan Qaboos Pemerintah Paling Lama Di Arab Meninggal Dunia
Sultan Qaboos bin Said Al Said dari Oman, pemerintah Arab yang paling lama berkhidmat, telah meninggal dunia ketika berusia 79 tahun, lapor media antarabangsa. Bulan lalu Qaboos pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan di Belgium sebaik disahkan menderita kanser. Qaboos mendapat sokongan daripada pihak barat dan mentadbir negara Teluk Arab dalam rampas […]