BeritaPolitik

Berita
Dr Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 ‘Ciplak’ Kerajaan Dahulu
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu. Perdana menteri berkata pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa. “Dia (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) boleh kata apa sahaja sebab (dia) tiada kuasa. “Kita tak hutang berbilion-bilion ringgit,” […]
Berita
Hari Ini Catat Sejarah Bajet Pertama Akan Dibentangkan Kerajaan Baharu Selepas 61 Tahun
Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang. Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar […]
Berita
Ahli Parlimen Kerajaan Buat Pengisytiharan Pendapatan, Menteri Kewangan Antara Punyai Pendapatan Tertinggi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyediakan satu portal bertujuan untuk membolehkan orang ramai menyemak pendapatn dan harta anggota pentadbiran dan Ahli Parlimen kerajaan. Portal berkenaan yang dikenali sebagai Portal Pengisytiharan Harta dibangunkan bagi membuktikan ketelusan kerajaan semasa yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri. Portal berkenaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu […]
Berita
Cukai Baharu Dalam Belanjawan 2019 Tidak Membebankan Rakyat – Timbalan Menteri Kewangan
Cukai baharu yang akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 tidak akan membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau berkata pengenalan cukai baharu itu dicadangkan oleh Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan untuk mengkaji langkah sewajarnya bagi meningkatkan cukai progresif tanpa membebankan golongan berpendapatan terendah (B40). Menurutnya, sebahagian besar daripada hasil yang dikutip nanti akan dikembalikan semula kepada rakyat dan […]
Berita
Kerajaan Tidak Akan Tunduk Desakan Haramkan Grab – Menteri Pengangkutan
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan kerajaan tidak akan tunduk terhadap desakan pemandu teksi yang mahu perkhidmatan syarikat e-hailing yang menggunakan kereta persendirian, khususnya Grab diharamkan. Menurut beliau, kerajaan peka dengan permasalahan melibatkan pemandu teksi, namun isu itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan hanya menerusi pandangan pemandu […]
Berita
100 Anggota Parlimen PH Serah Dokumen Isytihar Harta – Liew
Kira-kira 100 Anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah menyerahkan dokumen pengisytiharan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata penyerahan dokumen pengisytiharan harta anggota Parlimen PH yang lain akan mengambil sedikit masa kerana terdapat borang yang dihantar melalui pos. “Kita […]
Berita
Jamal Yunos Diarah Bayar Ganti Rugi RM300,000 Kepada Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos membayar ganti rugi RM300,000 kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah selepas mendapati kenyataan Jamal yang mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daesh adalah menfitnah wanita itu. Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga mendapati pengucapan yang dibuat oleh Jamal selaku defendan adalah […]
Berita
Perbicaraan Secara Langsung Kes Najib Satu Idea Bernas – Shafee
Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan cadangan untuk menyiarkan perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea bernas. Muhammad Shafee berkata beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus. Soalan itu ditimbulkan pemberita kepada peguam utama Ahli Parlimen […]
Berita
Kelantan Peruntuk RM50,000 Setahun Kepada Adun Pembangkang
Kerajaan Negeri meluluskan pemberian peruntukan berjumlah RM50,000 setiap tahun kepada setiap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bermula tahun hadapan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata peruntukan itu akan diberi kepada lapan ADUN pembangkang membabitkan jumlah RM400,000. “Ia adalah peruntukan pembangunan kecil berjumlah RM50,000. Memang tidak sama dengan wakil kerajaan kerana anak sendiri dengan anak angkat adalah tidak sama. […]
Berita
Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa-Gesa, Hampir Sebulan Istikharah – Mustapa
Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilakukan secara tergesa-gesa. Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan menjadi wakil rakyat bebas. “Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa […]
Berita
Ramai Lagi Pegawai Kerajaan Sebelum Ini Akan Dihadapkan Ke Mahkamah – Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa ramai lagi pegawai kerajaan dari pentadbiran sebelum ini akan berhadapan tindakan undang-undang kerana rasuah. “Sudah enam bulan (sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya); kami dalam proses menyusun semula kerajaan, Sebenarnya, secara amalan, mewujudkan kerajaan baru. Sudah tentu, kita memerlukan para pegawai yang berpengalaman; namun, sesetengah pegawai yang berpengalaman didapati melakukan rasuah dan sesetengah mereka telah pun didakwa atas kesalahan rasuah. “Tetapi masih ada ramai lagi. Sebaik kita mendapat bukti, kita akan bertindak terhadap mereka namun buat masa sekarang, […]
Berita
(Video) Najib Hilang Sabar, Hampir Tinggalkan Set Ketika Temuramah Bersama Al Jazeera
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengawal perasaan sepanjang pertemuannya dengan media antarabangsa terkemuka, Al Jazeera semalam. Kejadian berlaku apabila wartawan, Mary Ann Jolley yang menemubual beliau bertanyakan soalan berkaitan Altantuya, berlian merah jambu dan dana RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini. Beliau dilihat gagal untuk berlagak tenang sepanjang 25 minit […]
Berita
Tok Pa Tiada Hajat Pegang Jawatan Dalam Bersatu, Beliau Ikhlas – Muhyiddin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyertaan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat memegang sebarang jawatan. Beliau berkata Mustapa atau Tok Pa membuat keputusan itu kerana beliau yakin dengan perjuangan parti itu selain menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, […]
Berita
Sertai Bersatu, Tok Pa Tak Ditawar Jawatan Dalam Parti Dan Kerajaan
Bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi tidak ditawarkan sebarang jawatan dalam parti mahupun kerajaan. Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata setakat ini tiada sebarang perbincangan khusus di peringkat pucuk pimpinan parti untuk memberi sebarang […]
Berita
Derma RM2.6 Bilion Tiada Kena Mengena Dengan Kerajaan Arab Saudi
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) – Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi. Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di sini hari ini. Dalam pertemuan […]
Berita
Mustapa Mohamed Sertai Bersatu
PETALING JAYA, 26 Okt (Bernama) — Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang bertindak keluar UMNO bulan lepas, menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), malam ini. Beliau menyerahkan borang keanggotaan secara rasmi kepada Pengerusi Bersatu, yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta disaksikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertingginya pada sidang […]
Berita
Obama, Hillary Clinton, Pejabat CNN Terima Bungkusan Bom Menjelang Pilihan Raya AS
Bungkusan misteri dipercayai bom telah dihantar kepada 2 orang ahli politik berpengaruh iaitu, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan bekas calon Presiden, Hillary Clinton serta agensi media terkenal, CNN. FBI berkata pakej yang mencurigakan itu ditemui di kediaman Pasangan Pertama di Westchester County di pinggir bandar New York City, pada pukul 1 pagi […]
Berita
”Kenapa Tak Beri Lesen Kasino, Pusat Hiburan Dan Jual Alkohol Kepada Bumiputera” – Datuk Zahid Ibrahim
Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim melalui penulisan di blognya mencadangkan agar kerajaan membenarkan usahawan-usahawan Bumiputera memiliki lesen pusat judi dan penjualan alkohol lalu dalam terlibat dalam sektor berkenaan supaya golongan ini dapat bersaing dengan kaum lain dalam sektor ekonomi. Dakwanya lagi, salah satu punca Bumiputera ketinggalan adalah disebabkan polisi dikriminasi yang dilaksanakan kerajaan yang […]
Berita
“Kalau Makan Rasuah Dan Bersekongkol, Bala Turun Ke Tak?,” Syed Saddiq Balas Kenyataan Zahid
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam satu status Twitter miliknya memberi kenyataan balas terhadap kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan bencana di Palu disebabkan oleh gejala LGBT menurut salah sebuah portal berita tempatan. Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak […]
Berita
293 Klinik 1Malaysia Dijenama Semula Sebagai Klinik Komuniti
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Sebanyak 293 Klinik 1Malaysia (K1M) di seluruh negara akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata daripada 347 K1M semasa, 20 daripadanya pula akan dinaik taraf kepada Klinik Kesihatan manakala 34 yang lain bakal ditutup secara berperingkat. Menurutnya pihak kementerian akan […]