Berita›Luar Negara

Tentera Laut India Siap Sedia Hadapi Taufan Fani
New Delhi : Angkatan Tentera Laut India bersiap sedia berdepan ancaman taufan Fani yang diramal membadai Teluk Bengal, lapor agensi berita Xinhua. Taufan itu diramal membadai barat daya Teluk Bengal, kira-kira 770 km tenggara selatan bandar Chennai, memetik sumber rasmi pada Selasa. Kapal Tentera Laut India di bandar pesisir selatan Visakhapatnam dan Chennai telah membuat persiapan […]

Pelantikan Ketua Hakim Negara Masih Tunggu Perkenan Majlis Raja-Raja
Kerajaan masih menunggu perkenan Majlis Raja-Raja berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau bagaimanapun menjangkakan perkenan itu akan dibuat sebelum minggu ini berakhir. “Kita sekarang sedang menunggu ‘approval’ (perkenan) dari Majlis Raja-Raja. Saya fikir ia akan dibuat sebelum hujung minggu ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri […]

Gempa Bumi Sederhana Landa Pulau Tanimbar
Kuala Lumpur : Gempa bumi sederhana berukuran skala Richter 5.2 melanda Pulau Tanimbar, Indonesia pada pukul 10.28 pagi ini. Jabatan Kaji Cuaca dalam satu kenyataan menyebut bahawa gempa bumi itu berlaku 491 km tenggara dari Ambon, Indonesia. Gempa bumi itu sedalam 80 km, bagaimanapun, tidak membawa sebarang ancaman tsunami ke Malaysia, demikian menurut kenyataan itu. Sumber : Bernama

Wanita Minta Cerai Kerana Sering Dilarang Bermain PUBG Oleh Suaminya
Seorang waniata berusia awal 20-an dari UAE meminta cerai daripada suaminya atas alasan tidak dibenarkan bermain permainan PlayerUnknown’s Battle Ground (PUBG), lapor Gulf News. Kapten Wafa Khalil Al Hosani, Pengarah di Pusat Sosial memberitahu agensi berita berkenaan berkenaan kes penceraian paling pelik pernah dikendalikan oleh mereka. Katanya, wanita berkenaan hadir ke pusat itu bagi mendapatkan […]

Siklon Kenneth Ragut 38 Nyawa Di Mozambique
Sekurang-kurangnya 38 orang maut di utara Mozambique akibat Siklon Kenneth, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Institut Pengurusan Bencana Nasional pada Isnin. Siklon itu mendarat pada Khamis lepas dengan angin berkelajuan maksimum 220 kilometer sejam (136 mph). Menurut anggaran awal institut itu, sejumlah 39 orang cedera manakala lebih 23,000 lagi hilang tempat berlindung dan […]

Pasangan Australia Bersedih Kematian Anak Kena Ugut Dengan Wanita Malaysia, Bayar RM 2 Ribu Untuk Dapatkan Telefon Kembali
Seorang wanita berusia 24 tahun dari Malaysia didakwa di Mahkamah Majistret Ringwood selepas dituduh cuba memeras ugut sepasang suami isteri sebanyak AUD 1000 (RM 2,915) sebagai balasan untuk memulangkan semula telefon bimbit mereka yang hilang. Pasangan suami isteri, Jay dan Dee Windross sebelum ini merayu di media sosial dan meminta sesiapa yang terjumpa telefon bimbit […]

“10 Tahun Yang Lalu Dia Pernah Selamatkan Saya, Kini Saya Pula Selamatkan Dia” Kisah Doktor Ini Jadi Bualan Netizen
Cerita menarik tentang seorang doktor wanita menyelamatkan seorang lelaki yang pernah menyelamatkannya sejak 10 tahun yang lalu baru ini telah tular dan sering menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial di China. Kira-kira 10 tahun yang lalu lelaki itu pernah membantu seorang gadis yang bernama Tam Ling selepas keluarganya terlibat dalam kejadian gempa bumi yang […]

Ahli Akademik Dakwa Makhluk Asing Sudah Ada Di Bumi Dan Membiak Dengan Manusia
Seorang profesor daripada Universiti Oxford mendakwa makhluk asing sudah lama berada di Bumi dan membiak bersama manusia bagi menghasilkan spesis hibrid baru yang bakal menyelamatkan planet ini. Dr Young-hae Chi, salah seorang tenaga pengajar berbangsa korea di Oxford’s Oriental Institute juga mendakwa bahawa spesis ini juga berupaya untuk menyelamatkan Bumi daripada musnah akibat perubahan cuaca. […]

“Hati Saya Hancur,” Ibu Sebak Anak 2 Tahun Jatuh Dalam Periuk Air Panas Mendidih
Seorang kanak-kanak lelaki berusia hampir dua tahun hampir ‘direbus’ hidup-hidup selepas tidak sengaja jatuh ke dalam sebuah periuk yang mengandungi air panas di Ukraine. Anak kecil itu menderita dengan keadaan yang melepuh hampir seluruh badan apabila disahkan sehingga 70% daripadanya melecur. Gambar yang menyayat hati itu diambil oleh sukarelawan amal yang menunjukkan kanak-kanak itu terbaring […]

(Video)Dek Kerana Cantik Dan Bersih, Kafe Di Jepun Ini Berjaya Jadikan Tandas Sebagai Tarikan Pelancongan
Hipopo Papa Cafe di Akashi, Jepun ini berjaya menjadikan sebuah tandas wanita sebagai salah satu tarikan untuk para pelancong berkunjung ke premis perniagaannya. Pemilik kafe berkenaan dipercayai telah membelanjakan sebanyak £200,000 (RM 1.06 juta) bagi menghasilkan sebuah tandas yang dikelilingi oleh akurium. https://www.instagram.com/p/BvVltvhji-M/ Manakala akuarium berkenaan pula menempatkan pelbagai haiwan laut yang unik seperti penyu […]

Sukakan Permandangan Laut? Rumah Lima Tingkat Tergantung Tepi Tebing Ini Mungkin Sesuai Untuk Anda
Sebuah firma arkitek Australia, Modspace Concept merancang untuk membina sebuah rumah lima tingkat yang tergantung pada sisi tebing laut. Cliff House yang dibina bagi memnuhi pemintaan orang kenamaan yang mahukan kediaman lain daripada lain apabila siap kelak akan membolehkan pemiliknya menikmati pemandangan indah kawasan laut. Lebih menarik, struktur bangunan lima tingkat ini sebenarnya terpisah daripada […]

Maharaja Jepun Turun Takhta, Pertama Kali Dalam 200 Tahun
Pada 30 April, untuk julung-julung kalinya selama 200 tahun, Maharaja Jepun akan melepaskan tahtanya dan diserahkan kepada anak sulung beliau yang berusia 59 tahun. Dengan pertukaran tahta itu, anak sulung beliau mengambil alih Takhta Kekwa- iaitu membuka satu lembaran baru bagi monarki tertua di dunia itu. Putera Mahkota Naruhito bakal membuka empayar baru ‘Reiwa’ – […]

Terkini: Tragik, Lebih 272 Kakitangan Pilihan Raya Indonesia Maut Kira Undi, 1,871 Lagi Jatuh Sakit
Pada 17 April lalu, Indonesia telah mengadakan Pilihan Raya Presiden, menyaksikan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Prabowo Subianto sebagai calonnya. Sebanyak 40 badan bebas berdaftar dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, melakukan hitung cepat Pilpres 2019 itu. Badan-badan itu menggunakan sampel hasil kiraan undi di 3,000 hingga 6,000 TPS yang dipilih mereka, berdasarkan pemilihan TPS […]

Wanita Paling Subur Di Dunia, Lahirkan Dan Membesarkan 44 Orang Anak Seorang Diri Di Usia 36 Tahun
Seorang wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling subur di dunia ini telah melahirkan 44 orang anak dan kini perlu membesarkannya seorang diri. Mariam Nabatanzi dilaporkan telah melahirkan sejumlah besar anak ketika umurnya baru mencecah 36 tahun, kesemuanya dengan suami yang sama. Mariam yang kini berusia 39 tahun, telah mempunyai tiga pasang anak kembar empat, empat […]

Peminat Fanatik Avengers Menangis Tak Henti, Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital
Seorang peminat fanatik filem “Avengers” terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara terkena serangan “hyperventilate” setelah tidak dapat mengawal tangisannya semasa menonton filem “Avengers: Endgames” tersebut. Wanita yang berasal dari timur China itu merupakan seorang pelajar kolej yang berusia 21 tahun. https://youtu.be/YHgIBfw_L7s Mangsa dikatakan mengalami masalah sukar untuk bernafas dan merasakan sakit di bahagian dadanya. Beliau juga turut […]

Daripada Seorang Penagih Yang Pernah Dipenjara, Kepada ‘Hero’ Yang ‘Menyelamatkan Dunia’
Dalam keterujaan para peminat filem Hollywood dengan kehadiran The Avengers: End Game di pawagam-pawagam seluruh negara, salah seorang watak tunjang dalam Marvel Universe mempunyai kisah hidup yang boleh dijadikan teladan. Walaupun namanya masyhur sebagai antara adiwira kegemaran ramai, bermula daripada filem pertama Iron Man sehinggalah End Game, Tony Stark atau nama sebenarnya Robert Downey Jr […]

End Game Kutip Lebih RM 4 Bilion Dalam Tempoh 4 Hari Tayangan Di Seluruh Dunia
Filem terbaru Marvel Studio, The Avengers: End Game mencatatkan kutipan USD 1.2 bilion (RM 4.96 Bilion) di seluruh dunia sejak ditayangkan bermula Rabu. End Game menjadi filem kelapan terbitan Marvel Studio yang berjaya melapasi angka kutipan bilion dan filem paling pantas dalam sejarah mencecah angka berkenaan. Jumlah berkenaan jauh meninggalkan kutipan minggu pembukaan yang dicatatkan […]

Lelaki Kongsi Detik Lucu Dikenakan Caj Pakir Lebih RM 9,000 Tak Sampai Sejam Tinggalkan Kenderaan Ketika Hantar Barang
Seorang pemandu syarikat penghantara terkejut apabila diminta membayar caj pakir $3,158 (RM 9,588) ketika mahu keluar daripada Lapangan Terbang Jewel Changi, di Singapura, minggu lepas. Menurut kenyataan daripada Lapangan Terbang, caj tersebut dikenakan disebabkan sistem tidak merekod kenderaan tersebut mendaftar keluar sebelum ini. Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial selepas pemandu berkenaan, Supra Mac […]

Duka Pemilu 2019 Indonesia, Kira-Kira 225 Petugas Pilihanraya Maut Kepenatan Kira Undi
Dilaporkan kira-kira 225 orang petugas pilihanraya yang terbabit dalam proses kira undi Pilihanraya Umum Indonesia 2019 (Pemilu) dilaporkan maut akibat kepenatan, setakat Khamis lepas. Menurut laporan Suara Palu, seramai 7.2 juta orang petugas pilihan raya terlibat dalam Pemilu kali ini. Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,695 orang sukarelawan jatuh sakit sehingga perlu mendapat rawatan di hospital […]

Revolusi Alaf Baru, Kedai Makan Sushi Pecah Tradisi Bayar Makanan Ikut Jumlah ‘Followers’
Seorang pemilik restoran di Milan, Itali mengambil langkah berani dengan menggantikan populariti dengan wang ringgit. Ini bermaksud, lebih ramai pengikut yang dimiliki melalui Instagram, lebih murah pelanggan perlu membayar harga hidangan tersebut. View this post on Instagram A post shared by This Is Not A Sushibar (@thisisnotasushibar) on Mar 11, 2019 at 4:14am […]