Berita›Luar Negara

Teman Lelaki Langgar Kekasih Sampai Hancur Kaki, Gara-Gara Permintaan Minta ‘Couple’ Balik Ditolak
Seorang lelaki di timur China telah ditahan polis kerana melanggar teman wanitanya sambil menaiki kereta Porsche yang dipandunya. Insiden itu terjadi dipercayai sebaik sahaja teman wanitanya menolak untuk kembali bersama selepas dia memutuskan hubungan mereka. Wanita tersebut ditolak daripada kereta jenis Porsche dari ruang letak kereta di sebuah universiti tempatan. Rakaman video melihatkan wanita itu cuba […]

Gara-Gara Babak Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, Video Muzik Blackpink Diharamkan Tayangan
Video muzik kumpulan penyanyi terkenal Korea, Blackpink dengan tajuk lagu Kill This Love yang mendapat lebih 26 juta tontonan tidak sampai sebulan ditayangkan telah diharamkan di siaran televisyen tersohor negara itu, KBS. via GIPHY Menurut laporan, video muzik itu dianggap tidak sesuai untuk ditayangkan umum melalui siaran KBS kerana melanggar undang-undang lalu lintas. Dalam video […]

(Gambar & Video)Terowong Tertinggi Di Dunia Akhirnya Dibuka Di China, Belah Gunung Mila Sepanjang 5.7 Kilometer
Terowong dua hala tertinggi di dunia yang terletak pada ketinggian 4,750 meter dari aras laut akhirnya dibuka kepada pengguna, di Gunung Mila, Tibet, sebuah wilayah autonomi dibawah China. Terowong berkenaan yang mempunyai panjang sejauh 5.7 kilometer merupakan sebahagian daripada lebuhraya baru sepanjang 400 kilometer menghubungkan bandar Lhasa dengan Nyingchi. Kerja-kerja pembinaan terowong berkenaan dimulakan pada […]

“Jangan Makan Popcorn, Tapi Boleh Minum Air Senyap-Senyap”, ‘Amaran’ Lelaki Ini Sebelum Tonton Filem Marvel Buat Netizen Terhibur
Beberapa hari ini, dunia seakan-akan di landa demam Marvel Avengers : Endgame. Wabak Marvel tersebut telah menggegar dunia perfileman apabila berjaya pecah panggung dalam 3 hari tempoh tayanganya. Malah, pada hari pertama tayangannya di Australia, China dan beberapa negara di Eropah, filem itu telah berjaya meraih RM780 juta. Lebih meriah apabila tanda palang Avengers Endgame […]

6 Kanak-kanak Antara Yang Terkorban, Kejadian Letupan Bom Terbaru Di Sri Lanka Ketika Polis Serbu Rumah Penyerang
Pihak berkuasa Sri Lanka meneruskan operasi untuk menjejak saki baki pengganas berikutan kejadian serangan berani mati di sana. Operasi dijalankan di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi tempat penganas tersebut bersembunyi. Malangnya, ketika cuba untuk menyerbu sebuah rumah, satu kejadian tidak dijangka telah berlaku. Memetik laporan Bernama, pengganas telah melepaskan tembakan sebaik sahaja pihak tentera menyerbu masuk […]

2 Lelaki Bersenjata, 4 Pengebom Bunuh Diri Maut Di Timur Sri Lanka
Dua lelaki bersenjata dan empat pengebom bunuh diri maut dalam pertembungan dengan tentera Sri Lanka di bandar Kalmunai timur negara itu pada Jumaat malam, memetik pihak tentera pada Sabtu. Seorang pegawai tentera berkata, pengganas melepaskan tembakan sebaik tentera menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan kediaman beberapa anggota pengganas Daesh. Beberapa pengebom bunuh diri kemudian meletupkan […]

Tular Gambar Lelaki Tidak Bermaya Didakwa Dibelasah Pengunjung Pawagam Kerana Dedah ‘Spoiler’ End Game?
Seorang lelaki di Hong Kong dilapor menjadi mangsa belasahan orang ramai apabila tindakannya mendedahkan jalan cerita atau ‘spoiler’ The Avengers: End Game di pintu masuk sebuah pawagam mendatangkan kemarahan pengunjung-pengunjung yang lain. Menurut Asia One, beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki memakai T-shirt putih berada dalam keadaan tidak bermaya selepas […]

Gempa Berukuran 5.3 Magnitud Gegar Selatan Filipina
Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua, memetik Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs). Kejadian berlaku pada 1.26 petang waktu tempatan pada kedalaman 9 km, 71 km tenggara bandar General Luna. Phivolcs berkata gegaran turut dirasai di Bandar Gingoog dan Suirgao di wilayah […]

Doktor Malaysia Yang Berpangkalan Di Singapura Berjaya Diselamatkan Setelah Hilang Di Gunung Annapurna
Pendaki dari Malaysia, juga seorang doktor yang terkandas selama dua malam di Gunung Annapurna, Nepal diselamatkan pada Khamis (25 April), kata penganjung ekspedisi. Kejadian itu dikatakan sebagai salah satu keajaiban apabila Dr. Chin Wui Kin yang berusia 48 tahun diselamatkan dalam keadaan beliau beku setelah dua hari ditinggalkan sendirian di atas gunung. Salah seorang yang […]

Tulisannya Sangat Kemas, Kanak-Kanak OKU Kudung Tangan Jadi Juara Pertandingan Tulisan Paling Cantik
Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) kudung kedua-dua tangan yang dilahirkan di China tetapi dibesarkan keluarga angkat Amerika Syarikat mencipta sejarah apabila berjaya memenangi pertandingan tulisan paling cantik. ”Ada perkara yang saya tidak mampu lakukan tetapi saya berusaha mencari jalan dan memastikan ia berhasil. ”Saya melakukan yang terbaik dan fokus, inilah hasilnya,” kata Sara Hinesley, 10, […]

Gempa Bumi 5.5 Skala Richter Landa Sulawesi
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.57 pagi tadi. Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa tersebut berlaku 214 kilometer (km) utara dari Kendari, Indonesia. Gempa dengan kedalaman 15km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.- BERNAMA

Isteri Penyerang Sri Lanka Letupkan Diri Ketika Rumah Diserbu, Dua Orang Anak Perempuannya Antara Terkorban
Wanita sarat hamil yang merupakan isteri kepada suspek serangan bom berani mati di Sri Lanka minggu lepas bertindak meletupkan diri ketika rumah mereka di serbu pihak berkuasa. Tindakan tersebut menyebabkan dirinya dan dua orang anak perempuannya serta tiga orang pegawai polis terkorban. Pihak berkuasa tempatan mendedahkan dua orang suspek utama yang merupakan sudara kandung berasal […]

(Video)Kasih Ayah, Umur Lebih Satu Abad Masih Gagah Diri Jual Roti Setiap Hari Untuk Tanggung Kos Rawatan Anak
Ada pepatah mengatakan kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mungkin itulah yang dibuktikan oleh seorang warga emas berusia 105 tahun daripada China ini. Walaupun sudah lanjut benar usianya, si ayah tetap menguatkan diri keluar menjual roti ban panas setiap hari di kaki lima di Taiwan bagi menampun kos rawatan anaknya. Biarpun berasal […]

Warga Emas Maut Ditembak Isteri Kerana Berang Mangsa Melanggan Saluran Pornografi Di TV
Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun maut selepas ditembak oleh isterinya sendiri yang berang dengan tindakan mangsa menambah saluran pornografi dalam langganan siaran televisyen, dalam kejadian yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat. Suspek yang berusia 69 tahun ketika ini sedang berhadapan dengan pertuduhan bunuh selepas mangsa ditemui mati dalam rumah mereka di Pine Bluff, […]

Wanita 50 Tahun Nekad Buat Rawatan Anjal Wajah, Kulit Melepuh Gelembung Lepas Terima Rawatan ‘Kecantikan’
Seorang wanita berusia 50 tahun tidak menyedari bahawa kulitnya telah terbakar dibahagian dalam selepas menjalani rawatan di Taipei, Taiwan. Mangsa dipercayai menjalani rawatan jenis Thermage yang berfungsi untuk menganjalkan wajah melalui teknologi radio frequency yang memanaskan lapisan dalam kulit untuk merangsang kolagen. Walau bagaimanapun, selepas pulang ke rumah, dia mula merasakan kesakitan drastik di wajahnya yang […]

End Game Catat Rekod Kutipan Tertinggi Hari Pertama Di China Lebih RM 400 Juta
Peminat filem Hollywood dan pengikut setia filem-filem Marvel khususnya di Malaysia sudah berpeluang menonton filem paling ditunggu-tunggu 2019, The Avengers: End Game. Namun begitu, media antarabangsa melaporkan filem berkenaan mencatatkan kutipan hari pertama luar biasa di pasaran filem kedua terbesar di dunia, China. End Game dilaporkan berjaya mengutip sekitar USD 107.2 juta (RM 443.33 juta), […]

Gelagat Budak 12 Tahun Gigih Buat Kerja Sekolah Bawah Lampu Jalan Sentuh Hati Netizen, Ibu Tak Mampu Bayar Elektrik
Video yang menyayat hati menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun harus menyelesaikan kerja sekolahnya bawah lampu jalan kerana ibunya tidak mampu menyediakan perkhidmatan elektrik di rumah mereka. Dia dilihat baring meniarap di bawah lampu jalan di tepi jalan raya bagi menyelesaikan tugasnya. Video pengawasan itu kemudian menunjukkan kanak-kanak itu fokus mengubah posisi kedudukannya dengan […]

Gelagat Muslimah Ini ‘Posing’ Di Depan Himpunan Protes Anti-Islam Mencuit Hati Warga Maya
Seorang Muslimah berusia 24 tahun yang juga ahli terapi kanak-kanak autisme menjadi ikon sekelip mata apabila tindakan bersahajanya berswafoto di depan sekelompok individu yang mengadakan protes anti-Islam menjadi tular. Shaymaa Ismaa’eel ketika itu menghadiri Kovensyen Islamic Circle of North America Ahad lepas sebelum bertembung dengan orang ramai yang berhimpun di depan venue majlis, melaungkan slogan-slogan […]

28 Ekor Badak Air Mati Secara Tiba-Tiba Di Taman Nasional Ethiopia
Sebanyak 28 ekor badak air (hippopotamus amphibius) secara misteri di Taman Nasional di bahagian barat-daya Ethiopia. Menurut Lembaga Penyiaran Setempat (FANA), haiwan semi-air itu mati di Taman Nasional Gibe Sheleko, iaitu satu saluran air terbesar di Sungai Omo di sebelah bahagian barat-daya Ethiopia. Namun begitu, penyebab kematian kesemua haiwan tersebut tidak dapat dikenalpasti dan masih […]

”Bila Saya Angkat Mereka Dah Tak Benyawa”, Lelaki Kongsi Detik Kehilangan Anak Dan Isteri Dalam Insiden Bom Sri Lanka
Serangan pengebom berani mati di beberapa buah lokasi di Sri Lanka yang menyasarkan gereja dan hotel mengejutkan banyak pihak. Menurut laporan Al-Jazeera, dianggarkan sekurang-kurangnya 321 orang mangsa yang terkorban dalam serangan berkenaan. Antara yang terkorban adalah anak dan isteri kepada seorang pengunjung gereja, Sudesh Kolonne yang berada di loaksi kejadian sempena Easter Sunday. ”Saya hadir […]