Berita›Luar Negara
Tak Puas Hati Dengan ‘Kuasa’ Di Rumah, Anak Buat Kontrak, Ugut Isytihar ‘Perang’
Sepanjang perintah berkurung ini, banyak sebenarnya kebaikan yang kita dapat, antaranya meluangkan masa bersama anak-anak di rumah. Pastinya, ibu bapa yang sekarang ini berada di rumah sepenuh masa melihat pelbagai karenah anak-anak sepanjang tempoh ini. Sama ceritanya dengan perkongsian daripada Farhad Manjoo, dimana dia berkongsi gambar ‘kontrak’ dipercayai ditulis oleh anaknya yang perlu dipersetujui demi memastikan […]
“Saya Penat Masuk Ke Bilik Itu, Melihat Pesakit Mati,” Jururawat Di AS Menangis Dedah Keadaan Di ICU
Para barisan hadapan atau frontliner di seluruh dunia kini sedang giat berusaha dalam membendung penularan wabak COVID-19. Namun ada juga cabaran dan dugaan yang kita tidak ketahui disebalik usaha mereka ini. Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter berkenaan luahan seorang jururawat di Amerika Syarikat meluahkan perasaannya sepanjang bekerja di wad ICU. Melalui perkongsian AJPlus […]

Sayu, Gambar Lelaki Gigih Kutip Beras Atas Jalan Undang Simpati Netizen
Jika anda masih mempunyai bumbung di atas kepala, makanan di atas meja, baju membaluti tubuh, anda lebih bernasib baik berbanding jutaan penduduk di seluruh dunia yang kebuluran dan tidak mempunyai tempat tinggal. Kata-kata ini mengingatkan kita agar bersyukur dengan setiap nikmat kehidupan. Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP), David Beasley, seramai lebih 265 juta […]
‘Food Runner’ Kecewa Pelanggan Order Banyak Tapi Beri Alamat Palsu
Seorang penghantar makanan di Singapura mendakwa bahawa dirinya telah ditipu selepas pelanggan yang membuat pesanan tersebut memberi alamat palsu. Penghantar makanan tersebut menerusi perkongsian di akaun media sosialnya mendedahkan bahawa, individu yang tidak bertanggungjawab itu akan membuat satu pesanan yang banyak sebelum memasukkan alamat orang lain dalam pesanan berkenaan. Individu itu juga akan memilih cara […]
COVID-19: Singapura Catat 1,016 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Melebihi 10,000
Dengan pertambahan 1,016 kes baharu yang dilaporkan setakat Rabu (22 April) tengah hari tadi, jumlah kes Covid-19 yang dicatatkan di Singapura kini telah melebihi 10,000 kes. Sebahagian besar kes baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing, kata Kementerian Kesihatan Singapura. 15 kes yang lain pula adalah […]
Dipercayai Hanya Kerana Lapar, Seorang Lelaki Didakwa Tergamak Bunuh Dan Masak Kaki Teman Wanitanya
Seorang lelaki berusia 41 tahun di Ukraine dilaporkan mengaku membunuh dan memasak kaki kekasihnya kerana lapar ketika sedang berparti bersama. Suspek yang didakwa merupakan seorang kanibal itu dikatakan sedang menggoreng dan memakan kaki mangsa ketika polis membuat serbuan di rumahnya yang terletak di bandar Kryvyi Rih. Menurut polis, suspek dan teman wanitanya yang berusia 50 […]
(Video) ”Nurse” Protes Depan White House Minta Kerajaan Sediakan PPE, Laung Nama 50 Jururawat Dah Terkorban
Beberapa jururawat daripada National Nurses United (NNU) menjalankan protes di hadapan bangunan White House, Amerika Syarikat (US) pada Selasa, mendesak agar kerajaan menyediakan alat perlindungan peribadi (PPE) dengan lebih banyak untuk kegunaan petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19 di negara itu. Seorang jururawat dari Pusat Hospital Washington, Erica Jones berkata, “Kami berada di sini kerana rakan […]
COVID-19: Wanita Mengadu Kelaparan, Meninggal Dunia
Seorang ibu di provinsi Banten, Indonesia yang mengadu dua hari tidak makan, meninggal dunia sehari selepas ditemu bual sebuah stesen televisyen tempatan. Kisah kesusahan keluarga Allahyarhamah yang berusia 43, bersama suami dan empat orang anak itu, yang terkesan teruk akibat dampak (kesan) ekonomi susulan pandemik COVID-19, disiarkan di YouTube KompasTV pada 19 April, sebelum dilaporkan […]
COVID-19 Di AS Cecah Hampir 40,000 Kes Dalam Tempoh 24 Jam
Kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencecah 823,786 pada 8 malam EST Selasa (8 pagi Rabu Waktu Malaysia), meningkat 39,460, lapor agensi berita Xinhua menurut data Johns Hopkins University. Keseluruhan seramai 44,999 orang maut, peningkatan lebih 2,700 berbanding 24 jam sebelumnya. Sehingga petang Selasa, New York masih menjadi negara paling teruk terjejas dengan lebih 258,000 […]

(Video) Terkurung Dalam Ruangan Sempit, Harimau Berkelakuan Aneh Buat Pusingan Berulang Kali Disyaki ‘Tertekan’
Menyayat hati, itu yang dapat dilihat dalam satu video yang menyaksikan seekor harimau yang berjalan di dalam bulatan tanpa henti di sebuah zoo di China. Rakaman yang tular itu memperlihatkan seekor harimau Bengal putih seakan kemurungan dengan berpusing-pusing di dalam sebuah kurungan yang kecil. Menurut laporan Daily Mail, Zoo Beijing berkata bahawa harimau itu telah […]

Agensi Perisikan Amerika Dakwa Presiden Korea Utara Kritikal Selepas Jalani Pembedahan Jantung
Agensi perisikan Amerika Syarikat mendakwa pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berada dalam keadaan tenat selepas menjalani pembedahan, lapor CNN. Dalam laporan bertarikh 21 April itu, CNN mendakwa menerima maklumat dari sumber perisikan AS yang memantau kesihatan Jong Un secara dekat. Jong Un dilaporkan tidak menghadiri upacara sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu, […]
Dipercayai Kecewa Tidak Dapat Bertemu Keluarga, Lelaki Dari Daerah Zon Merah Covid-19 Nekad Cuba Bunuh Diri
Seorang lelaki di Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan nekad cuba untuk membunuh dirinya selepas kehadirannya ditolak oleh keluarganya sendiri gara-gara takut dijangkiti virus Covid-19. Difahamkan, mangsa telah diusir oleh isterinya sendiri serta penduduk setempat kerana fobia akan virus Covid-19. Menurut ketua polis Cepu, AKP Agus Budiyana, selain daripada mangsa dihalau kerana dikhuatiri membawa virus Covid-19 kerana […]
“Saya Lapar,” Rintihan Lelaki Tua Minta Makanan Undang Sebak Ramai
Penularan Covid-19 masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk akan pulih dalam masa terdekat. Nampaknya tempoh waktu yang lama diperlukan bagi menghilangkan wabak berbahaya itu secara sepenuhnya. Kebanyakan negara di dunia pada ketika ini sedang menjalani perintah berkurung dan perintah kawalan pergerakan. Disebabkan itu juga, ada sesetengah orang yang sangat terkesan dengan keadaan ini dan terpaksa mendapatkan […]

Pantai Di Thailand Sepi Tanpa Pengunjung, Penyu Akhirnya ‘Pulang’ Untuk Bertelur
Beberapa kawasan pantai di Thailand, yang kini sunyi sepi tanpa orang ramai sejak tempoh berkurung dilaksanakan negara itu, dilaporkan dikunjungi spesis penyu yang jarang dilihat untuk tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Menurut laporan portal luar negara, leatherbacks sea turtle ataupun penyu belimbing dikatakan singgah di pantai-pantai negara itu untuk bertelur. Thailand yang sebelum ini berjaya […]
Universiti Oxford Bakal Buat Ujian Vaksin COVID-19 Ke Atas Manusia Bermula Khamis Ini
Vaksin berpotensi bagi COVID-19 yang dibangunkan di Universiti Oxford akan mula diuji ke atas manusia bermula Khamis ini. Salah seorang daripada pasukan penyelidik Oxford berkenaan mengatakan, sekiranya ujian itu berjaya, maka dos vaksin akan disediakan dalam skala besar, mencapai angka juta untuk digunakan tahun ini, lapor Independent. Difahamkan, tempoh penghasilan normal bagi sesuatu vaksin akan […]

Thailand Beri Lanjutan Visa Automatik Kedua Kepada Warga Asing Terkandas Sehingga 31 Julai
Bangkok: Thailand hari ini meluluskan lanjutan visa automatik buat kali kedua kepada warga asing yang terkandas di negara itu ekoran sekatan perjalanan dan pembatalan penerbangan berikutan pandemik COVID-19. Jurucakap kerajaan Narumon Pinyosinwat berkata warga asing yang visanya telah tamat tempoh sejak 26 Mac, akan diberi lanjutan automatik sehingga 31 Julai. ”Sebelum ini, kerajaan telah memberi lanjutan visa […]
COVID-19: Indonesia Larang Rakyatnya “Mudik” Sempena Ramadan
JAKARTA, 21 April – Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa mengumumkan rakyat negara itu dilarang “mudik” (pulang ke kampung halaman), menjelang Ramadan untuk mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. “Hari ini, saya mengumumkan ‘mudik’ juga akan dilarang,” kata presiden dalam mesyuarat kabinet yang diadakan menerusi persidangan video. Widodo berkata kerajaan akan menetapkan langkah-langkah yang […]
Ramadan Kali Ini Tentu Berbeza, Saya Tiada Peluang Berbuka Di Masjid Bersama Anda – PM Singapura
Berikutan dengan lanjutan Pemutus Rantaian empat minggu lagi hingga 1 Jun 2020, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadan kepada para penduduk beragama Islam di Singapura. Dalam video yang dikongsikan ini, ‘netizen’ bukan sahaja tertarik dengan pengumuman yang disampaikan dalam bahasa Melayu bahkan kata-kata semangat beliau kepada penduduk di Singapura juga […]

Kenderaan WHO Bawa Sampel COVID-19 Diserang Di Myanmar
YANGON, 21 April – Sebuah kenderaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membawa sampel COVID-19 diserang Tentera Arakan di Rakhine, Myanmar, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa. Memetik laporan media tempatan kenderaan itu – dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon, diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya pada Isnin […]

Singapura Lanjutkan ‘Pemutus Rantaian’ Covid-19 4 Minggu Lagi, Hingga 1 Jun 2020 – PM Lee
Sejak 20 April 2020, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan tambahan 1,111 jangkitan kes COVID-19 di republik itu yang menjadikan keseluruhan kes kepada 9,152. Susulan daripada itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah memutuskan bahawa Singapura akan melanjutkan Pemutus Rantaian ke empat minggu lagi iaitu hingga 1 Jun 2020. Langkah-langkah yang lebih ketat dititikberatkan […]