BeritaLuar Negara

Berita
(Video) Gelagat Ayam ‘Bergaduh’ Dengan Kereta Sampai Calar Teruk Boleh Buat ‘Owner’ Rasa Tak Senang
Satu video rakaman yang memaparkan seekor ayam ‘bergaduh’ dengan pantulan dirinya sendiri di sebuah kereta telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut bermula dengan ayam tersebut terlihat pantulan dirinya pada sebuah kereta yang sedang terparkir. Mungkin menyangka bahawa pantulan dirinya itu adalah merupakan ayam lain, ayam tersebut telah bertindak ‘berlaga’ dengan kereta tersebut. Hasil […]
Berita
Suspek Curi Kereta Dilapor Berpatah Balik, Semata-mata Nak Marah ‘Owner’ Sebab Tinggal Anak Dalam Kereta
Seorang wanita di Oregon bernasib baik apabila anaknya yang ‘dilarikan’ bersama kereta yang dicuri dipulangkan semula ke pangkuannya. Malah, menurut Fox32, suspek yang mencuri kenderaan itu sempat memarahi wanita berkenaan kerana meninggalkan si anak di dalam kereta bersendirian. Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari situ selepas menghantar kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berkenaan. Kejadian itu dilaporkan […]
Gaya hidup
(Video) Gelagat Kanak-kanak Lelaki Main ‘Osom’ Nak Pilih Imam Buat Netizen Kagum
Melihat anak-anak muda menunaikan solat jemaah pastinya menyejukkan hati kita. Apatah lagi bila mereka boleh menjadi imam sesama mereka, automatik rasa kagum melihatnya. Baru-baru ini, tular video sekumpulan kanak-kanak lelaki yang ingin solat berjemaah di dalam sebuah surau, dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Dalam video itu, kelihatan empat orang kanak-kanak berdiri di mana dua daripada […]
Berita
“Tahu-Tahu Jadi Begini, Saya Serik,” Padah Langgar ‘SOP’, Penduduk Dihukum Ziarah Dan Berdoa Di Kubur Pesakit COVID-19
Gara-gara melanggar SOP protokol kesihatan, warga TPU Jombang, Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia dilaporkan didenda menziarah dan berdoa di kubur jenazah COVID-19. Menurut Kompas.com sebilangan penduduk yang ditangkap oleh pegawai PP TNI-Polri dan Satpol juga mengakui bahawa mereka berasa serik apabila didenda sebegitu kerana terpaksa menyaksikan sendiri kubur jenazah pesakit COVID-19. Salah seorang pesalah yang berumur […]
Berita
“Saya Telah Membaikinya,” Individu Tolong Baiki Basikal Rosak Dan Tinggalkan Kembali Dengan Nota Pesan
Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda meletakkan sementara barangan yang rosak di sesuatu kawasan dan menemukan ianya sudah dibaiki oleh seseorang? Seperti yang berlaku di Singapura, sebuah basikal kanak-kanak ditinggalkan di Alexandra Canal Linear Park, dengan ‘handle’ yang telah patah. Namun, terdapat seseorang telah membaikinya dan meletakkan semula basikal itu di tempat yang ditinggalkan […]
Hiburan
(Video) Padah Mengusik, Si Oyen Tak Pasal-Pasal Kena Sepak Dengan Si Putih
Oyen sudah dikenali dengan sikapnya yang aneh dan melucukan dalam kehidupan seharian. pelbagai rakaman video telah kita tonton tentang perilaku si makhluk berbulu itu yang pasti akan mengundang tawa. Dalam satu perkongsian video di Twitter @AnimalsWorld, terlihat dua ekor kucing sedang santai berehat di sebuah meja. Seekor berwarna hitam putih berada di atas manakala oyen […]
Berita
Lelaki Dilapor Pinjam Duit Isteri Bernilai Lebih RM120k Untuk Kahwin Lain, Akhirnya Kantoi
Abu Dhabi: Seorang lelaki dilaporkan meminjam duit dan menipu isterinya untuk berkahwin lain, lapor Gulf News Wanita tersebut menyatakan bahawa suaminya itu memperdayanya untuk mengambil pinjaman peribadi sebanyak SR120,000 (RM 129462.57) bagi melunaskan hutangnya. Namun, dia sebenarnya merancang menggunakan duit itu untuk berkahwin satu lagi, lapor media tempatan. Dia bertanyakan kepada suaminya itu, namun suaminya […]
Berita
Umur Dah Lebih 30 Tahun Tapi Berwajah Budak Comel, Lelaki Ini Hidap ‘Highlander Syndrome’ Dan Belum Melalui Akil Baligh
Seorang lelaki di Korea Selatan yang mempunyai rupa seakan kanak-kanak ini sebenarnya berusia 32 tahun kerana dilaporkan menghidapi ‘Highlander Syndrome’, lapor Korea Boo. Shin Hyomyung memiliki wajah yang tak ubah seperti pelajar sekolah dan turut memiliki suara yang tinggi seperti kanak-kanak. Dengan rupa yang sebegini, dia sepatutnya berusia dalam lingkungan 12 tahun. Pun begitu, percaya […]
Berita
Meninggal Dalam Dakapan Ibu, Gadis 11 Tahun Dilapor Terkorban Akibat ‘Komplikasi Hamil’, Didakwa Dirogol Datuk
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa telah diperkosa oleh datuknya sendiri, dilaporkan meninggal dunia dalam pelukan ibunya pada Jumaat selepas menderita morning sickness yang teruk, lapor Asia One Majlis pengkebumian kanak-kanak itu telah diadakan di rumahnya di daerah Sahatsakhan, Thailand. Mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Srinagarind di Khon Kaen terdahulu bagi […]
Berita
Terharu, Tular Foto Ibu Bapa Selamatkan Anak Kecil Dari Banjir Guna Peti Ais Dan Kuali Buktikan Kasih Sayang Mereka
Beberapa gambar ibu bapa mangsa banjir yang berlaku di Kalimantan Selatan (Kalsel) baru-baru ini telah beredar di media sosial. Usaha mereka untuk menyelamatkan anak-anak mereka dari banjir ini telah menyentuh ramai hati warganet. Seperti yang diketahui, kerana hujan yang turun secara berterusan dan air sungai yang melimpah, telah terjadi banjir besar di Kalimantan Selatan. Hingga […]
Berita
(Video) Mujur Sempat Bangun, Detik Cemas ‘Rider’ Nyaris Digilis Lori Setelah Terjatuh Akibat Bergesel
Mati boleh datang menjemput bila-bila masa. Tidak awal mahupun lewat sedetik. Jika sudah ditakdirkan belum ajalnya, pasti seseorang masih tetap bernyawa walaupun hanya seinci dengan kematian. Baru-baru ini, seorang lelaki amat bernasib baik apabila terselamat daripada digilis sebuah lori di lokasi yang tidak dapat dikenalpasti. Dalam video dikongsikan laman Sahabat Surga, lelaki yang menunggang motosikal […]
Berita
Derbi Barat Laut Hadir Pada Waktu Yang Sukar Buat Liverpool Untuk ‘Menjamu’ United Di Anfield
Seperti semua peminat bola sepak sedia maklum, tengah malam ini (12.30 tengah malam waktu Malaysia) bakal berlangsung satu perlawanan yang paling dinanti-nantikan oleh semua pencinta bola sepak iaitu Derbi Barat Laut antara Liverpool dan Manchester United. Perlawanan kali ini boleh dikatakan hadir tepat pada waktunya untuk peminat apabila dua pasukan ini sedang menghuni 2 tangga […]
Gaya hidup
Lelaki Suntik Cecair Cendawan Dalam Tubuh Sehingga ‘Tumbuh’ Dalam Saluran Darah, Dilapor Menderita Pelbagai Penyakit
Seorang lelaki dilaporkan mengalami kegagalan organ setelah didakwa mengubah cendawan psychedelic menjadi suatu cecair dan kemudian menyuntik ke dalam uratnya. Kejadian tersebut dicatat di dalam Journal of Academy of Consultation-Liaison Psychiatry di mana lelaki yang berusia 30 tahun itu dikejarkan ke bilik kecemasan Nebraska. Para doktor yang menulis kajian tersebut mengatakan, lelaki itu dipercayai mengalami […]
Berita
Berang ‘Janji Manis’ Nak Sediakan Bekalan Air Bersih Tak Ditunaikan, Penduduk Tangkap & Ikat Datuk Bandar Di Pokok
Tidak menepati janji untuk menyediakan sumber bekalan air bersih, seorang datuk bandar di Mexico telah diikat pada pokok oleh penduduk yang tidak berpuas hati dengannya. Media tempatan melaporkan bahawa Oscar Ramirez sedang membentangkan projek awam yang telah dijanjikan kepada penduduk bandar Frontera Comalapa pada Isnin. Menurut Daily Mail, perwakilan dari 11 komuniti yang membentuk bandar […]
Kesihatan
Vaksinasi COVID-19: Warga Malaysia Di Singapura Antara Terima Suntikan
SINGAPURA, 17 Jan — Sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura telah menjadi antara penerima suntikan vaksin Pfizer BioN Tech di negara tersebut. Mereka yang telah menerima suntikan vaksin tersebut, kebanyakkan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin, di republik itu. Sebahagian daripada mereka telahpun berkongsikan pengalaman mereka menerima suntikan di laman Facebook […]
Berita
(Video) Perlawanan Bola Ini Buat Penonton Bingung, Pemain Kenakan Jersi Mirip Warna Salji Hampir Tak Kelihatan Atas Padang
Pemain bola untuk pasukan Liga Turki, Sivasspor hampir tidak kelihatan semasa perlawanan liga menentang Istanbul Basaksehir semalam, lapor Daily Mail. Dalam keadaan salji lebat yang meliputi padang di Stadium Basaksehir Fatih Terim, para penonton berpendapat bahawa ia adalah idea yang baik untuk mereka memakai pakaian putih menentang pendahulu Super Lig. Kit mereka yang berwarna putih […]
Berita
(Video) “Asyik Ada Masalah Dengan Burung Je,” Lelaki ‘Pulun’ Ajar Isteri ‘Orang Putih’ Cakap Bahasa Melayu, Bikin Ramai Terhibur
Sesuatu yang amat harus dibanggakan apabila seorang rakyat Malaysia yang berkahwin dengan ‘mat saleh’, dia bersungguh-sungguh mengajar pasangannya tentang Bahasa Melayu. Itulah yang diusahakan pasangan unik ini apabila Kumaar, anak jati Klang, Selangor yang berkahwin dengan ‘orang putih’ dan kini menetap di Amerika Syarikat (US) atas urusan kerja di sana. Walaupun tinggal di negara ‘Uncle […]
Berita
Dianggarkan Berusia Lebih 45,000 Tahun, Lukisan Khinzir Dalam Gua Dipercayai Tertua Di Dunia Ditemui Di Indonesia
Ahli arkeologi dilaporkan telah menemui lukisan haiwan dalam gua yang dipercayai merupakan tertua di dunia, dilukis 45, 500 tahun yang lalu, lapor BBC. Dicat dengan menggunakan pigmen merah gelap, lukisan bersaiz besar itu memperlihatkan seekor khinzir. Ia ditemui di gua Leang Tedongnge di sebuah lembah terpencil di Sulawesi. Lukisan tersebut dipercayai bukti terawal kewujudan manusia […]
Berita
Demi Menuntut Bela, Kisah Ibu Menyamar Jadi Gelandangan Bantu Polis Cari Penculik & Pembunuh Anak Perempuannya
Demi membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes culik dan bunuh anak perempuannya, seorang wanita bertekad menyamar sebagai gelandangan. Menurut Daily Mail, Nathalie Amaya mendedahkan bahawa dia mengubah penampilannya untuk bercampur dengan gelandangan lain yang tinggal di sebuah bangunan terbengkalai di kejiranan Bogotá di San Bernardo dan mencari suspek yang membunuh anak perempuannya yang berusia 15 […]
Gaya hidup
Lelaki Dilapor Hampir Pekak Selepas Makan Mi Segera Digelar ‘Mi Kematian’
LONDON – Seorang lelaki yang juga merupakan penulis untuk My London telah berkongsi pengalaman dalam satu artikel di mana dirinya mendakwa kehilangan pendengaran sebelah telinga selama beberapa hari. Disebabkan itu, lelaki berkenaan menamakan hidangan tersebut sebagai ‘mi kematian’ dan memperingatkan kepada orang ramai untuk berhati-hati ketika mencuba mi segera tersebut. “Berasal dari keluarga Mauritius, saya […]