Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Detik Cemas 4 Orang Rebah Setelah Pokok Tempat Berteduh Disambar Kilat, Seorang Dilaporkan Maut Dan 3 Cedera

Gambar: India Times

Seorang lelaki dilaporkan maut manakala 3 lagi cedera selepas kilat menyambar sebatang pokok di Gurugram tempat mereka berteduh dari hujan pada Jumaat, 12 Mac, lapor portal The Quint.

Kejadian itu berlaku pada waktu petang ketika lelaki-lelaki itu memutuskan untuk berlindung di bawah sepohon pokok di kompleks pangsapuri Signature Villas di Sektor 82 Gurugram semasa hujan lebat, lapor NDTV.

Kamera CCTV berjaya merakamkan kejadian di mana lelaki-lelaki tersebut berdiri di bawah pokok ketika hujan mulai turun. Ketika kilat menyambar pokok, tiga daripadanya dilihat tumbang serta-merta manakala seorang lagi rebah tidak lama kemudian.

Sumber: The Quint