Berita›Luar Negara

Luar Negara
(Video) 44 Dilaporkan Terkorban Dan 24 Hilang Dalam Kejadian Banjir Lumpur Di Flores Timur
Seramai 44 orang dilaporkan telah terkorban dalam kejadian banjir lumpur di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Menurut Berita Satu, Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) mengatakan bahawa seramai 256 orang penduduk telah dipindahkan di Balai Desa Nelemawangi dan sejumlah penduduk yang lain pula dipindahkan di Balai Desa Nelelamadike. Tidak cuma itu, terdapat 24 orang dilaporkan […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Melanda Perairan Laut Banda, Indonesia
KUALA LUMPUR, 4 April – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan perairan Laut Banda, Indonesia pada 2.42 awal pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 166 kilometer (km) dari selatan Ambon, Indonesia dengan kedalaman 340 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA
Luar Negara
(Video) Kereta Api Terlibat Kemalangan Di Taiwan, Sekurang-kurangnya 50 Penumpang Maut & Ratusan Lagi Cedera
Sekurang-kurang 50 penumpang dilapor maut, manakala lebih daripada 140 orang cedera selepas terlibat dalam kemalangan keretapi di Taiwan, yang dianggap terburuk dalam sejarah pengangkutan itu di negara tersebut, kira-kira 9 pagi, Jumaat waktu tempatan. Memetik laporan portal berita NHK, kereta api berkenaan dilapor membawa lebih 500 orang penumpang ketika ia tergelincir dari landasan berhampiran sebuah […]
Berita
(Video) Mujur Tak Digelek, Kanak-kanak Terjatuh Tengah Jalan Selepas Pintu Bonet Belakang Minivan Terbuka
Menggerunkan, seorang kanak-kanak dirakam telah terjatuh dari sebuah kenderaan di tengah jalan raya yang sibuk. Menurut The Sun, kejadian di China itu menyaksikan kanak-kanak tersebut membuka bonet belakang kenderaan yang dipercayai van mini sebelum terjatuh. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus menghentikan kenderaan masing-masing. Menerusi video yang dirakam CCTV itu, kanak-kanak tersebut dilihat terus […]
Luar Negara
Pencipta Lampu L.E.D, Isamu Akasaki Meninggal Dunia Akibat Pneumonia
Saintis terkemuka Jepun, Isamu Akasaki, yang juga merupakan pencipta lampu blue light-emitting diodes (LED) dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun, akibat pneumonia. Menurut laporan portal Nippon, mendiang meninggal dunia di sebuah hospital di Nagoya, pagi Khamis, waktu tempatan. Akasaki yang berasal daripada Kagoshima, sebelum ini berkhidmat sebagai profesor di Universiti Meijo di Nagoya. Mendiang […]
Berita
(Video) Akibat Tersangkut Dalam Jalan Sesak Teruk, “Autopilot” Tesla Ini ‘Mogok’ & ‘Putus Asa’, Minta Pemandu Ambil Alih Kawal Stereng
Kecanggihan teknologi hari ini menyaksikan pelbagai ciptaan terbaru dihasilkan. Semua ciptaan-ciptaan terbaru ini dihasil bagi memudahkan urusan kerja manusia setiap hari. Kadang-kadang, ada teknologi yang kita rasa mungkin kita tak perlukannya, tapi apabila wujud, ia menjadi sangat ‘wow’ dan menarik untuk digunapakai. Salah satunya adalah teknologi autopilot pada kenderaan. Bagi orang yang menikmati setiap detik […]
Berita
Sekurang-kurangnya 36 Dilapor Maut, Kereta Api Bawa Sekitar 350 Penumpang Tergelincir Di Terowong
Sekurang-kurangnya 36 dilaporkan terkorban manakala 72 lagi cedera setelah kereta api dinaiki tergelincir di timur Taiwan pagi tadi. Menurut Mothership.sg, memetik kenyataan Menteri Pengangkutan Taiwan, Lin Chia-lung berkata, kereta api berkenaan sedang berada dalam perjalanan daripada Taipei ke Taitung. Kereta api lapan gerabak yang lazimnya bergerak pada kelajuan 120 km/j itu dikatakan sedang membawa sekitar […]
Luar Negara
Kenali ‘Bir Tawil’, Wilayah ‘Tandus’ Tak Bertuan Dan Tidak Dituntut Mana-Mana Negara Di Dunia
Di antara negara Mesir dan Sudan, Afrika, terdapat sebahagian tanah berbentuk trapezoid yang tidak diakui oleh mana-mana negara ini. Tanah tidak bertuan ini dipanggil Bir Tawil. Bir Tawil adalah satu-satunya wilayah selain Antartika yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara. Wilayah berukuran 795 batu persegi ini dipenuhi padang pasir yang tandus dan gunung ganang yang tiada […]
Berita
(Video) Jalan Berbaris Ke Masjid, Tindakan Insan Ini Bantu Empat Lelaki Buta Melintas Jalan Tuai Pujian Ramai
Satu video yang memaparkan 4 orang lelaki cacat penglihatan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat menjadi tular di media sosial. Beberapa jemaah kelihatan menolong mereka ketika mereka berjalan berdampingan di tepi jalan untuk sampai ke masjid dengan selamat. Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @opetta, empat lelaki buta itu berjalan dalam […]
Berita
Dipercayai Rugi Besar Dalam Pelaburan Saham, Lelaki Dilapor Bunuh Diri Terjun Dalam Tangki Cairan Keluli
Dipercayai kecewa kerana alami kerugian besar dalam pelaburan saham, seorang lelaki di China dilapor bertindak terjun ke dalam api di sebuah kilang keluli di Inner Mongolia pada 24 Mac lalu. Lapor Gulf Today, rakaman CCTV di tempat kejadian menunjukkan kelibat lelaki tersebut yang merupakan pekerja kilang berkenaan berhampiran relau letupan yang mengandungi cairan keluli panas. […]
Berita
Perompak Dilapor Menderita Serangan Jantung Setelah Nampak Wang Hasil Rompakan Terlalu Banyak
Seorang perompak di Uttar Pradesh, India dilaporkan terkena serangan jantung selepas mendapat tahu wang yang dirompaknya lebih daripada yang dijangkakannya. Menurut India Times, selepas daripada itu, perompak tersebut dilaporkan telah menghabiskan sejumlah besar wang yang dicurinya bagi digunakan untuk menanggung kos rawatannya. Plot yang tidak masuk akal itu terbongkar apabila salah seorang daripada dua perompak […]
Berita
Gempa Bumi Sederhana Di Kepulauan Talaud, Indonesia
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada 5.56 petang. Gempa itu dikesan pada kedudukan 1,048 kilometer (km) dari timur laut North Shore, New Zealand dengan kedalaman 50 km. Sementara itu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter dilapor menggegarkan […]
Luar Negara
Berang Hutang Tak Dibayar, Wanita Cetak Muka Penghutang Di Buku Yassin & Kirim Ke Keluarganya
Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana kawan-kawan atau orang terdekat yang sangat liat untuk membayar kembali duit yang dipinjam. Walaupun mungkin jumlah yang dipinjam hanyalah sedikit tetapi ia amat berguna dalam keadaan yang terdesak. Pun begitu, mereka pastinya akan memberi alasan untuk tidak membayar hutang tersebut, bahkan mungkin ada yang menghilangkan diri. Sama […]
Berita
Tak Puas Hati Dapat Markah “Exam” 99.97 Peratus, Gadis Nekad Duduki Semula Peperiksaan
Bila sebut soal peperiksaan, rasanya ramai rakyat Malaysia sudah boleh membayangkan deretan peperiksaan yang perlu dilalui sepanjang menempuhi alam persekolahan, sehinggalah menjejakkan kaki di menara gading kan? Anatara momen yang paling indah setiap kali peperiksaan, sudah tentulah perasaan berdebar-debar menanti keputusan keluar nanti. Dapat A atau B, C, D atau E? Bertambah risau dan kecewa […]
Berita
New Zealand Dilaporkan Naikkan Gaji Minimum Rakyatnya Kepada RM 58 Sejam
New Zealand dilapor menaikkan gaji minimum kepada NZD 20 (RM 58) sejam, selain turut menaikkan kadar cukai yang dikenakan kepada individu berpendapatan tinggi kepada 39 peratus. Memetik laporan The Guardian, peraturan baru itu yang bermula hari ini turut menyaksikan kenaikkan manfaat bagi pengangguran dan cuti sakit. Kerajaan New Zealand menjangkakan, peningkatan gaji minuman sebanyak NZD […]
Berita
Dipercayai Syak Pasangan Curang, Wanita Dilapor Potong Alat Sulit Teman Lelaki 52 Tahun Dan ‘Flush’ Dalam Tandas
Seorang wanita berusia 40 tahun di Taiwan, yang berasal daripada Vietnam, didakwa telah memotong alat sulit teman lelakinya ketika dia sedang tidur dan membuangnya ke dalam tandas, kerana dia disyaki curang, lapor Mothership. Menurut ETtoday, kejadian tersebut berlaku pada 30 Mac sekitar jam 11 malam di Changhua, Taiwan. Lelaki yang berusia 52 tahun itu didakwa […]
Berita
“Maaf Jika Ada Salah Kata..,” Tular ‘Surat Wasiat’ Dipercayai Milik Wanita Ditembak Mati Di Ibu Pejabat Polis Indonesia
Seminggu kebelakangan ini, Indonesia dikejutkan dengan beberapa kes melibatkan kes pengeboman bunuh diri di sebuah gereja di Makassar serta kes pembunuhan seorang wanita disyaki pengganas di Ibu Pejabat Polis di Jakarta semalam. Dalam kejadian terbaru, seorang wanita dengan penutup muka dilaporkan telah memasuki perkarangan ibu pejabat polis tersebut sebelum melepaskan enam das tembakan. Wanita itu […]
Berita
(Video) Didakwa Cuba Masuk Ke Kawasan Pantai, Lima Individu Dihukum ‘Jalan Itik’
Sekurang-kurangnya lima orang lelaki dilaporkan dihukum ‘jalan itik’ oleh polis kerana didakwa cuba memasuki kawasan larangan di pantai Marine Drive, kata polis pada Selasa. Kejadian tersebut berlaku pada Isnin petang di kawasan sebuah pantai, di mana sekumpulan lelaki itu cuba untuk memasukinya, kata seorang pegawai. Sepasukan anggota polis yang sedang melakukan tugas rondaan di kawasan […]
Berita
(Video)”Petang Nanti,” Ditanya Bila Nak Nikah Ketika Main ‘Game’, Lelaki Betul-betul Langsung Akad Nikah Petang Itu Juga
Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki bermain permainan video (PlayStation) sebelum majlis perkahwinannya berlangsung tular di media sosial. Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @duriduridam00 pada Isnin lalu. Dalam video tersebut, pengantin lelaki yang berbaju hitam kelihatan sedang bermain PlayStation (PS) bersama dengan rakan-rakannya. Perakam video tersebut kemudiannya mengajukan soalan kepada lelaki itu. […]
Berita
Wanita Disyaki Pengganas Ditembak Mati Di Ibu Pejabat Polis Indonesia
JAKARTA, 31 Mac (Bernama) — Seorang wanita bersenjata disyaki pengganas ditembak mati selepas melepaskan enam das tembakan di kawasan Mabes Polri (ibu pejabat polis Indonesia) di Jakarta. Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dalam sidang media malam ini berkata suspek berusia 25 tahun itu memasuki kawasan Mabes Polri kira-kira pukul 4.30 petang tadi. “Suspek memasuki […]