Berita›Luar Negara

Ibu Terkejut Anaknya Pulang Bersama ‘Kawan Baru’ Dengan Begitu Akrab, Seperti Tiada Rasa Takut
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat seakan ‘berkawan’ dengan seekor anak rusa yang ditemuinya di sebuah hutan, tulis Daily Mail. Menurut portal itu, kanak-kanak tersebut, Dominic telah mengikut keluarganya bercuti di sebuah resort di Virginia sebelum dia menemui haiwan berkenaan. Ibu Dominic, Stephanie Brown berkata, mereka sekeluarga sedang mengemas […]

Lagi Rekod Tertinggi Jangkitan Baharu COVID-19 Di Indonesia
JAKARTA, 30 Jan (Bernama) — Indonesia mencatatkan 14,518 jangkitan baharu COVID-19, menjadikan kes harian tertinggi setakat ini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id., kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 1,066,313 kes manakala pesakit yang sembuh berjumlah […]

(Video) Dah Bersara Dari UFC, Khabib Dapat Tawaran Jadi Pemain Bola Sepak Dari Kelab Rusia
Bintang Russia, Khabib Nurmagomedov telah menerima ‘tawaran’ untuk menyertai pasukan bola sepak kelab divisyen tiga Rusia, FC Kamaz. Perkara ini terjadi selepas Ikon UFC ini menunjukkan bakatnya selepas menyertai perlawanan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai. Menerusi Instagram Kamaz berkata mereka menawarkan Khabib untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Katanya […]
Gara-gara Elon Musk Tambah #bitcoin Di Bio Twitternya, Harga Bitcoin Dilaporkan Melonjak Sebanyak 14%
Tag “#bitcoin” di laman profil Twitter Elon Musk dilaporkan telah menyebabkan berlakunya lonjakan sebanyak 14% bagi harga mata wang kripto semalam. Ia juga dipercayai dipicu oleh komen di akaun media sosialnya. Twitter milik individu terkaya di dunia itu telah memperlihatkan perkara menarik yang meningkatkan pasaran saham perdagangan untuk tujuan peribadi atau profesional. Ditambah pula dengan […]
Kucing Dibunuh Dengan Kejam, Pemilik Kucing Buat Laporan Namun Polis Seakan Tidak Peduli, Bikin Warganet Berang
Seorang wanita berkongsi kisah dirinya yang mencari kucing peliharaan yang hilang secara tiba-tiba melalui akaun Instagram miliknya pada hari Rabu yang lalu. Difahamkan, wanita tersebut mencari kucing peliharaannya yang didakwa hilang selama dua hari namun gagal menemuinya. Menurut laporan, wanita itu mengungkapkan bahawa seorang individu melihat kucingnya dimasukkan ke dalam sebuah guni oleh seorang lelaki […]
COVID: Situasi Semakin Baik,Thailand Bakal Longgar Sekatan
BANGKOK, 29 Jan (Bernama) — Thailand akan melonggarkan sekatan dan peraturan di wilayah-wilayah yang situasi pandemik COVID-19 semakin terkawal bermula 1 Feb ini. Bagaimanapun, Samut Sakhon, pusat penularan terbaharu sejak pertengahan Disember akan kekal sebagai ‘kawasan kawalan maksimum dan ketat’ dengan semua sekatan kekal di wilayah itu. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin […]
Hospital Tempatkan Pesakit COVID-19 Terbakar, Lima Pesakit Terbunuh
Sebuah hospital di Romania yang menempatkan pesakit COVID-19 dilaporkan telah terbakar pada awal pagi Jumaat sehingga menyebabkan lima orang pesakit terkorban, lapor Channel News Asia. Kebakaran itu merupakan kejadian kedua dalam tempoh tiga bulan. Pihak penyelamat menemui tiga pesakit yang meninggal dunia di hospital Matei Bals di bandar Bucharest itu dan tidak dapat menyelamatkan pesakit […]
Wanita Melecur Disimbah Air Panas Oleh Suami Kerana Marah Dikejutkan Dari Tidur Untuk Sarapan
Seorang lelaki tergamak bertindak menyiram air panas kepada isterinya kerana marah dikejutkan daripada tidur untuk sarapan. Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di bandar Konya, Turki tengah pada 9 Januari yang lalu. Isteri yang merupakan mangsa mengatakan bahawa dirinya ingin memberikan suaminya sarapan di tempat tidur sebagai kejutan namun suaminya malah marah dan mula menjerit terhadapnya. […]
Kucing Kembali Kepada Pemiliknya Dalam Keadaan Buta Setelah Lima Tahun Dilaporkan Hilang
Seekor kucing yang dipercayai setia telah bersatu kembali dengan pemiliknya setelah lima tahun menghilang. Kucing yang diberi nama Neo yang kini berusia 13 tahun dilaporkan hilang pada bulan September 2015 yang lalu dan dianggap tidak dapat pulang ke rumah akibat buta yang dipercayai dilanggar kenderaan, lapor Lincolnshire Live. Pemiliknya, Becky Lea dari Lincoln mendakwa dirinya […]
Doktor Temui Pencungkil Gigi Dalam Dubur Seorang Lelaki, Dakwa Tak Sengaja Telan
Sekumpulan doktor di Jepun didakwa menemui pencungkil gigi kayu yang tesangkut di dalam rektum seorang warga emas yang dipercayai menelan dua bulan sebelumnya secara tidak sengaja. Kejadian tersebut dilaporkan dalam British Medical Journal (BMJ) pada minggu ini di mana lelaki yang berusia 67 tahun itu didakwa menghubungi doktor setelah mengalami sakit di bahagian punggung dan […]
Tertinggi Di Asia, 647 Petugas Kesihatan Di Indonesia Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Setakat Ini
JAKARTA, 29 Jan – Kira-kira sejumlah 647 petugas kesihatan dan kesihatan di Indonesia dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19. Ahli Pasukan Mitigasi Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr. Adib Khumaidi berkata, angka tersebut menjadikan Indonesia ‘berjaya’ mencatatkan kematian petugas perubatan paling tinggi di Asia dan ketiga tertinggi di dunia. “Daripada 647 tersebut, ia terdiri daripada 289 […]
Jutawan Ini Akui Hidangkan Makanan Kucing Kepada Tetamu Sebagai Cara Untuk Menjimatkan Wang
Seorang jutawan mengejutkan penonton dengan gaya hidupnya walaupun memiliki 3.5 juta euro (RM19.4 juta) di dalam bank milikinya. Aimeen Elizabeth mendakwa dirinya mampu menjimatkan sebanyak $ 200,000 (RM807,346) setiap tahun dengan hanya membeli barangan terpakai dan enggan membuang barangan yang kelihatan buruk kerana tidak ingin membazir. Wanita yang berusia 50 tahun dari Las Vegas itu […]
(Video) Aksi Rileks Lelaki Berjalan Dengan Lebah ‘Bersarang’ Di Lengannya Buat Ramai Meremang Tengok
Agak ‘menyeramkan’, seorang lelaki mengejutkan orang ramai apabila ‘memindahkan’ lebah dari sarang ke lengannya. Dalam satu video yang tular di media sosial, lelaki yang berasal dari Dominican Republic itu dilihat sangat bersahaja walaupun lengannya dihurung oleh serangga berbisa itu. Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak akan disengat oleh semua serangga itu kerana mereka mengikuti ratu […]
Lebih 113,000 Rakyat Singapura Terima Dos Pertama Vaksin Pfizer-Biontech, Tiga Orang Alami Anafilaksis
SINGAPURA, 28 Jan (Bernama) — Lebih 113,000 individu di Singapura menerima dos pertama vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech manakala lebih 50 individu menerima dos kedua mereka yang sekali gus menyempurnakan regimen penuh vaksinasi, setakat 27 Jan lepas. Antara lebih 113,000 individu yang menerima vaksin itu, 432 kesan sampingan telah dilaporkan termasuk tiga kes anafilaksis yang merupakan […]

(Video) Rakaman Dipercayai Individu Mengintai Asrama Perempuan Jam 1 Pagi Melalui Ruang Udara Buat Penghuni Takut
Penyangak ada di mana-mana sahaja. Mereka akan mencari masa yang sesuai untuk melakukan kegiatan tidak bermoral mereka seperti mengintai bilik wanita di tengah malam untuk memuaskan imaginasi jelik mereka. Baru-baru ini di Indonesia, seorang individu telah dirakam sedang mengintip ke dalam asrama wanita melalui lubang udara, lapor Merdeka. “Ini gambaran dia, sumpah kami gementar” Tambah […]
115 Cedera Dalam Pertempuran Dengan Pasukan Keselamatan Di Lubnan
BEIRUT, 29 Jan (Bernama) — Sekurang-kurangnya 115 orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan pada Khamis di daerah Tripoli di utara ibu kota Lubnan, Beirut, lapor Agensi Anadolu. Penunjuk perasaan berkumpul di pusat bandar Tripoli pada sebelah petang dan berarak ke pejabat gabenor di dataran Sahet Al Nour. Pasukan keselamatan yang dikerahkan […]
EU Mungkin Sekat Eksport Vaksin Pfizer Ke UK
MOSCOW, 29 Jan (Bernama) — Kesatuan Eropah (EU) mungkin menyekat eksport vaksin COVID-19 yang dibangunkan Pfizer ke United Kingdom (UK) untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk negara anggota, lapor Agensi Berita Sputnik. EU sedang mengkaji untuk melaksanakan “langkah-langkah segera bagi memastikan pengeluaran dan bekalan vaksin yang efektif kepada penduduk (EU),” lapor media Independent pada Khamis, […]
Wanita Dilaporkan Terkejut Ibunya Yang Disahkan ‘Mati’ Rupanya Masih Hidup Ketika Hendak Dibakar Untuk ‘Pengebumian’
Seorang wanita di Argentina terkejut apabila mendapati bahawa ibunya masih hidup pada saat-saat akhir ketika jasadnya hendak dibakar untuk pengkebumian, lapor Daily Mail. Wanita yang berumur 89 tahun itu pada sebelumnya dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Resistencia, Argentina, kerana mengadu sakit dada pada Sabtu. Pada keesokan harinya, doktor di hospital tersebut telah […]
Perdana Menteri Lee Lengkapkan Regimen Penuh Vaksinasi COVID-19
SINGAPURA, 29 Jan (Bernama) — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menerima dos kedua vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech, di Hospital Besar Singapura, hari ini. “Dengan ini, saya telah melengkapkan regimen penuh vaksinasi,” kata Lee menerusi laman Facebooknya dengan turut memuat naik video beliau diberikan suntikan berkenaan. “Sama seperti suntikan pertama dulu, ia cepat dan tidak […]
Biden Tandatangani Perintah Eksekutif Betulkan Dasar Penjagaan Kesihatan
WASHINGTON, 29 Jan (Bernama) — Presiden Joe Biden pada Khamis menandatangani dua perintah eksekutif bertujuan memulihkan semula sistem penjagaan kesihatan dan membetulkan “kerosakan” yang dibuat bekas Presiden Donald Trump, lapor Agensi Anadolu. Beliau berkata langkah Trump sebelum ini menyebabkan sistem penjagaan kesihatan “sukar diakses, lebih mahal dan ramai rakyat tidak berpeluang memenuhi syarat ditetapkan.” “Saya tidak […]