Berita›Luar Negara
Meloyakan, Wanita Dilapor Jadikan Uri Sebagai Makanan, Dakwa Luka Bersalin Sembuh Lebih Cepat
Baru-baru ini media sosial digemparkan dengan seorang wanita yang bertindak memakan uri anak keduanya dengan menjadikannya sebagai hidangan burrito di mana kejadian tersebut dikatakan berlaku di Cambridgeshire. Menurut laporan, wanita berkenaan mengatakan bahawa uri tersebut mampu membantu proses pulih setelah dirinya bersalin. Pada bulan April yang lalu, wanita itu turut berkongsi gambar uri anaknya itu […]
Kulit Lelaki Dilapor Bertukar Kuning Kerana Tumor, Dipercayai Akibat Tabiat Merokok & ‘Minum’ Lebih 30 Tahun
Kulit seorang lelaki berusia 60 tahun di China dilapor bertukar kuning kerana tumor yang dihidapinya, dipercayai akibat amalan merokok dan minum minuman beralkohol buat sekian lama, lapor Daily Star. Dia sebelum itu dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya yang merosot. Pemeriksaan oleh doktor kemudiannya menemui dua tumor yang mana salah satunya berada di dalam pankreas. […]
Selepas Rampas Kuasa, Tentera Myanmar Pecat 24 Menteri & Timbalan Menteri Kerajaan
Setelah menahan Aung San Suu Kyi, Tentera Myanmar dilaporkan telah memecat 24 menteri dan timbalan menteri serta telah menamakan 11 pengganti dalam pentadbiran baharunya setelah mengambil alih kuasa kerajaan, lapor Channel News Asia. Semalam, Junta Tentera Myanmar telah melakukan rampasan kuasa dengan menahan Aung San Suu Kyi bersama dengan pemimpin lain dari parti Liga Nasional […]
Pencipta Ujian Saringan COVID-19 Berasaskan Air Liur Dilapor Meninggal Dunia
Profesor penyelidikan di Universiti Rutgers, Andrew Brooks, yang membuat ujian berasaskan air liur untuk membantu mendiagnosis virus COVID-19 dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 51 tahun. Menurut Daily Mail, Brooks yang telah memainkan peranan penting dalam memerangi wabak itu meninggal dunia pada 23 Januari lalu. Kakaknya, Janet Green, mengatakan bahawa Brooks menderita […]
Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Tibet
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Xizang (Tibet) pada 10.31 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi sederhana itu terletak 375 kilometer utara dari Dinajpur, Bangladesh pada kedalaman 17 kilometer. Gempa bumi itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan […]
Pengantin Ini Menangis Di Hari Perkahwinannya, Sebak Tak Ada Tetamu Datang Gara-gara COVID-19
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pengantin lelaki di China menangis apabila didakwa tiada tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya ekoran wabak COVID-19. Rakaman video yang tular memaparkan seorang pengantin lelaki menangia ditenangkan oleh pasangannya. Dirinya turut meminta maaf kepada pasangannya kerana gagal memberikan perkahwinan yang diimpikan. Menurut laporan, pasangan tersebut didakwa melangsungkan […]
Cemburu Markah Lebih Tinggi, Tiga Pelajar Didakwa Racun Rakan Sekelas Sendiri
Tiga pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah, Mesir telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelas mereka yang mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan, lapor Gulf News. Ketiga-tiga pelajar itu telah dipenjarakan selama empat hari sementara menunggu siasatan atas tuduhan membunuh rakan mereka setelah memasukkan racun ke dalam sepotong kek. Mangsa dikatakan terkenal dengan kecemerlangan akademiknya di […]
Dipercayai Cuba Elak Kucing, Kereta Dilapor Terbabas Hingga Sebabkan Kebakaran 7 Buah Rumah Dan 2 Orang Maut
Dipercayai gara-gara cuba mengelak kucing melintas, seorang lelaki dilaporkan telah kehilangan isteri dan salah seorang anaknya selepas kereta yang dipandunya terbabas, lapor Tribun. Kejadian tersebut dilaporkan turut menyebabkan tujuh buah rumah hangus dijilat api. Menurut Tribun, kebakaran tersebut berpunca selepas kereta yang dipandu oleh lelaki itu melanggar sebuah kios minyak. Nasib malang yang dialami oleh […]
(Video) Gelagat Dua Ekor Panda ‘Nikmati’ Salji Jadi Perhatian, Siap Ada Yang Meluncur Gaya ‘Kuak Lentang’
Video melucukan sepasang panda bermain dengan salji berjaya raih perhatian warganet. Video rakaman yang dirakam di Smithsonian National Zoo di Washington D.C. memaparkan dua ekor panda yang bernama Mei Xiang dan Tian Tian bermain keriangan dengan salji. Kedua-dua panda yang dilahirkan di China itu kelihatan berbaring terlentang ketika sedang meluncur menuruni bukit yang dilitupi salji. […]
Lebih 155,000 Telah Terima Dos Pertama Vaksin COVID Di Singapura Sehingga 31 Jan
SINGAPURA, 1 Feb (Bernama) — Lebih daripada 155,000 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Singapura sehingga 31 Jan, menurut Menteri Kanan Kesihatan Janil Puthucheary. Ketika memberikan maklumat terkini berkaitan program pemvaksinan COVID-19 dan kesan advers di Parlimen hari ini beliau berkata, dalam kalangan mereka yang telah menerima vaksin tersebut, terdapat empat kes […]
Ditemui Dalam Keadaan Tak Sedarkan Diri, Bayi 18 Bulan Dilapor Maut, Didakwa Akibat Diperkosa Oleh Teman Lelaki Ibunya
Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap bayi teman wanitanya yang berusia 18 bulan sehingga menyebabkan kematiannya, lapor The Sun. Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah ditangkap pihak polis di Itali selepas doktor mengesahkan bahawa bayi tersebut telah dirogol dan dipukul. Bayi tersebut difahamkan telah dikejarkan ke hospital […]
(Video) Misteri Bunyi Letupan Terjawab, Penampakan Meteor Melintasi Ruang Udara Brunei
Semalam gempar tentang bunyi seakan-akan gegaran didengari di beberapa kawasan dipercayai di sekitar Sabah. Bagaimanapun menurut laporan media negara jiran, Brunei Darussalam, bunyi tersebut didakwa adalah merupakan lintasan meteor yang melintasi ruang udara negara berkenaan. Memetik kenyataan Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), pada awalnya memaklumkan menerima banyak laporan awam tentang bunyi kuat di langit. […]
Konsert Cara Norma Baharu, Penonton Bersorak Dalam ‘Bubble Space’ Layan Muzik
Ekoran penularan wabak COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia, WHO menasihati masyarakat supaya mengamalkan penjarakan fizikal dan juga memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam. Begitu juga dengan kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips yang menggunakan idea kreatif di mana penonton perlu berada dalam bubble space plastik lutsinar sepanjang konsert berlangsung. Konsert tersebut […]
Kerana Trauma, Lelaki Ini Dakwa Tak Pernah Minum Air Putih Selama 20 Tahun
Baru-baru ini, seorang lelaki di Korea membuat pengakuan yang agak mengejutkan di sebuah program variety-K, ‘Da Kuomin’ di mana dirinya tidak pernah minum air putih selama 20 tahun kerana didakwa mempunyai trauma ketika dirinya kecil. Difahamkan, lelaki tersebut mendakwa dirinya berhenti menyentuh air putih ketika berusia 9 tahun. Ketika itu, dirinya minum air bercampur tanah […]
Wanita Dilapor Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Lahirkan Bayi Kembar Tiga
Brazil- Seorang ibu kepada enam orang anak meninggal dunia kerana kekurangan darah di hospital selepas dua hari melahirkan bayi kembar tiga. Wanita dikenali sebagai Camila Cassimiro da Conceicao, 26 tahun selamat melahirkan bayi yang cukup sihat kemudian terus dibawa ke rawatan intensif setelah beliau kehilangan banyak darah. Camila dikatakan pernah mempunyai seorang anak dan kemudian […]
Sangat Berbakat, Lelaki 31 Tahun Buat Lukisan ‘3D’ Di Jalanan Bikin Ramai Kagum Dengan Hasil Seninya
Seni lukisan 3D atau 3 dimensi merupakan satu lukisan yang seakan seperti gambar sebenar. Ia memerlukan bakat dan kreativiti untuk menjadikan ia lebih menarik dan menakjubkan. Bakat dan kreativiti yang terdapat pada lelaki dari Mexico ini membuatkan orang ramai sangat menyukai dan tidak jemu untuk melihatnya. Lukisan dari kekretifan lelaki yang bernama Carlos Alberto GH […]
Bomba Bertungkus-Lumus Selamatkan ‘Angsa’ Terperangkap Di Kawasan Ais, Rupanya Hanya Patung
Baru-baru ini, Jabatan bomba bandar Monroe dilaporkan menerima panggilan mengenai seekor angsa yang cedera di Sungai Raisin di Michigan, Amerika Syarikat dan mengarahkan dua petugas untuk melakukan aktiviti menyelamat tersebut. Menurut laporan, dua anggota bomba, Brian Merkle dan Ed Bellman bertindak berani menyeberangi sebuah tasik yang dilitupi ais untuk menyelamatkan seekor angsa yang dilaporkan terperangkap. […]
TERKINI: Tentera Myanmar Dilapor Rampas & Ambil Alih Kuasa Kerajaan, Isytihar Darurat Setahun
Junta Tentera Myanmar dilaporkan telah mengisytiharkan darurat di negara itu selama setahun setelah menahan Aung San Suu Kyi dan tokoh-tokoh kanan lain dari parti pemerintah dalam ‘serangan’ awal pagi tadi. Menurut Shepparton News, kuasa telah diserahkan kepada Panglima Angkatan Bersenjata negara itu, Min Aung Hlaing. Seorang penyampai TV Myawaddy yang dimiliki tentera, telah membuat pengumuman […]
Aung San Suu Kyi Ditahan & Talian Internet Terputus, Rampasan Kuasa Oleh Tentera Dikhuatiri Berlaku Di Myanmar
Myanmar kini dipercayai di ambang rampasan kuasa setelah pemimpin tertinggi negara itu termasuk Aung San Suu Kyi telah ditangkap oleh pihak tentera awal pagi ini. Agensi berita Reuters yang memetik jurucakap Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD), Myo Nyunt, mengesahkan penahanan tersebut. “Penasihat Negeri, Aung San Suu Kyi dan beberapa tokoh kanan lain ditahan di ibu […]

Covid-19: Thailand Terus Catat Tiga Angka Bagi Kes Baharu Harian
BANGKOK, 31 Jan – Thailand terus mencatat tiga angka bagi kes baharu harian COVID-19 selepas pihak berkuasa negara itu meningkatkan langkah pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon di mana penularan semasa pandemik tersebut bermula. Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 829 jangkitan baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 18,782 […]