Berita›Luar Negara

Ada Negara ‘Kerajaan Langit’, 10 Negara Dengan Nama ‘Pelik’ Korang Tak Pernah Dengar Sertai Olimpik Tokyo
Sukan Olimpik adalah satu temasya sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Acap kali, sukan Olimpik ini akan diadakan setiap musim panas. Sukan Olimpik 2020 yang ditanguhkan selama setahun, akhirnya telah berlangsung membuka tirai pada 23 Julai lalu dan bakal berakhir pada 8 Ogos 2021 di Tokyo, Jepun. Walaupun kali ini tidak meriah seperti dulu, […]
Kubur Penduduk Dilapor Digali Semula, Dipercayai Lupa Buka Tali Ikatan Jenazah
Kubur seorang penduduk dilaporkan digali semula kerana ikatan tali pada jenazah lupa dilepaskan. Perkara itu dilakukan atas permintaan keluarga jenazah tersebut, lapor Detik.com. Menurut ketua kampung Bulusan, Heri Purwoko, pada awalnya keluarga tersebut memberitahu kepada penghulu mengenai tali ikatan jenazah yang lupa dibuka. Bertindak dengan laporan itu, penghulu segera menghubungi polis dan sukarelawan untuk perancangan […]

Kisah ‘Sedih’, Lelaki Sanggup Beli 99 iPhone Untuk Lamar Kekasih, Tapi Lamarannya Ditolak Setelah Berhabis Hampir RM300k
Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai keluaran jenama telefon pintar yang telah dikeluarkan termasuklah iPhone. Telefon pintar ini tidak kira harga setinggi mana, ada yang sanggup jadikannya sebagai hadiah hari lahir, malah tidak kurang juga yang melamar kekasihnya dengan hanya menghadiahkan telefon pintar ini! Begitulah kisah yang terjadi beberapa tahun sebelumnya, iaitu tahun […]
“Kawan-Kawan Kata Saya Rupa Ozil,” Siapa Sebenarnya Atlet Mirip Bruno Ini Hingga Jadi ‘Buah Mulut’ Netizen?
Semalam agak hangat di media sosial apabila ada seorang atlet yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 rupanya seakan-akan pemain manchester United, Bruno Fernandez. Siapa sebenarnya beliau? Meh SK kongsikan serba sedikit siapa atlet dari Tunisia ini. Nama sebenar beliau adalah Mohamed Khalil Jendoubi yang berasal dari Tunisia, berusia 19 tahun. Beliau seorang atlet dalam […]

Kenali Oksana Chusovitina Atlet Paling Tua Di Olimpik Tokyo, Cari Emas Ke-14 Di Usia 46 Tahun
Banyak perkara yang ‘menarik’ berlaku sepanjang acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini. Salah satunya adalah kisah seorang atlet gimnastik yang baru bertanding pada hari ini telah menarik perhatian ramai. Apa yang menarik perhatian ramai apabila seorang atlet gimnastik lagenda yang berasal dari Uzbekistan, Oksana Chusovitina yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada usia 46 […]

Nak Pecah Rekod Keluarga Terbesar Dunia, Ibu Ini Jalankan Misi Nak Memiliki 105 Orang Anak
Seorang wanita yang berasal dari Rusia ini mendedahkan bahawa dia dan suaminya seorang jutawan merancang untuk memiliki 105 anak bagi memecah rekod keluarga terbesar di dunia. Christina Ozturk berusia 23 tahun ini kini telah memiliki anak dan berkeinginan untuk menambah lagi cahaya mata tanpa mengira latar belakang mereka dengan menggunakan perkhidmatan ibu tumpang. Dailymail melaporkan […]
Kucing Berdiri Depan Ular Tedung, ‘Hadap’ Selama 30 Minit Tak Bagi Masuk Rumah Sehingga Penyelamat Sampai
Ramai yang gemar untuk memelihara kucing kerana ianya haiwan yang manja dan comel. Pun begitu, diakui juga kucing boleh menjadi garang sekiranya terdapat ancaman di sekelilingnya. Bukan sahaja boleh berkongsi kasih sayang dengan manusia, kucing juga diketahui dapat melindungi rumah pemiliknya daripada pelbagai ancaman. Antaranya ialah haiwan berbisa, sudah banyak dilaporkan bahawa kucing berjaya menangkap, […]

(Video) Sayu, Terpisah & Hilang Ingatan Setelah Jatuh Tingkat 7, ‘Keajaiban’ Pertemukan Keluarga Semula Lepas Lebih Sedekad
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ingatan telah berjaya menemui keluarganya semula setelah lebih dari satu dekad. Menurut South China Morning Post, Zhou Shuiping yang kini berusia 40 tahun pernah mengalami suatu kemalangan sejak 13 tahun lalu dan lupa akan identitinya. Jelasnya, “Saya telah mengalami kecederaan di kepala setelah jatuh dari tingkat 7 di tapak pembinaan […]
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu […]

Covid-19: Lagi Mayat Ditemukan Di Tepi Jalan Di Bangkok
BANGKOK, 24 Julai (Bernama) — Seorang gelandangan berusia 80 tahun menjadi mangsa terbaru COVID-19 yang dijumpai mati di tepi jalan, berhampiran Victory Monument di Bangkok hari ini. Media tempatan melaporkan bahawa pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas mendapati mangsa positif COVID-19 dan mayatnya dihantar ke Hospital Ramathibodi untuk bedah siasat. Baru-baru ini, dilaporkan tiga mayat lelaki […]
Enggan ‘Bertemu’ Israel Dalam Olimpik Tokyo 2020, Atlet Judo Algeria Tarik Diri
Gara-gara tidak mahu meneruskan perlawanan dengan ‘seterunya’ dari Israel dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020, seorang atlet judo Algeria terpaksa dihantar pulang. Keengganan Fethi Nourine, 30, bersama jurulatihnya, Amar Benikhlef menyebabkan mereka berdua digantung kurang dari tempoh 24 jam setelah acara pembukaan rasmi kejohanan antarabangsa itu yang berlangsung pada Jumaat. Kedua-dua mereka mendedahkan punca penarikan […]
“Kecik Betul New Zealand”, Rakyat NZ “Flex” Selalu Dapat Tengok PM, Rileks Tunggu Lampu Isyarat Lintas Jalan
New Zealand menjadi negara yang sentiasa mendapat perhatian dunia dan dikatakan sebagai negara yang paling best untuk diduduki. Walaupun negara itu tidaklah terlalu besar tetapi ia mempunyai pemandangan yang mengujakan dengan masyarakat yang hidup aman dan harmoni. Bukan itu sahaja, struktur pemerintahan di negara itu juga turut dipandang tinggi oleh masyarakat dunia terutama Perdana Menteri, […]
(Video) Takut ‘Mental’ Nanti, Lembu Terpaksa Dihalang Guna Sepanduk, Bersungguh-sungguh Nak Tengok ‘Kawannya’ Disembelih
Satu video melucukan yang memaparkan seekor lembu dihalang pandangannya oleh beberapa orang lelaki telah menjadi tular di media sosial. Lembu tersebut tampak terpaksa mengangkat dan menundukkan kepalanya kerana ingin tagu apa yang terjadi sebalik kain yang menghalang pandangannya itu. Menurut portal taman pendidikan, rakaman tersebut diambil semasa Hari raya Aidiladha yang lalu. Menurut kapsyen pada […]
(Video) Mewah & Canggih, Atlit Kongsi Dapat ‘Buah Tangan’ Samsung S21 Dari Penganjur Olimpik Tokyo
Umum telah mengetahui bahawa Jepun adalah merupakan tuan rumah bagi temasya sukan Olimpik pada kali ini. Walaupun temasya sukan terbesar dunia pada kali ini tidak seperti edisi yang sebelum-sebelum ini kerana dunia masih lagi sedang berperang dengan wabak pandemik COVID-19, namun Jepun tetap berusaha untuk menjadikan pengalaman para atlit di bumi matahari terbit itu sebagai […]
Gimnas Wanita Jerman Curi Tumpuan, Kenakan Pakaian Tertutup & Lebih ‘Sopan’ Di Olimpik
Setiap sukan cukup terkenal dengan trademark pakaian seragam terutama bagi sukan gimnastik. Kebiasaannya, para atlet perlu memakai pakaian dengan corak yang cantik dan ‘berseni’, sesuai dengan ‘lenggok’ sukan itu. Pun begitu, pakaian yang agak ketat dan ‘terdedah’ itu sebenarnya menimbulkan ketidakselesaan bagi sesetengah atlet. Ia bahkan menjadi perdebatan yang hangat sejak sekian lama. Apabila kejohanan […]
Penyelidik Temui Runtuhan Gunung Berapi Dalam Air, Struktur Mirip “Eye of Sauron”, ‘Alam Jahat’ Dalam Lord Of The Rings
Bagi yang pernah menonton Lord of The Rings, korang pasti ingat kan dengan Eye of Sauron yang mempunyai kuasa luar biasa sehingga hanya sesetengah orang sahaja yang mampu berlindung dari ‘pandangan’ jahatnya. Mungkin ia sekadar fiksyen semata-mata tetapi penemuan sebuah gunung berapi baru-baru ini seakan ada persamaan dengannya. Menurut Daily Star, gunung berapi yang runtuh […]
Lelaki Nyaris Temui Ajal, Diserang Strok Akibat Pembuluh Darah Di Otaknya Pecah Selepas Onani
Seorang lelaki bujang warga Jepun hampir maut diserang strok selepas onani, menurut laporan kes perubatan. Doktor mendakwa bahawa lelaki yang berusia 51 tahun itu gemar beronani sebanyak beberapa kali dalam sehari. Namun begitu, tabiatnya itu hampir membunuhnya pada tahun lalu selepas dia disahkan diserang strok selama beberapa saat selepas ejakulasi. NHS menyatakan bahawa strok yang […]
(Video) Ditonton Lebih 25 Juta Kali, Ini Rupanya Kemeriahan “Streetfood” Di Korea Utara Yang Tak Disangka-sangka
Seperti semua yang telah ketahui, negara Korea Utara adalah salah sebuah negara yang paling merbahaya untuk dimasuki atau dilawati. Seperti yang diwar-warkan media seluruh dunia, Korea Utara ini jika dapat masuk pun, hanya beberapa tempat sahaja yang boleh dikunjungi. Namun tidak kisahlah berkenaan perkara itu. Tetapi tahukah anda bahawa Korea Utara ini dari dalam sebenarnya […]
(Video) Mak Ayah Tak Sedar Anak ‘Hanyut’, Bayi 1 Tahun Menangis Ketakutan Terapung Seorang Diri Di Laut Berjaya Diselamatkan
Seorang bayi yang berusia 1 tahun dilaporkan telah diselamatkan selepas terapung di tengah laut di Tunisia. Menurut Mirror, bayi itu duduk di dalam pelampung yang berwarna merah jambu dan disyaki telah ‘dibawa’ oleh angin kencang sehingga boleh sampai ke tengah laut. Difahamkan, ibu bapanya tidak sedar ketika kejadian tersebut berlaku. Ia berlaku pada Sabtu lalu […]
Pengasas Bersama Google, Larry Page Didakwa ‘Bersembunyi’ Di Kepulauan Fiji Ketika Musim COVID-19
Dalam keadaan pandemik yang melanda seantero dunia, pengasas bersama Google, Larry Page dilaporkan telah ditemui bersembunyi di kepulauan Fiji. Dia dan ahli keluarga dipercayai memasuki kepulauan itu melalui sistem yang direka khas untuk membolehkan orang-orang kaya mengelak dari sekatan perjalanan COVID-19. Menurut New York Post, jutawan itu tinggal di Pulau Tavarua yang dikatakan berbentuk seperti […]