Berita›Luar Negara

(Video) Ibu Panik, Tak Sedar Anak ‘Kutip’ Lipas Dan Makan Sampai Hanya Tinggal Kaki
Sudah lumrah seorang bayi yang baru mengenal dunia, akan ada fasa mereka mengutip apa sahaja di lantai dan memasukkan objek ke dalam mulut. Menurut E-Medicine Health, bayi berusia empat bulan sudah boleh memasukkan objek ke dalam mulut mereka. Mereka menggunakan jari jemari untuk mengutip objek dan secara nalurinya akan memasukkan objek itu ke dalam mulut. […]

(Video) Ribut Pun Sanggup ‘Diredah’, Ahli Meteorologi Lamar Pasangan Ketika ‘Tornado’ Melanda
Pasangan ahli meteorologi dari Kansas yang mengkaji ribut berada dalam keadaan yang penuh kegembiraan setelah bertunang di hadapan puting beliung, lapor Daily Mail. Menurut sumber, pertemuan pertama Tom Bedard, 29 tahun, dan Raya Maday, 26 tahun bermula pada tahun 2016. Ketika itu mereka berada di persidangan meteorologi dan jadi cepat akrab disebabkan minat terhadap cuaca. Setahun […]
Doktor Thailand Desak Tangguh Pembukaan Semula Phuket
BANGKOK, 16 Jun (Bernama) — Doktor terkemuka di Thailand hari ini mendesak kerajaan menangguhkan pembukaan semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, mulai 1 Julai. Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj Universiti Mahidol, Prof Dr Prasit Watanapa berkata kadar vaksinasi yang rendah serta kemungkinan varian baharu akan dibawa masuk ke […]
(Video) Kena Prank Masa Akad Nikah, Pengantin Lelaki Terkejut ‘Besar’ Tengok Pasangan Berjanggut & Bermisai, Bikin Tetamu Berdekah
Upacara akad nikah merupakan sesuatu yang sangat istimewa yang lazimnya berlaku sekali seumur hidup. Tetapi bagaimana pula jadinya jika upacara akad nikah itu bertukar menjadi gurauan gara-gara si pengantin lelaki kena prank. Seperti kisah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @indradewi2242 ini. Video yang tular itu memaparkan seorang pengantin lelaki kena prank selepas […]
(Video)”Ayahnya Sudah Meninggal,” Pernah Diejek Jiran Dan Kawan, Gadis Kuatkan Semangat Jadi Badut Untuk Sara Ibu Dan Adik
Demi membantu keluarga, seorang remaja perempuan di Indonesia memutuskan untuk meneruskan legasi si ayah sebagai penghibur jalanan. Menggunakan kostum badut milik arwah ayahnya, remaja itu tekad mencari rezeki di jalanan biarpun diejek oleh jiran dan rakan-rakan, tulis Berbagisemangat.com. Rakaman remaja itu ketika bekerja di jalanan telah tular di laman TikTok @keluargawiwikteguh dengan lebih 2 juta […]
Dua Lokasi Di Maluku Alami Tanah Runtuh Selepas Dilanda Gempa Bumi, Penduduk Sempat Selamatkan Diri
Selepas dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.1 Skala Richter pada petang tadi, dua lokasi di Maluku Tengah dilaporkan mengalami kejadian tanah runtuh. Menurut CNN Indonesia, tanah runtuh itu berlaku berdekatan dengan rumah penduduk Dusun Mahu di Desa Tehoru. “Ada tanah yang runtuh di dekat rumah penduduk dan membuatkan mereka panik,” kata ketua kampung Desa Tehoru, […]

Pasangan Kepada Wanita Yang Mendakwa Lahirkan Kembar 10 Dilapor Tidak Percaya Anak Itu Wujud
Pasangan kepada wanita yang mengaku telah melahirkan anak kembar sepuluh di Afrika Selatan baru-baru ini dilaporkan tidak percaya kewujudan anak itu. Lapor Daily Mail, Tebogo Tsotetsi berkata, dia tidak pernah berjumpa pasangannya, Gosiame Sithole atau anak-anak yang diperkatakannya sejak dakwaan itu menjadi tular. Berdasarkan kenyataan dikeluarkan keluarganya, lelaki itu telah beberapa kali cuba untuk menghubungi […]
(Video) Gempa Bumi 6.1 Gegar Maluku Tengah Di Indonesia, Amaran Tsunami Dikeluarkan
Gempa bumi berkekuatan 6.1 skala richter dilaporkan menggegar wilayah Maluku Tengah, Indonesia. Pusat gempa bumi tersebut dilaporkan terletak sekitar 67 kilometer tenggara Malulu Tengah dengan kedalaman 10km di bawah permukaan laut. Menurut portal CNN Indonesia, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) negara itu pada awalnya menyatakan bahawa gegaran tersebut tidak berpotensi menyebabkan tsunami. Namun kemudiannya, […]
Nak Hargai Pekerjaannya, “Web Developer” Ini Namakan Anaknya Dengan Nama ‘HTML’
Satu perkongsian di Facebook berkenaan nama unik seorang bayi yang baru lahir di Filipina menjadi tular di media sosial. Hypertext Mark-up Language Rayo Pascual atau secara ringkasnya HTML, telah diperkenalkan kepada dunia menerusi perkongsian di akaun Facebook ibu saudaranya pada Khamis lalu. Bapa kepada bayi tersebut yang bernama Mac Pascual, seorang web developer, adalah lelaki […]
(Video) Baru “Charge” Dari Pukul 11 Malam Sampai 3 Pagi, Telefon Tiba-tiba Meletup Ketika Tengah Tidur
Sudah menjadi tabiat sebilangan daripada kita untuk mengecas telefon bimbit kita sebelum tidur bukan? Bukan apa, ianya supaya apabila hari esok menjelma, senang untuk kita pakai terus telefon bimbit kita tu tanpa perlu memikirkan tentang tahap baterinya. Namun begitu, perkara tersebut sebenarnya boleh mendatangkan risiko dan kejadian yang tidak diingini. Seperti yang terjadi dalam satu […]
Wanita Dipercayai Maut Akibat ‘Overdose’, Bayinya Berusia 1 Tahun Ditemui Mati Kebuluran Dalam Rumah
Lapar, takut dan dahaga. Mungkin itu yang dirasai oleh dua beradik berusia satu dan tiga tahun yang kematian ibu mereka di Tennessee, Amerika Syarikat sebelum salah seorang daripada mereka ditemui meninggal dunia. Menurut Fox32Chicago, seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun ditemui mati di rumahnya bersama jasad si ibu yang dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari. […]

42.1% Sudah Terima Dua Dos Vaksin, Ini ‘Punca’ Rakyat Hungary Tak Payah Patuh SOP Covid-19
Awal pagi semalam, ramai netizen terutama Malaysia kagum menonton perlawanan Hungary lawan Portugal di Budapest, Hungary dalam kejohanan EURO 2020 kerana kerajaan Hungary membenarkan kapasiti penuh untuk penyokong memenuhi segenap inci Puskas Stadium di Budapest. Mungkin anda tertanya, kenapa rakyat Hungary sudah tidak perlu memakai topeng muka, jaga penjarakan sosial dan tak perlu duduk di […]

(Video) Sehari Lepas Ronaldo Alihkan Botol Coca Cola, Pogba Pula Alihkan Botol Heineken
Semalam, kita digemparkan dengan tindakan agak kontroversi bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca Cola dari atas mejanya. Lalu pemain bola Portugal itu mengangkat sebuah botol mineral dan berkata “aqua” yang bermaksud air dalam bahasa Portugis. Kurang 24 jam selepas itu, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan aksi yang lebih kurang sama, […]
(Video) Guru Agama Ini Bersyukur Hanya Terima Gaji Serendah RM41 Sebulan, Demi Mendidik Anak Muridnya
Hati isteri mana yang tidak sedih melihat suami tercintanya membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi? Tidak kiralah apa kerja sekalipun, semuanya memerlukan kesungguhan dan pengorbanan sang suami. Apatah lagi jika pendapatannya tidak semewah mana, namun masih cukup untuk buat sekeluarga kenyang seadanya. Begitulah yang dirasai oleh seorang isteri dari Indonesia ini. Wanita tersebut, Dini […]
Gara-gara Ronaldo Alih Botol Ketepi, Saham Coca-cola Didakwa Merudum 1.6 Peratus & ‘Hilang’ RM 16.4 Bilion
Selepas tular di media sosial mengenai tindakan Cristiano Ronaldo yang mengalihkan dua botol air Coca-Cola di sidang media semalam, saham syarikat minuman itu dilaporkan telah merudum. Media Sepanyol, Marca melaporkan bahawa Coca-Cola mengalami kerugian saham berbilion dolar. Saham yang bernilai $ 242 bilion didakwa turun menjadi $ 238 bilion iaitu penurunan sebanyak 1.6%. Kerugian sebanyak […]
“Ini Baru Bola…”, Tiada Topeng & Penjarakkan Sosial, Lebih 60k Penyokong Banjiri Stadium, Bebas Sokong Hungary vs Portugal
Ketika ini, sedang berlangsung perlawanan bola sepak Kejuaraan Eropah di antara Portugal dan Hungary di stadium Puskas Arena, Budapest. Selain aksi kedua-dua pasukan itu, kehadiran para penyokong di stadium tersebut juga menarik perhatian warganet di seluruh dunia. Puskas Arena menjadi satu-satunya venue bagi Kejuaraan Eropah yang membenarkan kehadiran penonton dengan kapasiti penuh. Tanpa memakai pelitup […]
Filipina Berikan Lembu Percuma Kepada Penerima Suntikan Vaksin COVID-19
FILIPINA- Salah satu bandar di Filipina telah menawarkan lembu kepada mereka yang mengambil suntikan COVID-19. Cadangan itu dibuat kerana penduduk Filipina kurang sukakan suntikan tersebut. Pegawai tempatan di San Luis, di wilayah Pampanga dilaporkan memberikan seekor lembu setiap bulan kepada penduduk yang telah menerima suntikan sebagai langkah mendorong rakyatnya mengambil suntikan, lapor Al Jazeera. “Walaupun […]

Gara-gara Berang Rumah Tak Kemas & Bersepah, Bapa Mertua Tikam Menantu
INDONESIA- Satu kejadian ngeri berlaku di Indonesia apabila bapa mertua bertindak menikam menantunya hingga mangsa mengalami cedera parah hanya kerana rumah bersepah. Suspek, Yoseph Obi Robiwala berusia 59 menikam menantunya Laurensius Laba yang berusia 39 tahun. “Dalam keterangannya kepada polis, Yoseph mengaku berbuat demikian kerana marah dengan menantunya,” kata seorang polis kepada Kompas.com. Dilaporkan, suspek […]
Disyaki Ada Gangguan Mental, Lelaki Dilapor Maut Ditikam Kerana Berebut ‘Remote’ TV
Gara-gara berebut alat kawalan jauh TV, seorang lelaki mati ditikam seorang suspek lelaki, jam 6 pagi pada Selasa, lapor portal Tribunnews. Menurut sumber, mangsa ditemui tidak bernyawa dan berlumuran darah di sebuah warung kopi di kompleks Masjid Baiturrahim, Papua, Indonesia. Dilaporkan, mangsa meninggal dunia akibat penganiayaan yang dilakukan oleh pelaku berdasarkan bukti dari rakaman CCTV. […]
(Video) Lelaki Cemas, ‘Kelibat’ Bermata Merah Tiba-Tiba Muncul Bertenggek Atas Pokok
Tular satu video yang memaparkan satu kelibat berpakaian serba merah sedang bertenggek di atas sebatang pokok. Lelaki yang ternampak kelibat tersebut dapat didengari berada dalam cemas dan panik. Dia kemudiannya terus bertindak membacakan ayat suci Al-Quran selepas terserempak dengan kelibat yang memandang tepat ke arahnya itu. Jika diteliti, kelibat tersebut dapat dilihat mempunyai mata yang […]