Berita›Luar Negara
(Video) Atlet Jamaica Mahu Balas Budi Sukarelawan Olimpik, Pinjamkan Duit Naik Teksi Hingga Menang Emas
Atlet lari berpagar Jamaica, Hansle Parchment berjaya menjejaki seorang sukarelawan yang membantunya meminjamkan duit tambang teksi ke stadium Olimpik Tokyo selepas dia tersesat semasa dalam perjalanan untuk acara akhir kejohanan berprestij itu. Hasil daripada tindakan mulia sukarelawan tersebut, dia telah berjaya memenangi pingat emas dalam acara lari berpagar yang disertainya itu. Parchment telah memuat naik […]

(Video) Tanggal 12 Ogos Tragedi Terburuk Dalam Sejarah, Pesawat Penumpang Terhempas Di Gunung, Ragut 520 Nyawa Pada 1985
Hari ini, 12 Ogos 2021 merupakan tahun ke-36 selepas tragedi meragut nyawa melibatkan Japan Airlines Flight 123. Menurut aerotime.aero, kejadian itu merupakan kemalangan melibatkan pesawat yang terburuk, menyebabkan 520 individu kehilangan nyawa. Baru sahaja 12 minit berlepas daripada Lapangan Terbang Haneda, Tokyo ke Osaka, pesawat itu dilaporkan mengalami situasi cemas sebelum terhempas berhampiran Gunung Takamagahara […]
(Video) Teruja Nak Jumpa Kekasih Kenal Dalam Mobile Legend, Pemuda Menangis Cintanya Ditolak Selepas Jumpa Depan-depan
Satu video yang memaparkan seorang pemuda menangis di hadapan salah sebuah kedai yang terletak di kawasan Kota Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia telah menjadi tular di media sosial. Daripada perkongsian akaun Instagram bernama fakta.indo, pemuda tersebut menangis teresak-esak gara-gara cintanya telah ditolak oleh wanita yang disukainya. Menurut portal Riauonline.co.id, tujuan pemuda tersebut datang ke Padang […]
Percaya Mak Seorang Penyihir, Lelaki Tergamak Tembak Ibu Kandung Hingga Mati
Seorang lelaki di Kemboja dilaporkan telah tergamak membunuh ibu kandungnya sendiri kerana menyangkakan bahawa wanita yang melahirkannya itu merupakan seorang penyihir. Menurut Kompas TV, lelaki itu membunuh ibunya yang berusia 62 tahun dengan menggunakan senjata buatan sendiri pada Rabu. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kors Kralor, Pang Heang mengatakan bahawa lelaki itu bertindak sedemikian kerana ketagihan […]
Sibuk ‘Membawang’ Sampai Terlupa Tutup Api Dapur Gas, Wanita Dituduh Jadi Punca Puluhan Rumah Terbakar
Puluhan rumah di sekitar Kompleks perumahan Lepping, Kecamatan Tamalate, Makassar, Indonesia dilaporkan terbakar disebabkan letupan gas di dapur. Ketua bomba Kota Makassar, Hasanuddin, menyatakan bahawa sebanyak 95 buah rumah hangus musnah akibat kebakaran tersebut. Dalam insiden itu, pihaknya dilaporkan telah mengerahkan puluhan jentera bomba dan anggota ke lokasi bagi memadam kebakaran. “Sebanyak 22 jentera bomba […]
(Video) Berkeladak Air, Wanita Kongsi Hasil Rendam Bantal Busuk Suami Selepas 5 Tahun Tak Cuci
Mungkin dirasakan tidak masuk akal tetapi memang ada sesetengah orang yang tidak pernah membasuh bantal busuk mereka selama bertahun-tahun. Katanya bantal tersebut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, kalau dibasuh sudah tidak lagi sama. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita di TikTok yang memaparkannya membasuh bantal busuk suaminya. Menerusi video itu, wanita […]
Bintang K-Pop & Bekas Ahli Kumpulan BigBang, Seungri Dipenjara 3 Tahun Kerana Terlibat Jenayah Pelacuran
Bekas bintang K-pop iaitu Seungri telah didakwa kerana mengatur pelacuran dan beberapa tuduhan lain yang membabitkan skandal seks dan dadah. Menurut laporan, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun pada hari Khamis (12 Ogos) oleh mahkamah tentera. Penyanyi berusia 30 tahun daripada kumpulan boyband popular BigBang yang bersara daripada dunia persembahan dan kemudian dikerah […]
(Video) Rakaman Jelajah Rumah ‘Pengabdi Setan’ Bikin Seram, ‘Cuak’ Nampak ‘Sosok Putih’ Tepi Perigi
Bagi penggemar filem seram, mungkin anda pernah menonton filem terbitan Joko Anwar, bertajuk Pengabdi Setan. Filem seram yang dibuat semula berdasarkan filem bertajuk sama pada 1980 itu telah menjadi filem Indonesia terlaris pada tahun 2017. Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang berusaha membongkar misteri dan kejadian aneh yang berlaku kepada keluarga mereka selepas pemergian ibu […]

(Video) Mendebarkan, Ular Agresif Ditemui ‘Menginap’ Atas Siling, Cuba Serang Lelaki Ketika Hendak Ditangkap
Sebelum ini mungkin kita pernah terbaca kes ular muncul di dalam mangkuk tandas dan menyerang individu yang sedang leka membuat ‘pelaburan’. Tak kurang juga, ada yang memilih untuk bersembunyi di dalam ruangan pendingin hawa, alang rumah mahupun di atas siling. Sepertimana seekor ular gergasi yang sedang ‘berkampung’ di atas bumbung sebuah rumah di lokasi yang […]
Jururawat Dipercayai Anti-vaksin Ditahan, Didapati Tukar Vaksin COVID-19 & Suntik Lebih 8,000 Penerima Dengan Larutan Air Garam
Seorang jururawat yang dipercayai anti-vaksin di Jerman dilaporkan telah menukarkan vaksin COVID-19 kepada larutan Saline (campuran garam & air) dan telah menyuntik seramai 8,600 orang. Menurut siasatan polis, jururawat tersebut juga dikhuatiri telah memberi ribuan warga emas di Jerman utara suntikan palsu pada awal musim bunga ini. Pihak berkuasa pada Selasa menggesa ribuan orang yang […]
Lepas ‘Sign’ Kontrak Dengan Messi, Paris Saint-Germain ‘Perhatikan’ Pogba
Lepas bekas pemain Barcelona, Lionel Messi, menandatangani kontrak dengan kelab Paris Saint-Germain (PSG), kini giliran Paul Pogba pula ‘diperhatikan’ kelab bola sepak Perancis itu. Pemain tengah Manchester United (MU) itu bakal tamat kontrak pada hujung tahun ini dan PSG nampak gayanya sangat berminat dengan Pogba. Pun begitu, jika PSG ada peluang untuk tandatangan kontrak dengan […]
(Video) Kereta ‘Ditelan’ Lubang Besar Penuh Air, Pemandu Dipercayai Elak Kon Lalu Terbabas
Dipercayai gara-gara mengelak kon di lokasi kerja pembaikan jalan raya, seorang pemandu dilapor terbabas ke dalam sebuah lubang besar di Clinton, Washington pada pagi Rabu. Menurut Fox32Chicago, bagaimanapun, pemandu itu berjaya menyelamatkan diri dengan kecederaan ringan. Kru pembaikan dilaporkan sedang membaikpulih kebocoran pada sistem bekalan air sekitar jam 4,30 pagi hari kejadian sebelum jalan raya […]
(Video) Seperti Sedang Lancarkan Sesuatu, Tular Objek Bercahaya Kononnya UFO Berjaya Dirakam
Satu kelibat yang didakwa sebagai UFO sedang “mengeluarkan dua objek” di langit Brazil pada waktu malam berjaya dirakam. Video tersebut dilaporkan dirakam di Vera Cruz, Rio Grande do Sul, pada 8 Ogos jam 12.30 pagi waktu tempatan. Video yang memaparkan satu objek seakan berapi tampak mengeluarkan dua objek kecil yang terang daripada objek tersebut. Rakaman […]

(Video) Vila Terbiar Muncul Secara ‘Misteri’ Selepas 28 Tahun, Rupanya Ada Kisah Seram ‘Hantui’ Bangunan Itu
Sebuah vila misteri di pantai La Puntilla, Costa del Sol, El Salvador, membuatkan para pengunjung terpana melihat binaan misteri itu. Menurut Oddity Central, biarpun punca sebenar bagaimana vila itu boleh terdampar di situ masih misteri, terdapat teori popular yang percaya bangunan itu adalah salah satu ‘mangsa’ taufan kuat yang melanda El Salvador kira-kira 20 tahun […]
Dianggap Rompakan Kripto Terulung, “Hackers” Dilapor Berjaya Rompak ‘Wang’ Kripto Berjumlah RM 2.54 Bilion
Penggodam dilaporkan telah mencuri kira-kira USD 600 juta (RM 2.54 bilion) dalam satu kes kecurian mata wang kripto paling besar dalam sejarah. Laman web Blockchain Poly Network menyatakan bahawa oenggodam telah memanfaatkan kelemahan dalam sistemnya dan telah berjaya mencuri ribuan token digital antaranya ialah Ether. Dalam satu surat yang dikongsi di Twitter, pihaknya menyeru para […]
Rumah Dikerumuni Peminat Hingga Jiran-jiran Terganggu, Hongchan Terpaksa Tolak Hadiah Rumah Flat & Duit RM 130k Dari Orang Ramai
Mencipta sejarah dengan memenangi pingat emas di Olimpik pada usia 14 tahun, Quan Hongchan nampaknya kini mempunyai peminat yang tersendiri. Selepas kisah hidupnya mendapat perhatian ramai, kini kampungnya ‘dihujani’ dengan peminat-peminat yang prihatin terhadap dirinya. Bahkan, keluarganya juga dilaporkan telah menerima pelbagai hadiah dan wang tunai dari seluruh negara sehingga mereka terpaksa menolaknya. Menurut South […]

(Video) Luar Biasa, Wanita Hadir Majlis Persandingan, Beri Jambangan Wang Buat Isteri Bekas Kekasih
Bukan mudah untuk berhadapan bekas kekasih yang kini menjadi milik orang lain. Sekian lama menjalin cinta, akhirnya putus di pertengahan jalan dan masing-masing membawa haluan sendiri. Kemampuan untuk tetap berkawan selepas hubungan berakhir pastinya memerlukan kekuatan yang luar biasa sepertimana yang dilakukan oleh seorang wanita di Indonesia yang hadir memberikan jambangan wang tunai kepada isteri […]
(Video) Ratusan Biri-biri Ditemui Mati Bergelimpangan, Dipercayai Dipanah Petir
Sekurang-kurangnya 530 ekor kambing biri-biri dilaporkan ditemui mati di Gunung Abul, Georgia pada 9 Ogos yang lalu. Sebahagian daripada kambing biri-biri yang mati adalah milik petani tempatan dari desa Tambovka di Daerah Ninotsminda serta petani dari Kakheti, Georgia. Seorang petani dari Tambovka, Nikolai Levanov, dilaporkan memiliki 600 ekor kambing biri-biri yang terdapat di Gunung Abul […]
NASA Buka Permohonan, Cari 4 Orang Sukarelawan Untuk Tinggal Setahun Di Marikh ‘Buatan’
Berhasrat untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2037, NASA baru-baru ini telah memaklumkan bahawa mereka kini mencari beberapa individu untuk menyertai simulasi 3D ‘Marikh’. Menurut Daily Mail, NASA mencari ‘individu yang sangat bermotivasi’ untuk menyertai simulasi di dalam Mars Dune Alpha iaitu ‘kawasan’ 1,700 kaki persegi yang dicetak 3D oleh ICON yang akan […]

(Video) Ibu Ke Tandas, Anak Main Telefon Terakam Kelibat ‘Misteri’ Di Cermin Sebelum Menghilang
Anak kecil penuh dengan rasa ingin tahu. Bagi ibu bapa yang ada anak di rumah, mungkin sudah terbiasa apabila gambar-gambar selfie si kecil memenuhi galeri telefon pintar dek kerana rasa ingin tahu mereka. Malah, ada juga yang gemar merakam wajah sendiri sambil bercakap dengan bahasa sendiri, seakan sedang menjadi Youtuber. Lucu, kan? Tapi lain ceritanya […]