Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Teruja Nak Jumpa Kekasih Kenal Dalam Mobile Legend, Pemuda Menangis Cintanya Ditolak Selepas Jumpa Depan-depan

Gambar: fakta.indo

Satu video yang memaparkan seorang pemuda menangis di hadapan salah sebuah kedai yang terletak di kawasan Kota Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia telah menjadi tular di media sosial.

Daripada perkongsian akaun Instagram bernama fakta.indo, pemuda tersebut menangis teresak-esak gara-gara cintanya telah ditolak oleh wanita yang disukainya.

Menurut portal Riauonline.co.id, tujuan pemuda tersebut datang ke Padang Panjang itu adalah untuk bertemu dengan teman wanitanya yang dikenali melalui permainan Mobile Legends.

Namun begitu, perjalanan panjang yang ditempuhinya dengan menaiki motosikal dari Pekanbaru ke Padang Panjang semata-mata untuk berjumpa dengan wanita yang disukainya itu berakhir dengan kekecewaan apabila cintanya dilaporkan ditolak oleh wanita berkenaan.

Sebaik mendapat jawapan daripada wanita itu, pemuda tersebut terus menangis. Keadaan pemuda tersebut seterusnya telah menarik perhatian ramai orang yang berada di kawasan tersebut.

“Apa yang dia cakap, kamu jahat? Cinta kamu ditolaknya? Iya. Kenal di mana? Mobile Legends,” perbualan penduduk setempat dengan pemuda tersebut.

Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 200 ribu kali.

Sumber: suarariau.id, fakta.indo