Berita›Luar Negara

(Video) Lelaki Ini Hadir Majlis Kahwin Bekas Kekasih Sambil Ditenangkan ‘Mak Mentua Tak Jadi’
Jodoh itu rahsia Allah yang kita tak tahu. Begitulah perkongsian video ini, yang mana pemuda ini dilihat berjiwa kental ke majlis perkahwinan kekasih lamanya. Video ini menyaksikan beberapa bahagian di mana, pemuda tersebut berdiri di tepi pelamin bekas kekasihnya itu. Apa yang mengejutkan lagi apabila pemuda itu telah dipujuk oleh si ibu pengantin perempuan tersebut. […]
Bau Busuk Macam Ikan Mati, Wanita Ni Tak Sedar Dah 8 Minggu ‘Berjiran’ Dengan Mayat Reput
Setelah berminggu-minggu sukar tidur kerana bau busuk dari rumah sebelah, siapa sangka rupanya bau ‘ikan mati’ yang dihidu wanita ini adalah mayat jirannya sendiri yang dah mereput. Menurut wanita dari Los Angeles yang dikenali sebagai Reagan Baylee ini, dia mula mengalami masalah tidur sejak Mei 2020 kerana bau tak menyenangkan tersebut. Pengalaman ‘ngeri’ ini turut […]

Suami Disyaki Bunuh Isteri Sebab Cemburu Asyik Main TikTok & Buat ‘Content’
Gara-gara didakwa terlalu kerap bermain TikTok, seorang wanita di Gununganyang, Surabaya dilapor mati dipercayai dibunuh dengan kejam oleh suami sendiri. Mangsa berusia 46 tahun itu ditemui mati oleh anaknya sendiri dalam keadaan luka parah di kepalanya sekitar 12 tengah hari pada Jumaat baru-baru ini. Ketua Sisatan Jenayah Surabaya, Mirzal Maulana berkata, suspek disyaki tergamak berbuat […]
Peminat Kecewa Lepas Tonton Episod 15 ‘Hometown Cha Cha Cha’, Ini Sebabnya
Kalau sebut je Kim Seonho mesti ramai tahu. Kim Seonho yang semakin popular dengan siri dramanya tahun lalu yang berjudul ‘Start up’. Kini, dia muncul lagi dengan drama bersirinya yang berjudul ‘Hometown Cha Cha Cha’ Drama ini berkisahkan mengenai dua orang watak utama iaitu Kim Hyejin yang dilakonkan oleh Shin Min Ah dan juga watak […]

Setelah Hampir Dua Tahun, Momen Imam Masjidil Haram Hari Ini Arahkan Jemaah ‘Rapatkan Saf’
Masjidil Haram secara rasmi hari ini ‘merapatkan’ semula saf untuk aktiviti solat setelah sekian lama mengamalkan penjarakan fizikal di masjid tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Kerajaan Arab Saudi telah bersetuju membuka Masjidil Haram dengan kapasiti penuh kepada individu lengkap dua dos vaksin COVID-19, disusuli dengan pemeriksaan dan kawalan ketat pihak berkuasa. Solat Subuh di […]

(Video) Tiada Lagi Penjarakan Fizikal Di Ruang Solat Di Masjidilharam
Tiada lagi penjarakan fizikal dalam saf solat di Masjidilharam, malah masjid suci itu dilapor sudah bersedia menerima kedatangan jemaah dengan kapasiti penuh bermula hari ini. Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidilharam, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid berkata, hal tersebut adalah salah satu daripada beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang diberikan kerajaan Arab Saudi. Jelas Mohamed, […]

Apple Dilapor Memadam Aplikasi Al-Quran Popular Dalam AppStore Pasaran China
Apple dilapor telah memadam aplikasi Al-Quran popular, Quran Majeed yang digunakan puluhan juta umat Islam di seluruh dunia daripada App Store untuk pasaran China. Menurut laporan BBC, aplikasi berkenaan dipadam kerana mengandungi teks keagamaan yang tidak dibenarkan. Cubaan BBC untuk mendapatkan komen daripada kerajaan China bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas setakat ini. ‘Kehilangan’ aplikasi […]

Kerat & Panggang Teman Wanita Kerana Naik Angin Teman Wanita Tak Nak Putus
Ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang gemarkan filem atau drama bergenre thriller, dan seram. Segelintir masyarakat juga ada yang tidak gemar menonton filem seram yang berkonsepkan hantu tapi mereka lebih gemar yang berunsurkan pembunuhan. Selain dari menonton filem, pada zaman sosial media ini pelbagai cara kita boleh dapatkan sesuatu. Jika dilihat sekarang kebanyakkan channel di […]
Dibayar Hampir RM 50k Setahun Sejak 1998, New Zealand Dilapor Pecat ‘Ahli Sihir’ Rasmi Negara
New Zealand dilaporkan telah memecat ‘tukang sihir’, Ian Brackenbury Channell, selepas tular mengenai komennya terhadap isu memukul wanita. Menurut New York Post, gaji yang diperolehi oleh Channell sejak dia berkhidmat dengan kerajaan adalah sekitar AUD 16,000 (RM49,349) setiap tahun. Tugasnya adalah melakukan ‘persembahan magik’ untuk membantu mempromosikan Christchurch. Berkhidmat sejak tahun 1998, Channell mendakwa bahawa […]
Hilang 300,000 Pengikut, Baim Wong Jumpa Pak Suhud Mohon Maaf & Mengaku “Tak Beradab”
Industri hiburan negara seberang sebelum ini dikejutkan dengan satu isu viral melibatkan pelakon, Baim Wong dengan seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhud. Isu yang melingkari kedua-dua individu berkenaan bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat disana, malah turut mendapat perhatian netizen dari Malaysia juga. Baim Wong yang menerima banyak kritikan daripada peminatnya turut kehilangan […]
3 Pencuri Berputih Mata, Bersusah-payah Curi Kereta Sekali Tak Pandai Bawa Kereta ‘Manual’
3 orang pencuri yang masih lagi muda remaja mendapat pengajaran terbesar dalam hidup mereka apabila tersalah memilih mangsa ketika cubaan untuk melarikan sebuah kereta, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat. Selain tidak pandai memandu kenderaan dengan transmisi manual, mereka juga diberi tentangan hebat oleh mangsa samun yang kebetulan merupakan seorang pengamal ilmu seni […]
Bau Durian Punca Penduduk Canberra, Di Australia Cemas Hingga Diarah Jauhi Kawasan Sekitar
Laporan ‘kebocoran gas’ dengan bau yang pelik dan busuk disebuah kedai di Canberra, Australia pada 15 Oktober lalu telah mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan Agensi Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Ibu Kota Australia (ACT) ‘campur tangan’. Menurut laporan media tempatan, anggota bomba dan penyelamat telah dikerah untuk menyiasat punca kebocoran serta menggesa orang awam untuk menhindari kawasan tersebut. […]
(Video) Wanita Datang Balai Polis Minta Bantuan, Anak ‘Terkunci’ Lehernya Pakai “Lock” Basikal
Seorang wanita di China terpaksa meminta bantuan di balai polis untuk membuka lock basikal yang terkunci pada bahagian lehernya. Menurut Oddity Central, lock tersebut terkunci selepas anaknya yang berusia 4 tahun itu terlupa kod untuk membukanya. Pada 7 Oktober lalu, wanita tersebut telah hadir ke balai polis di Huai’an, China sambil terdapat sebuah lock berwarna kuning dan […]
Makmal Tersilap Buat Ujian, 43,000 Warga England Terima Keputusan Negatif Diarah Jalani Ujian COVID-19 Semula
Ujian pengesanan COVID-19 di sebuah makmal Wolverhampton dilaporkan telah ditangguh susulan daripada kesilapan yang dilakukan mereka berkaitan keputusan negatif yang melibatkan kira-kira 43,000 orang di England. Menurut Sky News, NHS Test and Trace mengganggarkan bahawa 400,000 sampel ujian diproses melalui makmal Klinik Kesihatan di situ dan dianggarkan 43,000 orang mungkin telah mendapat keputusan yang salah […]

Viral Gara-gara ‘Marahkan’ Atuk, Baim Wong Hilang 300k Pengikut, Terkeluar Daripada Top 5 Youtuber Paling Popular Indonesia
Susulan satu video yang tular berkenaan sikap tidak sopan Baim Wong terhadap seorang atuk tua. Bilangan pengikut atau ‘subscriber’ beliau di YouTube telah berkurangan sejak tiga hari yang lalu. Walaupun sudah dijelaskan mengenai apa sebenarnya yang terjadi, masyarakat nampaknya masih marah dan tidak brsetuju dengan perbuatannya itu. Menurut satu portal, “Saluran YouTube Baim Paula turun […]
Lelaki Dilapor Maut Dipijak Gajah, Anak Hanya Mampu Tengok Dari Jauh
Seorang pelancong dilaporkan telah dipijak hingga mati oleh seekor gajah di sebuah taman safari di Zimbabwe. Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku di hadapan anak lelaki itu yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Menurut Daily Mail, mangsa, 71, dan anaknya, 41, dikatakan keluar berjalan-jalan di taman itu pada waktu pagi. Difahamkan, mereka telah memarkir […]
(Video) Ingat Sebut “Boleh..Boleh..Boleh”, Viral Kat TikTok, Ini Kisah Disebalik Lagu ‘Love Nwantiti’
TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial paling popular terutama dalam kalangan anak muda yang menghasilkan pelbagai kandungan video sehingga ada yang menjadi tular di seluruh dunia. Di samping akaun-akaun pengguna yang sentiasa mendapat jumlah tontonan yang banyak, lagu-lagu yang menjadi ‘runut bunyi’ untuk video di aplikasi itu juga sering menjadi perhatian ramai. Ia […]
Terduduk Sayu Disebalik Tirai Besi, Warga Emas Ditahan Kerana Pukul Pencuri Untuk Pertahan Diri
Seorang warga emas berusia 74 tahun di Demak, Indonesia telah ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang pencuri. Kes yang melibatkan lelaki itu bermula ketika dia menangkap seorang pemuda berusia 30-an yang sedang mencuri ikan di kolam yang dijaganya pada 7 September 2021 lalu. Kolam ikan itu terletak di Desa Pasir, Kecamatan Mijen, […]
Elon Musk Pun ‘Layan’ Anime Rupanya, Dedah Minat 7 Anime Ini & Saran Netizen Tonton
Menjadi individu yang terkaya di dunia, Elon Musk sentiasa ‘menuai’ perhatian pengguna media sosial terutama di Twitter. Apa saja yang diciap olehnya pasti akan menjadi topik hangat dan diulang kicau oleh jutaan netizen. Bahkan, ada sesetengah darinya yang memberikan keuntungan kepada pasaran saham. Untuk rekod, pengasas Tesla dan SpaceX itu pernah menjadi punca kepada peningkatan […]
‘Degil’ Sangat, Presiden Filipina Cadang Suntik “Antivac” Dengan Vaksin Waktu Mereka Tidur
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mencadangkan satu cara bagi memastikan mereka yang belum dan masih ragu-ragu berkenaan vaksin COVID-19 supaya disuntik walaupun ianya tidak diwajibkan. “Masalahnya ialah mereka yang tidak mahu mendapatkan vaksin ini. Carilah mereka di kampung anda, ayuh ke sana semasa mereka sedang tidur dan suntik mereka ketika mereka sedang tidur supaya kita […]