Berita›Luar Negara
“Kalau Tak Berduit, Takyah Kunci Pintu”, Pencuri Titip Nota Kecewa, Penat Pecah Masuk Rumah Tapi Tiada Barang Nak Dicuri
Kecewanya apabila kediaman yang dipecah masuk tidak mempunyai barang berharga dan wang untuk dicuri, seorang pencuri meninggalkan sebuah catatan buat tuan rumah tersebut di Dewas, India. Kata pihak polis, catatan itu ditulis oleh pencuri tersebut setelah menggeledah rumah tersebut dengan bertanya “mengapa rumah dikunci sedangkan tiada wang yang disimpan”. Salinan nota itu juga disiarkan di […]
Helikopter Milik Tentera Laut Australia Dilaporkan Terhempas Di Filipina
Sebuah helikopter Seahawk MH-60R milik Tentera Laut Australia dilaporkan terhempas di Laut Filipina dalam satu penerbangan rutin, ketika melintasi wilayah Timur Luzon malam semalam. Menurut Kementerian Pertahanan Australia, ketiga-tiga krew helikopter tersebut dapat diselamatkan dalam masa 20 minit selepas pendaratan kecemasan dilakukan. Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat kapal pengkalan HMAS Brisbane dan hanya […]
(Video) Suami Beria Tangkap Bunga Pengantin, Balik Rumah Isteri Merajuk Pasang Khemah Suruh ‘Tidur’ Kat Luar
Alam rumah tangga tak akan meriah tanpa gurau senda di antara pasangan suami isteri. Tetapi, soal nak kahwin lagi satu jangan dibuat gurau kerana wanita kebiasaannya akan overthinking dan mungkin boleh merajuk selama berhari-hari. Bercakap mengenainya, baru-baru ini tular di TikTok Indonesia mengenai nasib seorang lelaki yang tak dibenarkan masuk ke dalam rumah selepas ‘buat […]
(Video) Netflix Muat Naik Filem Ditulis Oleh “Bots”, Miliki Dialog Tak Masuk Akal
Netflix telah melakukan eksperimen yang luar biasa apabila merakamkan sebuah filem seram pendek yang ditulis oleh robot. Hasil filem tersebut cukup mengagumkan apabila skrip filem ditulis oleh “bots” berbentuk kecerdasan buatan (artificial intelligence). Walaupun jalan cerita berbentuk klise, tetapi ia menampilkan dialog-dialog genre komedi dan tidak masuk akal serta sesuai ditonton oleh kumpulan kultus yang menyukai […]

Kerusi Roda Adik OKU Ini Dilapor Hilang, Ditemui Dijual Di Dalam Facebook
Seorang kanak-kanak yang berusia lima tahun dilaporkan telah kehilangan kerusi rodanya pada awal pagi Sabtu 9 Oktober lalu. Kanak-kanak tersebut mengalami Cerebral Palsi (CP) yang merupakan masalah gangguan bagi mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan yang berlaku pada otak yang sedang berkembang. Berikutan itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda bagi membolehkannya bergerak dari satu […]
(Video) Lelaki Ini Buat Tutorial Cara Buka Pintu, Dapat Lebih 2 Juta Tontonan, Ramai Puji “Sangat Berguna”
Sejak dilancarkan pada tahun 2005, Youtube sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada pengguna untuk mencipta pelbagai kandungan video yang menarik. Ia juga menjadi platform untuk orang ramai mendapatkan pelbagai informasi terutama mengenai life hacks atau tips berkaitan gaya hidup. Walaupun sesetengah tips yang dikongsikan mungkin kelihatan mengarut dan pelik namun ia tetap mendapat perhatian ramai. […]
Bapa Durjana, Rogol Anak Perempuan Sejak Kecil & Paksa Anak Lelaki Cabul Ibu Sendiri
Seorang bapa di Singapura telah dijatuhi hukuman penjara selama 29 tahun dan 24 sebatan atas tuduhan memperkosa anak perempuannya serta memaksa anak lelakinya mencabuli ibunya sendiri. Keputusan tersebut telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah pada 4 Oktober 2021 yang lalu selepas mendapati tertuduh bersalah atas kesemua tuduhan. Si bapa yang kini berusia 41 tahun itu dilaporkan […]
Malaysia Sumbang RM5 Juta Kepada Palestin Bantu Bina Semula Klinik Al-Rimal
PUTRAJAYA, 14 Okt (Bernama) — Malaysia menyumbang RM5 juta kepada Palestin untuk membantu usaha membina semula Klinik Al-Rimal yang menempatkan satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Gaza yang mengalami kerosakan akibat serangan udara Israel pada Mei. Pertukaran Nota (EoN) mengenai sumbangan itu dimeterai Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kementerian […]
(Video) Pemancing Terpaku, Tengah Mancing Tiba-tiba Ikan ‘Gergasi’ Melompat Dari Air
Satu video yang memaparkan seekor ikan besar melompat keluar daripada permukaan sungai telah menjadi tular di media sosial. Rakaman yang menakjubkan tersebut telah dikongsi menerusi satu akaun Instagram kaki pancing bernama @Yvesbissonsturgeonco. Video yang dimuat naik pada 17 Julai yang lalu memaparkan seorang kaki pancing sedang menarik jorannya dari atas bot. Secara tiba-tiba seekor ikan […]
“Makanan Adalah Kehidupan”, Michelle Keegan Dedahkan Rahsia Kecantikannya
Michelle Keegan telah mendedahkan rahsia tampil menawan dengan makanan yang digemarinya setiap hari. Sementara bagi selebriti-selebriti lain, seperti Victoria Beckham, mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan menghindari makanan yang berlemak atau berkarbohidrat untuk kekal langsing, namun tidak bagi Michelle Keegan. Michelle, 34, menerangkan menu makanan yang diambilnya, seperti biskut, secawan teh, roti, kerepek dan perasa […]
(Video) Ditonton Lebih 12 Juta Kali, Tular Ular Besar Syok ‘Bergayut’ Di Kabel Elektrik Atas Kepala Orang Ramai
Mengerikan, seekor ular dengan saiz yang sangat besar telah ditemui melingkar di atas kabel elektrik berdekatan dengan Pasar Cogon di Filipina. Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @michaelyufull, orang ramai di situ dilihat berkumpul dan menjerit semasa menyaksikan ular itu yang ‘terkapai-kapai’ di atas kabel elektrik. Lebih meresahkan, ular tersebut berusaha untuk melarikan […]

Serangan Ala-ala “Hawk Eye”, Lima Orang Awam Dilapor Maut Dipanah Individu Tak Dikenali Di Norway
Lima orang awam terbunuh dan sekurang-kurangnya sebanyak dua yang lain tercedera akibat diserang oleh busur dan panah dalam serangan di bandar Kongsberg di Norway. Suspek yang dipercayai dalang disebalik serangan ini dikhabarkan sudah pun ditahan dan dipercayai bertindak seorang diri dalam serangan malam berdarah di Norway. Menurut ketua polis daerah Drammen Øyvind Aas, beliau menyatakan […]

Pemuda Palestin Peluk Ayah yang Lumpuh, Ucap Selamat Tinggal Sebelum Ditahan Tentera Israel
Hari ini, sempat beredar di media sosial momen menyedihkan seorang pemuda Palestin memeluk ayahnya yang lumpuh sebelum dibawa tentera Israel. Pemuda tersebut dikatakan mengucapkan selamat tinggal kepada sang ayah sebelum ditahan tentera Israel yang menyerbu kediamannya malam tadi. Pemuda yang dikenali sebagai Ahed Yousef al-Shomali ini merupakan salah seorang warga Palestin yang ditahan tentera Israel […]

Tiga Tahun Tunggu Jantung ‘Baru’, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jalani Pemindahan Organ
Seorang lelaki dikatakan maut selepas seminggu menjalani pemindahan jantung. Pemindahan jantung itu merupakan pemindahan yang amat dinanti-nantikannya sejak tiga tahun lalu. Lelaki tersebut baru sahaja berusia 25 tahun ketika dilaporkan maut. Sebelum ini, Liam Taylor dikatakan telah mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain sebelum menjalani pemindahan jantung tersebut. Ibunya iaitu Sarah Taylor, menyatakan bahawa anaknya […]
Sebagai Ucapan ‘Selamat Datang’, Kartel Dadah Mexico ‘Hadiahkan’ Kepala Manusia Kepada Ketua Polis Baharu
Hari pertama Ketua Polis Tijuana, Mexico yang baharu bertugas dilaporkan telah disambut dengan ‘pemberian’ satu kepala manusia sebagai tanda selamat datang daripada kumpulan kartel dadah disana. Kepala tersebut telah ditemui dibungkus dalam plastik beg berwarna hitam yang ditinggalkan di sebuah jalan. Selain daripada itu juga, mereka turut menemui bersama mesej yang menuduh ketua polis baharu […]
Aktres Jelita Korea, Hwang Jung Eum Dilapor Hamil Anak Kedua Selepas Hampir Bercerai Tahun Lalu
Hwang Jung Eum yang begitu popular dengan drama bersiri She Was Pretty, Kill Me Heal Me dan Fullhouse Take 2 dikhabarkan telah mengandung anak kedua. Pasangan ini dilaporkan berkenalan pada 2016. Sebulan selepas pengumuman perkenalan itu mereka telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama 8 bulan selepas perkahwinan mereka. Pada September tahun lalu, pelakon tersebut dikatakan […]
Teruja Nak ‘Unboxing’, Lelaki Beli iPhone Terkejut Dapat Dua Paket Sabun
Hampir setiap tahun, kes mengenai scam penjualan iPhone sering berlaku tidak kira di dalam negara mahupun luar negara. Terbaru, seorang lelaki di India dilaporkan telah ditipu apabila membeli iPhone 12 di platform beli-belah secara dalam talian. Dengan rasa teruja, lelaki tersebut membuka bungkusan yang sampai kepadanya, dengan harapan ia merupakan iPhone yang dipesannya. Namun, dia […]

Korea Selatan Sumbang Vaksin COVID-19 Kepada Vietnam Dan Thailand
SEOUL, 12 Okt (Bernama)– Kementerian Luar Seoul menyatakan bahawa mereka akan menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Vietnam dan Thailand. Menurut laporan Xinhua, Korea Selatan akan menyumbangkan vaksin AstraZeneca sebanyak 1.1 juta dos kepada Vietnam dan 470,000 dos kepada Thailand. Dikhabarkan lagi bahawa, penghantaran dijadualkan tiba pada hari Rabu. Sumbangan tersebut diberikan berdasarkan pertimbangan permintaan vaksin, keselamatan […]

Makhluk Seakan Sotong Gergasi Dikatakan ‘Lebih Besar Dari Manusia’ Dilapor Ditemui Berhampiran Kapal Karam
OceanX, iaitu pasukan biologis tentera laut, kumpulan media dan pembuat filem telah ke Laut Merah untuk melakukan misi di sana. Misi ini adalah bertujuan untuk mencari kapal Pella yang telah tenggelam pada November 2011. Kapal itu dikatakan tenggelam pada kedalaman 2800 kaki bawah paras laut. Apa yang mengejutkan mereka apabila seekor makhluk gergasi telah ditemui […]
Dipercayai Untuk Ritual Ilmu Hitam, Lelaki Ditahan Bunuh, Gunting Mayat & Minum Darah Kawan Sendiri
Seorang lelaki dilaporkan telah ditahan kerana membunuh rakannya dan selepas itu memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting, membakar dan meminum darah dalam satu ritual ilmu hitam yang pelik. Menurut Daily Star, suspek dipercayai telah melompat ke atas badan mangsa ketika mangsa sedang tidur di dalam sebuah rumah di Samambaia, berdekatan Brasilia, Brazil, pada 1 Oktober […]