Berita›Luar Negara
(Video) Setiap Penduduk Ada Lagu Untuk Panggil Nama, Kenali ‘Kongthong’, Perkampungan Bersiul Di India
Setiap bangsa di dunia ini mempunyai keunikan tradisi masing-masing. Dari segi pemakaian sehinggalah adat istiadat, pastinya mampu menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan merasainya sendiri. Tetapi, pernah tak korang dengar tentang satu tradisi di mana nama anda mempunyai lagu tersendiri? Mesti jarangkan dengar perkara ini. Kalau ada pun, hanya nama-nama tertentu sahaja. Itu pun […]
Penternak Buat Laporan Polis Terhadap Lembunya Kerana Tidak Keluarkan Susu Walau Sudah Diberi Makan
Seorang penternak di Karnataka, India nekad buat laporan polis terhadap lembu miliknya kerana mendakwa lembunya itu tidak mahu mengeluarkan susu walaupun telah diberi makan secukupnya, lapor portal India Times. Penternak yang berasal dari kampung Sidlipura di Shivamogga, India itu telah mendakwa bahawa lembunya itu sudah tidak mengeluarkan susu selama empat hari walaupun dia telah memberikan […]
Aksi Anak Weasel ‘Tumpang’ Burung Belatuk Berjaya Dirakam Jurufoto, Rupanya Ada Yang Tak Kena
Dalam hidupan liar pelbagai aksi dan ‘karakter’ haiwan yang boleh dilihat dan ada sesetengah darinya yang sempat dirakam oleh manusia. Seperti seekor Weasel ini yang telah menumpang di belakang seekor burung belatuk ketika haiwan itu terbang. Detik-detik menakjubkan itu berjaya dirakam oleh seorang jurugambar yang berasal dari Timur London, Martin Le-May. Difahamkan, ketika itu dia […]

(Video) Datuk Beli Mainan Dipercayai Untuk Cucu, Reaksi Terujanya Pula Jadi Tumpuan
Rata-rata masyarakat tahu, bahawa kasih sayang atuk dan nenek selalunya lebih di tunjukkan kepada mereka berbanding anak-anak mereka. Selalunya kalau balik kampung mesti atuk dan nenek akan mengiakan setiap apa yang cucu mereka mahukan. Sebagai contoh, jika cucu mereka memberitahu makanan yang mereka mahukan, nenek pasti akan berusaha untuk masakkan. Tak kurang juga atuk dan […]
Bayi Dua Minggu Disuap Buah Oren, Tindakan Individu Ini Undang Kritik Warganet
Satu video yang memaparkan seorang wanita menyuap buah oren pada seorang bayi kecil berusia dua minggu telah menjadi tular di media sosial. Tindakan wanita tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai kritikan daripada warganet. Insiden tersebut mula terbongkar selepas video wanita yang menyuap bayi berkenaan dengan buah oren itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @igtainmentt. […]

(Video) Bak Aladdin, Abang Grab Guna ‘Karpet Terbang’ Hantar Pesanan Pelanggan
Umumnya, servis penghantaran makanan Grab sudah tidak asing lagi digunakan di Malaysia mahupun di luar negara. Selalunya pemandu Grab akan menggunakan motosikal, kereta atau skuter supaya cepat sampai ke tangan pembeli. Walau bagaimanapun, lain pula terjadi di negara jiran apabila penghantar makanan itu menggunakan karpet terbang. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok luvilydio, seorang […]

Kekasih Minta Putus Sebab Dikatakan Selekeh, Gadis Ubah Gaya, Tampil Lebih Menawan
Siapa je kan kalau dah putus cinta tak sedih. Walaupun pihak yang meminta putus itu sudah berubah hati, pasti akan ada sedikit rasa sedih. Lagi-lagi apabila alasan berpisah tersebut kerana si kekasih selekeh. Zaman sekarang ini kebanyakkan orang mengatakan bahawa rupa tidak penting dalam memilih pasangan. Namun begitu bagi sesetengah orang perkara itu mungkin betul […]

Dianggap Alami Kemurungan, Ibu 26 Tahun Didakwa Tikam Bayi 5 Bulan Sehingga Mati
Seorang ibu telah di tangkap oleh pihak polis selepas dia didapati menikam bayinya yang berusia lima bulan pada malam Jumaat yang lalu. Wanita yang berusia 26 tahun tersebut telah didakwa berikutan dengan insiden yang mengambil tempat di sebuah rumah di Penns Grive, New Jersey, menurut pendakwa raya di Amerika Syarikat. Pihak polis bergegas pergi ke […]

(Video)”Kuasa Allah,” Kucing Ditemui Masih Hidup Walau ‘Tenggelam’ Dalam ‘Lautan Lumpur Gunung Semeru’
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa walaupun dikatakan tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan gunung berapi Semeru di Jawa Timur, lapor Suara.com. Kejadian letusan gunung berapi Semeru di Jawa Timur beberapa hari lalu telah menyaksikan debu tebal bertebaran sehingga memberi kesan kepada penduduk di kawasan sekitar. Tidak hanya penduduk kawasan sekitar malah haiwan […]
Buaya Dilapor Mati Lemas Kerana ‘Pemalu Dan Mudah Takut’ Keluar Dari Air
Seekor buaya besar seberat hampir 100 kilogram di Liuzhou, China telah mati lemas gara-gara takut keluar dari air kerana ianya “pemalu dan mudah takut,” kata penternak buaya tempatan kepada media. Walau bagaimanapun, pakar menyatakan bahawa kejadian lemas yang jarang berlaku pada seekor buaya itu mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit yang dihidapi haiwan tersebut, di mana […]
Dakwa Ibu Selewengkan Harta Pusaka Kerana Gadai Geran Tanah, Lima Anak Laporkan Ibu Kepada Pihak Polis
Gara-gara harta pusaka, lima orang anak dipercayai telah melaporkan ibu mereka kepada pihak polis di Kampung Gudang Huut, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat. Memetik laporan Kompas.com, mereka tergamak melaporkan wanita yang melahirkan dan membesarkan mereka atas tuduhan penyelewengan. Ibu mereka, 72, ternyata kecewa dan sakit hati hingga tidak dapat menahan tangis apabila mengetahui mengenai laporan polis […]
Remaja Didakwa ‘Penggal’ Kepala Kakak Dengan Bantuan Ibu, Dipercayai Kerana Larikan Diri & Kahwin Tanpa Persetujuan Keluarga
Seorang remaja lelaki dan ibunya ditahan selepas ‘memenggal’ kepala kakak kandungnya yang dikatakan sedang hamil, lapor Daily Star. Remaja lelaki itu dan ibunya dipercayai berbuat sedemikian kerana berang wanita itu melarikan diri dan berkahwin tanpa persetujuan keluarga, memetik laporan Daily Star. Menurut laporan, jiran tetangga keluarga itu mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut kemudiannya bertindak menangkap […]

“Pelajar Saya Di Hospital,” Guru Besar Sebak, Akui Bukan Yang Terbaik Setelah Pelajar Keracunan Makanan
Berpuluh-puluh pelajar keracunan makanan selepas makan makanan tengah hari sekolah yang disediakan oleh syarikat katering. Tiga orang daripadanya telah dimasukkan ke hospital selama tiga hari untuk mendapatkan rawatan, lapor South China Morning Post. Kejadian berlaku disebabkan penyediaan makanan oleh syarikat katering tersebut yang dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan makanan yang sepatutnya. Pihak berkuasa China didakwa […]

TERKINI: Gempa Bumi Gegar Indonesia
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Laut Banda, Indonesia pada 12.26 pagi, sebentar tadi. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 8.0 selatan dan 123.1 timur, kira-kira 252 kilometer (km) utara dari Kupang, Indonesia. Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 256 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan […]
Buka Pelitup Muka Beberapa Saat Untuk Rasa Sos, Penjaja Dikenakan Kompaun RM900
Kerana membuka pelitup muka beberapa saat untuk merasa sos buatannya, penjaja nasi itik dari Pasar Geylang Bahru, Singapura ini dikenakan kompaun oleh penguatkuasa setempat. Menurut Mothership, penjaja tersebut yang dikenali sebagai Wang ketika itu sedang memotong daging itik di belakang kaunter gerai sementara isterinya melayan para pelanggan yang sedang beratur. Disebabkan pelanggan yang berkunjung ke […]

Muka Mirip Dengan Penjenayah Paling Dikehendaki, Lelaki Ni Ditangkap Polis 5 Kali Dalam Masa 3 Hari
Kata orang tua-tua, dalam dunia ada tujuh orang yang muka seiras dengan kita. Tak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak kita ada ‘kembar’ seramai itu. Tapi hakikatnya pelanduk dua serupa tu memang ada. Begitu juga lelaki dari wilayah Jilin, Utara China ini. Kerana wajahnya yang sangat mirip dengan penjenayah yang lari dari penjara, lelaki […]

(Video) Umpama ‘Ombak Besar Dari Langit’, Jurugambar Sempat Rakam Fenomena Awan ‘Unik’ Di Melbourne
Seorang jurugambar di Melbourne, Australia sempat merakam pemandangan unik awan rak atau shelf cloud yang ‘memenuhi’ ruang udara di tepi pantai. Memetik laporan Daily Mail, awan tersebut muncul seakan-akan ‘ombak besar dari langit’ beserta bunyi guruh, sebagai petanda hujan lebat akan turun. Jurugambar tersebut, Vaughan Laws berkata, pada awalnya dia terdengar bunyi guruh dengan beberapa […]
UAE Umum Tukar Hari Bekerja Kepada Empat Hari Setengah Seminggu, Hari Jumaat Kerja Separuh Hari
Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memaklumkan bahawa negara itu akan menukar hari bekerja mereka bermula 1 Januari 2022. Memetik kenyataan kerajaan itu di Twitter, minggu bekerja akan diubah menjadi empat hari iaitu dari Isnin hingga Khamis dan setengah hari pada Jumaat. Sabtu dan Ahad akan menjadi hari hujung minggu yang baharu bagi kakitangan […]

(Video) Nasib Baik, Detik Cemas Pengawal Berjaya Tahan Motosikal Cuba Nak ‘Redah’ Landasan Ketika Kereta Api Nak Sampai
Sebuah rakaman video memaparkan aksi heroik seorang pegawai landasan kereta api yang menahan motosikal yang ingin menyeberangi landasan itu. Menerusi perkongsian video daripada Instagram sahabatsurga, kejadian berlaku pada hari Isnin lalu di plot Sumberpucung-Ngebruk, Malang, Indonesia semasa kereta api sedang bergerak di atas landasan itu. PakYit yang merupakan pegawai pengawal landasan kereta api berkenaan berjaya […]
Bayi Dilahirkan Di Sempadan Negara, Pasangan Ini Namakan Anak Mereka ‘Border’
Sepasang suami isteri dari Pakistan yang dikatakan terkandas di sempadan India-Pakistan 71 hari lalu ini menjadi tular selepas mereka menyambut kelahiran bayi yang diberi nama ‘Border’, lapor India Today. Menurut laporan, mereka terkandas di sempadan Attari bersama-sama dengan 97 warga Pakistan yang lain. Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu ini menjadi tular kerana […]