Berita›Luar Negara
Baru 5 Bulan Kahwin, Wanita Mengamuk Dapat Tangkap Suaminya Berdua-Duaan Dengan ‘Kekasih Gelap’ Dalam Rumah
Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang wanita yang menyerang suami dan kekasih gelapnya. Menerusi video itu, wanita tersebut dilihat sedang mengamuk setelah menyaksikan suaminya dengan perempuan lain, yang disyaki menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya. Memetik laporan Suara.com, wanita yang berasal dari Cilegon, Banten itu mendatangi sebuah rumah sambil berteriak dengan […]
Buang Bayi Dalam Tong Sampah, Wanita Bakal Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun
NEW MEXICO – Seorang ibu berusia 18 tahun yang terakam dalam sebuah video ketika dia sedang membuang anaknya yang baru lahir ke dalam tong sampah memberitahu polis bahawa dia tidak tahu yang dia sedang hamil sehinggalah sehari sebelum dia melahirkan bayinya di dalam tandas. Suspek telah ditangkap dan didakwa dengan cubaan membunuh serta penderaan kanak-kanak […]

20 Tahun Sembunyi Dari Polis, Mafia Paling Dikehendaki ‘Kantoi’ Lepas Muka Masuk Google Maps
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikian kisah seorang mafia yang akhirnya tertangkap secara kebetulan selepas 20 tahun bersembunyi dari pihak berkuasa. Gioacchino Gammino, seorang mafia antara yang paling dikehendaki di Itali diberkas pihak polis di pekan Galapagar berhampiran Madrid bulan lepas, setelah mukanya terpampang pada visual Google Maps, lapor Oddity Central. Menurut […]
Nia Ramadhani, Suami Serta Pemandunya Dipenjara Setahun, Didapati Bersalah Dalam Kes Penyalahgunaan Dadah
Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dilaporkan telah dihukum penjara selama setahun bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandunya selepas didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah. Memetik laporan Liputan 6, hukuman itu telah diputuskan oleh hakim dalam perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Negeri Jakarta Pusat pada Selasa. “Dalam perbicaraan tersebut, mereka bertiga telah terbukti bersalah melakukan jenayah […]
“Anak Perempuannya Suka Bermain Dengan Patung Kertas,” Ini Sebenarnya Kisah Dan Bagaimana Patung Barbie Tercipta
Zaman kanak-kanak tidak akan meriah tanpa dihiasi dengan rancangan TV, kartun dan patung mainan yang menarik. Sehingga ke hari ini, ada beberapa rancangan Tv terdahulu yang masih lagi digemari dan ditonton oleh orang ramai. Bak kata peribahasa, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Salah satunya adalah rancangan Barbie yang sangat digemari terutamanya kanak-kanak […]

Lebih Separuh Rakyat Eropah Didakwa Bakal Dijangkiti Omicron Dalam Masa Dua Bulan Lagi
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Eropah memberi amaran bahawa lebih dari separuh rakyat Eropah didakwa bakal dijangkiti virus Covid-19 dengan varian Omicron dalam masa dua bulan lagi. Pengarahnya, Dr. Hans Kluge mendakwa, virus Omicron akan melanda ke seluruh benua itu meliputi kawasan dari barat hingga ke timur. “Pada kadar ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME) […]
Sibuk Tangkap Pokemon Dari Tangkap Pencuri, Dua Anggota Polis Dipecat
Dua orang pegawai polis di Amerika Syarikat telah dipecat kerana mengabaikan sebuah panggilan untuk memeriksa sebuah rompakan bagi memburu Snorlax di dalam sebuah permainan video Pokemon Go. Louis Lozano dan Eric Mithcell dikatakan telah bersiar-siar di jalanan untuk mencari karakter tersebut dalam permainan video tersebut. Rakaman di dalam kereta polis tersebut telah menunjukkan bahawa kedua-dua […]

Bekas Pemain Pertahanan Galasataray, Ahmet Calik Maut Terlibat Kemalangan
Bekas pemain pertahanan kelab Galatasaray, Ahmet Calik, 27, dilapor meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada pagi Selasa, lapor BBC. Laporan rasmi dari Turki menjelaskan, kereta yang dipandunya didakwa hilang kawalan semasa melalui Lebuhraya Ankara-Nigde sebelum terkeluar dari jalan dan terbalik. Bagaimanapun, paramedik mengesahkan bahawa Ahmet telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika di lokasi kejadian. Menurut […]
TERKINI: Gempa Bumi Kuat ‘Gegar’ Kepulauan Fox Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 6.5 pada skala Ritcher dikesan berlaku di Kepulauan Fox, Kepulauan Aleutian pada 7:35 malam tadi. Menurut laporan Jabatan Meteorologi, pusat gempa tersebut terletak di latitud 52.7° Utara dan 167.9° Barat. Difahamkan, gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) bawah paras laut. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan kepada Malaysia […]

Menu Unik ‘Leher Itik Sumbat’, Harga Mencecah RM102 Sepinggan
Sebuah restoran di utara London ‘mengejutkan’ orang ramai apabila mereka memperkenalkan menu baharu iaitu leher itik sumbat yang dijual dengan harga RM102 sepinggan, lapor Daily Mail. Menurut laporan itu, gambar hidangan tersebut yang dimuat naik di laman Instagram Westerns Laundry menunjukkan bahagian kepala itik dan lehernya yang dihidangkan di atas pinggan. Kapsyen yang ditulis di […]
Cuaca Lebih Lembap Dijangka Berlaku Di Benua Maritim ASEAN
JAKARTA, 11 Jan (Bernama) — Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) menjangkakan keadaan cuaca yang lebih lembap di bahagian tengah benua maritim rantau untuk minggu akan datang. Benua maritim melingkungi kepulauan Indonesia, Borneo, New Guinea, Kepulauan Filipina, Semenanjung Malaysia dan laut sekitarnya. Keadaan yang lebih kering berkemungkinan berlaku di Semenanjung Malaysia, selatan Vietnam, dan sebahagian besar utara Filipina dan kawasan […]
(Video) Tiga Lelaki Berdepan Detik Cemas, Kereta Tenggelam Dalam Sungai Gara-Gara Terlupa Tarik ‘Hand Brake’
Mendebarkan, tiga pemuda berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka tenggelam dalam sebuah sungai. Memetik laporan Mitra Post, kejadian tersebut berlaku di daerah Tanjung Senai, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia pada Ahad lalu. Insiden itu disyaki berlaku kerana mereka dipercayai terlupa menarik brek tangan, membuatkan kereta yang diparkir di tepi jalan itu bergerak […]
Robot Pintar Agih Air Zamzam Kembali Di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) – Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula fungsi robot pintar untuk mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung dua masjid suci berkenaan. Keputusan ini dibuat susulan arahan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua lokasi bermula akhir bulan lepas. Timbalan […]

(Video) Niat Nak Hantar ‘Parcel’ Tergendala, Abang Kurier ‘Cemas’ Kena Kejar Dengan Angsa
Angsa adalah antara haiwan nakal yang gemar mengejar orang secara tiba-tiba. Setiap kali terserempak dengan angsa, pasti membuatkan ramai takut. Ada yang kecut perut sehingga boleh menangis. Tular di media sosial, seorang kurier dikejar oleh sekumpulan angsa semasa hendak menghantar bungkusan atau parcel kepada penerima. Dalam satu video yang dikongsikan di akaun TikTok milik @toopz99, […]
Bomoh Didakwa Rogol Tiga Remaja Bawah Umur, Umpan Mangsa Masuk Dalam Bilik Khas Dakwa Nak Bagi ‘Azimat’ Perlindungan Diri
Seorang bomoh berusia 54 tahun dilaporkan telah ditahan setelah didapati merogol tiga orang remaja bawah umur dengan alasan untuk memberikan ‘azimat pengawal’ kepada mangsa. Menurut laporan Sindo News, lelaki yang berasal dari Kecamatan Kembayan Kabupate Sangau, Kalimantan Barat itu telah melakukan perkara tersebut pada pertengahan bulan Disember 2021 ketika ketiga-tiga mangsa ikut serta dalam aktiviti […]

“Nama Saya Kovid & Saya Bukan Virus,” Miliki Nama Serupa Pandemik ‘Ubah’ Hidup Lelaki Ini
Memiliki nama sama dengan orang lain bukanlah perkara yang baharu. Sudah pasti ramai di antara kita mempunyai nama yang cukup umum sampai pergi mana-mana pun ada je jumpa nama yang sama. Tetapi, lain pula ceritanya dengan lelaki dari India ini. Dia yang memiliki nama Kovid Kapoor sempat tular di media sosial setelah namanya lebih kurang […]
Salah Satu Penemuan Terbesar Dalam Sejarah Fosil Britain, Rangka ‘Naga Laut’ Sepanjang 32 Kaki Ditemui Di UK
Seekor ‘naga laut’ gergasi yang ditemui di Midlands telah ditabalkan sebagai salah satu penemuan terbesar dalam sejarah fosil Britain. Ichthyosaur, yang ditemui di bahagian bawah kawasan Rutland Water itu merupakan rangka terbesar dan paling lengkap pernah ditemui di UK. Ia berukuran sepanjang 32 kaki (10 meter) dengan tengkorak seberat satu tan. Spesimen yang hidup kira-kira […]
(Video) Berjaya Lolos Dari Kandang, Lebih 80 Ekor Burung Unta Dilapor ‘Serbu’ Bandar Di China
Lebih 80 ekor burung unta dilaporkan telah terlepas dari kandang mereka di Bandar Chongzuo di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China Selatan. Memetik laporan India Times, kesemua burung unta itu dilihat memenuhi jalan raya di bandar tersebut pada Sabtu. Haiwan milik penternak tempatan itu dipercayai telah melarikan diri setelah pintu pagar kandang mereka dibiarkan tidak berkunci. […]

Pertama Dalam Sejarah, Pakar Bedah Berjaya Lakukan Pemindahan Jantung Khinzir Ke Manusia
Sekumpulan pakar bedah berjaya melakukan prosedur pemindahan organ atau transplan pertama jantung khinzir yang telah diubah genetik ke tubuh manusia kepada seorang lelaki berusia 57 tahun, lapor Mirror. Pembedahan pertama dalam sejarah manusia yang boleh memberi harapan kepada masalah kekurangan pendermaan organ itu dilakukan selama sembilan jam di University of Maryland Medical Centre, pada Jumaat. […]
Jejas Alam Sekitar Dan Kesihatan Penduduk, Presiden Turkmenistan Arah Api ‘Pintu Neraka’ Dipadam Segera
ASHGABAT – Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov mengarahkan kerja memadamkan kawah gas asli yang dikenali sebagai ‘pintu neraka’. Kawah gas itu difahamkan telah terbentuk sejak sedekad yang lalu dan kini menjadi tarikan pelancong di Turkmenistan. Pembentukan kawah itu sering dikaitkan dengan penggerudian Soviet pada tahun 1971. Menurut ahli geologi Turkmen tempatan, kawah besar itu terbentuk pada […]