Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sibuk Tangkap Pokemon Dari Tangkap Pencuri, Dua Anggota Polis Dipecat

Gambar: The Straits Times

Dua orang pegawai polis di Amerika Syarikat telah dipecat kerana mengabaikan sebuah panggilan untuk memeriksa sebuah rompakan bagi memburu Snorlax di dalam sebuah permainan video Pokemon Go.

Louis Lozano dan Eric Mithcell dikatakan telah bersiar-siar di jalanan untuk mencari karakter tersebut dalam permainan video tersebut.

Rakaman di dalam kereta polis tersebut telah menunjukkan bahawa kedua-dua pegawai polis tersebut mengabaikan panggilan kecemasan daripada sebuah kedai beli-belah.

Berdasarkan dokumen undang-undang yang diperoleh, data menunjukkan rakaman mendengarkan yang Pegawai Polis Mitchell memberitahu Pegawai Lozano bahawa Snorlax ‘baru sahaja muncul’.

Kedua-dua pegawai telah didakwa di atas beberapa kesalahan dan mereka turut mengaku yang mereka gagal menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian rompakan pada April 2017 yang lalu berlaku.

Namun begitu, mereka menafikan yang mereka ketika itu sedang bermaian Pokemon Go. Mereka menegaskan bahawa mereka hanya berborak mengenai permainan itu dan mencabar pemecatan bandar Los Angeles.

Mahkamah rayuan California bagaimanapun, tidak mempercayai penjelasan mereka dan megekalkan pemecatan mereka.

Sumber: The Straits Times