BeritaLuar Negara

Luar Negara
(Video) Pertama Kali Jumpa, Viral Pemuda Tolong Terjemah Azan Dalam Bahasa Isyarat Untuk Jemaah ‘Istimewa’
Mendengar laungan azan adalah sesuatu nikmat yang besar bagi kita yang mempunyai pendengaran yang normal ini. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya misalnya pekak ataupun bisu. Baru-baru ini di Indonesia, tular satu rakaman yang memaparkan seorang pemuda membantu menterjemahkan laungan azan ke dalam bahasa isyarat khas untuk insan-insan istimewa […]
Kecantikan
(Video) Tak Perlu Pakai Minyak Wangi, Wanita Dakwa Badannya Keluar Bau Harum Semula Jadi
Kebanyakan daripada kita ingin memiliki tubuh badan yang wangi dan bersih. Namun begitu, tidak semua bertuah dan ada yang harus bergantung pada minyak wangi atau produk penjagaan kulit lain. Walau bagaimanapun, dua wanita dari Vietnam telah mendakwa tubuh mereka mengeluarkan bau bunga semula jadi. Dang Thi Tuoi, seorang tukang jahit mendakwa dirinya mempunyai satu ciri […]
Berita
Hampir 3,000 Penerbangan Dibatalkan, Lebih 12,000 Tertunda Di Seluruh Dunia Pada Isnin
WASHINGTON, 28 Dis (Bernama) — Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia pada Isnin berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian coronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik. Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada […]
Luar Negara
(Video) Ramai Ingat Ular Hanya Bertelur, Rakaman Ini Tunjuk Proses Ular ‘Lahirkan’ Anak
Semasa di bangku sekolah, pasti anda semua ada belajar berkaitan pembiakan haiwan sama ada melalui cara bertelur mahupun beranak. Kebiasaannya, ramai yang mengetahui bahawa ular merupakan haiwan yang membiak dengan cara bertelur. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa terdapat juga spesis ular yang tidak bertelur tetapi ‘melahirkan’ anak seperti perkongsian sebuah video tular di […]
Berita
Berkongsi Organ Hati, Limpa & Kaki, Kembar Siam Dari India Ini Dapat Pekerjaan Pertama
Pasangan kembar siam dari Punjab, India, dilaporkan telah berjaya mendapat perkerjaan pertama pada usia 19 tahun. Menurut laporan The Mirror, Sohna dan Mohna diterima menjadi pekerja kerajaan sebagai juruelektrik di Punjab State Power Corporation Limited dan memperoleh pendapatan sebanyak £100 (RM 560.69) sebulan setiap seorang. Difahamkan, pasangan kembar itu membesar di rumah perlindungan sejak ditinggalkan […]
Luar Negara
(Video) ‘Show’ Bertukar Cemas, Pemain Akrobatik Terhempas Jatuh Ke Bawah di Hadapan Ribuan Penonton
Keterujaan penonton menyaksikan persembahan bertukar cemas apabila seorang pemain akrobatik secara tiba-tiba hilang keseimbangan semasa berjalan di atas tali sebelum terjatuh dari atas. Mangsa, Makhmud Suanbekov, 33, jatuh ke dalam gelanggang sarkas setinggi 24 kaki sewaktu dia sedang mengimbangi ibunya, Sairakan Suanbekova, 56, di atas kepala semasa membuat persembahan di hadapan penonton di Rusia, lapor Daily […]
Berita
Kepala Haiwan Prasejarah Dipercayai Raksasa Laut Dijumpai, Saiz Sebesar Lelaki Dewasa
Satu fosil dipercayai kepala raksasa laut gergasi dengan muncung panjang dan gigi runcing ditemui di gurun Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat (AS), salah satu tempat yang paling kering di muka bumi, memetik laporan The Sun. Menurut laporan, kepala raksasa yang dikatakan bersaiz seorang lelaki dewasa itu dipercayai dinosaur prasejarah bernama Cymbospondylus youngorum. Haiwan itu […]
Luar Negara
Presiden Somalia Gantung Tugas Perdana Menteri Atas Dakwaan Rasuah
MOGADISHU, 27 Dis (Bernama) — Presiden Somalia Mohamed Abdullahi Mohamed pada Isnin menggantung tugas Perdana Menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tanah awam, lapor Agensi Anadolu (AA). “Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri (Mohamed Hussein Roble) telah melantik Menteri Pertahanan baharu pada 26 Disember 2021, tanpa melengkapkan siasatan terhadap campur tangan dalam kes rasuah melibatkan tanah awam. […]
Luar Negara
Pelakon Terkenal India Salman Khan Dipatuk Ular
NEW DELHI, 27 Dis (Bernama) — Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital. Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular itu daripada rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai. “Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia […]
Luar Negara
Sepanyol Akan Mengharamkan Rakyatnya Merokok Di Semua Pantai
Sepanyol akan mengharamkan rakyatnya untuk merokok di semua pantai di negara itu. Jika seseorang didapti melanggar peraturan tersebut, maka pihak majlis mendenda pesalah sehingga 2,000 euro (£1,700). Undang-undang negara tersebut ditetapkan bertujuan untuk memerangi pencemaran yang disebabkan oleh puntung rokok yang menjadi isu utama alam sekitar di pantai sepanjang 3,000 batu di negara itu. Putung […]
Luar Negara
Omicron: Jumlah Kanak-kanak New York Yang Dimasukkan Ke Hospital Semakin Meningkat
WASHINGTON: Dengan kes Omicron yang semakin meningkat, pegawai kesihatan New York telah melaporkan peningkatan jumlah kes baharu dalam kalangan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital. Jabatan Kesihatan Negeri New York memberi amaran “berkenaan ‘trend’ meningkat kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan Covid-19″, dalam satu kenyataan pada hari Jumaat. Pegawai Kesihatan New York telah […]
Berita
Lelaki Tertinggi Di Dunia Cari Calon Isteri Di Rusia
Demi mencari pasangan hidup yang boleh memberinya zuriat, lelaki tertinggi di dunia, Sultan Kosen, 39 telah menuju ke Rusia awal bulan ini, lapor Daily Star. Menurut portal itu, lelaki dengan ketinggian sekitar 2.51 meter itu mengalami masalah tumor yang mengakibatkan kelenjar pituitarinya menghasilkan terlalu banyak hormon tumbesaran, menyebabkan lelaki itu menjadi lebih besar. Sebelum ini, […]
Luar Negara
Peluncur Maut Diserang Jerung
CALIFORNIA – Seorang peluncur lelaki maut selepas diserang ikan jerung pada malam Krismas di Teluk Morro, di sini. Mangsa dikatakan seorang ahli papan luncur yang berusia 31 tahun. Menurut polis, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti. Sementara itu, pengunjung telah dinasihatkan untuk tidak berada di dalam air dalam […]
Luar Negara
Lelaki Bina ‘Survival Condo’ Mewah Bawah Tanah, Didakwa Kalis Nuklear & Malapetaka
Seorang bekas kontraktor kerajaan di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan sedang membina sebuah bunker atau ‘perkampungan anti-nuklear bawah tanah’ bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri daripada segala ancaman. Kontraktor berkenaan, Larry Hall berkata, bunker dinamakan Survival Condo yang dibuka untuk jualan itu pada asalnya merupakan sebuah silo pelancar peluru berpandu lama milik Atlas F. Intercontinental Ballistic […]
Berita
(Video) Lelaki Hampir Maut, Arus Deras Banjir Tiba-Tiba Rempuh & Musnahkan Dinding Rumah
Banjir merupakan salah satu fenomena alam yang boleh dikatakan agak ‘ganas’ penangannya. Pepatah pernah menyebutkan, “Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu video yang berlaku di Cheras, di mana sebahagian tembok di tebing perumahan tiba-tiba runtuh dipercayai akibat ditolak oleh deruan air deras dari bawah tanah. Berdasarkan rakaman yang dirakam […]
Berita
Palestin Lapor 5 Kes Baharu Varian Omicron
RAMALLAH (Palestin), 25 Dis (Bernama) — Palestin merekodkan lima kes baharu COVID-19 varian Omicron pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu. Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian Kamal Al-Shakhra, berkata jangkitan baharu itu dilaporkan di Tebing Barat yang diduduki. Beliau berkata jumlah keseluruhan kes varian Omicron di wilayah Palestin setakat ini adalah sebanyak 23. Pihak berkuasa kesihatan Palestin melaporkan tiga kes pertama […]
Luar Negara
Lelaki Bunuh & Makan Mayat Warga Emas, Dakwa Boleh Sembuhkan Otaknya
Seorang lelaki telah didawa atas tuduhan membunuh dan kanibalisme selepas dia dilaporkan membakar anggota badan seorang lelaki berusia 70 tahun menggunakan ketuhar. Memetik laporan The Sun, suspek yang berusia 39 tahun itu mendakwa bahawa memakan mayat mangsa akan menyembuhkan otaknya. Timbalan Pejabat Syerif Daerah Bonner mengesahkan kejadian itu selepas mereka menemui cebisan mayat mangsa di […]
Berita
(Video) “Dalam Setahun, Saya Akan Pulangkan Balik,” Lelaki Tinggal Nota Terpaksa Curi Duit Tabung Masjid, Nak Belikan Telefon Untuk Anak Belajar
Tindakan seorang lelaki yang mencuri duit dari tabung masjid berjaya di rakam kamera CCTV. Menurut portal PikiranRakyat.com, kejadian tersebut berlaku di daerah Jepara, Indonesia. Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram bernama @shollataufiq memaparkan seorang lelaki sedang membawa wang dari sebuah tabung masjid itu dilaporkan terjadi pada Khamis, 16 Disember 2021. Pencuri tersebut telah […]
Gaya hidup
Enam Tahun Tidur Sekatil, Lelaki Terkedu Dapat Tahu Rupanya Berkahwin Dengan Bekas Ibu Tiri
Seorang lelaki di Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya selepas enam tahun perkahwinan apabila mengetahui bahawa wanita tersebut merupakan ibu tirinya suatu masa dahulu. Menurut laporan Gulf News, ayah kepada lelaki tersebut pernah mengahwini isterinya itu secara misyar 10 tahun yang lalu. Selama enam tahun perkahwinan mereka, lelaki tersebut tidak pernah membawa isterinya itu berjumpa dengan […]
Luar Negara
Profesor Jepun Berjaya Hasilkan Prototaip Skrin Televisyen Yang Boleh Keluarkan Rasa Makanan
TOKYO: Seorang profesor di Jepun telah berjaya mencipta prototaip skrin televisyen yang dapat mengeluarkan rasa pelbagai jenis makanan untuk memberikan pengalaman unik kepada pengguna. Skrin tersebut telah dinamakankan “Taste the TV” dan dihasilkan dengan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem bersih. Selain itu, lapisan filem itu juga akan diletakkan atas skrin televisyen […]