Berita›Luar Negara

Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar
Peristiwa yang menimpa kanak-kanak dari Afghanistan dikenali sebagai Haidar sempat mendapat liputan antarabangsa, setelah kanak-kanak itu dilaporkan terperangkap di dalam perigi Selasa lalu. Selepas hari keempat usaha menyelamatkan dijalankan, operasi membawa keluar Haidar menemui titik kejayaan namun dia dilaporkan meninggal dunia selepas dikeluarkan daripada perigi tersebut. Ikuti kronologi tragedi yang menimpa Haidar sejak hari pertama kejadian. […]

(Video) Ingat Bergaduh Sampai Berdarah Kepala, Rupanya Ini Cara Flamingo Menyusukan Anak
Sudah menjadi lumrah alam bahawa bayi mendapatkan sumber makanan daripada susu ibu. Sama juga seperti haiwan, sebelum matang, si anak hanya bergantung kepada ibu untuk mendapatkan makanan. Namun, terdapat satu fakta menarik mengenai flamingo telah berjaya menarik perhatian warganet selepas video tersebut tular di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan seekor flamingo seolah-olah […]

TERKINI: Adik Haidar Meninggal Dunia
Tragedi malang yang menimpa seorang kanak-kanak dikenali sebagai Haidar di Afganistan, diratapi masyarakat dunia apabila dia disahkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu. Menurut Setiausaha Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Azzam di Twitter rasmi beliau, Haidar dilaporkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut. BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini […]

TERKINI: Haidar Berjaya Dikeluarkan Dari Perigi
Kanak-kanak berusia 5 tahun, Haidar yang terjatuh dan terperangkap di sebuah perigi di Selatan Afganistan berjaya dikeluarkan. Menurut Setiausaha Perdana Menteri, Abdullah Azzam, walau bagaimanapun keadaan kanak-kanak tersebut masih belum dapat dikenalpasti. Jelasnya, sepasukan doktor telah memberikan bantuan oksigen kepada mangsa dan dia dipercayai masih hidup selepas dikeluarkan. ”Kerajaan sudah buat sehabis baik, seterusnya hanya […]

TERKINI: “Tadi Tangannya Bergerak, Kini Tiada Respon”, Pasukan Penyelamat Semakin Hampir Dengan Haidar
Pasukan penyelamat dilapor semakin menghampiri kedudukan kanak-kanak malang, Haidar yang dilapor terjatuh dalam sebuah perigi, di Afghanistan. BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar Dalam satu laporan ringkas daripada laman Twitter Setiausaha Peribadi Timbalan Perdana Menteri, Abbdulah Azzam, pihak penyelamat memaklumkan mangsa sebelum ini menggerak-gerakkan tangannya namun kini tidak […]

Haidar Dilapor Berhenti Berkomunikasi, Dipercayai Keletihan & Tertidur
Misi menyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan seorang anak kecil berusia 5 tahun yang terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di sebuah perigi di wilayah Zabul, selatan Afganistan. Terkini, kanak-kanak tersebut dilaporkan tidak berkomunikasi sejak semalam dipercayai keletihan dan tertidur. BACA: (Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu Sepasukan doktor […]

Proses Menyelamat Berdepan Kesukaran, Haidar Kelihatan Tapi Tak Boleh Ditarik Keluar
Usaha tanpa henti untuk mengeluarkan seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi di Afghanistan kini memasuki hari ketiga. BACA: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan Menurut maklumat terkini yang dikongsikan oleh Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam, Haidar kini semakin kelihatan dan hanya tinggal […]

(Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikenali sebagai Haidar dilaporkan terperangkap di dalam perigi di selatan Afghanistan, sejak Selasa. Haidar dikatakan terperangkap pada kedalaman 10 meter di dalam perigi buta setinggi 25 meter yang terletak di wilayah Zabul. BACA: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan Menurut Setiausaha Timbalan Perdana […]
Budak 8 Tahun Dilaporkan Maut Selepas Terjatuh Dari Gelongsor Air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut selepas terjatuh hampir 50 kaki ketika menaiki gelongsor air yang sedang diselenggara di sebuah taman hiburan di Goias, Brazil. Memetik laporan Mirror, gelongsor tiub itu tidak ditutup dengan betul dan sedang menjalani penyelenggaraan pada 13 Februari lalu. Kejadian yang berlaku di Taman Acqua diRoma di perbandaran Caldaas Novas […]
Kes COVID-19 Indonesia Lepasi Angka Lima Juta
JAKARTA, 17 Feb (Bernama) — Indonesia kini mencatatkan lebih lima juta kes Covid-19 sejak Mac 2020, apabila jumlah kes meningkat dengan ketara sejak beberapa minggu lalu didorong oleh varian Omicron. Negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu melaporkan 63,956 lagi kes pada Khamis, menjadikan jumlah kes yang disahkan kepada 5,030,002. Kementerian kesihatan Indonesia mengesahkan […]
Pesakit Ini Dilapor Merupakan Wanita Pertama Di Dunia Yang Dipercayai ‘Sembuh’ Dari Virus HIV
Buat pertama kalinya, seorang wanita di Amerika Syarikat dilaporkan telah sembuh daripada penyakit HIV. Wanita yang digelar sebagai ‘pesakit New York’ oleh saintis di Pusat Perubatan New York-Presbyterian Weill Cornell di New York City itu telah berjaya melawan virus tersebut selepas menerima kaedah rawatan sel stem. Wanita itu merupakan manusia keempat yang pernah sembuh daripada […]

TERKINI: Misi Menyelamat Haidar, Kanak-Kanak Terperangkap 2 Hari Dalam Perigi Di Afghanistan
Usaha kini sedang giat dilakukan bagi menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap sedalam 10 meter (33 kaki) di dalam perigi di wilayah Zabul, selatan Afghanistan. BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar Pasukan penyelamat yang dibantu dengan mesin jentolak beserta orang awam berkumpul di kawasan tersebut, […]
Hari Bahagia Bertukar Tragedi, 13 Tetamu Majlis Perkahwinan Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Perigi
Detik bahagia bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, maut selepas terjatuh ke dalam perigi di satu majlis perkahwinan di utara India, kata pihak berkuasa dari negeri Uttar Pradesh pada hari Rabu. Menurut polis daerah Kushinagar, mangsa yang kesemuanya terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak itu sedang duduk di atas kepingan […]
Gempar, Kota ‘Hantu’ Ini Muncul Semula Selepas Hampir 30 Tahun ‘Menghilang’
Sebuah bandar hantu di Sepanyol telah kembali muncul selepas tenggelam dalam empangan terbiar selama beberapa dekad. Kemunculan bandar ini juga telah menggemparkan penduduk tempatan dan menjadi tempat pelancongan baharu untuk pelancong. Dilaporkan oleh news.com.au, runtuhan bandar Aceredo timbul semula selepas musim kemarau melanda kawasan itu. Hujan yang tidak turun selama dua bulan telah membawa runtuhan […]
Aneh, Wanita Panik Alami Bengkak Susu Hingga Bahagian Bawah Ketiak Selepas Bersalin, Rupa-rupanya…
Tular satu video di laman Tiktok mengenai seorang wanita mengalami perkara yang tidak dijangka selepas melahirkan bayi kembar tiga. Difahamkan ketiaknya dipenuhi dengan susu ibu. Berdasarkan laporan daripada Insider, wanita ini pada mulanya tidak dapat menghasilkan susu namun selepas tiga hari melahirkan anak-anaknya, payudaranya mula membengkak. Pada awalnya, wanita ini tidak terkejut kerana dia pernah […]

Kenali ‘Graham’, Mutan Yang Dicipta Pakar, Satu-satunya ‘Manusia’ Dipercayai Paling Selamat Dalam Kemalangan Kereta
Sebuah kumpulan yang terdiri daripada doktor, artis dan juga pakar dalam kemalangan kereta bekerjasama dalam menciptakan manusia mutan bernama Graham, satu-satunya ‘manusia’ dipercayai terselamat dalam kemalangan kereta. Menurut Mirror, mutan itu diciptakan tanpa leher, selain mata dan hidung yang cekung dan terdapat beg udara di antara setiap rusuknya. Difahamkan, Ia adalah gambaran manusia yang diperlukan […]

(Video) Gara-gara Percaya Bomoh, Wanita Rela Kepala Ditanam Paku Sebab Teringin Nak Anak Lelaki
Seorang wanita hamil di Pakistan membiarkan kepalanya ditanam dengan sebatang paku sebagai ‘petua’ untuk mendapatkan zuriat lelaki, memetik laporan Oddity Central. Lebih malang lagi, paku tersebut ditanam oleh seorang bomoh yang dia percaya boleh beri jaminan bahawa dirinya akan melahirkan bayi lelaki kelak. Bagaimanapun wanita itu terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Peshawar akibat cedera […]

(Video) Pasar Unik, Beli Barang Tak Pakai Duit Sesen Pun, Hanya ‘Bayar’ Pakai Doa Je
Membeli barangan dapur suatu perkara rutin yang dilakukan individu khususnya bagi mereka yang sudah berumahtangga. Sedar tak sedar, setiap kali membeli barangan dapur mesti cecah ratusan ringgit, maklumlah sekarang harga barangan basah memang melambung tinggi. Jadinya, jika dengan kos yang kecil, terpaksalah membeli barangan yang penting sahaja atau beli dengan kuantiti yang sedikit. Kalau ada […]

(Video) Bekas Presiden Honduras Ditangkap, Disyaki Terlibat Jenayah Dadah & Seludup Senjata
Bekas presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dilapor telah dihadapkan ke mahkamah persekutuan pada 16 Februari semalam, lapor NPR. Menurut NPR, Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan bekas presiden tersebut ditahan untuk perbicaraan atas tuduhan pengedaran dadah dan senjata. Beliau diiringi keluar dari rumah dengan kedua-dua tangan digari dan buku lali di rantai. Selain itu, polis juga […]
Hari Pertama Jadi “Runner” Motor Dah Kena Curi, Presiden Jokowi Tolong Gantikan Motor Baharu
Presiden Joko Widodo menghantar motosikal baharu kepada pemandu motosikal dalam talian (ojol) selepas mendengar khabar tersebut, lapor CNN Indonesia. Kes pencurian tersebut berlaku ketika Novi, warga Gogor, Wiyung, Surabaya ,yang pertama kali bekerja, sedang mengambil tempahan makanan yang dipesan daripada pelanggan di sebuah gerai. Motosikalnya pada ketika itu diletakkan di suatu tempat yang tidak jauh […]