Berita›Luar Negara
Mayat Bayi Ditemukan Dalam Peti Sejuk Setelah Lebih Setahun, Disembunyikan Bapa Sendiri
Seorang bayi dilaporkan telah ditemui mati dalam sebuah peti sejuk selepas lebih setahun ditinggalkan oleh bapanya di situ, lapor Bangkok Post. Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai berkata mayat bayi yang dibalut dengan tuala itu ditemui oleh pekerja yang diupah untuk mengubah suai rumah di tambon Wat Ket daerah Muang. Menurutnya, rumah itu dimiliki oleh […]

TERKINI: Manusia Pertama Guna Jantung Khinzir Yang Diubah Suai Meninggal Dunia
Seorang penghidap sakit jantung yang juga merupakan manusia pertama menggunakan jantung khinzir yang diubah suai melalui pembedahan dua bulan lalu dilapor telah meninggal dunia, lapor BBC. Menurut laporan, lelaki tersebut, David Bennett yang berusia 57 tahun itu dilapor menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mac baru-baru ini. Difahamkan, David sebelum ini menjalani pembedahan dan pemindahan […]

Rusia Tuntut Ukraine Penuhi 3 Perkara Ini Dulu, Operasi Tenteranya Akan Berhenti Serta-merta
Rusia telah menyenaraikan tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev mahukan Moscow menamatkan perang dengan segera. Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera jika Ukraine memenuhi segala tuntutan yang diminta pihak Rusia. Bahkan, Rusia tidak akan menuntut mana-mana wilayah lain di Ukraine. Ini tiga tuntutan utama daripada pihak […]

(Video) ‘Kembali’ Kepada Alam, Cara China Bina ‘Bandar Span’ Untuk Atasi Masalah Banjir
Kelangsungan hidup dan pembangunan manusia banyak bergantung kepada air. Malah, permintaan air global meningkat hampir lapan kali ganda antara tahun 1900–2010 hasil daripada faktor seperti pertumbuhan penduduk, pembangunan ekonomi dan peralihan dalam diet. Tetapi bagi China, salah sebuah negara ekonomi paling pantas berkembang, sumber yang sangat kritikal untuk negara itu semakin berkurangan. China yang mempunyai populasi […]

(Video) RM209 Bilion ‘Tersesat’ Masuk Akaun, Suami Isteri Jadi ‘Bilionaire’ Sekelip Mata
Sepasang suami isteri bergelar ‘bilionaire’ sekelip mata gara-gara sejumlah wang bernilai $50 bilion (RM209 bilion) ‘tersesat’ secara tidak sengaja ke dalam akaun bank milik mereka, memetik laporan New York Post. Menurut laporan, Darren James (suami) dari US itu telah diberitahu isterinya mengenai baki akaun mereka. Pada mulanya dia terkejut apabila melihat sendiri jumlah wang yang […]
Sering Dilaung Putin & Tenteranya, Ini Sejarah Disebalik Teriakan Perang “Uraa” Rusia
Presiden Russia Vladimir Putin sering dilihat melaungkan kata Uraa di dalam setiap pidatonya. Hal tersebut turut dilakukan ketika dia menghadiri perbarisan pasukan tentera. Namun begitu, apakah maksud sebenar Uraa (Ura) ini? Uraaa (Ura) ialah laungan pertempuran yang sangat sinonim dengan orang Rusia. Perkataan tersebut dikatakan telah sebati dalam diri mereka sejak kecil lagi. Berdasarkan sejarah […]

Elektrik Terputus, Loji Nuklear Chernobyl Dilapor ‘Lumpuh’ Sepenuhnya, Risiko Kebocoran Radioaktif Boleh Berlaku
Situasi semakin cemas apabila loji kuasa di Chernobyl, Ukraine berisiko untuk mengeluarkan bahan radioaktif ke udara menyebabkan risiko kepada penduduk setempat. Memetik daripada laporan Mirror.Uk, tentera Rusia bertindak memutuskan sambungan loji nuklear daripada grib mencetuskan ketakutan pada penduduk. Menurut laporan Syarikat Tenaga Nuklear Ukrenergo mendakwa loji tersebut telah ditawan sepenuhnya oleh tentera Rusia dan telah […]

TERKINI: Perairan Taiwan Digegar Gempa Bumi Sebentar Tadi
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dilapor telah menggegar Taiwan pada pukul 8.22 malam sebentar tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa tersebut terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.6 darjah dari arah Timur dengan kedalaman 51 kilometer. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 105 kilometer dari arah Timur Chiayi, Taiwan. […]

Lepas 107 Tahun Terperangkap Dalam Ais, Bangkai Kapal ‘Ernest Shackleton’ Ditemui Di Dasar Laut Weddell, Antartika
Bangkai kapal Ernest Shackleton dilapor telah ditemui di luar pantai Antartika selepas hampir 107 tahun ia terperangkap di dalam ais laut di sana, memetik laporan Daily Mail. Menurut Falklands Maritime Heritage Trust menerusi Daily Mail, kapal itu mula karam pada tahun 1915 dan kini telah ditemui bangkainya yang berada pada kedalaman 3,008 meter (9,868 kaki). […]

Lebih 100 Pelarian Rohingya Mendarat Di Pantai Aceh, Ada Yang Lemah & Kurang Zat
Lebih 100 pelarian Rohingya dari Myanmar dilapor tiba di sebuah pantai di Aceh, Indonesia dengan menaiki bot pada awal pagi Ahad baru-baru ini. Bagaimanapun menurut Suara, sebahagian pelarian Rohingya tersebut didakwa berada dalam keadaan lemah tidak bermaya, dipercayai kerana kekurangan zat. Menurut pihak berkuasa, pelarian Rohingya itu dilapor berlabuh di Pantai Jangka yang terletak berhampiran […]
Lelaki Cekik Teman Wanita Sampai Mati, Sempat Bawa Mayat Mangsa Pusing Naik Motor
Seorang gadis dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia dilaporkan telah dibunuh oleh teman lelakinya. Mayat gadis itu telah ditemui di kawasan semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon II, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung. Bagaimanapun, pihak polis telah menahan dua pelaku yang disyaki membunuh wanita tersebut. “Ya, Alhamdulillah, suspek telah ditangkap. Seorang (pembunuh) dibantu oleh suspek lain […]
Wanita Dakwa Pengurus Koperasi Minta ‘Badan’ Kerana Gagal Bayar Caruman Semasa Diserbu Polis Di Hotel
Seorang pengurus sebuah koperasi di Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia didakwa telah meminta pelanggan wanitanya untuk melakukan hubungan seks hanya kerana dia tidak mampu membayar hutang. Kejadian itu terbongkar setelah Unit Polis Pegawai Negeri Sipil (Satpol-PP) Kabupaten Sumbawa membuat serbuan di sebuah hotel. Dalam serbuan itu, pegawai telah menemui dua pasangan yang bukan suami isteri […]
Bergaduh Punya Pasal, Wanita Terpaksa Pindah Rumah Lepas Jiran Bina Tembok Halang Laluan Masuk Ke Rumahnya
Seorang warga emas mendakwa bahawa dia tidak boleh masuk ke dalam rumahnya sendiri setelah jalan untuk dia kembali ke rumah telah ditutup oleh jirannya dengan tembok. Nasib malang itu telah dialami oleh seorang warga emas yang menetap di Desa Mejobo, Kecamatan Mejobo, Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia. Hanya disebabkan oleh hubungan yang kurang baik dengan […]

(Video) Tiga Gadis Alami Detik Cemas Selepas Dapur Gas Meletup Depan Mata
Sebuah video memaparkan detik mengejutkan dan cemas yang dialami tiga gadis selepas satu letupan yang kuat berlaku ketika mereka memanggang atau membakar makanan tular di media sosial. Detik cemas itu dapat dilihat daripada video yang dimuat naik ke akaun Instagram @ngakaksehat pada hari Selasa, 8 Mac 2022 yang mengundang pelbagai reaksi dari warganet. “Ngegrill sedap […]
Rakan Tangmo Mengaku Sebabkan Bot Terbabas – Polis Thailand
Seorang daripada lima rakan yang menaiki bot laju bersama mendiang pelakon Nida “Tangmo” Patcharaveerapong telah mengaku menyebabkan bot itu terbabas sehingga menyebabkan Nida terhumban ke laut, lapor Bangkok post. Timbalan Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Mejar Jeneral Udorn Yomcharoen berkata rakan lelaki Nida itu telah memberitahu penyiasat bahawa dia kurang mahir tentang memandu bot dan ingin […]

Nak Makanan ‘Free’ Punya Pasal, Lelaki Ni Dilapor ‘Menyamar’ Jadi ‘Rider’
Seorang lelaki sanggup berpura-pura menjadi “rider” penghantar makanan demi mendapatkan makanan percuma. Tindakan tersebut bagaimanapun sempat dirakam oleh CCTV yang jelas menunjukkan perbuatan keji lelaki itu. Rakaman CCTV itu telah menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh akaun @lambe_ojol di rangkaian media sosial Instagram. Pada mulanya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki yang […]
Wanita Dirogol Setiap 10 Minit & Dibunuh Setiap 7 Jam Di Brazil
Wanita Dirogol Setiap 10 Minit & Dibunuh Setiap 7 Jam. Di Brazil, seorang wanita dilaporkan dirogol setiap sepuluh minit dan seorang wanita dibunuh setiap tujuh jam. Memetik akhbar TRT world, angka yang mengejutkan itu mendorong anggota panel kajian Forum Keselamatan Awam Brazil dalam menggesa pihak berkuasa mahupun kerajaan untuk bertindak segera menangani jenayah tersebut. Menurut […]
Tular Video Penduduk Setempat Berebut Duit ‘Jatuh Dari Langit’ Yang Ditabur Ahli Perniagaan Kaya
Tular satu video di Indonesia yang memaparkan puluhan penduduk sedang berebut mengutip wang yang ‘jatuh dari langit’ pada Ahad lalu. Memetik laporan Detik.com, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kabupaten Pekalongan, Indonesia. Difahamkan, wang tersebut telah dijatuhkan oleh seorang ahli perniagaan dari atas rumahnya. “Hujan duit turun di Kampung Pakumbulan, Buaran, Kabupaten Pekalongan. Seorang ahli perniagaan […]

Wanita Terkejut Lahirkan Bayi Seberat 5 KG, Sama Berat Bola Boling
Seorang wanita terkejut selepas melahirkan seorang bayi perempuan seberat 5 kilogram yang sama timbangannya dengan sebiji bola boling. Menurut Mirror, wanita yang dikenali sebagai Helen Sellers, 34, berkata, beliau telah dimaklumkan mengenainya bayi yang dikandungnya semasa hamil dahulu namun tetap terkejut. “Keluarganya turut bertaruh untuk meneka berat bayi dalam kandungannya dan salah seorang sepupu wanita […]
Dikenakan Pelbagai Sekatan, Rusia Keluarkan Senarai Negara Dianggap ‘Bukan Kawan’
Berhubung dengan isu pencerobohan di Ukraine yang dicetuskan oleh Rusia baru-baru ini, Rusia telah menerima beberapa sekatan daripada beberapa buah negara yang tidak mahu konflik ini berpanjangan. Menjawab semua ini, Kerajaan Persekutuan Rusia pada hari Isnin (7/3/2022), telah menetapkan senarai negara dan wilayah asing yang telah melakukan tindakan bermusuhan terhadap syarikat dan rakyat Rusia. Dipetik daripada […]